I Love JB

Monday 4 May 2015

Cerita Tingkatan satu Sek. Men Senai

Bila habis jer cuti sekolah aku pun di daftarkan untuk masuk tingkatan 1 di Sek Men Senai (SMS) permulaan yang baik sebab aku dapat masuk kelas 1 E nak kata baik sangat tu tidak la hook lah dari kelas yang hujung2 kan so now bermula lah zaman remaja aku dan kawan2….

Kalau korang lah kan masa zaman remaja mesti banyak pengalaman dan kenangan manis kan…. sama jugak macam aku.. giler x banyak kenangan… aku rasa time sekolah lah seronok sangat. So untuk tingkatan 1 di Sek Men Senai aku pada sesi petang so sekolah bermula pada jam 1 lah macam tu lebih kurang (aku pun dah lupa lah) dah habis lebih kurang jam 6.30 ker 6.45 macam tu lah… masa zaman aku ada tingkatan PERALIHAN kira macam kelas tambahan bagi pelajar2 cina atau india yang dari Sek. Keb. Jenis Tamil/Cina so kira kalau lah katakan dia sama umur dengan aku bermakna dia akan lewat 1 tahun sekolah so dia tak akan sama kelas dan tahun belajar dengan aku kira tahun depan baru dia akan masuk ke tingkatan 1 yang mana sama kelas atau tahun dengan aku diaorg dah masuk tingkatan PERALIHAN  ni masa tahun lepas.

Macam biasa aku sangat suka dengan mata pelajaran Bahasa Enggeris yelah sebab aku kan bermula dari sekolah IJ Convent di mana sekolah tu telah mengajar pelajar untuk minat kepada Bahasa Enggeris almaklumla sekolah pun sekolah omputeh so tak heran lah kalau kebanyakan pelajar kat situ semua pandai English tapi bagi aku tak ada lah hebat sangat biasa2 aje.

Cikgu kelas aku nama dia memang aku tak boleh lupa dari dulu sampai lah sekarang dan muka dia pun aku tak boleh lupa… kenapa aku tak boleh lupa???? ada cerita dan sejarah di sebalik cikgu ni… nama cikgu aku Parameswary hahahah memang cikgu india… pada mulanya aku sangat suka dan sayang pada cikgu ni sebab bagi aku dia sangat baik dan sangat positive bila mengajar aku dan kawan2 yang lain. So tiap kali subject dia iaitu English aku tak pernah missed sekali pun kecuali aku MC lah… dan setiap soalan dia aku mesti bboleh jawab dan focus setiap kali dia mengajar kira hebat kan…. bangga kan… memang lah sape yang tak bangga kan.

Pengalaman aku masa tingkatan 1 ni banyak mana ngan budak2 peralihan yang nakal dan kebanyakannya ahli kongsi gelap… erm… crita pasal ahli kongsi gelap ni budak cina lelaki yang dok sebelah aku ni budak kongsi gelap jugak nama dia kalau x silap aku lah… Chai Moi Kong kawan2 semua panggil dia amoy walaupun dia lelaki sebab nama kot… tapi masa aku sekolah memang aku baik ngan budak2 cina mungkin sebab tu kot aku memang boleh baik ngan cina seba dah biasa kan. Budak ni cara dia sempoi jer tapi jangan lah ada orang kacau dia mahupun cikgu habis lah dia akan ngamuk dan buat hal… tapi sepanjang aku dok sebelah dia … dia ni ok tak ada plak buat dajal ngan aku.. ala dulu2 kan cikgu suka bg susunan meja kerusi selang2 lelak perempuan kan so aku terkene ngan budak cina so redha aje lah. Aku teringat masa aku tertinggal buku teks … dah nama pun dok sebelah2 kan so adat lah kalau pinjam meminjam ni jadi agenda utama kitaorg kan so nk pendekkan cerita aku tertinggal buku teks jadi aku pun cakap lah ngan “amoy” ni yang aku nak pinjam buku atau share  boleh tak … perghhh boleh plak dia cakap “ eh lu ada buku sendri ma… mana boleh pinjam2.. eee… tak boleh pinjam” [erghh kedekut nak mampos…. dah lah cakap sambil senyum sinis kat aku…. hati geram jer kang kalau aku bangun kang ada gak aku kene belasah so lebih baik aku diam aje… tak sampai beberapa minit lepas tu tetiba jer dia tolak buku tu ke tengah terus cakap
“ala gua main2 aje lah sini lah kita share lu kawan gua ma… tak da salah punya kalau kongsi ma” sambil senyum macam kerek gitu… pakkal aje aku terpakse so nak ke tidak aku terpakse lah share…tapi korang jangan tak tahu rupanya diaorg ni kalau kita baik ngan dia .. dia akan baik dan jaga kita dari org lain yang cuba kacau kita, so setat dari tu aku terus baik ngan dia Cuma kadang2 bila dia lupa aku plak buat dia macam mana dia buat aku bagi dia rasa ape aku rasa…. haahahahaha…

Ada satu hari aku pegi pasar malam kat depan umah aku… pasar malam ni kira terkenal kat Kulai tau sebab pasar malam yang tersusun rapi dan pasar malam yang paling panjang dia Kulai. Kalau dulu2 budak2 perempuan ni suka tayang muka kat pasar malam … sebab???? sebab kat pasar malam leh cuci mata sambil cari pakwe hahahahahaha.. lawak kan bunyi nya tapi itu lah kenyataan nya yang berlaku pada budak2 perempuan taman aku termasuk lah aku… hahahah tapi aku tak ada lah tayang muka ober2 sangat.. hahaha.. so jam mas atu dah kol 20 mlm ikutkan dah lewat jugak la kan… so aku pun berjalan kaki nak balik dalam masa nak balik aku kene kacau ngan mat2 ntah dtg dari mana ntah … dalam ketakutan aku pun jalan laju jer ngan tak tengok kiri kanan.. dalam tengah aku jalan ada plak kereta benti sebelah aku dan hon!! pergh… aku jadi takut langsung tak nak toleh… bila aku denagr jer sore  “hoi!! mau g mana ha?? sudah malam tak mau balik kah?” terus aku toleh rupanya si amoy tu hahahah (budak cina yang dok sebelah aku kat sekolah tu lah…) terus dia cakap mau balik kah?? mari wa antar lu balik” aku terus cakap “eh tak ape lah rumah aku dekat aje lah leh jalan kaki lagi pun dah nak sampai “ giler ker hape aku nak tumpang dia buatnya dia  terus jer jalan x hantar aku balik mcmne?? dah lah dia tu ahli kongsi gelap… pastu dia terus cakap “ape lu piker wa mau jual lu ka?? sudah malam ma… tabgus lah lu balik lambat2 mcmi” terus aku terpikir aikkk?? baik plak si kongsi gelap ni.. dalam tak sedap dia follow aku jalan hingga aku sampai rumah aku.. esoknya masa  dalama kelas lagi sekali dia sound aku..” Woii! lu pompuan ma jangan keluar malam2 ma.. nati kene rogol baru lu tahu” hahahaha amik berat jugak dia ni…



Ce teka mana aku??? hahaha aku yg tgh2 sebelah ah moy ccina tu yg berdiri... nama pun Si Hitam Manis jadi memey lah hitam.... budak kongsi gelap yang duduk sebelah aku tu ... belakang aku jer...hehehehehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...