I Love JB

Monday 11 May 2015

Happy Birthday Akak Ku Sayang... Cik Salmah...

Kerana saya dia sanggup berkorban
Kerana saya dia sanggup tidak sambung belajar
Kerana saya dia sanggup benti belajar
Kerana saya dia sanggup bersusah payah
Kerana saya dia sanggup buat ape saje..
Dia lah mak... dia lah bak sejak mak bak kitaorg tak ada..
Kitaorg cuma ada 3 orang jer adik beradik perempuan
Kerana adik dia sanggup berkorban segalanya..
Bagi saya Dia lah segalanya...
Itu lah kakak saya tercinta Salmah Fuad

Nak kongsi sikit pasal akak aku ni…
Dia ni seorang yang kuat bekerja dan dia jugak banyak ikut cara dan sifat arwah mak aku…
Dia ni sangat baik sebab selalu sangat mudah kesian dan tak sampai hati bila tengok orang susah mesti dia nak tolong… sama jugak macam arwah mak aku sampai kan orang yang angkut sampah pun dia bagi air minum memang sebijik sifat arwah mak aku…
Dia ni terlalu sayangkan adik beradik kadang2 ada di kalangan adik beradik yang salah pun dia tetap kata tidak dan selalu sangat menyebelahi adik beradik dia … so memang Nampak sangat kakak aku ni baik kan orangnya..

Dia pun ramai kawan sebab orang memang senang berkawan dengan dia….
Bukan setakat sifat jer dia mewarisi arwah mak aku tapi skill memasak dan air tangan pun memang sebijik arwah mak aku… so sebagai seorang adik yang bongsu walaupun dah bekerluarga cakap jer nak makan ape dia akan tunaikan ape yang kita nak… so kakak aku memang tak suka hampakan harapan dan keinginan adik2 kan… almaklumlah akak sulong (perempuan sulong) so mungkin dah biasa dengan tanggungjawab sebagai seorang kakak…

Teringat lagi lepas mak bapak aku dah tak ada memang dia lah yang banyak amik berat pasal aku… lepas SPM aku dok umah dia tolong dia jaga anak dia… masa tu Ijat (Syameer Izzat) masih kecik lagi so memang aku yang jaga jadi ijat kene ingat tu semua hahahaha… tapi aku terasa bosan dok umah dia sebab dok umah kemas2 umah jaga anak sedara dah rasa macam orang gaji plak so aku amik keputusan untuk bekerja kilang… pada masa tu aku fikir x kisah lah janji aku dapat keluar berdikari sendri walaupun akak aku berat nak lepaskan… bukan ape kalau leh akak aku nak tengok aku ni ada depan dia jadi senang tuk di kawal tapi aku kan remaja darah tengah panas jadi memang tak selesa lah kalau duduk skema jerk kat rumah tu kan…

Memang aku keje kilang dan macam2 keje jugak lah aku try keje… heyyyy tapi semua yang HALAL ok…. tapi masa aku keje kilang lah aku bertemu jodoh ngan suami aku…. masih segar.. dari mula aku di risik hingga lah aku tunang dan nikah memang akak aku ni lah yang banyak tolong aku serba serbi… dari A-Z semua dia yang buat… memandangkan mak dah tak ada memang dial ah yang ganti tempat mak… so kalau katakana aku tak ingt jasa akak aku memang bohong lah kan…

Jangan mudah salah faham kalau aku tak g rumah dia.. atau dah lama tak jenguk dia.. bukan sebab aku tak ingat dia tapi sebab aku sibuk dengan rutin harian aku jadi kalau untuk g rumah dia yang jauh dari kulai so memang tak lah kan.. dengan aku bekerja… so kene la tunggu aku cuti atau aku free…. Tapi aku memang akan kenang jasa akak aku sampai bila2….

Pengorbanan dia memang tak dapat aku lupakan sampai bila2…..
Masih tidak terlambat lagi untuk aku wish HAppy Birthday to my lovely sister

8/5/2015



Selamat ulang tahun semoga dimurahkan rezeki,diberkati Allah dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...

I love u so much Alang…


Zailan Bt Kamaruddin @ Salmah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...