I Love JB

Sunday 24 November 2013

LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG

Orang kata kalau lauk lemak cili api ni semua berasal dari N.Sembilan... betul ker?? kalau tanya aku jawapannya HENTAH... mungkin kot sebab sejak aku tahu memang org negeri gemo masakan berlado/ lomak cili api ni. Walaupun aku buukan org N.Sembilan tapi masakan ni menjadi menu wajib dalam seminggu kat rumah aku.. (kadang2 buntu x tahu nak masak ape). moh lah kita tengok ape bahan nya.





BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kembung yang di belah 2
2 biji tomato dibelah 4
2 biji kentang di belah 4
1 batang serai diketuk
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
10 batang cili padi*
1 cawan santan ( aku guna santan kotak KARA)
2 keping asam keping (kalau tomato masam kurangkan asam keping jadi 1 keping)

P/S : bahan bertanda * perlu di blender

CARA-CARA


  1. Masukkan santan di dalam periuk dan masukkan air di dalam kotak goncang dan tuang kedalam periuk buat dalam 2 kali masukkan air.
  2. Masukkan semua bahan yang telah di blend ke dan serai ke dalam santan di dalam periuk dan didihkan, kacau jangan sampai pecah minyak. Api jangan terlalu kuat atau perlahan.
  3. Setelah mendidih masukkan kentang+tomato+asam keping serta tambahkan dengan garam/perisa.
  4. Setelah kentang empuk dan didih masukkan ikan biarkan sampai mendidih.
  5. Setelah mendidih rasakan masakan jika kurang garam/perisa. jika semua ok bolehlah tutup api dan hidangkan.
Simple menu untuk lunch /dinner kan... jom lah try.

SUP KENTANG MAK NAH

Sup kentang ni peberet aku kalau tak ada lauk masauk lauk ni lawan ngan ikan goreng dan sambal belacan memang terangkat... auwwww!!! Pada bulan puasa boleh dikatakan lauk ni adalah lauk wajib bila sahur untuk kitaorg semua, arwah mak memang suka sajikan kitaorg dengan sup kentang ni.
Menu ni simple je kalau tak ada gas kat umah pun kita boleh masak guna rice cooker ok..
Jom lah kita jengah ape bahan2 yang diperlukan dalam resipi SUP KENTANG MAK NAH ni.





BAHAN-BAHAN

2 biji kentang di potong 4 ( kalau nak kurangakn atau lebihkan kentang pun boleh)
3 keping fungus hitam - direndam dengan air terlebih dahulu supaya kembang

Sebelum di rendam ( Gambar ehsan google)

Setelah di rendam dan sudah menjadi kembang ( gambar ehsan google)

10 helai Kim Cam yang telah di rendamkan dengan air terlebih dahulu

Rupa Kim Cam (gambar ehsan google)
Sedikit tahu kering & su'un - perlu direndam terlebih dahulu
2 biji telur
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sb ikan bilis*
4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam/perasa

P/S : Bahan bertanda * perlu ditumbuk


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang tertanda * tumis hingga wangi.
  2. Setelah wangi masukkan air & kentang biarkan sampai mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan fungus hitam+kim cam+su'un+tahu kering serta garam & perisa biarkan sampai mendidih.
  4. Setelah mendidih pecahkan 2 biji telur dan biarkan hingga separuh masak, setelah itu boleh lah tutupkan api dan boleh dihidangkan.


Mudahkan jadi boleh lah cuba...
SELAMAT MENCUBA


IKAN MASAK TAUCHU DELIMA

Bila dah lama x update blog ni rasa kesian plak pada follower aku kan... ade ker follower??? huhuhu
Ok sebagai permulaan selepas dah lama tinggalkan blog ni aku mulakan dengan resipi yang simple iaitu IKAN MASAK TAUCHU. Masakan yang simple tapi boleh buat orang tambah berkali2.. ye ker??? kalau x caya jom kita jenguk resipi k.





BAHAN- BAHAN

 3 Ekor ikan selar (nak guna ikan ape pun boleh terpulang)- goreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
1 Inci halia*
1 Batang cili merah & 1 Batang Cili Hijau*
1 senduk minyak masak
1 sb tauchu (kalau nak letak sikit pun x pe)
1 sb jus delima
Sedikit air
Sedikit garam/perasa/gula

p/s : Bahan bertanda * perlu di hiris2


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris kecuali cili merah & hijau, kacau hingga sedikit layu.
  2. Setelah bawang sedikit layu masukkan tauchu dan kacau seketika kemudian masukkan jus Delima dan sedikit air kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih tambahkan dengan garam/perasa/gula kemudian masukkan cili merah & hijau kacau hingga rasa sebati dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan ikan yang telah di goreng tadi kacau seketika kemudian tutup api dan boleh dihidangkan.


Menu yang simple tapi berkhasiat dari jus Delima.

SELAMAT MENCUBA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...