I Love JB

Sunday 26 February 2012

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Semua org tahu tentang berita kerajaan MALAYSIA akan menghulurkan bantuan yang di panggil BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA...

Erm.... ALHAMDULILAH aku rasa bangga jd rakyat MALAYSIA yg terdapat beberapa keistimewaan berbanding  negara lain kan...

RM500 tu..... banyak tu... sape nak bg kan... kalau dah free2 je kerajaan nak bg ape lagi amik je la... dah sah2 ko memang layak kan....

Bagi yang layak memang perkara ni buatkan diaorg gembira sampai nak lompat pecah siling kan... (eh betul ke aku eja siling ni), mana tak nya bukan senang nak dpt bantuan tau...

Bila dah diumumkan so semua RAKYAT pun berpusu2 nak g memohon BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA ni...

Borang BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA
Sumber Google

Sumber Google


Sampaikan sesak sebab semua berbeut nak memohon... yang paling kesian warga emas & OKU... nasib korang la kalau ada yg kesian dpt la berada kat barisan depan... (boleh ke?)

Syarat kelayakan memohon


"SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RM500 | KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam."

ALHAMDULILAH..... rezeki...rezeki....

Sumber Google




Nak dipendekkan cerita pg sabtu baru2 ni 25/2/2012 (Sabtu) masa aku g kerja ternampak la banyaaaaak nya kereta (nampak x huruf "A" banyak tu nak tunjuk memang banyak la kreta), dalam hati ni terpikir ada ape ek kat dewan ni... argghhhhh aku pun buat bodo je la... tapi nampak la kreta, MPV besar2 mcm HONDA, TOYOTA, UNSER, CITRA, EXORA,ALZA dan kreta2 mewah mcm jenama HONDA,TOYOTA dan lain2... selain dari kreta biasa2 mcm SAGA,MYVI,PROTON WIRA dan seangkatan dengan nya... dalam hati terpikir lg "ada ape ni nape aku x tahu" puas aku cr Banner tapi x nampak.. so biarkan je la...

BIla sampai opis aku pun online tanya la ngan sorang kawan aku yg sememangnya dia selalu tahu ape yg berlaku kat kawasan umah kitaorg.. tanya punya tanya rupanya PEMBAHAGIAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA kat dewan tu... oooo patut la ramai org....yeah!!! yeah!!!! dah dapat... saya bangga jd RAKYAT MALAYSIA.. untung kan jd RAKYAT MALAYSIA ni sebab dpt mcm2 bantuan...


Memang layak...
Sumber Google 


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................... ape yg buat aku pelik & hairan... kata SUSAH... tapi mak aiiiii masing2 pakai kreta MPV, HONDA, TOYATA.. wah!!! semua mahal2.. kalau takat MYVI ke SAGA ke? mcm aku ckp tadi la kan kreta biasa2 tu ok lg la.. tapiii kebanyakan (tapi bukan semua la) kereta MEWAH2... 

WOIIIIITTTTT!!!!!!!!! MPV tu sbln dah brapa??? mampu pulak korang beli kreta mahal2 ek, kira korang mampu la... apsal nak la korang nak jugak mohon ... memang la kerajaan ckp PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH 3K tapi kalau korang dah mampu beli kreta MEWAH kereta mahal2 yg sebulan dah sah2 RM600 - RM1200 (ntah2 ada yg lebih cuma aku x tahu je ) ish!! ish!!!.... (aku pun x mampu bli kreta mahal tau!) 

Perlu ke??? perlu ke korang mohon???? bg aku la x perlu la mohon, CUBA BG LALUAN PD YG LEBIH MEMERLUKAN.... tu la manusia dah cukup nak tambah lg.. fikir la org yg lg susah.... JGN TAMAK BOLEH TAK????!!

Itu pendapat aku la x tahu la pd korang yang membaca kan.. ape pun aku x mohon bukan sebab aku sombong/ berlagak tapi fikir la sebab ada lg ramai RAKYAT MALAYSIA YG SUSAH / MISKIN TEGAR LEBIH MEMERLUKAN.. SO BG LA LALUAN PD MERAKA... jgn kerana org mcm korang2 ni mereka2 yg ni terlepas pandang.... so masih ada la org miskin kat MALAYSIA ni... sedangkan kerajaan MALAYSIA kan tgh usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di MALAYSIA.....

Tu la ek mcm pepatah kata kan...

"BIAR PAPA ASALAKAN BERGAYA" tapi kalau ko rasa nak bergaya x yah la wat muka kesian nak memohon BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA bg la org yang lg memerlukan...

HADOIIIIIIIII!!!!

So ape nak ckp dah lumrah manusia kan.. so fikirkan la sendiri ya....

SUP ABC



Kenapa sup ABC? sebab banyak bahan yg dicampur.. jom kita tgk resipi..

BAHAN-BAHAN

6 ketul ayam
1 batang lobak merah dipotong dadu
4 batang putik jagung di potong 2
1 batang saleri
2 biji kentang di potong dadu
1 biji bawang merah dipotong 4
1 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia di ketuk
1 batang daun sop & daun bawang dihiris2
3 cawan air
1 sk serbuk lada sulah
garam & perasa secukup rasa


CARA-CARA

1. Rebus air bersama ayam,bawang putih & halia sehingga mendidih
2. Setelah itu masukkan kentang masak hingga kentang empuk
3. Setelah kentang empuk masukkan lobak merah,putik jagung,bawang besar & batang saleri serta masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa
4. Setelah mendidih taburkan serbuk lada sulah & daun sop & daun bawang.
5. Siap untung di hidang kalau nak cantik taburkan bawang goreng...


SIMPLE KAN.... SO APE LG CUBA LA....

STEAM EGG WITH OTAK-OTAK




BAHAN-BAHAN


4 biji telur
1 packet otak-otak frozen (dipasar2 atau di kedai jual makanan frozen ada di giant pun ada)
Air suam secukupnya
Daun bawang (untuk hiasan)

CARA-CARA

1. Pukul 4 biji telur bersama 2/3 cawan air (lg banyak air lg lembut macam tofu fa, tapi jgn terlalu cair )
2. Otak-otak dipotong 4 segi dimasukkan kedalam bancuhan telur.
3. Setelah itu kukus bancuhan telur bersama otak-otak selama 1/2 jam.
4. Setelah dikukus taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA....

MEE BAKSO




BAHAN-BAHAN

1 bungkus bakso
1 bungkus mee hoon (dicelur dengan air panas)
1/2 kg lemak daing yg dicampurkan dengan isi daging
3 ulas bawang putih**
3 biji bawang merah dihiris2
1 inci halia**
1/2 inci lengkuas**
1 sk biji lada sulah**
4 cawan air
1 sk serbuk lada sulah
1 kuntum daun sop & daun bawang dihiris2
bawang goreng
RM1 taugeh (yg dibuang ekor)
5 keping kobis dihiris2 halus2
4 sb minyak masak

Bahan yg bertanda ** hendaklah ditumbuk/dikisar


CARA-CARA

1. Rebus lemak daging bersama daging selama 1 jam hingga daging lembut
2. Setelah itu panaskan minyak & masukkan bawang merah yang dihiris2 sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan yg ditumbuk tumis hingga sedikit garing bersama serbuk lada sulah.
4. Setelah wangi & sedikit garing angkat & masukkan terus didalam air rebusan daging.
5. Kemudian masukkan beberapa biji bakso kedalam sup tadi masak hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan garam & perasa secukup rasa & biarkan sehingga rasa sebati & mendidih...
7. setelah sup siap dimasak boleh la dihidangkan dengan mee hoon yg telah dicelur serta dihiaskan dengan taugeh,kobis,daun sop & daun bawang serta bawang goreng.
8. dah boleh di makan da....

SELAMAT MENCUBA.......

SATAY GORENG



BAHAN-BAHAN

1/2 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan keciil
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk hintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup



CARA-CARA


1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh  
    disimpan dlm peti sejuk semalaman

2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan  goreng lagi hingga kering.

3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat & bawang.

SELAMAT MENCUBA

JEMPUT-JEMPUT JAGUNG




BAHAN-BAHAN

1 packet kecik jagung (yg frozen tu)
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 tangkai daun sop & 2 tangkai daun bawang ( dipotong2)
2 batang cili merah (di hiris2)
10 ekor udang harimau dipotong sebesar 1 inci
1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum (bergantung pd bancuhan)
air secukupnya
garam & perasa secukup rasa



CARA-CARA




1. Campurkan semua bahan seperti di gambar
2. Kemudian kacau & pecahkan telur.
3. Kemudian masukkan tepung & air secukupnya
4. Bancuh tepung & gaul sampai sebati
5. Goreng seperti biasa...
6. Sudah siap dimasak bolehla di hidangkan


SELAMAT MENCUBA

Wednesday 22 February 2012

LUNCH KAMI HARI RABU...

OK  now aku nak post entry kali ni menu kitaorg hari khamis..
smlm aku ada post pic aku masak kat FACEBOOK ape yg aku masak & aku pun tag la salah seorang kawan aku .. (dulu pernah 1 opis ngan aku so miss that time..) saje je aku nk bg dia jeles... hahaha...
bila aku post dia pun kata "siyutttt la.." hahahahah
tu maknanya dia jeles..keh..keh..keh...

ni nak bg dia jeles lg sebab x dpt makan hanya tgk je...
sila la..sila la..sila la...
hahaha bg dia panas.... tu la sape soh benti kan x de org masak tuk ko.. keh ...keh..keh.. (sebenarnya dia dpt offer yg lg baik)

so now aku show kat korang termasuk kawan aku

AYAM MASAK REMPAH LIMA & SAYUR SAWI SOS TIRAM




JEMPUT TGK.....

LUNCH KAMI HARI RABU...

Hari2 masak..hari2 masak.. tu la rutin harian & hobi aku..
So entry kali ni aku nak tunjuk kat semua kawan2 bloger & semua follower aku menu aku kat opis hari2... huhuh (jgn terliur sudah)
Oleh kerana kawasan opis aku ni susah nak cari kedai makan so kita pilih untuk masak so menu kali ni untuk hari rabu yang lepas aku masak....

RENDANG AYAM & SUP TAHU & CENDAWAN...




macam masak kat umah kan.. padahal cuma masak kat opis je dengan gunakan rice cooker...
tu la ek kalau dah suka masak guna ape pun jd... haiyakkkkkkk

Sunday 19 February 2012

MOOD X HABIS OMBAK RINDU

Ombak Rindu....

erm... modd tetiba je.. entry kali ni saje nak bg krang  layan lagu ni.... aku rasa bukan takat filem ni meletop tapi lagu2 dalam filem ni pun memang very der.... hahah mood tetiba je kan ptg2 ni layan YouTube kat umah sorang sementara tunggu Mr. Hensem balik dr kerja...

Well aku rasa la lagu ni dr mood tgh meletop filem ni kat wayang sampai la sekrang ni jd kegilaan aku... asal dengar lagu ni kat mana2 je mesti mcm nak separuh gile aku di buatnya,... mana x nya konon2 mcm terbygkan Haris@Aaron Aziz... jd mcm feel kejap ... hahaha... fanatik sangat kan.. bukan fanatik ni tapi berHANTU k lagu ni... aku rasa nice song & lirik pun memang cantik cun je...

jom kita dengar LAGU OMBAK RINDU bukan layan bunyi OMBAK kat pantai k.. psl aku bukan di pantai friend....


Saturday 11 February 2012

SOY PAK CHOY SOS TIRAM





BAHAN-BAHAN

1/2 ikat sayir soy pak choy
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar bawang goreng


CARA-CARA

1. rebus sayur hingga separuh masak
2. bancuh sos tiram dengan air panas sedikir dalam 3 sudu besar/ campur kan sedikit air & panaskan
3. setelah sayur separuh masak, toskan & letakkan di dalam pinggan kemudian taburkan sos tiram tadi & taburkan bawang goreng di atas sayur tadi..
4. sedia untuk di jamu dengan nasi..


Menu yang sangat berkhasiat & enak...

selamat mencuba...

LUNCH KAMI

Erm... kalau dah bekerja sure time makan kita keluar g lunch kan..kan.. termasuk la korang semua kan.. haaaa.... entry kali ni aku nak bgtahu korang semua yang aku x pernah pun keluar lunch... (pekerja baik).. nak ckp x pernah tu tipu r kan.. ada tapi x la selalu... dulu2 kalau kawan opis lama aku ada rajin gak la keluar g lunch.. psl makcik sorang ni rajin nak keluarkan kereta..aku??? memang malas nak keluar kan kereta kalau x ye2...

ok la lunch kitaorg just simple je ala takat nak alas perut yang sentiasa berbunyi bila cukup time... hahaha..
erm.. memandangkan aku ngan opismate aku ni malas bebeno nak keluar cr makan so kitaorg pun decided la tuk makan kat opis je...  well.... lg pun cuaca panas ler.... rasa mcm nak terbako je kulit muka aku yang cun melencun ni... ( x sedo kulit pun boleh la katakan hitam) hahahha...

Huhuhu... kalau dulu asik2 bungkus nasi lemak.. psl pg2 bila nak g opis hanya ada yang jual nasi lemak..nasi lemak.. mee siam. mee siam.. lontong..lontong... adoiiiii!!! nek busan la.. muka pun dah mcm nasi lemak da...
tadaaaaaaa................. erm.. kitaorg pun tetiba je terpikir nak masak kat opis... so ape lg kongsi duit beli rice cooker... mula2 ingtkan x banyak masakan yang kita leh masak & makan... x sangka plak ah moy ni g beli rice cooker yg , multipurpose leh stim.. leh masak mcm2 tau..tau...

Setiap Isnin aku akan beli ayam 1/2 ekor untuk stok seminggu lunch kitaorg so dengan ayam tu mcm2 kitaorg leh masak & makan makanan tgh hari.. so mcm biasa la bab masak memang aku ler yang masak... (my hobi kan masak) mcm2 yang aku masak kadang2 masak nasi ayam.. kadang2 nasi lemak... ayam stim la.. eh mcm2 la...

mcm menu lunch kita baru2 ni ayam masak kicap, ada kentang & mushroom...yummmyyyy...  psl LuLu (dia ni kawan 1 opis aku) tetiba teringin rindu nak makan ayam masak kicap... so aku pun masak la... wah!! korang dengar mesti pikir complete je dapur aku ni, beso kan mcm2 ada dalam pantry ni kan... ok la cer banyak x guna jom layan ayam masak kicap + soy pak choy sos tiram...


lunch kami untuk 2 org.. ayam masak kicap + soy pak choy sos tiram



kalau tgk pd masakan mesti pikir dapur opis dia ni completenya tu pls leh masak mcm2 kan...
ok aku tunjuk korang pantry kitaorg ni mcmne..kecik je...




cantik & cute x pantry kami...



Ni la dia pantry kami yang comel & cun... nampak x periuk nasi tu.. tu la periuk nasi multipurpose yang boleh masak mcm2... kami cuma ada rice cooker je pun boleh masak nasi ayam...huhuhu kalau hati dah suka mcm2 pun boleh jd kan... stok dapur pun banyak kan...

so pd korang2 yang malas nak keluar lunch manfaatkan la pantry yang disediakan tuk korang... (lepas ni mesti korang rasa mcm nak masak kat opis kan...)

Wellll selamat mencuba.....

SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING & KELEDEK

Yummyyyy...... bening sayur pucuk manis & keledek


BAHAN-BAHAN

1 ikat sayur pucuk manis
2 biji keledek
4 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
senggam ikan bilis **
3 batang cili merah / 3 btg cili kering
5 cawan air
garam secukup rasa


CARA-CARA

1. Rebus air hingga mendidih & kemudian masukkan bahan yang di tumbuk biarkan sehingga mendidih semula..

2. Setelah mendidih masukkan keledek yang telah di potong2, & biarkan sampai keledek empuk.

3. Setelah keledek empuk masukkan sayur pucuk manis & cili merah yang telah dihiris2, kemudian masukkan garam & serbuk perisa (jika mahu) kacau & biarkan mendidih.

4. Siap untuk di hidang...

Wednesday 8 February 2012

PELIKNYA NAMA....

PELIKNYA NAMA...

Tu la yang selalu aku dengar bile orang tanya nama penuh aku... aku rasa nama aku x la pelik mana pun berbanding ngan ada yang lagi pelik kan... huhuh...

Entry kali ni aku nak ce pasal nama penuh aku... macam2 kenangan terjadi dengan nama penuh aku je...
kalau dulu2 time sekolah aku cukup x suka bila orang panggil aku dengan nama penuh...(budak ni betul x bersyukur la da ada nama ) bukan ape.. nama aku tu kalau korang nak tahu mcm x de makna... lg pun mcm x sedap bila di panggil...

Dulu masa sekolah bila orang panggil aku je mesti "MAIZA!!"... "MAIZATHUL!!" .. "MAI!!"... "SHIMA"...
herm.... ce tgk pelik ke? x kan..x kan... (ntah ape2 ntah orang yang cakap pelik ni) ok la zaman aku sekolah aku degil boleh kat sekolah aku nak semua cikgu panggil aku ngan panggilan "JAJA' (gile..boleh ke? ko ingt ko sape ja)... aku pun x pasti la nape aku x brapa gemar ngan nama penuh aku.. dah la panjang campur ngan nama bapak aku dah mcm keretapi da... welll ni semua gabungan idea dr MAK NAH & PAK USOP... mak bapak aku ni memang hebat semua hebat sampai bg nama pd anak pun cukup hebat...
bila kawan2 /cikgu panggil aku ngan nama penuh je aku leh wat derk je.. wat x tahu... (boleh plak mcm tu ko dah kira x hormat cikgu tau ja)...arghhhh!!! (degil kan aku)... sampai  la cikgu2 semua tahu yg aku lebih gemar kalau orang panggil ngan nama samaran je...

Orang cakap kalau kita panggil ngan nama penuh lebih baik... ye memang betul tu aku x nafikan tapiiiiiiii................ ntah la ek... mungkin aku x suka nama tu sebab x de makna.. yang lain2 ok kot...

Ok la nak ce kenangan masa aku sekolah dulu... Puan Chong (aku ingt lg cikgu ni cikgu matematik yang aku selalu failed... huhu) dia ni cina.. dah cina tentu2 nya pelat kan... jgn korang ingt cikgu dia perfect... alangkan Dato SamiVellu pun tersasul da... "Derma la Dara..." hahahah aku memang x leh lupa ayat tu.. padahal nak soh orang Deram Darah... tu la selalu sangat makan roti prata.. huhuh.. ok sambung balik psl Puan Chong... dia boleh panggil aku "SELIPAR" haaaaa tu la korang x tahu.. mesti korang pikir nape la dia panggil "SELIPAR" ape la nama penuh si Jaja ni kan... kalau korang nak tau nama penuh aku MAIZA THULSIMA BT KAMARUDDIN hahahah mana ada SELIPAR saje je cikgu tu tau.. ye la korang ce pikir dia kan pelat so MAIZA THULSIMA jd.. MAIZA THULSLIPAR.... hangin je ngan cikgu ni.. dah semua budak2 kat kelas ketawakan aku... seb bek aku ni jenis cool...

Dalam kenangan lain plak ada jugak cikgu Singh (masa kat sekolah budak2 ni semua suka sangat panggil dia penyu sebab perut lebih maju dari badan dia..mcmne tu??? herm?? lu pikir la sendri), seingt aku dia ni cikgu sejarah yg aku cukup2 makan je... (ko ni bebal betul la ja semuanya ko failed), aku suka dia ajar sejarah..(ayat propa) psl aku suka la aku cukup2 makan je sejarah...asal dia masuk je budak2 mesti ckp... 'wei!!wei!!! penyu masuk wei!!!" ape lg masing2 kelam kabut la duduk... (si cikgu penyu ni badan beso)...

Ok mari kita belajar sejarah..... (mengantuk beb)... dia punya la syok bercerita kat tgh2 kelas mata masing2 dah mcm nak tertutp je... (seb bek dia cool je.. agaknya dia pun dah malas nak tegur kot)... tiba la turn jawab soklan.... haiyoooooo!!!! ni yg aku malas ni.. tentu2 nya dia panggil aku ngan nama special lg... x lama lepas tu ... cikgu pun panggil .."MAIZATULISSIMA sila jawab" kan..kan..kan.. aku dah ckp... dia panggil aku  'THULISIMA" kan pelat tu namanya.. lg kene gelak kat dalam kelas.. memang muka aku wanted susah cikgu susah nak sebut nama da... welll.... tu la kehebatan MAK BAPAK aku .. dia bg nama cun punya.... hahahaha

haiiii..... macam2 kan... ape pun semua tu dah jd kenangan aku yg sampai sekrang aku x leh lupa.. sok lusa kalau aku ada anak sure aku ce ngan anak2 aku... ape pun nama yang MAK BAPAK aku bg memang sweet..

Ape pun aku bangga ngan nama aku yg boleh dikira brapa orang je yang sama nama kan... TERIMA KASIH BAK .. TERIMA KASIH MAK... korang pun mesti ada kenangan nama  korang kan..yang paling penting masa akad nikah mr. hensem x silap sebut nama aku.. yang silap sebut tok kadi.. sampai dia sendri senyum...
hahaha....

So moral of the storey jgn bg nama anak yang pelik2.. jgn bg anak nama panjang2.... cr la dalam buku nama2 islam...

Sunday 5 February 2012

Astagfirullahalazim........................

Artis...owh artis....

Erm... x tahu nak kata ape la Artis zaman sekrang ni .. kawin nak wat grand2 je... tahu la korang banyak duit nak wat grand2, tapi agak2 la woiii!!!

Aku rasa mcm bengang gak la ngan cara perkahwinan si EZLYN tu .. ala penyayi rambut keteng kembang tu.... aku rasa ntah ape2 ntah... kalau ye pun org sponsor jgn la sampai lari dr adat & cara org islam mcm kita2 ni...
Ape yg aku nak ckp ni ada 1 hari tu aku terbaca la cerita psl wedding si EZLYN ni kat MSN (yela masa tu baru je on goole chrome.. tup..tup.. ternampak psl cer wedding) Malaysian singer Ezlynn and Adam Fahmi’s wedding photos ...


Fuhhhh.....!!!! bila tgk rasa nak terjojol biji mata aku & hati aku berdebar2 je... berdebar bukan psl ape? psl cara wed dia tu langsung x nampak mcm ORG ISLAM..... & cara ORG MELAYU...


aku cam malas je nak cer banyak wat sakait hati je.. aku rasa kalau korang tgk pun mesti sakit hati nya la...








ce korang tgk pic ni ...wah!!!! memang cantik ala perantin la katakan TAHNIAH EZLYN tapi ce korang tgk ape yg cacat pd pic diaorg ni.....
Haaaaaa ce tgk gaun perantin dia tu... aku tahu la mahal tapiiiiiii.... mcm x sesuai untuk di pakai oleh seorang wanita melayu islam pd majlis perkahwinan org melayu yang penuh ngan adat & warisan..... (aku pun x tahu la dalam pale otak dia ni pikir ape?) erm????? dengar cer perkahwinan dia ni di sponsor oleh RAFFLESIA.... walaaaaaaaaaaaaa..... ala kalau irg sponsor pun ....... ye la cuba kita teguhkan IMAN & KUAT PENDIRIAN kita untuk mempertahankan cara & adat kita sebagai org islam... cara pakaian tu melambangkan mcmne orgnya tau .... baru la bangsa lain RESPECT ... ce tengok kalau ada apae2 majlis2 grand2 kita saje yang sibuk nak ikut2 cara org barat (mat salleh tu la) berpakaian .. sedangkan diaorg ada ke ikut cara kita berpakaian??  x de kan.. x de kan... tu la org MALAYSIA ni.. bukan nak ckp ape la.. ce tgk wife PUTERA WILLIAM... THE ROYAL WEDDING berpakaian cantik je kan.... pakaian dia pun dah mcm kebaya aku yg tgk pun rasa mcm bangga ngan kebaya... bertutup jugak kain labuh je... boleh pun... ni ntah ape2 ntah konon up to date la.. up to date la sangat sampai pakai gaun pendek kalau kaki cantik x pe gak betis beso gak... ape la artis2 ni kan kerana nak terlalu glam sangat sampai lupa  dia tu sape ... walaupun artis korang pun manusia biasa gak yang dilahirkan dengan adat & agama so faham2 la sendri ye... rasa macam nak muntah je tengok wedding macam ni... uekkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!


Jadi pada artis2 MALAYSIA yg melayu la terutama kalau korang nak kawin pastikan cr wedding planner yg betul2 menepati citarasa & budaya org melayu....

ape ni?? ape ni??? ce tgk dah macam omputih la konon dayang2 tu... aduyai!!



orang melayu kawin mcmni ke??? ish! ish!!!



kan..kan... dah macam org kristian da... sorry to say la ezlyn...



masing2 amik la berkat .. jap lg turn korang berempat plak yg kawin...



nampak x.. nampak x....


alamak!!! kawan aku pun ada da.....


kan...kan... nampak x ape yang aku nampak .. kalau tengok sekali imbas x macam perkahwinan orang melayu islam kan.. yang hadir pun suka sangat pakai pakaian kemban2 ni... aduyaiiii!!




Sedih......... pale dah mule pening + nak muntah... korang tengok la sendiri...


Bak kata Nabil Ahmad "lu pikir la sediri!!"

Saturday 4 February 2012

KESUKAAN ARWAH MAK.....

Kesukaan arwah mak aku yang paling ketara masa aku kecik2 dulu memang aku x leh lupa.. sampai aku pun terjebak sama... (cuma sekrang je mc x brapa nak suka), ce korang bayangkan la ek... pantang ada mesti dia ada kat situ... x nafikan la nama aku pun x banyak sikit mempengaruhi kesukaan (kalau ikut dari cerita arwah mak la)... MAIZA THULSIMA tu la nama aku... lain dr yg lain boleh kira sape yg sama nama ngan aku...huhuhuh  ce tgk muka aku... ce tgk muka aku... ada ke mcm mix??? hahahah ntah ler ada org yang ckp tapi x pernah plak menIYAkan ape yg diaorg ckp kan...

So berbalik pd cer KESUKAAN ARWAH MAK hehehe.. ape korang nak tau??
ok2 la... sebenarnya arwah mak aku memang peminat setia filem2 hidunstan sampai ada bahasa hindustan yg dia faham & boleh bertutur... hebatkan.... ye my mom memang hebat dr semua segi...

Tapi kalau korang nak tahu filem2 hindustan zaman dulu2 memang berbeza & sangat best!!! (tu aku rasa la psl aku selalu join arwah mak tgk), erm.. selain dr wanita2 hidustan cantik2 di INDIA ni pun terkenal ngan tarian.. diaorg semua memang pandai menari kan..kan..kan...

Filem2 dulu memang X LAPUK DITELAN ZAMAN mcm cerita P.RAMLEE tu kan.. korang tgk la sampai berpuluh kali tetap x boring kan.... (aku salah sorang peminat filem P.RAMLEE)...

Antara filem yang aku & arwah tgk cerita suspen GUMNAAM filem pd tahun 1965..wah!!! lama kan.. masa cer ni launch pun aku x lahir lg.. so bygkan la mcmne bileg jd kegilaan tgk cer ni.. semua disebabkan ARWAH MAK la... welll mak aku memang terbaik!!! hahahah...

Jommmm!!! aku bg korang layan salah 1 lagu yg menyeramkan pd masa aku tgk dolu2 (dolu2 rasa seram tau bila lagu ni keluar) korang kene feel cer ni dr awal baru tahu jln cerita sebenarnya.....




dengar...dengar..jangan x dengar





layan....................

Thursday 2 February 2012

LAUK KAMPUNG JE...

Hari ni balik keje mcm biasa so rutin harian aku mcm biasa la bila sampai umah,...
Erm.... tekak ni terasa mcm nak makan lauk kampung plak kan... smlm aku ada beli pucuk manis ingtkan nak masak lemak erm... x jd la...  so hari ni aku g kedai g cari keledek untuk masak ngan sayur pucuk manis masak bening.... haaaaaaa tu la dia tetiba teringat kat lauk arwah mak aku dulu... sebab dulu arwah selalu masak lauk ni kalau dah x de idea nak masak ape kan... time2 tu sedap je almaklumla AIR TANGAN MAK la katakan....

So menu malam ni yelah..... sayur pucuk manis masak bening (bening tu mcm masak air/sup) ngan keledek lawan ngan ikan goreng tambah plak ngan sambal belacan aku tambah lg ikan tamban goreng yummmyyyy!!! haaa.. sambal tumis tu balance smlm aku panaskan aje psl hubby kan x makan sambal belacan so gantikan ngan sambal tumis...

Cerita psl sambal belacan , sejak akhir2 ni aku suka sangat makan sambal belacan ala2 bibik lama aku wat..(bibik tu dulu org gaji masa aku sekolah dulu), semua digoreng dulu baru la di tumbuk... lain kan sambal belacan... tapi aku guna cili merah sebab x terlalu pedas.. hermmmm aku ngan hubby memang x kuat makan pedas,,... melayu tapi..... pelik kan kitaorg... tapi ape yg lg pelik yelah taste kitaorg lebih kurang sama je... hhuhuh tu la dinamakan JODOH... bukan BODO tau.. huhuh...

So senang cer menu malam ni banyak ingtkan aku pada kenangan lama la... ye la nak balikan nostalgia lama... erm.. senang jd org lelaki balik2 je makanan dah tersedia kat atas meja... balik2 je terus soh cedok nasi...erm... tu la pekene AIR TANGAN ISTERI namanya... x rugi jd isteri ni.. hahaha lg2 mcm aku ni yg pandai masak... (wah!! masuk bakul angkat sendri nampak...kah..kah..kah..)

Well cerita banyak pun x guna just nak show korang menu malam kitaorg....



ikan goreng + sayur pucuk manis ngan keledek + sambal belacan + ikan tanban goreng + sambal tumis ikan bilis


selamat menjamu mata...... sedapppppppp

TADAA..... BESDAY PRESENT...

Masa bulan Disember besday aku celebrate kat PD wah!! sangat syok woooo....
ye la ape yg penting niat yg baik kalau x de hadiah just "wish" je pun dah ok kot...
(ape plak kot2 betul la tu...)

Ni aku nak cer sikit psl  besday present yg aku dpt dr my MR. HENSEM... jeng..jeng..jeng...
niat kat hati mcm nak request something je ngan dia tapiii..............
mcm boleh kan... ala boleh aje wat muka x bersalah je la.... hahaha (mcm x biasa buat kan )

Erm.. 1 hari tu (sebelum sampai hari jadi la) aku berbual ngan hubby konon2nya nak membangkitkan cerita panas la.. cerita ape?? HADIAH HARI JADI la.... (hari jadi??? ape punya ayat da...), aku pun ckp la ngan my MR.HENSEM,

aku : "B besday honey dah nak sampai ada hadiah x?" (dengan muka x malunya aku tanya ek)
hubby : "honey nak ape?"
aku : "ha??? boleh request ke B?"
hubby : "boleh nak ape ckp je la nanti tgk la boleh ke x?"
aku : " ooooyeaaahhhhh...... sebenarnya honey nak request something boleh x B??"
hubby : "cakap je la ape dia"
aku : "boleh x besday honey ni B x yah la belikan hadiah yg mahal2... honey cuma nak B hadiahkan OVEN je so boleh la buat cookies"
hubby :" erm.. tgk la x de budget la.. tgk la keadaan ek"

erm... memang betul pun masa 31/12/2011 memang x de hadiaah dari hubby aku.. aku pun x nak la ckp banyak just diamkan diri, (nak mintak sangat kang dia kata aku mendesak plak)
x pe la kalau x de janji dia ingt lg pun tepat jam 12 dia dah wish kat aku siap kiss..kiss... lg... ok la tu ek...
(bersyukur ape dia ingt besday aku kan...)

Dengan redha aku pun terima la statement yg dia bg pd aku X DE BUDGET nak wat mcmne kan...

La.... diam x diam.. dah masuk bulan Feb ke? cepatnya rasa kan....
Tup..tup.. 28/1/2012 hubby bawa aku ke kedai basikal (dia nak wat hape g kedai basikal ni bukan ke dia daha da basikal nak ape lg ni?)
Rupannya sampai sana dia nak belikan aku basikal... dia kata "honey B belikan basikal sorry lambat bg hadiah"... (erm... ada jugak ke? bukan ke aku nak OVEN) x pe la basikal pun basikal la b.... (ikhlas tau terima )

"honey nak basikal mcmne?" ish!! aku mana tahu kan bab2 basikal ni.. "x pe la B pilihkan la honey ikut je"
ceh!!2 ayat baik kan aku... hahahah...

At last dia pun pilihkan tuk aku..

tadaaaaaaaaaaa...............

ni la basikal yg dia belikan tuk aku..nice kan...


X terkata ape hanya ucapan

TERIMA KASIH B HONEY SAYANG B SELAMANYA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...