I Love JB

Thursday 30 April 2015

Kenangan Zaman Sekolah dan Cinta Monyet

Semalam dah cerita pasal aku dari tabika kan, now aku nak cerita dari mula aku pindah Senai.
Kan smlm aku cakap yang tahun 1991 aku pindah kan… aku pindah ke Senai mulanya masa pindah aku asih lagi bersekolah di Convent sekolah kesayangaku yang memang dah lama aku idam2 kan… memandangkan Senai dan JB jauh lah jugak arwah mak dan bak aku suruh aku tinggal ngan abg aku kat barek hospital tu untuk sementara waktu. So aku masih lagi tidak tukar sekolah sehingga cuti hujung tahun, masalahnya sekarang aku memang sayang nak tinggalkan Convent tapi apa kan daya sebab aku tak nak tinggal ngan abang aku yg pada masa tu sangat garang, so nak ketidak aku duduk lah ngan dia sementara hingga hujung tahun.

Bila hujung tahun mak dan bak aku uruskan pertukaran sekolah aku dari Convent ke Sek Keb. Senai  , kalau korang nak tahu sekolah Convent semua pelajar adalah perempuan dan kebanyakan cikgu pun perempuan sehinggakan Guru Besar pun perempuan, kalau takat senam memang baju senam kitaorg t-shirt dan “short pants” yelah dah nama pun sekolah English kan so memang gitu lah gayanya kan so kalau lepas aktiviti sukan atau senaman kitaorg tukar uniform selamba aje dalam kelas, tak ada sape marah dan pelik sebab semua perempuan pun kan.

Jadi nak pendekkan cerita bila aku pindah Senai Sek tu adalah sekolah campuran lelaki dan perempan. ape???????? yer memang campur so memang agak asing dan janggal lah bagi aku kan yang dah biasa denga keadaan dalam kelas semua perempuan, tapi aku mesti kene sesuaikan diri jugak lama2 kan.

Bermula la episode pelajar baru yang malu2 hahahahaha… biasa r kalau jadi pelajar baru jer mesti malu2 kan.. almaklumlah  dulu kan semuanya perempuan… lama jugak lah untuk aku nk biasa kan diri smapaikan aku dah berlagak gaya mcm tomboy plak sebab takut lelaki dekat ngan aku hahahaha…

Masa aku start masuk Senai budak yang mula2 tegur dan kawan ngan aku yelah Syafinaz budaknya cantik manis… sopan santun dan jadi perhatian budak lelaki kat sekolah masa tu.. wah!!! kecik2 dah cintan cintun mak bapak anto g sekolah soh belajar bukan soh berendot (ayt org dulu2) …hahahaha… aku dapat masuk kelas 3 Raya masa tu kira kelas no.2 masa kat Convent aku kelas Delima kelas no. 1  whatever lah janji belajar, bila tukar naik ke darjah 4 aku terus di tukar ke kelas 4 ros kelas no. 3 plak haiiii pelik aku mcmne leh jadi mcm tu mungkin kah pelajaran aku merosot??? yer memang betul org kata kejutan budaya hahahahaha…


Actually aku tak suka tukar2 sekolah ni sebab bila ada jer pelajwan aku akan tertinggal contoh matematik memang aku tertinggal banyak rupanya Sek. Senai ni advance sikit dr Convent so memang aku tertinggal agak jauh lah so no wonder lah kalau aku di tukarkan ke kelas 4 Ros.

Masa sekolah rendah aku banyak cerita syok sendri hahahaha... tu la org soh belajar aku ni berangan lebih hahahaha... masa kat kelas aku boleh plak admire ngan sorang budak ni, pada masa tu  dan pada pandangan mata aku dia hensem la konon hahahaha.. so ape dia buat aku suka support dan suka tgk kalau leh nak duduk pun sebelah dia... see..... gatal tak aku masa tu hahahah, sampaikan aku sanggup kemas beg dia yang bersepah bagai, tapi dia ni dari keluarga maccam org berada jugak lah sebab every year diaorg akan g holiday ke London so kira kaya lah kan... kalau family aku??? singapore aje lah ....

Kalau kat sekolah ada buat Maulidul Rasul memang aku akan tertunggu dia tuk tgk dia pakai baju warna ape lah ek.... mesti hensem hahahaha padahal kitaorg budak kecik jer masa tu leh ada perasaan mcm tu kan.. aje giler...perasaan sangat lah ko ja. So bila tiba Maulidul Rasul masa tu aku ternampak dia gelagat aku mcm perempuan birah hahaha tegedik2 suka tgk dia walaupun dia tak tgk aku dan x suka nak tengok aku... aku akan amik peluang supaya lalu depan dia la... wat duduk dekat2 ngan dia lah, org ceramah ker hape ker jat depan memang aku dah x peduli cuma aku suka tgk dia walaupun dah 1 kelas mungkin masa ni dia hensem kot berbaju melayu hahaha

Ada masa dia balik dr London dia belikan cenderahati tuk kawan2 1 kelas termasuk aku masa tu aku dapat pensel yg beso gajah mas atu Malaysia mana ada so agak jakun lah semua yang dapat tu kan, aku pun berkali2 ucap terima kasih pada dia macam x sangka beli jugak dia cenderahati pada aku so pada masa tu hati aku bunga2 lah seolah2 macam dia syok kat aku, walhal sikit pun tak sebab aku pernah terdengar masa kat sekolah agama dia cakap ngan sorang budak perempuan yang dia syok tu "jgn bgtahu si hitam legam mai tu" masa aku dengar dia cakap macam tu terus aku terdiam dan x nak lagi syok kat dia cuma aku suka sangat tgk muka dia.. 

Bila darjah 6 kitaorg amik UPSR aku dapat keputusan nak dikatakan cemerlang pun tidak nak kata tidak cemerlang pun tidak aku hanya dapat ABCD yer serius hahahaha... semua aku rasa ... so lepas dapat keputusan UPSR tu si dia tu dapat keputusan baik sikit dari aku dan dia pernah cakap kalau keputusan dia baik dia nak sekolah asrama so bila aku nampak nama dia terus aku ckp ngan dia "ok ko dah boleh masuk asrama sebab keputusan ko baik dia cuma erm... jer... berlagak seyhhh hahahaha.... so lepas dari UPSR kitaorg dah lost contact cuma aku ada dengar dia masuk sekolah asrama x sure betul ker tidak sebab aku cuma dengar2 jer dr mulut kawan2.

Masa sekolah rendah aku tak ada simpanan gambar langsung yg aku ada 1 jer tu pun dari kawan jugak.

aku no. 1 dari kanan yang duduk.. hitam tak? huhuhu..
Si dia no. 4 dari kanan
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...