I Love JB

Tuesday 21 October 2014

Potato Friters

Assalamualaikum semua blogger..
Hari ni aku nak share 1 resepi simple  tapi sedap di makan....


Gambar ehsan google

POTATO FRITERS

3 BIJI DI SAGAT HALUS2 (MEMANJANG)
1 POKOK DAUN BAWANG DI POTONG2
4 SUDU TEPUNG GANDUM
4 SUDU TEPUNG JAGUNG ( NAK KURANGKAN PUN BOLEH)
1 BIJI TELUR
SEDIKIT SERBUK LADA SULAH DAN GARAM

*KALAU NAK PEDAS BOLEH LAH POTONG CILI MERAH ATAUPUN CILI PADI




CARA-CARA

  1. CAMPURKAN SEMUA BAHAN TERMASUK TELUR KEMUDIAN KACAU HINGGA SEBATI.
  2. SETELAH KENTANG MENJADI SEDIKIT PEKAT SETELAH DI GAUL BERSAMA TEPUNG BOLEH LAH DI GORENG DENGAN MINYAK YANGN SEDIKIT. (SAYA GUNA KUALI TEFAL KAEDAH KURANG MINYAK)
  3. SETELAH MASAK BOLEH LAH DI MAKAN DENGAN SOS ATAU SOS SENDRI.
  4. SELAMAT MENCUBA.




Cookies & Frozen Food

Assalamualaikum semua blogger rasanya aku dah lama beno tak update blog aku ni yer, dalam tahun 2014 jer aku rasa memang tak ada masa aku nak hadap komputer update pelbagai cerita...

Actually banyak yang berlaku dalam tahun 2014, banyak jugak yang aku nak share ngan korang semua, tapi memandangkan aku sangat sibuk maka tergendala la semua cerita2 aku....

Tapi tak apa aku akan cuba untuk update di masa akan datang k..

Cerita pasal aku sibuk... yer aku benar2 sibuk... mana nak layan anak lagi... mana nak layan suami lagi... upsss!!!  mana ngan keje lagi... mana nak set up business baru aku lagi...

Ala cakap nak gempak aje.. BUSINESS konon padahal cuma niaga kecik2 aje ala wat tambah duit poket.. x salah kan...

Masa bulan puasa hari tu(2014) aku memang ada wat biskut raya untuk tempahan hari raya... alhamdulilah rezeki anak dapat la sikit duit raya... x banyak pun aku buat biskut cuma Biskut Semprit, Rainbow Cookies, Bubble Rice Chocolate dan yang terbaru sekrang ni aku tengah buat yelah NUTELLA POD yeah..... dan KARIPAP KENTANG, KARIPAP SARDIN, CUC BADAK, PAU SAMBAL ... semua nya FROZEN k... 

Semua makanan ni dah pun aku jalankan... buat masa ni aku masih belum sempat untuk snap segala gambar hasil jualan aku...  rasanya esok aku update semua makanan yang aku niagakan dalam blog ni  di ruang DAPUR SI HITAM MANIS...

Jadi pada sape2 yang dah tengok gambar tu boleh lah hubungi aku yer untuk tempahan atau pun nak beli barangan FROZEN aku yer...

Ups... sebelum aku terlupa karipap kentang tu aku gunakan udang kering yawwww bukan ikan bilis atau pun udang geragau yaw....

Alhamdulilah akhirnya dapat gak aku update belog aku yang dah bersawang ni...
Thanks jugak pada readers semua yang mana follower aku siap tanya sila la update blog... maka dengan ini aku pun update lah belog aku yang banyak sawang ni...

so esok kita sambung lagi dengan cuci mata gambar segala product jualan aku yer...


k bye... hehehehe...

Friday 28 March 2014

MH370

Assalamualaikum..

Semua pun dah tahu crita MH370 kan.. Sebagai rakyat Malaysia aku jugak turut terasa tau..
Terlalu banyak spekulasi dan andaian yang di buat oleh semua pihak termasuk Pengkome - pengkomen di Pesbuk.
Terasa sakit hati pun ada tapi bagi aku lah sebenarnya kerajaan Malaysia dah cukup perihatin dengan kes ni, jadi jangan lah korang semua nak komen yang bukan2.
Aku  bukannya nk menangkan sape2 dalam situasi ni kita jangan lah terlalu pentingkan diri sendri kan, kita kene lah respect dan faham keadaan ahli keluarga yang terlibat.

Sudah 3 minggu masih x jumpa lagi bangkai pesawat, semoga usaha pencarian di permudahkan..
Dengan lautan Hindi yang sangat bergelora semoga krew pencarian dilindungi supaya dapat meneruskan pencarian.

Ape pun kita sebagai umat islam dan sebagai rakyat Malaysia perlu lah sentiasa berdoa dan jangan berhenti berdoa .



Ya ALLAH KAU permudahkan lah pencarian MH370
Ya ALLAH KAU lindungi lah krew pencarian dari segala bahaya
Doa dan Harapan kami sentiasa bersama semoga dapat ditemui amin...



Wednesday 19 March 2014

BERHIJRAH KE ARAH LEBIH BAIK ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak update N3 ni bukan senang sebab perlu amik mood, bila tak ada mood memang confirm nak tengok pun malas..

Erm.. rasanya kita dah masuk March pada tahun 2014 ni kan.. macam cepat jer kan...  Ok2 lah berbalik pd tajuk besar kita, biasanya org akan pasang azam pd awal tahun kan... tapi lain bg aku...

Biasa la company aku kan company cina so bila time cuti Tahun Baru Cina memang cuti lama la gamaknya.. jadi tahun ni x de plan nk holiday ke hape coz??? hubby kene keje jadi lupakan aje la hasrat nak bercuti dengan family feeling2 k...

Sebenarnya kalau nak cite pasal Hijab ni.. dah lama rasa hati nak berhijab, tapi hati macam x yakin jer... aceh..ceh... mcm lah aku ni sape kan.. sah2 aku lahir Islam jadi sepatutnya berhijab/menutup aurat itu adalah perkara wajib bg wanita Islam, erm... nak cakap banyak pun x boleh nak salahkan sape2 yang penting hati kita sendri.

Nak pendekkan cerita masa cuti tahun baru cina hari tu adalah 1 hari tu kitaorg g holiday balik hari... hahahaha... g Tanjung Piai kat Pontian aje.. KATANYA best... erm.. bila sampai sana boleh la.... sebelum nak g sana malam tu aku tanya ngan hubby aku
"Hubby boleh tak kalau esok kita g jalan honey pakai tudung?" dengan alasan aku malas nak uruskan rambut..
then hubby aku pun ckp lah "apsal pulak x boleh lagi bagus pakai lah"
Alhamdulilah esoknya  aku pun mengenekan tudung hehehe... terasa macam sweet bila pakai tudung
Sila angkat bakul sendri yer...


Percutian yang singkat tapi seronok lah jugak coz dah lama x jalan2 ngan hubby ngan anak sekali jalan syioooknya...

Sepanjang aku berjalan mengenekan tudung masa berjalan tu aku rasa sangat selesa walaupun pada masa tu cuaca amat panas tapi alhamdulilah aku dapat meneruskan dengan memakai tudung 1 hari... Syukurrr....

Now aku secara rasminya sudah berhijab sepenuhnya walaupun hanya ke kedai, dan aku jugak sudah menjaga solatku yang selama ni rongak2 hehehe...

Alhamdulilah syukur kepada mu Ya ALLAH kerana membuka hati ku ini semoga dengan penghijrahan ni aku akan lebih tenang dan menjadi muslimah sejati amin...

Terima Kasih kepada hubby yang selama ni banyak bagi sokong pada aku untuk meneruskan niat untuk bertudung...



Alhamdulilah... dari sebelum berhijab aku dah mula mengumpul tudung jadi now koleksi akuu makin bertambah alhamdulilah di harap aku dapat mengekalkan berhijab amin...

Monday 3 February 2014

JERAGAT???? Meh Sini Baca Tips...

Hye.. Assalamualaikum,...

Saya nak sambung cerita tentang kecantikan yang saya akan share, selain jerawat, nampak muda, muka bersih dan awet muda kita juga boleh hilang jeragat yang ada di muka kita, jom baca fakta ni dan rahsia bagaimana nak hilangkan jeragat sekaligus boleh kelihatan cantik...

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.


Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.
Rawatan untuk melasma.
Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah mengamalkan pengambilan EL MARINO yang sangat semulajadi dan hasilnya boleh dilihat dalam masa 2 minggu sahaja.

Saya malas nak cakap banyak cuba dulu baru tahu pukulan EL MARINO ni bukan cakap main2 tapi kenyataan, guna sendri baru boleh buktikan...



saya tunjukkan testimoni pelanggan yang telah menggunakan...

PERUBAHAN SELEPAS 1 MINGGU MENGGUNAKAN EL MARINO




Percaya lah dengan mencuba baru kita akan puas hati dengan perubahan yg terjadi pada diri kita, nak cantik.. nak gebu... naka mulus.. jangan segan2 untuk bertanyakan pada saya kerana saya sendri pun menggunakan nya.

Friday 24 January 2014

Nak cantik.. Nak Gebu... Meh Baca Tips...


Sejak akhir-akhirnya saya sibuk jadi memang tak ada masa nk update blog kesukaan ku... Sebenarnya nak cerita sejak akhir-akhir ni ramai yang dok tanya...




"awak dah lain lah"
"wah! ah moy u sudah santek oooo"
"dah lama x nampak skrang makin gojes nampak"
"eh u dah putih lah ape rahsia ek"
"ala kongsi lah sikit tips mcmne boleh gojes ni?"



semua ni ayat2 yang orang dok tanya saya apekah rahsianya.. selama ni saya cuma dia dan kata x menggunakan ape2... ceh..ceh.. bohong lah kalau x guna ape2 boleh gebas gebus kan... na.... sekrang saya nak kongi, nak share, (kongsi ngan share bukan sama maksud ker) ngan awak2 yang comel2 di luar sana.

Sekrang saya akan kongsi kan macamne diri saya boleh berubah (saya x kata tapi orang yang menilai). Dari macam asap bas dah bertukar dari so sweet... (saya x kata tapi orang yang menilai)..

Selain menjaga pemakanan yang seimbang dan banyakkan dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan saya juga ambil makanan tambahan untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda.. Saya dah nekad umur saya 30 saya akan mulakan hari saya dengan penuh keceriaan, kecerahan, kemerahan.. bak kata orang semua nyan "KE" lah...

Jadi tak sia-sia lah saya mengtestimonikan pada diri saya dengan product yang telah saya cuba selama 1 bulan sahaja hokey..... tak caya ker??? sebenarnya dalam masa seminggu pun dah boleh nampak kesan (bergantung pada masalah kulit yer), 

Jangan risau selain dari kita akan nampak gebas & gebus.. kita jugak akan kelihatan lebih muda dr usia yang sebenar, dah tak perlu BOTOK atau SUNTIKAN VITAMIN C lagi da....

Sebelum ni semua dok sibuk cerita pasal kolegen bagai kan.. jangan risau semuanya ada di dalam makanan sampingan ni... jeng..jeng..jeng.. apekah itu???

Antara kebaikan product yang saya guna ni adalah antaranya.. :-

3 Aksi Sasaran
- Merencatkan aktiviti enzim perosak kolagen & elastin
- Mempercepatkan penghasilan kolagen & elastin baru
- Menggantikan kehilangan kolagen & elastin baru


Kolagen & Elastin merupakan bahan utama di lapisan dermis yang memberikan kesan tegang, padat & lembap kepada kulit. Sebanyak 70% daripada tisu kulit terbentuk daripada kolagen.

Bukan sekadar melindungi, tetapi membekalkan perlindungan yang kuat menglindungi.


 Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan kelebihan hehehe saya kongsi kan setakat ni dulu nanti kita sambung lagi... ada banyak jangan risau...

Tapi..tapi..tapi.... hanya setakat kelebihan sedikit yang saya kongsikan tu

HASILNYA...

CERAH, LEBIH CERAH DAN MAKIN CERAH. 

MUDA LEBIH MUDA DAN MAKIN MUDA...

NAK TIPS???? SILA KOMEN DI BAWAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...