I Love JB

Sunday 30 December 2012

I’am ready to fly….



I’am ready to fly….
Yess!!! Nak kata happy nak fly pun x jugak tapi pujuk la jugak hati yang x happy ni untuk happy sebab x lama lagi dah nak fly ke oversea… (oversea ke?). Bulan Januari ni aku akan bertolak ke JOGJAKARTA untuk melancong ngan kawan-kawan opis yang di tanggung oleh company aku… hoyeahhhh!!! Best kan dengar… memang la dah nama dengan opis dah sah2 la company yang tanggung kan.. so aku memang beruntung sebab x perlu kuat $$ untuk bayar duit flight ticket+hotel+makan semua ditanggung HALAL oleh company aku… wawawa…..
Ye la dah nama support aku cuma bawak duit poket je la tuk beli ape2 yang patut… x yah nak kerek sangat la.. aku Cuma bawak RM500 je… ntah cukup ke tidak boleh la beli je ape yg patut x yah nak over sangat kan…
Niat di hati Cuma nak beli kan mak mertua+kakak ipar+akak aku kain telekung itu pun kalau murah la.. dengar cite batik2 je yang murah… aku x dpt bygkan batik yang macam mana yang diaorg dok cite ni… kalau kain batik bek x payah woooiiittt… boleh la ek dari x de langsung…
Alang2 dah sampai sana bershopping habis la aku tuk standby raya… mari kita carikkkk kainnnnnn…. Itu pun kalau murah… senang cite semua benda yang aku beli nak murah je… jadi kalau murah dapat la aku beli banyak sikit hehehe almaklumla Cuma bawak duit sikit je…
Weeeeeeeeeeeeee………  x sabarnya nak shoppinggggg!!! Tapi yang jadi masalah aku skrang ni adalah masalah RINDU aku pada anak bujang aku nanti… macam mana la nanti keadaan aku bila rindu pada dia… orang kata kalau kita takut kita ni terlalu rindu sangat kita bawak la baju dia yang belum dia cuci untuk pengubat rindu….waaaaaaaaaaa mummy rindu THAQIF ASYRAF….

Waaaaaaaa cite lebih kang x jadi g jugak aku kang.. asik teringat kan HERO aku je… dah..dah… meh ler kita mengisikan KAD PUTIH ni untuk masuk ke Negara orang ya….





Sunday 23 December 2012

BUBUR AYAM ABC




Bubur Ayam ABC

Masak bubur macam biasa dengan beras 1 pot

2 keping sisi ayam di potong2 (kalau nak guna ayam potong kecil2 pun boleh)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sb sos tiram
1 sk serbuk lada putih (kalauu nak pedas boleh letak ikut suka)
1 kuib pati ayam norr
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (diptong dadu)
3 batang putik jagung (jagung muda kecik yg dalam paket tu di hiris2 serong)
sedikit daun bawang & daun ketumbar (dihiris2 )
sedikit bawang goreng
sedikit minyak bijan ( dalam lebih kurang 4 sb)
Sedikit minyak masak

(untuk bahan yg bertanda * perlu dikisar/ tumbuk terlebih dahulu)


1. Panas kan kuali tumis bahan yg bertanda * bila dah wangi masukkan ayam+sos
tiram+kuib pati ayam & kacau hingga sebati & ayam masak.
2. Setelah itu masukkan serbuk lada sulah+garam+serbuk perasa+ 1/2 cawan air
(garam jgn terlalu banyak kerana sos tiram & kiub pati sudah cukup masin, sy
jarang guna tapi terpulang pd rasa masing)
3. Sementara tunggu mendidih masukkan yg telah dipotong2 (lobak
merah+kentang+putik jagung) kedalam bubur yg telah masak tadi.
4. Apabila kuah tadi sudah mendidih masukkan ke dalam bubuur yg sudah masak &
kacau (pastikan periuk nasi sentiasa on tanda "cook"), tunggu sehingga lobak
merah & kentang empuk boleh la dihidang.
5. Setelah lobak merah & kentang empuk masukkan daun bawang & daun ketumbar
di dalam periuk dan boleh dihidangkan dengan tabur bawang goreng & tabur 1 sb
minyak bijan atas bawang putih tadi.

Friday 14 December 2012

Mak orang pun kene ngurat tau!!


Nak di kadikan cerita aku g kedai petang semalam nak cari udang untuk masak sambal udang, ala nak bawak g opis sebab kawan2 ajak makan nasi lemak so aku kene la masak sambal udang...

Tapi bukan cerita sambal udang yang aku nak cerita ni.. g kedai lepas tu singgah la restoran hujung kedai tu nak bungkus roti canai.. erm... dah lama x makan roti canai sedap gak.. memandangkan hubby ngan hero kecik kat umah so bungkus je la..

Bila dah order aku pun duduk la kat kerusi sambil tunggu roti siap.. sambil tgk TV mata pusing ke sana ke sini saje nak tgk2... rupanya kat meja depan tu ada 2 orang lelaki & 1 orang perempuan yang 1 orang mamat ni leh plak senyum2 ngan aku...

mula la babak....

Perempuan melayu kalau pakai baju kurung memang manis di pandang....

Mula2 senyum2.. lepas tu... cakap2 ngan mamak restoran...pastu duduk plak kat depan meja aku tu...

Mamat tu : "hye kak long banyak ke beli?"

Aku : sambil x tgk jawab "erm.. x la "

Mamat tu :" dok sini ke?"

Aku : "erm.. ye dok sini"

Mamat tu : "sape nama?"

Aku : "CT"

Mamat tu : "owh saya SHAH"

Aku : "owh ok"

Mamat tu : " keje mana?"

Aku : "ye kat kulai je"

Mamat tu : "cikgu ke?"

Aku : "eh x la..keje biasa2 je"

Mamat tu : "mintak no. phone boleh x?"

Aku : "x boleh "

Mamat tu : "dah kawin ke?"

Aku : " Dah"

Mamat tu : " anak brapa?"

Aku : "sorang "


Sumber Google



#hah!! poyo mamat tu ingat nek moto beso plet s'pore aku heran ke? adoiii bini orang ngan anak dara pun x dapat bezakan ke?

Jadi isteri2 dia luar sana hati2 bersikap jujur la dengan pasangan anda..

#nampak sangat aku jujur kan sampai nama pun aku tipu.. anyway saya sayang suami saya dunia akhirat....amin....

Thursday 13 December 2012

Rindu blogggg....

Terasa rindu plak nak update blog ni.. erm... macam dah lama sangat aku x mengupdatekan blog kesayangan aku ni. erm... bz??? memey ler... sejak ada si kepoh kecik tu memang bz nak jengah blog pun asik x sempat je.. almaklumla mana ngan keje lagi.. ngan layan kemas umah lagi.. bila free je hero kecik dah bangun.. adoiiiii now!! rindu plak nak update blog...

Arrrghhhh!!! x yah cakap banyak la mari kita update blog ni...
Tapi nak update ape???
Sebenarnya banyak cerita aku nak update tapi tak kan la nak masukkan semua dalam 1 masa kan.. so slow2 la.. macam org cina kata "man..man.. " hehehehe...

Nak kata bz macam biasa la ... tapi sejak ada HP canggih yang boleh whatsapp aku lupakan diri aku ngan blog wat seketika... kacang lupakan kulit kan.. hahaha bukan lupa cuma kemaruk sangat ngann whatsapp.,... (nampak bebno aku ni jakon kan..)

Tapi baru2 ni ada la antara kawan2 yang tanya nak update blog dia x boleh.. (dia tanya aku sedangkan aku pun dah lama x update blog so la friend).. tetiba je macam terdetik aku nak update blog aku yang ntah ape2 ni.. hehehe....

So bermula la hari ni dalam sejarah bahawa aku mengupdatekan blog untuk sekian lama telah menyepikan diri.. Nak cerita best masih fresh... (fresh la sangat) so ni kita kasi panaskan badan dulu k.. esok2 kita sambung cerita hangat kita tu k...

Chow

Tuesday 9 October 2012

MC Lah..

Assalamualaikum,

Erm.. rasanya dari N3 terakhir hari tu aku dah lama x mengupdatekan blog ni.. bukan dah boring cuma masa cemburu ngan aku je..

Ok cite banyak x guna hari ni cuma nak bgtahu yg smlm aku MC..huhuhu.. kenapa? kalau dah MC of course la sakit kan.. ni sakit betul2 bukan cobaan...

Ini kes betul2 terjadi pada aku..

1. Sore hilang..
2. Batuk.
3. Demam..
4. Migrain..
5. Bisa badan..
6. Belum tahu sakit ape lg..
Dugaan di bulan baru..

Ya ALLAH ko berikanlah kekuatan kpd hambamu ini utk melawan penyakit yakni penghapus dosa, agar dpt meneruskan hari2 yg baik & sihat utk mencari rezeki yg HALAL..
Amin....


 Berdoa dengan harapan aku boleh sembuh cepat amin...

Friday 21 September 2012

Twinkle..Twinkle..Little Star...

Selamat Ptg semua...
(ceh dah mcm cikgu la plak kan)

Ok N3 kali ni nak kongsi tentang Bahasa Omputih (ala Bahasa English la), biasanya bahasa pasar mesti kita ckp "ckp omputih" so kali ni nak cerita psl "ckp omputih"

Bukan semua org boleh berbahasa English, dan bukan semua boleh berbahasa Melayu (bg yg bukan melayu la) dan bukan semua blaja tinggi (mcm aku la) dan bukan semua blaja x tinggi (mcm aku jugak) hehehe... Jadi berbahasa English ni kalau dah pandai ckp .. dah faham ape yang org cakap dah kira terror la kan...

Ni semua anak aku punya hal la ni... memang kakak aku ni kurang lancar dalam berbahasa english (bukan bodo ye), nak dijadikan cerita aku ni nak g shopping g la bawak dia ke TESCO KULAI... Aku balik kerja sabtu 1/2 day so lepas balik keje terus amik si kecik tu & amik la kakak aku serta anak2 dia sekali, lepas amik diaorg semua aku singgah umah kejap nak amik susu (sebelum sampai aku dah kol hubby soh dia buatkan susu anak), bila sampai kat umah yg hubby aku ni sibuk nak cium anak la.. nak amik itu la.. nak amik ini la.. (yg aku ni pemalas nak kuar kreta tunggu je dalam kreta) memandangkan aku ni nak kejar masa so aku rushing la cakap
"cepat!! cepat!!"
Dalam dok bual2 sampai la ke TESCO KULAI dah habis shopping ada la dalam masa 2 jam dalam shopping complex tu (lama jugak ek) kononnya lepas tu nak la singgah ke econsave tapi terpakse di batalkan.. sebab ape?????????

Haaaaaaa ni la dia Hero aku yg melalak dalam kreta x henti2 rupanya BABAH dia ni lupa nak wat susu anak , yang aku plak boleh sama dengan terlupa jugak... habis gasak la.,.... sepanjang jalan anak aku nangis...

Memandangkan aku ni tengah memandu, jadi terpakse la kakak aku ni pujuk anak aku sebelum sampai umah.. habis semua lagu dia nyanyi kan anak aku supaya dia diam... sampaikan 1 lagu dia nyanyi...







Tau x lagu ape??? dari kakak aku ni x reti cakap "omputih" sampai dah terror..hahahah...
sampai tekak haus nak nyanyi kan anak aku supaya diam.. (ape punya sengal la mummy ni)
Ni la dia lagu yang menjadi FAV SONG anak aku sekrang sampai joget2..

"Twinkle...Twinkle Little start how i wonder what u are"
"Up above the were so high",
"Like a Diamond in the sky"

"Twinkle.. Twinkle Little Star....."

Macam tu la kakak aku nyanyi sampai la kat rumah... hahaha
Ni la yang aku nak ckp... masa dalam kreta aku siap ckp ngan kakak aku lg...
"Cu tau x sekrang ni ucu dah pandai cakap "omputih"
Dia pun tanya
"Kenapa plak bila masa aku pandai "omputih" ni"
Aku pun jawab
"ye la sebab ucu nyanyi lagu ni.. ni kan lagu omputih"
hahaha kakak aku pun ketawa berdekah sebab dia sendri pun x tahu ntah betul ke tidak sebutan dia..
bedal je la..

Sekrang ni kalau nak tidokan atau nak nyanyi kan anak aku lagu wajib adalah lagu TWINKEL LITTLE STAR...


Jadi bagi aku kalau nak mahirkan percakapan / bahasa kita bek kita nyanyi lagu dalam bahasa english / cakap lebih kerap insyallah sape2 yang x pandai/ x tahu mesti terror dah lepas ni..

Jadi bg sesiapa yg x brapa nak pandai/ x reti tu jgn la rasa segan silu untuk blaja & cakap dalam bahasa OMPUTIH

Wednesday 19 September 2012

Sayur Betik Masak Air

N3 Masakan kali ni nak cer psl betik... betik??? ala buah betik la...
Tapi kali ni kita cari betik yg x terlalu masak & x terlalu muda untuk di jadikan lauk kita hari ni...
Tak yah nak lengah2 lg jom kita tgk apekah bahan2 yang diperlukan...



Bahan-Bahan


  • 1 biji betik yg telah di potong & di hiris mcm dalam gambar tu ( betik jgn terlalu muda & jgn terlalu masak)
  • sengenggam ikan bilis (disiang buang hitam dalam dulu & di cuci)*
  • bawang besar 1 biji / bawang merah 5 biji*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan *
  • 1 sb lada hitam yang telah di tumbuk (kalau nak pedas letak lebih lada hitam)*
  • 5 tangkai cili kering di hiris2 besar / digunting 2 saje
  • 5 tangkai daun selasih (dipetik dulu kemudian cuci)
  • 1 mangkuk air
  • Garam & serbuk perisa secukup rasa.

P/s : Bahan yang bertanda * hendakla di tumbuk dahulu

Cara-cara

  1. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama 1 mangkuk air (ikut paras periuk la)
  2. Didihkan air didalam periuk sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan betik yang telah di hiris & dipotong bersama cili kering yang telah di hiris/potong.
  4. Setelah mendidih masukkan pula daun selasih serta garam & serbuk perasa. (secukup rasa)
  5. Setelah mendidih/masak tutup api & boleh la dihidangkan dengan nasi panas2.

Selamat Mencuba...

Raya 2012

Assalamualaikum....

Herm... rasanya dah terlalu lama tinngglakan blog tanpa sebrang nota... hehehe ape nak buat sibuk sepanjang Ramadhan & Raye....hehehe...

N3 kali nak bgtahu Alhamdulilah kita semua dah selamat menjalankan ibdah berpuasa & hingga ke hari raya...

Tahun ni adalah tahun ke 8 aku beraya dengan suami tercinta & tahun per1 kitaorg beraya dengan buah hati kami, hero kami Thaqif Asyraf Junaidi, terasa keseronokkan memang ternyata berbeza..weeeeeeeeee............ seronok sampai x tahu nak bgtahu mcmne...

Tahun ni jugak la dapat kumpul duit raya Thaqif.. Alhamdulilah murah rezeki anak mummy ni, banyak jugak duit raya yang dia dapat, cuma dok kampung je dah dapat sampai ratus2 tu belum lg bahagian belah keluarga aku... ye la rezeki anak2 kan... kami parent ni hanya tersenyum lebar..(senyum lebar bukan bermakna rezeki kitaorg tapi senyum dengan rezeki anak)

Raya tahun ni mcm biasa tiap2 tahun aku memang akan pulang ke kg suami aku di Felda Bukit Aping Barat Kota Tinggi Johor. Oleh kerana aku ni dah x de ibu & ayah ( sebab dah meninggal aku ni kan anak yatim piatu) jadi aku memang wajib untuk balik beraya di kg suami ku tercinta... acehhhh!!! hahahaha... Nak diikutkan aku ni bukan la org kg so memang la aku rasa jakun bila beraya di kg... almaklumla dok bando... sekrang ni rasa jakun aku dah kurang r.. lebih kepada seronok mana x nya dah 8 tahun kawin x kan la masih jakun kot.... of course la lebih kepada seronok kan.. erm... tahun ni cuma dapat balik 3 hari je... memandangkan cuti mummy ni dah minus terpakse la masuk keje awal... waaaaaaaaaaaaa sadisnyaaaaaaaa.....

Rasa happy je bila tgk muka abah & mak mertua aku yg gembira bila anak2 & menantu balik serta cucu bila berhari raya di kampung kan... Alhamdulilah... diaorg happy aku pun happy tgk diaorg happy kan...

Tahun ni tema warna baju raya kitaorg ye lah warna PERPEL... weeeeeee.. santek x?? santek kan... aku plak yg terlebih excited sebab kitaorg semua pakai baju kaler yang sama... hehehe... semua beli baju dah siap je tahun i... tapi ok jugak la dr x de kan...


Ni la gambar kitaorg 1 keluarga beso kan keluarga kitaorg.. ( yg ni sebelah my hubby) hanya 1 org je adik hubby x pdt balik beraya kerana terpakse berkerja... seronok!! seronok!! seronok !!






Ni semua suasana raya di kg... x banyak gambar sebab x amik guna camera sendri pun... huhuh.. ni semua hanya sebelah hubby masa id kampung...



Ni sebahagian dr family aku...

1 Sept 2012 adalah besday my hero Thaqif Asyraf Junaidi, jadi kitaorg pun buat la sekali kenduri potong jambul & doa selamat untuk hero kitaorg... nak tunggu gambar2 dr camera anak sedara berkurun baru dpt ni je yang sempat aku amik guna camera yg x brapa nak canggih tu.. ape pun alhamdulilah semua berjalan dengan lancar walaupun masa hari tu de 1 org pun kejiranan aku dtg .. cuma yg dtg hanyalah jiran2 baik aku saje... (diaorg dengki la tu bg surat yassin 3 hari sebelum majlis ada ke patut sedih..), x pe la janji majlis berjalan dengan lancar.. nasib baik la mummy ni baik ngan org masjid jd jemput la org masjid dtg untuk mengetuai majlis tu.. alhamdulilah dah 1 tahun anak mummy...

Kebetulan besday hero aku ni sama ngan besday atok mak dia.. jd kitaorg celeb sekali la hehehe.. Selamat Ulang Tahun Ibu mertua ku sayang.. semoga diberkati dunia & akhirat & panjang umur serta diberikan kesihatan yang baik setiap hari amin....


Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun kitaorg x buat open house tapi majlis tu dah mcm open house sampai ke mlm pun masih ada org dtg nasib baik la makanan masih banyak dapat la semua merasa.. majlis habis ptg tapi tetamu yg dtg sampai ke jam 12 mlm... alhamdulilah..

Terima Kasih kepada semua yg sudi dtg pd majlis anak aku hari tu.. & Terima Kasih pd jiran2 yang baik sebab sudi tolong rewang walaupun x de ape yang perlu direwangkan (semua catering ) terima kasih bebanyak hanya tuhan saje dapat membalasnya...

Monday 30 July 2012

DAH SEMINGGU.....

Dah seminggu Thaqif demam akhirnya alhamdulilah.. dia dah ok.....

Berkat bawak g urut kat umah kakak aku ( dia memang pandai urut), ada la 2/3 kali bawak g urut dia dah ok... Baru ni la aku rasa perasaan seorang ibu bila mana anaknya sakit lama x baik... Kalau dulu arwah mak aku mesti ada sebelah aku bila aku sakit.. almaklumla aku ni kan selalu sangat kene demam / sakit lain... (antibodi x kuat la).. so now aku dapat rasakan ape perasaan arwah mak aku masa jaga aku time tu... ni bila Thaqif dah boleh bermain... dah boleh senyum/ketawa.. lega sikit hati aku...cuma dia masih x boleh nak makan lagi...

Kalau sebelum demam selera dia alhamdulilah sangat mengkagumkan... aku pun syok je kalau suapkan dia makan... tapi masa dia demam tu doc ada ckp yg tekak dia bengkak... (of course la sakit nak telan kan), alangkan kita yang diewasa pun kalau sakit tekak sakitnya makkk aiiii, ni kan pulak baby kan.. ape dia tahu cuma nangis je la pandai kan...

Tapi tadi babysitter Thaqif ada ckp yg dia dah nak makan.... wahhhh!!! alhamdulilah aku dah mula la senyum lebar gembira+happy (happy ngan gembira tu x sama ke?)+ teruja semua ada sebab my baby dah nak makan semula.... ye la lepas seminggu x nak makan habis susut badan anak mummy yg babam ni...












Kini dia dah tersenyum... kini dia dah ketawa.,.. hehehehe.....
anak mummy demam nak besar kan...
Lepas je baik demam mcm2 benda dia pandai....
dia dah pandai jalan..(dah lari pun x sangka sebab baru 10 bulan)
dia dah pandai merajuk...
dia dah pandai nak ajak jln2 nek motor... (babah la kene bawak)

hehehe.... murah rezeki anak mummy ni... demam je dapat hadiah kreta baru...
baik demam je babah belikan dia katil (playpen) ngan kasut raya (converse lagi)...
ape pun..

AKU BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA PUTERA KAMI DARI SEHARI KE SEHARI SEHINGGA PULIH SEPENUHNYA....


Friday 20 July 2012

THAQIF DEMAM-DEMAM PUN DAPAT HADIAH...

Sian anak mummy demam plak dia ....
Mungkin demam nak pandai ye la dia kan dah 10 bulan dahn ak sampai 1 tahun tu psl kot dia demam...
Orang tua2 ckp kalau baby demam mesti amik upah nak pandai/ demam nak besar... harap2 anak mummy cepat la baik ye...

Erm.. dah bawak g klinik suhu cuma 38.8' , tapi tu pun dah kira panas bg baby...
risau plak mummy dia demam, tapi walaupun demam dia still leh main2, cuma dia x nak makan...
banyak yg aku tanya ngan kawan2 kalau dia x nak makan jgn pakse janji dia nak minum susu...
aku rasa la maybe dia nak tumbuh gigi yg belakang pun ye la tu psl la dia demam...

Bila bg makan ubt dia boleh la jugak main2.. tapi bila kandungan ubat dah habis dalam badan mula la dia lepak lembik smcm je.. sedih mummy tgk...

Tadi kol babah (dia plak jaga mummy terpakse keje), dia ckp badan panas lg cuma x kuat mcm smlm la... cuma x nak minum susu hanya makan 1/2 keping roti je... lepas berak babah dah mandikan dia.. (mandi ok jugak leh kurangkan panas dalam badan), mummy harap2 leh tahan sampai mummy balik kol 1 nanti...

Thaqif kalau demam memang kurang ragam kecuali dia nak dukung saje, berkat anak mummy yg bijak x banyak ragam demam2 pun leh dpt hadiah... hehehehe dapat je hadiah terus dia nak main, walaupun badan dia still lembik, tapi bila tgk dia nak main lega la sikit hati mummy ni...


Demam2 pun dapat hadiah anak mummy ni... gud boy demam2 pun leh bangun nak rasa kreta baru dia....
Thaqif dapat hadiah dari ibu cu... sebab ibu cu x sabar nak tunggu thawif 1 tahun nak bg hadiah, so dia dah beli hadiah in advance.. hehehe...

Terima kasih ibu cu belikan Thaqif kreta baru....

BELI 1 PERCUMA 1

Masa aku g kedai deret opis nak beli losyen Thaqif aku ternampak la 1 beg tu mcm lawo la plak sebab ada warna warni...

So konon2 belek2 la tgk kot2 murah kan... Yaaaaaa... memang murah la.. aku beli 1 dapat percuma 1 lg beg... (murah la tu kan nak murah mcmne lg kan...) memandangkan aku dah banyak beg aku pun belikan la tuk anak sedara aku 2 org ni beg... beli 1 dapat lg 1 kan... so 2 org leh dpt...



Beg ni x la berjenama kan.. tapi aku rasa mcm ok je.. boleh la tuk budak2 bawak g sekolah ke ek...
aku dah belikan pun dah cukup baik, sape2 yg memilih sangat jgn harap la aku nak belikan....






Murah je harga 1 beg RM29.90 so beli 1 percuma lagi 1 beg, jimat kan....
sape2 yg nak beli lokasi kat taman bersatu kulai....

SITE VISIT

Erm... sebenarnya kejadian ni berlaku hari khamis.. memandangkan bz x sempat la nak post membawa ke jumaat cuti emergency sebab baby x sihat demam so lg la x sempat kan...

Nak cerita entry kali ni pasal site visit, now aku akan g ke site (tapak project yang pasti bukan project aku, project boss aku la), aku akan ke site setiap 2 minggu sekali untuk buat laporan perkembangan kerja-kerja kat site...

Ye memang r aku ada kad hijau (ala CIDB la) sebab tu la aku berani g site, tapi ape yg terjadi hari tu g site pakai jeans ngan t-shirt company... dengan x pakai helmet keselamatan (of couruse la aku punya sendri), terus je masuk site,, dah la site penuh dengan lecak sebab smlm hujan lebat so site sure la penuh dengan tanah lembap kan...

Tapi ape yang membuat aku x leh bla dengan selamba aku g site dengan pakai....



Hahahahaha... boleh x hengat yang aku ke siteleh bedal pakai sandal ni je...  x pe la nasib baik pakai sandal buruk so x rasa ape la..  abaikan kasut buruk tu.. memang dah buruk sampaikan tapak pun x de... sebab senang nak sarung aku bedal je la.. selagi leh sarung... huhuhu...
Lepas tgk je Alamak!!! (sambil tepuk dahi) aku terpakai sandal la masuk site... memang confirm r penuih dengann tanah2 kat site tu.... Sampaikan orang kat site leh ckp
"jaja kat site dah mcm iklan shampoo la.."

aku pun jawab la..

Kuang ajooooo!!!!

x pe la janji keje aku siap... sandal pun sandal la...

So MORAL OF THE STORY korang kalau nak g site jgn lupa pakai safety boot , & helmet.... bukan ape untuk keselamatan diri....

Wednesday 18 July 2012

CAP SINGA LAUT (CSL)

Assalamualaikum....

Erm.... dah lamanya x update blog ni... tetiba rasa rindu plak....
Entry kali ni nak cer pasal HP.... Korang pernah ke dengar HP CAP SINGA LAUT... mesti x kan.... of course la... nama glamour CSL.... haaaa yang ni mesti pernah dengar kan....

Zaman sekrang ni semua dah canggih sampaikan Hp pun men sentuh2 je kalau nak call, canggih kan.. siap leh internet bagai lg.. x macam saya orang biasa2 je... so guna la HP CAP SINGA LAUT.... nama ni ada org yg ckp...tapi betul jugak kan... CSL tu hanya short form je... boleh pakai jugak ckp org tu....

Nak jadikan cerita memang la aku ni ada 2 biji HP, alaaaa HP murah2 je walaupun guna 2 line... janji leh call... leh sms... haaa tu yg penting kan.... bak kata My Mr. Hensem...

"honey ni x leh guna HP yang mahal2 nanti kang jahanam!! guna ke la HP yg ada tu"

Kesian kan...
Semenjak ada budak kecik yang bijaksana ni... habis semua barang aku dah jadi hak milik dia.. termasuk la HP CAP SINGA LAUT (CSL), mana x nya... budak2 sekarang ni pandai .. ko bg la dia HP mainan dia tau yg tu x de function, ni keje si Thaqif la ni... men HP mummy sampai jahanam...!!!!




Yang ni la HP aku... dulu beli cuma RM68 je.. sekrang aku x tahu la brapa.. ntah2 lg murah kot....
Anyway x kisah la jenama ape.. yang penting leh jawab call kan...

Alaaaa x yah nak ckp lebih la ja... HP ni  pun bukan ko yang beli... hubby ko yang beli so x yah ckp banyak la... hahahaha....

Pssssstttttt..... Sebenarnya saje je bg Thaqif main sampai rosak... ni la caranya nak ngecek hubby belikan HP baru... keh..keh..keh... so sekrang ni Hp aku yang CAP SINGA LAUT ni sah menjadi hak milik kekal pada Thaqif Asyraf Junaidi....

Mummy plak terpakse la off no. celcom untuk sementara waktu.... (sementara babah nak belikan HP baru... confident je ni), so pada sape2 yang nak call/sms aku buat masa ni cr la aku guna no. maxis ye....

Friday 29 June 2012

Alamak!!!!!


Sibuk si LuLu ckp ngan aku...

LuLu : "ja dulu u renew lesen brapa tahun ek.."
Aku  : "erm... i lupa la sebab i soh ejen yang buat rasanya 2 tahun la" (dengan confident je)
LuLu : "owh ye ke?"
Aku  : "yup nape?"
LuLu : " i nak renew lesen tapi i nak tukar gambar u rasa lama x nak siap"
(dengan yakin aku pun jawab)
Aku : "erm.. x la x lama pun... "
LuLu : "owh kalau mcam tu i pun nak buat la.."
Aku : "ok"

Dengan selamba je aku berbual ngan kawan 1 opis aku ni pasal "renew" lesen, dengan x de perasaan salah aku jawab setiap soklan dia dengan penuh yakin... (mcm x de ape2 berlaku je), dah berlaku sbln yang lepas...

Tup..tup... hari ni macam tergerak hati nak belek2 lesen kreta... tapi bila tgk je,....
ALAMAK!!!!! lesen dah tamat tempoh la.... dah lewat 2minggu plak tu.... wahhh!! selama ni aku bawak kreta selamba je la... adoiiii macam mana la boleh terlepas pandang ni....







Bukan ke ni dah tahun 2012?? bukan ke ni dah bulan June (nak masuk bulan Julai pun)....
jadi SAH!!! la aku ni dah terlewat nak renew lesen ni.....
ape lagi... berdesup g pej pos g renew.. memandangkan aku belum gaji... jadi terpakse la "renew" untuk 1 tahun je....

Nasib...nasib...... sebab tu la ek sekrang ni tarikh tamat tempoh lesen diaorg buat ikut tarikh lahir kita... sebab tarikh lahir saje la orang boleh ingat sampai bila2... jadi bila besday dah sampai je.. AUTOMATIK la lesen dah expired kan....

So pengajaran tok korang semua jgn la jadi macam aku ni... terhegeh2 nak g renew lesen... pastu amik sambil lewa saje.... so kita kene la lebih perihatin dengan hal2 yang penting macam ni....

Woit!!!!! lesen kreta penting woooo... kang tgh bawak2 kreta kang tetiba je dapat surat cinta dr ABG POLIS.... naiya ha.....

 

Tuesday 26 June 2012

Macam - Macam Hal Lah!!!

Masa sekolah sibuk nak bekerja...
Bila dah kerja sibuk nak jadi budak sekolah semula...
So bila kenang balik waktu zaman sekolah memang indah2 belaka & seronok sangat terasa macam nak kembali pada zaman tu... tapiii.... boleh ke?? of course la x boleh!!!! tapi zaman sekolah la macam-macam hal yang berlaku.. semua benda nak mencuba kan... gedil pun ada.. tapi degil2 kitaorg ni semua jd org yang berguna tau!!!

Saya g sekolah saing ngan Ummi Aiman Arif memang punctual, minah ni kitaorg panggil PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR, sebab dia ni lembut je orgnya.. diam je.. ape kitaorg buat dia follow je... kalau kitaorg wat jahat dia follow jugak... kalau wat baik x yah ckp la.. confirm muka dia ada... dah la g mana2 pun nak pakai baju kurung.. tak PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR ke tu.... kat sekolah dia ni x pernah x buat "homework" yang cikgu bagi... memang anak murid yang baik, jadi aku ni kawan yang degil memang selalu skip nak buat "homework" bila time cikgu mintak je mengelabah la mintak si semah ni.. ape lagi nak "copycat" la... kalau x bagi mesti aku marah dia... hahahaha... lembut punya pasal follow je ckp aku... (tapi aku x kontrol dia ek..) bab meniru je aku selalu pinjam dia...sebab semah memang terror kalau subject BM  dah memang aku dok sebelah dia of course la dia kene pinjamkan pd aku... Tapi sekrang semah ni dah kawin dah ada ada 2 orang & menetap kat Terengganu..walaupun jauh kitaorg masih lg berhubung....
ni pic masa tingkatan 5 semah yg sebelah kanan
ni plak pic semah ngan anak 1st dia aiman@cemut
Nama je ada 4 orang kawan yang dok 1 taman tapi x saing yang lg 2 orang tu, sebab budak 2 org si Farra Ashikin Binti Ahmad & Rohana Salihan tu masuk kelas lambat.. (opis hour la konon), hahaha... dah sah2 si Rohana ni PENGAWAS sekolah dia pun sama naik gak dtg lambat... kiranya kalau dia pun lambat si Nira@Farra selamat la... jgn harap la.. sama jugak dua2 kene bedal ngan cikgu YAHYA, abis sekolah dah nak mula baru dia sampai kat gate sekolah.... so rasakan.... Kalau ikutkan si Rohana ni dok belakang umah aku je.. tapi x nak saing dia.. walaupun kitaorg x saing ge sekolah kitaorg tetap baik dalam kelas.... ape pun tetap bersama.... Si Rohana ni nama je PENGAWAS tapi bukan PENGAWAS tapi PENGANAS, gile2 jugak dia la tukang cover line kitaorg kalau wat salah... kalau ada "spotcheck" je dia la pemberi maklumat dulu pd kitaorg so selamat la geng2 kitaorg... ko memang penyelamat kita la ana... dulu kalau PENGAWAS je mesti pakai baju biru... so si baju biru ni la penyelamat kitaorg.... hehehehe... Tapi si Rohana ni memang terror MATH ngan PRINSIP AKAUN..fuyoooo markah mesti tinggi... kalau org lain matematik tu kene laitahan kan.. tapi dia ni membaca je formula... terror x.... akaun dapat A1 tu......gile x gile la... Now Rohana pun dah kawin paling ramai anak dia la... anak dia dah 4 org 1 kembar, ni akan dtg nak masuk 5.... chaiyokkkk la anna... ko memang subur...
tu... yang baju biru tu la Rohana@anna pic ngan Nira@Farra
ni pic terkini anna ngan anak2 dia
 
Si Nira@Farra Ashikin plak kepala kitaorg sebab dia la paling banyak kuarkan idea2 yang bernas & yang  x bernas, nape dia ngan Rohana sebab memang kat kelas dia dok sebelah2 je tu psl la ape2 berdua je... mcm2 idea dia bawak kat sekolah... pernah terjadi 1 perkara masa sekolah, masa tu aku kat dalam kelas yang si Nira & Anna ni g lepak kat luar kelas (kat tepi kelas kitaorg ada TNB SUBSTATION so lepak la kat situ), pulak tu tgh lepas raya ke atau masa bulan pose sebab musim mercun sibuk sana sini... kalau korang ingtla.. ada sejenis mercun mcm jajan di bungkus dalam pack mcm pack gula2, mercun ni cuma korang perlu tepuk kat tapak tangan, pastu ia akan mengelembung & terus akan mletop..POP!!!!!!!!!!, nak jd kan cerita ada sorang budak lelaki ni  Mohd Jaafar Ahmad nak bergurau ngan Nira so dia pun balingkan la mercun tu pd Nira, tup.tup.. mercun tu jatuh atas kain Nira (nira duduk bersila) belum sempat dia buangkan mercun tu... mercun tu dah meletop POP!!!!! habis berlubang kain sekolah Nira masa tu.... aku yang duk kat dalam kelas x tahu cita masuk2 je dalam kelas dia menangis mata merah, terpinga2 aku tanya rupannya kain sekolah dia berlubang.....Time tu si Mohd Jaafar Ahmad ni dah mengelabah, dtg pd aku tanya ..
"eh ja aku x sengaja la... eh ja Nira nangis ke? abis aku nak buat mcmne ni"
Haaaa... tau puun ko takut... at last dia bg aku duit soh aku belikan Nira kain sekolah kat PASAR MALAM tuk Nira... hahahahaha... ingtkan brutal tapi takut jugak ek.. dah hari tu diaorg x bertegur sapa.. padahal kita semua baik tau... (tapi kejap je) mesti kenangan ni Nira x leh lupakan ek...
yg sebelah kiri tu Nira@Farra pic ngan Anac@Suzana
ni pic nira sekrang yang sebalah aku tu.. (bertudung)
Tapi bila balik sekolah boleh plak saing 4 org.... (ye la dah dok 1 taman kan), kitaorg memang sehati sejiwa walaupun pagi x sejiwa... tu la namanya semangat kawan kan....
Salah 1 pengalaman yang kitaorg x boleh lupa, lepas habis sekolah ptg ada traning nettball dengan semangat waja kita kitaorg ber4 pun g la.. bila balik jalan kaki sesama.. (so sweet) sampai kat tepi bukit (nk turun ni kira sempadan 1 taman ke 1 taman yang lain) kitaorg termjumpa seorang lelaki berpakaian "INSPECTOR GADGET " (masa tu x fikir ape2 pun) tapi tetiba terdengar si rohana ni jerit mcm org kene sawan... (sebab dalam banyak2 kawan si Rohana ni la yang paling kuat jerit) rupanya kitaorg terjumpa ngan org GILE SEKS..eeee.... dulu2 kan sibuk fenomena "ORANG GILE SEKS" ape lagi masing2 cabut lari la... sebelum cabut ada 1 orag lelaki india dtg pd kitaorg tanya "kenapa??? ada ape ni???" kitaorg pun tunjuk la pd org tu terus lelaki india tu jerit panggil orang yang gila seks tu... tapi dia sempat lari....

orang tunggu bas kat bus stop sebab nak g sekolah tapi kitaorg nek bas sebab nak sokong Farra Ahmad (Nina@Farra ni adikkembar Nira x banyak sangat memory sebab dia dok asrama, tapi bila habis sekolah kita rapat tau) men HOKI yang x menang kat DATARAN BANDARAYA JB... semagat setia kawan... balik kene hujan berlari - lari bawah pokok & berhenti makan mee soto panas2 dalam hujan... sedapnya sampai si mai asik teringt je me sop tu... si Susana Aish Adam Marissa x nak ikut dia dak baik (tetiba baik la sebab nak pekse, kalau x dia la hantu) x tahan dengar nasihat dia yang mcm orang meroyan tu kitaorg ckp ko dok je la kat kelas ngan si semah... yang ikut si mai dengan sup soto yang hitam legam....si Anac ni pun hantu jugak (x yah ko nak buat baik sangat la nac) kitaorg panggil dia Anac sebab dr panggilan "ANACONDA" psl perangai dia dulu lebih kurang la sama ngan "ANACONDA"..hahahaha cuma baik sikit je dr tu... dah 1 geng ngan kitaorg so perangai pun dah nak dekat sama je la... cuma niat dia memang baik nak berubah (tapi dah nak last2 nak exam la...) kalau x dia ni geng tido x hengat ngan si Maisarah@mek....
ni masa baru habis sekolah hehehe g CS Nina yg sebelah Semah tu..
 
ni la Nina@mokde pic terkini cun kan..
 
Cita pasal Mek ni nape kita panggil dia Mek sebab Mai jadi Mek lg pun kan dulu2 dalam sastera ada cerita MEK JARAH dalam buku KELAPA NAN SEBATANG, selalu kene kacau "Mek Jarah kalau dah pakai cincin x leh nak main2 kat luar.. x leh makan eskrim berdiri" antara dialog dalam buku KELAPA NAN SEBATANG... dia ni pun sama geng tido ngan si Anac siap tutup ngan buku panjang bagai (buku yang panjang guna tuk sains).. Paling dia enti sekali ngan cikgu BM sebab cikgu ni kalau ajar kitaorg mesti mengantuk.. dengan sore slow.. ckp sorang2 ngan papan hitam sebab dia ajo syok sendri... bila cikgu ni masuk kelas je.. si Mek & Anac mesti ckp
"Alaaaaa cikgu tangkap lentok masuk la plak.." sambil mata mcm nak tido...
ni la pic kawan tido Anac & Mek
 
pic terkini Mek ngan anak dia Akim
ni pic Anac & Family...
 Masing2 dah kawin & dah ada anak.... alhamdulilah... cuma Anac & Nira je jd suri rumah tangga...
 
 


memory masa zaman sekolah yang banyak ragam.....

Friday 22 June 2012

Sweet Memory 2

Sweet Memory 2 - I J Convent JB vs Sek. Keb. Senai


Assalamualaikum...

Entry kali ni sambungan dr sweet memory 2 zaman sekolah.. hehehehe... bila habis TADIKA kita semua akan didaftarkan ke SEKOLAH RENDAH kan... so pengalaman pertama aku jejak kan kaki ke sekolah rendah yelah sekolah I J CONVENT JB, aku cuma sempat sekolah kat situ dr darjah 1 hingga la darjah 3 je... erm... sekolah tu memang menyeronokkan sebab semua pompuan tau... kalau nak bersenam (biasa budak2 sekolah panggil PJ) nak salin baju cuma kat kelas je.. hehehehe sebab semua pompuan... cikgu2 pun kebanyakan pompuan.. tipu la kalau x de langsung cikgu lelaki kan... ada..ada.. memang ada tapi boleh di kira dengan jari....


Pemandangan Sekolah IJ Convent JB



ni Logo lencana sekolah

Pengalaman aku masa aku darjah 1, masa tu mula2 masuk sekolah , ala biasala kan mesti "parent" akan temankan sampai la seminggu... hehehe.. mcm tu jugak la aku... tapi aku cuma bak aku je yang temankan (bak tu ayah aku la), sebab mak aku keje lagi masa tu.. bak aku dah VSS so dia la temankan aku.. dia hantar.. dia amik balik sekolah... huhuhu... owh korang jgn x tahu aku ni la anak yang paling manja dengan bak aku...hehehehe... mana dia g mesti aku ada.... shhhhh..... korang nak tau x ape terjadi masa aku darjah 1 tu... hahahahaha... ( x baik tau ketawakan org..) ye la mana taknya.. aku ada kenal la sorang budak ni mulanya dia 1 kelas ngan aku.. 1 Delima, biasala kan masing2 budak mesti ada perasaan takut la.. ada yang nangis la.. tapi ape yang terjadi pd aku ni.. (aku dah lupa nama dia sape) dia boleh "terberak + terkencing " dalam kelas.... hahahahaha... tau2 je ada bau.. dah kecoh...

"cikgu...cikgu... dia ni kan... berak ngan kecing dalam suar la cikgu" sambil tangan tunjuk ke arah buduak tu..

(yang pasti si pengadu tu bukan aku  ye....)

Kecoh semua tgk... sampai nangis budak tu.. aku masin boleh baygkan muka dia lagi sampai sekrang... (kalau la leh tunjuk mesti korang semua berdekah).. habis 1 kelas dah bau taik weiiii....

ehsan google


Masa sekolah kat situ aku ada la rapat ngan beberapa org kawan selain kawan yang tinggal 1 tempat ngan aku... kalau korang nak tau sekolah tu dulu bukan main susah nak daftar masuk tau... (aku pun x pasti la nape), sekolah tu banyak kan berbahasa English. Antara nya ada 1 ANAK ORANG KAYA ke DATUK la mcm tu.. (kat situ kebanyakannya anak2 org kaya termasuk cucu sultan pun ada sekolah situ), masa aku rapat ngan kawan aku ni nama dia CT kalau x salah la.. bila time P. SENI je aku x perlu nak bawak ape2 sebab ada payung besar.. heheheh dia la.. (aku x mintak tapi dia yang baik hati), leh ckp semua brg dia banyak sponsor la.. yela aku kan bukan anak org ada2... erm... sampaikan masa aku nak pindah dia ada bg aku 1 cincin dr JERMAN  yang di beli oleh "father" dia...

ni ehsan kawan aku tapi dlm pic ni aku x de..

Lagi 1 pengalaman aku masa sekolah kat situ, jd adik angkat kepada anak org kaya.. (anak org kaya lagi), kakak ni pun sekolah kat situ tapi sekolah menegah la... sekolah menengah & rendah dekat je sebelah2, dia ni mcm keturunan mcm mamak2 la.. tapi orgnya santek tauu....... nak di pendekkan cerita, dia ni suka sangat ngan aku, selalu belikan aku coklat la.. belikan mcm2... sampai selalu tel umah akuu ckp ngan mak bapak aku soh bawak aku dtg umah dia main2... kalau x de transport driver dia leh ami... PERGHHHHH!!! tgk tu suka betul dia ngan aku sampai sanggup kan... tapi aku ni kan budak2 so blur2 je la.. cuma mak bapak aku je la yang "concern" ngan dia tu... (tapi aku x ingt la nama dia sape), nak tau x kenapa dia bodek smcm je ngan aku???? rupanya...... kan entry sebelum ni aku ada ckp yang abg aku adalah penyanyi terkenal pada masa tu... so ni kira bodek adik tuk dptkan abg la... erm... "so sorry sis u r not my brother taste" sebab akak ni kan masih sekolah mesti la abg aku x kan la nak date ngan budak sekolah kan... memory2 ni masih segar dalam ingatan aku... so tiap kali lalu depan sekolah CONVENT mesti teringt kenangan lama...

erm....... entry kali ni just tuk I J CONVENT je.. kalau nak cite semua penuh kang malas plak korang nak baca kan.... k kita BERSAMBUNG......

Thursday 21 June 2012

TABIKA KEMAS

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak cerita pasal zaman aku kanak2... that mean masa sekolah TABIKA...
Kenapa TABIKA??? ntah la sebab dulu2 aku ingt lagi ejaan nya bukan nya mcm sekrang ni TADIKA...
Alaaa... sama je janji sekolah KEMAS jugak... (bukan mengemas ye)

Aku sekolah TABIKA KEMAS kat BAREK HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU, mak aku kan pekerja hospital so kitaorg memang dok kat "quarters". Masa tu tahun 1988 kot kalau x salah aku la... wah2! al-maklum la dah lama sangat kan sure lupa... Masa tu baju uniform kaler pink tau.. baju kurung pink kotak2 hehehehe... terasa diri aku comel je masa tu... (memang comel pun) hehehehe.... Kalau sekrang uniform dah warna lain dah ... memang la zaman dah berubah x kan nak sama je.. nanti orang ckp langsung x maju la kemas ni... hahahaha... zaman sekrang ni uniform warna biru tapi kotak2 tetap maintain uollssss... (agaknya la kotak2 tu melanbangkan kanak2 kot) "what ever"...


Ini adalah contoh uniform TADIKA KEMAS (sekrang ejaan TADIKA), ni baju uniform kanak2 perempuan, maintain baju kurung ok! melambangkan BAJU KEBANGSAAN MALAYSIA. hehehehe.... upsss cute kan adik ni... oh no!!! bukan!! bukan!!! dia bukan adik saya maupun anak saya.... gambar ni ehsan google ok!




Yang ni pulak contoh uniform kanak-kanak lelaki, so sorry malangnya x de sape yang jadi model untuk baju kanak-kanak lelaki, ni jugak ehsan dr google ok!

Cerita di zaman TADIKA memang banyak kenangan manis, antaranya masa tu aku kira jd anak murid kesayangan cikgu la.. no!! no!! bukan sebab aku ni bijak pandai... (saya mengaku), tapi sebab abg saya adalah seorang penyanyi terkenal pada zaman 80an, so masa tu cikgu2 semua kan anak dara memang la fanatik kan... so nak jdkan cerita aku ni kira bahan umpan la tuk nak dapatkan abg aku... owh sorry la cikgu bukan rezeki cikgu jadi kakak ipar saya... so cikgu ni kalau ada ape2 jemputan/ nak jalan2 mesti dia ajak aku teman dia.. siap jumpa mak ngan bak aku bagai, (ye la nak mintak izin kan), nak bawak aku g jenjalan ni... hahahah memandangkan arwah mak aku ni suka sangat aku pakai gaun walaupun masa tu aku memang agak mengalah tetap nak aku pakai gaun uolllsss... x pe la mak punya pasal ikut je la janji aku cun! pesanan mak pada aku

"atul nanti kalau ikut cikgu jgn mintak ape2 eh nak baik2 jgn nakal2 tau"

so sweet kan... sayang mak.... sememangnya aku anak yang baik so aku memang baik x mintak ape2 pun sampai cikgu sendri pelawa aku... (ala dia pelawa x pe la jagan kite yang mintak kan).

Pengalam yang menyedihkan aku masa aku TADIKA aku leh plak kene BEGOK!!! korang tau ape tu BEGOK??? ala bawah dahu atau kat leher kita akan membengkak besar... hehehe time tu memang busuk sebab mak sapu ngan nila la.. air asam la... hermmm!!! dah x wangi dah aku... (memang x wangi pun zaman kanak2).


Masa aku sekolah TADIKA, aku ada sorang anak sedara aku yang sama umur ngan aku 1 sekolah TADIKA ngan aku, anak sedara lelaki aku.. huh!! dia ni memang pendengki mulut longkang!!! ...hahahaha (dulu2 x de istilah mulut longkang),  mana taknya habis rahsia aku dia bocorkan... ye la aku nikan ada 1 habit yang aku x leh buang sampai la aku sekolah... hehehehe... sampai dah sekolah tadika pun aku masih lagi MINUM SUSU DALAM BOTOL uolllssss ... hahahaha kantol sudah... anak sedara aku ni leh pecah rahsia yang aku ni masih lagi hisap botol.. nasib baik la time tu budak2 lg so mcm x de perasaan la kalau org ckp pun...hahahahah...siot je... memang aku x leh lupakan tonik aku tu.. balik je sekolah sampai umah mesti benda yang aku cr dulu adalah susu... uupsss salah... sorry uolllss aku ni x minum susu dr umur aku 1 tahun sampai la dewasa.. kenapa??? ntah kalau minum / bau mesti aku nak muntah... tapi alhamdulilah genap umur aku 30 tahun aku dah pandai minum susu...horeyyyyyy!!!







Haaaa ni la dia pic aku masa sekolah tadika.. kalau pandai ce teka mana aku... hihihi (cr la kalau jumpa), kan..kan.. kaler pink kan uniform kitaorg... so semua kawan2 aku comel2 belaka kan... hehehehe & ada yang dah meinggal pun kawan2 aku ni... AL-FATIHAH untuk arwah.... ce korang tgk cikgu2 dulu2 pakai tudung .. relax je.. scaf je tu... hihihih tu pun dah cukup cun tau...(dulu2 la), so sekrang ni ada la 2/3 orang kawan2 sekolah TADIKA aku yang masih aku berhubung lagi... so pada korang semua simpan la memory korang dengan baik2. x macam aku x de simpanan pun.. ni pun aku dapat dr kawan aku jugak... hehehehe....

Happy Besday Hubby Sayang....

15 June 2012 Jumaat, adalah besday my lovely hubby yang ke ....... nak celebrate tapi memandangkan hubby ada traning berbasikal untuk game kat BATU PAHAT so terpaksa la tunda... sebenarnya aku dah buntu x tahu nak bg ape pd hubby for besday present, (kang kalau aku tanya hubby nak ape dia request yg bukan2 plak x termampu plak aku nak cover), so last2 decided belanja makan ape yang dia nak makan... ok ape janji ingt gak kan... Sian hubby sayang....

So pd 17 June 2012 Sabtu lepas balik keje je aku terus ajak hubby aku g Jusco Bukit Indah (yang sekrang terkenal dengan EON), pada hari tu kami bertiga semua pakai t-shirt yg sama termasuk la si kecik aku yang comel tu.... kami adalah SUPERMAN FAMILY hehehehehee.....



Gmabar ni di ambil masa baru je nak gerak dr umah... hubby ckp jom mummy amik gambar dengan ASYRAF jap... (patutnya besday boy yg amik gambar tapi kitaorg lak yg menyebok)...


dah sampai pun tempat yang di tuju... erm.... tgk tu baby ASYRAF suka sangat , anak kitaorg ni memang murah dengan sengihan... (ayat yang sepatutnya senyuman)...


Perbincangan hebat antara anak ngan babah... tapi bila tgk pic ni balik so sweet kan... cute je si ASYRAF tu mcm ye2 je bual ngan babah... cerita ape?? ha... cerita ape lagi cerita bola la... musim bola kan sekrang ni so kene la tanya sape yang score...


Eh???? terperanjat plak muka dia bila minuman special babah ngan mummy sampai... eh mana pic babah ni asik2 mummy ngan sherap je.... sememangnya babah malu nak snap pic sendri.. ape nak buat kami je la penyeri majlis....


Kan besday babah so special order for babah la kan.. tapi anak dia plak yang x sabar2 nak minum... so hari tu aku tanya la hubby
aku : "b nak order ape order je la.. nak makan ape order je la.."
hubby : "alhamdulilah ada org belanja kan.. ape lagi.. hehehehe.."
tapi bila order air special tetiba baby superman ni plak yang over excited x sabar habis air mummy & babah dia minum....


Hubby sebenarnya suka sangat makan KENNY ROGER ROASTER, tapi memandangkan restoran tu ramai sangat org penuh sangat sampai kene beratur tunggu meja clear, kitaorg pun jln2 la cr makan... tup2 hanya yg x ramai orang cuma SECRET RECIPE (x tahu la ape pasal ramai sangat orang makan lur hari tu x kan semua sambut besday kot), so ni la antara menu yg kami order... CHICKEN ROASTER WITH RICE (kalau dah nama melayu g mana2 pun mesti nak nasi kan...) LASAGNA tu fav baby supaerman tu... makan ngan roti.... ngan sup untuk baby.... alhamdulilah walaupun simple kami kenyang sangat....



Comel kan... comel kan.. buat orang geram je.. x pe la besday babah dia yang buat babah happy hari tu.. ni memang anak babah, tetiba je wat posing macam tu....

Ok kami dah nak balik da... eh kenapa x de kek kan.. semua mesti pelik kan.. memang aku x tempah kek pun tuk hubby tapi aku tempah something fav dia....


Tadaaaa... ni la besday kek babah PAVLOVA ... yummy.... meriahkan.. memang meriah rasanya pun sangat meriah.. sedap x terhingga..... harga pun meriah jugak... hehehe x pe la khas buat babah k....



Hehehehe.. selalu beli je kat KOPITIAM kali ni try buat sendri... yeahhhhhh jadi plak.. alhamdulilah..
hubby aku suka sangat minum COFFE 3 LAYER ni... so ni la salah 1 surprise tuk hubby made by my self... hehehe enjoy urself hubby.....

sorry la pic hubby x banyak dah sememangnya dia amat pemalu so kami je la meriahkan majlis ye...
ape pun yang kita buat untuk yang tersayang x kira murah / mahal yang penting ingatan tulus ikhlas tuk orang yang tersayang... janji sayang kita puas  hati & cukup gembira dah cukup bersyukur...

HAPPY BIRTHDAY HUBBY...

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI KAMI SEKELUARGA, DIBERIKAN KEBERKATI DALAM RUMAH TANGGA KAMI, SERTA HUBBY SUCESS SEPANJANG KEHIDUPAN HUBBY... APE PUN HONEY TETAP MENYOKONG SETIA APE YANG HUBBY LAKUKAN...

LOVE U 4 EVER...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...