I Love JB

Monday 11 May 2015

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA

12/5/2015 adalah Hari Jururawat Sedunia…

Dalam family aku ada 2 orang akak ipar aku yang status kerjayanya adalah seorang jururawat..

Yang sorang tu ekceli bekas akak ipar oleh kerana aku dah biasa panggil akak ipar jadi biarkan aje lah yer… diaorg ni dah otai dah…. bertahun pun jadi STAFF NURSE dan dah lama pun pakai baju kaler biru tu… kalau ikutkan yang pakai baju biru tu adalah sister kira macam pangkat lagi besar dari staff nurse lah… dengarnya selepas sister ada lagi ketua paling besar iaiti Metron… tapi kalau Tanya aku ape fungsi dan cara kerja bagi jawatan tu memang aku tak tahu….

Jadi memandangkan dalam keluarga ada jururawat so kalau ada ape2 yang melibatkan hospital memang kitaorg akan refer pada diaorg dulu even pasal ubat pun kitaorg akan Tanya diaorg yelah sebab diaorg lebih arif tentang2 ubat-ubatan ni kan… tapi kalau aku kene inject aku lebih suka akak ipar aku yang Hasnah tu inject sebab lembut jer hahaha so perasaan takut pun tak ada lah…

Biras aku pun seorang jururawat.. isteri kepada abang ipar aku (suami side) sekrang pun dia dah pakai baju biru so bermakna dia pun otai lah kan…




Dan sekarang 2 orang anak saudara aku bakal jadi MALE NURSE…. teringat plak aku peristiwa tahun lepas sehari sebelum raya aku kene tahan kat wad kecemasan gara2 gastrik… sebab tahan puasa… ye lah aku ka nada gastric sepatutnya bila perut dah rasa something dan pedih jer aku sepatutnya berbuka bukan teruskan puasa… tapi aku tetap teruskan puasa so memang lah parah… sampaikan aku kene hntr g kecemasa… masa tu plak suami aku tak ada… sebab aku keluar ngan anak sedara… nasib lah dia ada leh bawak kereta da bawak aku g klinik… ujung2 kene g kecemasa … korang bayangkan lah dr JB aku sanggup tahan nak di hantar ke kecemasan KULAI sebab dekat ngan rumah kalau ada apa2 senang… bertabah jugak lah aku nak sampai ker Hospital…

Dalam keadaan hospital kecemasan yang agak ramai orang dengan xcident dan sebagainya… aku terpakse baring atas katil sementara tunggu nurse atau doctor dating rawat aku… yelah ada lagi kes besar berbanding aku yang sakit perut gastric ni kan… fuhhhhh… nasib baik lah anak sedara aku yang follow aku tu sedang belajar Kejururawatan so memang lah dia dah biasa kan… memandangkan nurse2 semua sibuk jadi anak sedara aku lah volunteer nak buat semua termasuk lah  amik ubat dan sebagainya jadi tak ada lah lama sangat nak menunggu kan… nasib lah anak sedara aku ada… thanks oyol…. (nama dia Muhammad Amirul orang panggil amm tapi aku jer panggil dia oyol dari kecik sampai skrang.) anak sedara aku ni kembar kebetulan yang follow aku tu kembar abang yang adik tak follow. (yang adik nama dia Muhammad Amiruddin)

Yang sebelah kanan tu bekas akak ipar aku StaffNurse UmiZaton

Kakak ipar ku StaffNurse Hasnah Harun - HSTI Kulai

So di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Jururawat Buat 2 orang akak ipar aku iaitu StaffNurse Hasnah Harun , StaffNurse Umi Zaton… Kepada Biras aku StaffNurse Mazilinda (Kak Lin)… kepada 2 oarang anak sedara aku yang bakal jadi MaleNurse dan jugak kepada Bakal jadi anak sedara aku In Shaa Allah Nurse to be Ain dan Aasiah…

Ni biras aku StaffNUrse Mazilinda - HSAJB

Ni lah kembar yang bakal jadi MaleNurse
Oyol & Udin

Makcik dan anak sedara masing2 pakai baju Nurse

Kalau org joho cakap yang sebelah kanan tu endot oyol pun Nurse To be

Sama jugak org Joho cakap sebelah kanan tu endot Udin pun Nurse to be

Bukan setakat ahli keluarga jer yang menjawat jawatan jururawat ni tapi akak saudara dari Perak pun menyambut jugak kak idah... dan jugak kira ibu angkat aku lah Mama Jamilah adalah bekas jururawat yang dah pencen

Ni lah kakak sedara dia pun otai Nurse Kak Idah - Perak

Ni lagi otai my mama... Bekas Jururawat dah pencen - Selangor


Ni lah jiran 1 taman aku yang kerjayanya pun jururwat dia pun dah pakai baju biru - Kulai


Aku pun ada kawan yang menjadi jururawat ni... so package jer lah yer untuk ucapan hari jururawat ni yer... kepada kak aisha dan Sharipah... kalau korang nak  tahu diaorg ni sebenarnya jiran satu taman aku .... baik.. mesra... dan peramah...

Sorry lah gambar Sharipah tak ada dalam simpanan... tapi orang nya comel dan lemah lembut jer... 


Semoga menjadi jururawat yang di sayangi, mesra, dan berdedikasi …


SELAMAT HARI JURURAWAT TO UOLSS…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...