I Love JB

Wednesday 6 May 2015

Kegilaan Sambal Totok

Assalamualaikum…
Sambal Totok….

Aku ni nak kata jawa bukan… tapi diaorg kata ni adalah makanan orang jawa dan ada setengahnya panggil sambal londeh… tapi sekrang yang aku tgk bukan orang jawa jer yang suka tapi orang bukan asal jawa pun suka termasuk lah aku kan…

So secara am nya aku memang x berapa pasti makanan ni asalnya dari mana, aku tahu ni pun dari jiran2 terdekat yang kebanyakan nya keturunan jawa… bila dah berkawan dah berkumpul maka macama2 macam cerita lah yang di bualkan kan… termasuk lah “hari ni nak masak ape ek” jadi dalam bercerita terkeluar lah cerita sambal totok yang Nampak menyelerakan dan memang menyerelakan pun..

Jadi tak salah kalau kita kongsi2 idea masakan sama2 kan… jadi terhasil lah sambal totok yang di kongsi kan oleh jiran aku Ustazah Raihan… so semua aku follow bulat2 mengikut resepi yang mak dia bagi ni…


Jom kita tengok bahan2 dan cara2nya





Bahan-bahan

4 biji bwng merah*
5 biji cili padi (nk pedas letak lebih)*
ikan bilis (ikut suka)*
sedikit belaccan dalam 2 inci*
garam dan perasa (terpulang tak nak letak pun boleh)

Cara-cara

1. Goreng bahan yang bertanda *
2. Selepas di goreng kemudian tumbuk
3. Setelah di tumbuk boleh lah di hidangkan dengan nasi panas atau bubur nasi.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...