I Love JB

Monday, 25 May 2015

TIMUN GORENG UDANG KERING

Bila dah jadi istri ni memang hari2 kene masak… macam aku lah walaupun bekerja tetap kene masak… kalau aku ni  yg bekerja pun buntu tak tahu nak masak ape.. lagikan suri rumah yang memang rutin harian dia adalah kerja-kerja di rumah…
Bila fikir punya fikir ape yang nak di makan kan… kat dalam esbok tu ada 1 biji timun.. kalau tengok timun.. balik2 fikir masak bening atau pun ulam kan…. erm.. bosan…
Tetiba timbul plak idea timun goreng…. hahahahaha…. jom lah kita tengok bahan2 yang simple tapi bila di makan sangat sedappp..




Bahan-Bahan
1 batang timun di potong2 (dibuang isi tengah timun)
1 biji bawang besar di hiris2
1 ulas bawang putih di hiris2
1 sb udang kering ( di rendam)
1 btg cili merah di hiris2
1 sb sos tiram
4 sb minyak masak
sedikit air
garam dan serbuk perasa


Cara-Cara
1.     Panaskan minyak kemudian masukkann bawang +bwang putih+udang kering hingga wangi.
2.    Kemudian masukkan timun dan cili merah yang telah di potong tadi kacau hingga sebati.
3.    Kemudian masukkan sos tiram+garam+perasa dan sedikit air dan kacau sebati
4.    Setelah sebati dengan semua perasa boleh lah mati kana pi dan dihidangkan.


Ringkas kan… cuba lah…

Sunday, 24 May 2015

Ramli dan Aku

Ni nak cerita sikit lepas tingkatan 1 aku x banyak yang nk share ngan korang sebab masa tingkatan 2 aku di campakkan ke las paling last…. aku pun x faham kenapa cikgu yg aku respect dan syg boleh buat aku mcam ni last2… masa tu aku memang sangat frust lah sampaikan budak2 dalam kelas pun aku x nak kawan… bagi aku masa tu diaorg semua low class… (mcm la aku ni high class sangat) tapi yg buat aku kecewa pekse aku x fail pun… aku x pernah x lulus semua lulus… tapi sekurangnya jangan lah masukkan aku ke kelas yang paling last sekali…. di sebabkan peristiwa tu aku langsung jadi x suka pada cikgu tu trus aku blacklist kan cikgu tu walaupun sememangnya dia black….so malas lah nak cerita….
Masa aku tingakatan 3 aku dapat kelas naik sikit lah dr kelas last tu kan… so budak2 dalam kelas tu pun boleh dikatakan aku suka… x de lah out trus macam kelas last kan…tapi dalam kelas ni pun aku x banyak sangat kenangan.. Cuma ada 1 jer…
Kalau korang nak tahu aku ni jenis dalam sek atau masa sek aku seorang yg x reti nak bercinta atau pun mengedik2 ngan budak lelaki…. bukan aku ni jenis suka pada kaun sejenis… tidakkkk!!!! tapi pada masa tu aku ni …. sedar diri sikit… orang lain sibuk dtg sekolah nk melawa bagai… sipu2 malu ngan budak lelaki.. time rehat nk berdating lah.. balik sekolah sama2 lah… cinta monyet lah katakan.. tapi tidak bagi aku… pertamanya masa sekolah tak ada sape pun syok kat aku ni yang hitam…. dan aku plak pada masa tu jenis orang yang selambba so mungkin tu bukan jenis ciri2 gadis yang seorang jejaka atau lelaki suka kot… hahahahaha…. tapi yang aku nak cerita ni… masa aku tingkatan 3 boleh plak 1 mamat ni … nama dia Ramli… hahahaha nama macam orang tua kan… budak nya x lah hitam macam aku.. dan x lah hensem mengikut citarasa aku… biasa2 jer…dia ni…dia ni.. boleh plak TERsuka pada aku… hahahahahaha
Buat pertama kali cerita ni boleh menyebabkan aku gelak besar… dalam hati ni mcmne lah dial eh suka pada aku ni ….



Nak jadikan cerita ada 1 hari aku g pasar malam ngan arwah mak aku…. dulu2 orang semua panggil aku ni anak mak… sebab??? aku selalu teman arwah mak aku g pasar malam ngan tolong dia tarik bakul.. kat tempat aku tu pasar malam setiap hari rabu… so setiap hari rabu aku akan tolong arwah mak aku ptg g pasar malam tuk belanja lauk seminggu… pada masa tu lah tgh aku jalan ngan mak aku si Ramli ni boleh terpandang aku dengan senyum2… aku??? wat bodo aje la… dia macam follow jer aku ngan arwah mak g mana… bila toleh dia senyum jer kat aku…

Esoknya sebelum waktu rehat ada sorang kawan aku sampaikan pada aku… (aku dah lupa sape nama kawan aku) dia cakap “Ja…. Ramli kirim salam dia nak jumpa ko kat depan pustakaan waktu rehat” aku diam jer x kata yer atau tidak…
Tiba waktu rehat aku pun stay lah depan kelas aku (kat koridor kelas , kelas aku tingkat 2) depan kelas aku tu lah perpustakaan… bila aku toleh si Ramli ada kat depan panggil aku dengan senyum2… aku ngan selamba jer… “ko nak ape??? ada ape2 ker? kalau ko nak cakap ape2 bgtahu lah sekrang…”(cakap macam orang pekak terjerit2 hahahahaha…. pastu si Ramli ni leh plak market…. “erm… jgn mccm tu meh lah sini” aku makin jadi pelik… “ala tak payah nk lembut2 jiwang2 sangat lag sore ko.. nak ape ccakap lah skrang kalau tak aku bla” Ramli terus berubah wajah… dia terus kata “oklah tak ape lah lain kali” hah??? kalau ko majuk ko hingat aku nak pujuk ker??? sorry lah…

Kringgg!!!!! waktu sekolah pun tamat… biasanya lepas abis sekolah aku balik jalan kaki ngan geng2 aku… almaklumlah bukan jauh mana pun rumah aku tu… turun jer kelas aku ada plak mamat ni jerit ngan aku” ja!!! ramli tunggu kat pagar nak balik saing ngan ko!!” ishhhh si Ramli ni bikin aku malu jer… kalau yer pun tak payah lah nak pakai wakil bagai nk bgtahu kan…. aku terus jer jalan ngan geng2 aku.. sampai kat luar pagar aku dah Nampak muka Ramli senyum2 tgk aku… aku cakap kat geng2 aku… “adoiii si Ramli ni.. ape hal plak dia nak jalan sama aku… rimas lah” geng2 aku semua kata pegi lah nanti kitaorg follow belakang ko… so aku pun jalan dan ramli datang kat aku terus jalan saing… dalam perjalanan tu 1 dia Tanya aku jawab 1 jer… aku ni rimas lah ngan dia.. dan dia pun bukan taste aku pun hahahahaha…. dalam bual2 dia jer banyak Tanya aku diam jer…  tup2… dia Tanya aku… “dengar kata mak awak sakit yer” aik??? mana dia tahu ni mak aku sakit…. aku terus jawab “erm”… tu jer aku jawab k…. bila dah nk dekat rumah dia pun cakap… “ja sebenarnya Ramli nak kawan ngan awak.. nak jadikan awak awek saya boleh?”
KAHKAHKAHKAHKAHAKAHKAHKAHKAHKAH!!!!!!!!!!!!!!!!! tergelak besar aku dengar…. “owh selama ni yang ko senyum kat aku… ajak aku jumpa kat pustakaan lah.. nak balik saing lah.. rupanya ko nak sampaikan ni ek” Ramli jawab “erm..”

Sorry lah Ramli aku rasa ko salah orang… aku bukan ape.. aku belum ada rasa minat nak  couple2 ni… ko carilah orang lain.. dan mungkin ko jugak tersilap pilih…pilih lah orang lain tapi bukan aku…lepas ni ko jangan kacau aku tau.. kita just kawan 1 sekolah jer ek….



Korang ghase???????? Nampak macam kerek kan aku…. tapi tu lah hakikatnya aku yang sebenar di waktu sekolah… aku dulu seorang yang merendah diri di sebabkan aku fikir ngan rupa paras aku yang hitam dan x lawa confirm mana ada orang suka ngan aku… nak couple jauh sekali… so kira kes ramli ni macam dalam mimpi lah…




Sejak dari tu ramli dah kurang kacau aku.. nak senyum pun macam nak tak nak jer… 

Thursday, 21 May 2015

Nasi Goreng Lada Kering



cerita asal nasi goreng ni adalah aku tk kat facebook… aku masuk group Resepi Ringkas bila ternampak post pasal nasi goreng lada kering ni mcm menarik minat aku plak nak mencuba… sedap ker idak ek…..
Bila cuti bahan2 ada kat umah maka terhasil lah nasi goreng lada kering…. Jom kita cek ape barang yang di letakkan dalam nasi goreng ni.

Bahan – bahan
Nasi  1 pot (nasi sejuk lg power)
Bawang besar 1 biji* (kalau nk guna bwng merah pun bole)
bwang putih 3 ulas*
cili kering dalam 10 btg* (rendam dulu ngan air panas)
# Kalau nak letak bilis atau udang kering terpulang
#bahan yang bertanda * hendak la di tumbuk

Cara-cara

1.   tumis bahan yang di tumbuk tadi hingga wangi kemudian masukkan garam dan perasa serta nasi sejuk dan goreng seperti nasi goreng biasa.
2.    Setelah agak kering nasi dah namapk peroi boleh lah padamkan api dan hidangkan


#kalau nak pecahkan telur pun boleh ikut suka anda

Tempe Masak Asam



Lauk ni ni sebenarnya ada sejarah…. arwah bak aku dulu (ayah aku) memang pandai masak … masih ingt lagi kalau mak masak kat dapur dia suka teman almaklumlah diaorg dah pencen awal…  diaorg sebenarnya loving x Nampak… bila mak masak bbak mesti Tanya…”nah awak masak ape hari ni?” nati dia akan mula lah tolong mak aku masak… kadang2 dia akan bg resepi pd mak aku… ikutkan mak dan bak aku ni memang pakar masak… dan sama2 sharing… dari jauh mesti dngr bak kata … “awak tambah ni nah… kurangkan ni nah..”

So cerita pada tempe masak asam ni adalah lauk kesukaan dia… lauk paling simple dan ringkas… lawan pulak ngan ikan goreng dan sambal belacan memang auwwwww!!
Kat sini aku nak share sikit resepi yang turun temurun keluarga aku buat….

Bahan – Bahan
4 keping tempeh di potong2 ikut suka
5 batang bendi (ni pun ikut suka kalau nak banyak)
3 ulas bwang putih*
1 biji bawang putih*
4 btg cili merah*
2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam dan perasa

P/S : tumbuk bahan yang bertanda *

Cara-cara

1.     Masukkan bahan yg di tumbuk tumbuk tadi beserta dengan asam gelugur biarkan hingga mendidih.
2.    Kemudian setelah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa serta temped an bendi biarkan hingga mendidih kemudian tutup api.


(jika bendi tak ada boleh di gantikan dengan kacang panjang)

Wednesday, 20 May 2015

SOTO RM7

Biasanya korang makan Soto kat restoran biasa yang bukan standard kopitiam ataupun restoran mahal brapa RM 1 mangkuk???? kalau aku lah biasa makan paling2 mahal pun RM4….

Ni aku nak crita kat korang al kisah yang aku sangat marah …. Soto ni boleh di katakan makanan kegemaran aku tau… nak2 ada bergedil lagi lah…. erm…
Biasanya aku bawak bekal g opis sebab makanan makin lama makin mahal walaupun kita amik nasi sikit ker.. lauk sikit ker cas tetap sama… nak di jadikan cerita hari tu aku memang x bawak bekal sebabb aku bangun lewat jadi x lah masak dan tak ada lauk untuk di bawa bekal… dalam hati fikir “erm… x per la.. nanti bungkus aje lah kat restoran dekat2…

Bila tiba tgh hari aku pun keluar lah nk g bungkus makanan, kawan 1 opis aku pun kirim lah sebab kitaorg ni ikutkann kalau dah dalam opis memang malas nk keluar lagi2 waktu cuaca panas terik… almaklumlah aku kan tak boleh kene panas… kalau kene panas mula la aku akan sakit kepala… berbalik pada cerita aku bungkus tadi bila sampai restoran ZAD CAFÉ … restoran ni nama jer café tapi x macam café pun ala2 restoran TOM YAM aje…beza nya restoran ni ada WIFI FREE… ok kat situ kita dah boleh tahu kenapa orang suka ke restoran ni even harga nya sangat2 lah x boleh dengar..

Mulanya aku macam nak try Mee Rebus dia sebab promosi sikit punya gempak dalam FACEBOOK so sape2 yang tengok boleh terliur lah… ok bab rasa aku x nafikan lah ada beberapa makanan dia memang boleh di terima tekak (maknanya sedap jugak lah), tapi bila ternampak nasi campur lauk yang aku rasa menaikkan selera aku so aku tukar fikiran dari Mee Rebus ke nasi campur…


Aku Cuma amik 3 jenis lauk… aku amik nasi sikit jer aku kurangkan… sebabb  takut mahal hahahaha.. bekas polistrin dia pun size agak kecik dari biasa yg kita selalu tengok so kalau dah kecik isi dalam mesti sikit tapi bila dah di isi ngan 3 jenis lauk akan Nampak banyak walaupun ko amik sikit… aku amik lauk tahu telur 3 ketul+sambal temped an kentang+ayam goreng (korang tgk lah size ayam goreng dia sangat kecik… tuk kawan aku dia kirim Mee Hoon Soto…



Ni lah dia hasil tangkapan aku kat restoran tu…. tadaa……. bila nak bayar aku Tanya
Aku – “brapa semua dik”
Dia – “erm… rm14”
Aku – “ok… nasi campur ni brapa?”
Dia – “RM7”
Aku- “ aikkkk apsal mahal sangat akak amik nasi sikit lauk pun semua sikit2 aje “
Dia - : memang lah kak ape yg mahal…. tempe ngan kentang dah lain harga”

Korang Nampak x???? macam mana dia kira… temped an kentang lain harga padahal tu kan 1 jenis lauk… ini orang memang betul2 bikin aku naik angin… nak kaya pun agak2 lah weiiiii… kalau total RM14 dan nasi campur RM7 so bermakna Soto RM7 jugak lah….. OMG!!!!!! giler nak kaya cepat ker ape diaorg ni…

Kalau lah dia meniaga macam ni ko masak sedap macam ne pun tapi kalau hentam harga mcmni orang pun lari x nak datang…. kat sini kita dah Nampak dia kira men hentam so bermakna x de istilah 1 ketul ayam brapa… sayur amik brapa… bukan aku nak compare la… kawan aku cina selalu makan nasi campur tapi dari restoran cina la… nasi campur dia paling mahal selalu RM4.50 jer… biasanya kawan aku maik 3 jenis lauk Cuma RM4 jer… cina masak lagi kalau ayam amik isi jer…ikan pun amik isi jer… bukan mcm kita ngan tulang2 sekali masak… so keje diaorg lagi rumit dan boleh senang2 cas mahal kan… tapi nape tidak…. bukan aku nak compare orang MELAYU ni kalau nak kaya memang nk cepat dan buta hati….

 Ni nak kira orang tak ada perasaan ke hape???? SOTO RM7 hokey….. Masa tu memang puas jugak lah aku maki hamun restoran tu…. sebab hati panas dial eh cekau duit orang mcm tu… balik aku nak makan pun x de selera x abis aku makan.. ayam pun x abis… Pakkal jer restoran tu paling dekat dan aku dah lapo sangat… bila jadi mcmni tengok nasi aku terus jadi x selera nk makan.

Biasanya aku g ke restoran dia kalau mak dia atau pekerja dia kira memang x de lah sampai macamni harga nak mati…. muka dia pun aku naik menyampah dah tengok… kalau aku sumpah ko x kaya kang kata aku ni jahat sangat … so biar aje lah ALLAH saje yg membalas perangai ko tu…



Ni lah rupa Soto RM7 bila dah letak dalam mangkuk… ni masih belom makan lagi tau… ko ghase??????

Agak2 ape korang rasa???? korang piker lah sendri…

Bagi peniaga2 di luar sana…. aku tahu.. bukan aku x tahu skrang ni Negara kita dah kene kan GST tapi bukan sewenangnya korang nak naikkan harga sampai macm tu… semua orang bukan gaji 5-10k yang boleh tanggung tu semua…. kalau nak kaya cepat pun jangan lah cekik darah orang macam ni… kalau sepuluh orang ko buat mcamni dan hati dia macam aku???? mcmne??? kalau 100 orang pulak mcmne???

Cari rezeki HALAL dengan JUJUR bukan dengan cara begini…

Itu lah last aku g restoran tu tobat x nak lah g lagi lah restoran tu…. untuk pengetahuan korang ZAD CAFÉ ni berada di kawasan Indahpura Kulai.

JIRANKU KELUARGA KU....

Aku ni memang suka kalau bab happy2 dan bersuka ria beramai2…
memandangkan aku duk taman jadi ramai lah jiran kan…
Aku ni dari mula menyewa masa baru kawin hingga lah sampai skrang umah sendri aku tak pernah gaduh ngan jiran2…
Alhamdulilah…. tapi kalau ada yang x suka ngan aku tau cemburu ngan aku itu masalah diaorg kan…
Bagi aku tak ada apa yang nak di laga kan…
Bukan aku mintak duit pun ngan diaorg… kita ni berjiran jadi memang perlu berbuat baik
Kalau terjadi sesuatu kecemasan siapa yang kita akan panggil dulu???? mesti lah jiran kan…
So berbuat baik dan bersangka baik lah ngan jiran sebelah menyebelah…

Masa aku menyewa pertama kali masa tu aku baru jer kawin… my hubby dah cari umah sewa 2 bulan sebelum kita nikah… bila dapat jer my hubby terus tinggal kat rumah tu sorang2 sementara kita nikah…
So masa tu semua barang2 dah angkut lah sikit… kitaorg ni sejak bertunang jer dah mula pakat kumpul barang2 rumah … yang penting2 aje la… macam set katil… tv… mesin basuh… esbok… dan ada duit lebih kitaorg amik sekali set sofa dan meja makan… mula byr dr mula tunang sampai lah nak dekat waktu majlis hutang dah langsai baru lah kitaorg amik barang….

Aku ada sorang jiran sebelah rumah aku… jiran yang aku tak akan lupa sampai bila2 walaupun aku jarang jumpa dia walaupun umah aku sekrang bukan jauh pun dr rumah dia… (sebab masa tak ada)….
Aku susah dial ah yg datng umah Tanya… aku demam dia lah yang datang rumah Tanya khabar…. dalam waktu aku kesulitan mesti dia ada… dan memahami di kala aku susah hati…. aku betul2 sayang ngan jiran aku ni…. sampai bila2 kak jaja x kan lupa akak 1 family….

Kitaorg ni boleh di katakan selera lebih kurang jer… aku suka wat jemput2 kentang dulu bila duduk2 kat depan rumah sambil berbual dan tengok budak2 main di luar… itu jer pun aku pandai masak masa tu hehehe…. aku pernah sambut anniversary sekali ngan besday anak dia… aku celeb kat depan umah dia ramai2 ngan jiran lain… masa tu aku hanya masa soto  jer… masakan yang aku tak boleh lupa adalah siput sedut masak lemak cili api... masa tu dia tgh ngidam nak makan... padahal bukan dia x boleh nk masak... cuma biasalah tgh ngidam nak jugak aku yag masak... siap masak ....terus hantar ngan periuk2 sekali kat umah dia lalu pintu belakang hehehehe seronok... sampai sekrang tutup periuk aku masih kat umah dia hahahaha....



Bukan makanan yang aku nk cerita tapi keseronokan berjiran yang aku nak sampaikan… macam2 yag kitaorg buat masa berjiran… tapi sekrang dah tak lagi sebab aku dah pun pindah di rumah sendri x jauh dari rumah dia Cuma area jer jauh sikit…. walaupun kita tak berjiran tapi kita tetap berkawan sampai bila2 yer kak…

*nanti aku cari gambar jiran aku dan aku post semula yer

Now aku nak cerita jiran baru aku… pun sama sporting..baik.. giler2… happening jugak…
Kitaorg suka wat makan2 pastu makan depan umah walaupun depan umah kitaorg ni bukan pantai hahahaha…

Selalunya kitaorg makan goreng pisang… jemput2…. macam2 lagi yang ringan… tapi kali ni kitaorg masak lontong sama2 .. pastu makan sama2.. hehehehe…



Jiranku Keluargaku…. so far jiran ni memang baik dan baik hati hahaha.. tapi betul sangat2 sporting … semua yang aku pernah berjiran semuanya baik2… ala... bukan makan ape pun cuma lontong... jiran aku yg nama Ida bawak pelam hasil tanaman dia... jiran Nurul masakkan bubur kacang hijau.... jiran sebelah umah... Bawak telur untuk masak sambal telur hehehehe.... makan sama2 jadi seronok...termasuk umah sewa ke 2 aku…
Nama nya Nor Aini .. aku panggil ani… dia pun baik dial ah jiran suka duka… tempat meluahkan perasaan… hihihi tapi masa ngan diaorg ni semua time ni x de plak nk asik bergambo aje soo x de lah pic2 diaorg… even dah pindah aku rajin gak ke rumah ani ni…

Friday, 15 May 2015

SHORT VACATION TO MELAKA DAY 2

2nd day kitaorg dah jadi blur tak tahu nak kemana padahal sebelum sampai macam2 ada dalam kelapa otak ni dah set… bila tiba hari jadi blur…
Lepas jer sarapan ingtkan nak terus check out hotel dan terus g ke destinasi kita tuk hari ke 2… owh yer walaupun hotel aku stay tu hotel budget tapi package disediakan sarapan yer.. kira ok lah kan…aku book hotel pun ngan harga RM89.90 tuk 1 malam jadi boleh lah sangat…
Aku x snap pun gambar coffe house diaorg sebab HP tertinggal kat bilik malas nk naik lagi jadi it’s ok la… set sarapan macam biasa la.. ada nasi lemak.. roti canai… roti bakar… mee goreng.. nasi goreng… kueh tiaw goreng banyak jugak lah kira alas perut ok lah kan… nk perfect macam hotel 5 star memang x lah kan…

Kitaorang check out hotel kol 11 pagi selepas Nira dapat balik refund bilik dia … sebab hubby dia ter book stay untuk 2 malam actually Cuma 1 malam aje.. jadi diaorg pujuk staff hotel tu dapat lah refund tuk 1 malam… 


Jom Check out hotel….
sebelum keluar hotel Nira ada call Tanya plan ke mana? aku dah blur so Tanya dia… dia kata memandangkan Melaka sangat panas pada waktu2 kemuncak ni so ada baiknya kita jalan2 masuk mall so destinasi kita ke The Shore Oceanarium….. actually kitaorg x tahu mana The Shore ni… katanya mall baru tanya2 kawa2 yang dah g semua tak tahu nak cakap kat mana… maka terpakse lah guna GPS… nasib dapat jumpa… Melaka ni pusing2 situ jugak kan so x lah jauh sangat




 Tak boleh nak snap gambar kat gerbang Oceanarium sebab gelap aku dah lah guna hp aku so x cantik plak…jadi dapat amik kat luar saje ni pun ok lah…

Si hero kecik aku ni susah plak nk bergambar sebab angin x baik masa sampai tu…



Lepas buat bayaran dan ada tiket kita di benarkan masuk ke dalam kawasan … sebelum kita teruskan treasure kitaorg di mintak untuk snap gambar…. biasa lah nanti ujung2 gambar dah siap cetak dah… kalau kat Menara Taming Sari kitaorg boleh beli sekeping2 ngan harga RM15 tapi kali ni kene beli set RM45 fuhhhh mahalnya so aku x amik lah gambar tu walaupun pic tu sangat cantik berbanding kat Menara Taming Sari tu..

Ternampak 1 jenis ikan diaorg ada bagi nama sains pada aku tapi tak ingat lah ape nama… tapi kalau aku tengok ikan tu lebih kurang kalau kat Joho orang pangggil ikan MPJB sebab ikan ni lah yang akan bersih kan akuarium sebab dia akan sedut dan makan segala sampah yang ada di dalam akuarium…



So 1st masuk2 jer kitaorg g kat kolam yg ada tapak sulaiman dan ape lagi aku lupa… aku dapat rasa pegang tapak sulaiman…

Selalu aku bygkan tapak sulaiman ni jenis lembik dan lembut… rupanya bila pegang keras jugak dan permukaan bawak tu macam ada gigi2 tapi bukan gigi lebih kurang mcm bulu2 yang membuatkan aku terasa gelid an takut … bygkan tapak sulaiman tu macam nak gigit aku plak padahal tu hanya lah imiginasi aku jer…



Agak terpegun jugak lah dengan ciptaan Allah S.A.W ni … tengok udang dari kecik… so far aku tak pernah lagi tengok anak udang yang biasa aku tengok udang besar yang kita makan tu jer la… tapi kali ni aku rasa betul ada info yang aku dapat…


Ada King Crab… takut plak aku tegok ketam ni bergerigi plak… aku cakap kat Nira yang ketam ni kita tak booleh makan kan… tapi Nira cakap boleh sebab dia tengok kat National Geografi ketam ni boleh di makan dan di panggil King Crab (Raja Ketam)… kalau aku lah tengok ketam jer aku ah gerun inikan lagi nak makan…hahahahaha..


upss lupa nk habaq… sebenarnya lepas buat bayaran kitaorg akan di bebrikan seorang 1 kertas soalan untuk jawab…
Setiap station tu ada cop yang berkaitan dengan soalan.. contohnya soalan berkenaan ngan ular cop akan rupa ular dan jika soalan berkaitan dengan kura2 cop pun bentuk kura2…
Kalau fikir2 bbalik macam malas dan leceh… tapi kalau korang nak tahu sebenarnya bagus dia buat macam ni… jadi bila kita melawat sambil kita dapat info berguna… bagi aku kalau setakat baca pastu mesti cepat lupa kan… kalau kita membaca dan jawab soalan otak kita akan bergerak untuk berfikir apekah jawapan dia… almaklumlah dah tua2 ni kan… lagi pun dah lama tinggalkan alam persekolahan ni kan so pick up agak lambat sikit lah.


Dan bila kita dah jawab semua soalan akhir sekali kita akan dapat tebus hadiah….hadiah dia tunggu nanti aku tunjuk… terasa seronok pun ada.. seolah kita dah macam mencari harta karun padahal ccuma jawab soalan… cabarannya adalah station cop tu kalau x Nampak akan terlepas lah… sebab kalau kita dah syiok memang tak perasan pun station tu.


Ada laluan yang mana atas kepala kita ikan akan berlegar2 lalu… kita boleh Nampak ikan bergerak melalui cermin…

Dulu aku pernah g Under Water World kat Singapore masa kecik… kalau yang tu berbeza ngan n i… kalau yg di Singapore tu kita akan lalu terowong tapi yg ni kita jalan seolah mencari harta karun… seronok tauu!












Nak cerita ni sebenarnya masuk dalam ni aku yang terlebih xcited berbanding ank aku.. sebab dia macam tak ada feel pun masuk sini… bila kita tunjuk baru dia sibuk nak tengok… nama nak meninjau macam budak2 lain memang tak lah… cer kalau korang letak menan depan dia confirm dia akan suka sangat2….
Hai lah anak…


Setelah habis pusaing kitaorg pun redeem lah kertas soalan yang kitaorg jawab tadi…. dengan harapan dapat lah hadiah msiteri yang best…..
Rupanya dapat hadiah keychain… kalau x jawab habis pun boleh dapat jugak…. Cuma nak terapkan kepada pelancong supaya membaca dan sel2 otak bergerak hehehehehe….



Akhirnya bergambar di luar saje sebab dalam x nampak ape pun kalau snap…

Lepas keluar dari Occeanarium tu si kecik ni boleh pulak ternampak kedai mainan.. maka mengamuk lah dia kalau tak  dapat nk beli… bukan aku tak nak beli tapi banyak sangat mainan yang dah beli…. nasib lah sbeelah tu ada MR.DIY hehehehe terpakse lah masuk.. sana mainan sama jer tapi murah so aku belikan lah dia set mainan yang murah heheh … masa nak bayar tiba2 jer hubby Nira bayarkan sekali bila aku nk pulang duit dia kata tak payah.. malu plak aku.. anyway terima kasih lah Azli yer…


Lepas dari tu kitaorg rasa macam nak cari makan sebab dah kol 2 lebih x makan lagi kitaorg hehehee… mula nya aku nak makan kat Asam Pedas Selera Kampung yang dikatakan fames tu… tapi Nira kata dia dah pergi sana rasa asam pedas tu biasa2 aje… jom lah kita try asam pedas lain plak nak tak… aku tak kisah janji makan… so pilih2 kitaorg ternampak 1 restoran corner lot jer tepi jalan nak menuju ke  Bandar hilir… kedai warna merah… tertulis Asam Pedas JR… erm… Nampak orang ramai jom lah kira pergi tengok ape yang menarik….

Tengok lauk memang banyak terhidang semua di asingkan dengan kuah jadi kalau lah korang nak makan dan order ape2 pilihan korang diaorg akan terus campurkan dengan kuah...

Harga ikan berbeza2 yer... ada yg RM25 sekor tengok jenis ikan dan ada yang murah RM7 macam2 ada.. udang galah... ketam... ikan pelbagai jenis ikan... dan paling best yelah telur ikan fav aku.... hehehehe



So pilhan aku yelah asam pedas ikan tengiri 1 ketul dan 1 ketul besar telur ikan…. tuk makan berdua cukup lah … nak buat pilihan sayur Cuma ada ulaman saje… pada hari tu ada ulaman timun dan Tenggek Burung… memandangkan en.hubby tak pandai makan ulam tu jadi aku pun tak lah order sayur… padahal sayur lah kegemaran aku…. selain dari asam pedas dan ulaman… kat situ ada jugak jual 1 pinggan (set) ayam kampong goreng… Nampak menyelerakan tapi aku tak order pun sebab macam dah biasa makan… kita perlu pilih makanan dan rasa makanan yang kita jarang makan… bukan aku cakap aku x pernah makan ikan tenggiri tapi rasa asam pedas yang di kata kan fames tu… Asam Pedas Melaka….
Aku tak order ais sebab aku kalau makan mesti nk minum ngan air suam Cuma hubby jer lah order air sirap sejuk… untuk semua jenis air hanya RM1 saje.. tapi pilihan Cuma air sirap atau the o ais… sama ada campurkan ngan limau atau kosong saje…

Nasi pulak di hidangkan dengan 1/2 biji telur masin dan 2 keping timun saje...
erm... bagi aku orang Joho... yang jugak terkenal dengan asam pedas tu.... nak bagi 1 star jer kat asam pedas Melaka ni...
Aku macam tak rekomen ngan orang Joho makan Asam Pedas ni la... kuah dia memang pekat tapi pekat macam asam rebus... tak ada rasa pedas langsung.... dan terasa macam makan maggie kari.... serius cakap tekak aku rasa tak sedap dan bukan menepati citarasa asam pedas aku langsung... bagi aku asam pedas Joho jugak terbaekkkk... asam pedas ni ada manis sikit... erm... cakap banyak pun x guna... orang2 Joho datang lah try...


Abaikan lah muka budak yang mengada2 buat muka tu… ni kitaorg otw nak ke Pantai Klebang….


Last destination kitaorg adalah ke Klebang.. kononnya nk tengok lah ape yang menarik alang2 dah nak menghala ke highway kan… katanya ada BUSTEL memang Nampak tapi jauh dari parking kitaorg so tengok dari jauh jer….
Cuma deretan gerai banyak dari BUS itu yang menarik minat aku... so boleh pilih duduk dalam bas atau bawah kannopi aje.,.. kalau dalam bas dengan cuaca panas macam ni lebih baik lah duduk kat kanopi ada jugak angin..... dalam bas tak ada ekon ok...


Memandangkan cuaca tersangat lah panas dengan bawah pokok tak ada tempat duduk atau berehat… kitaorg tak dapat nk relax2 kat bawah pokok di tepi pantai…. rasanya pihak berwajin perlu sediakan bangku piknik di bawah pokok untuk orang yang kebetulan dating tak bawak tikar bagai untuk duduk dan berehat…


yang ada deretan gerai yang kebanyakn jual coconut shake…
Nira dan 2 orang anak dia dah berlayar dalam kreta hehehehehe… hanya aku… hubby Nira dan my hubby… anak aku battery dia masih full lagi so blom tido… kitaorg just lepak kat gerai sambil borak2 amik angin laut… walaupun ada angin laut tapi tetap terasa bahang panas tu…. hubby Nira beli goreng pisang… erm.. kalau di Joho orang makan goreng pisang dengan sambal kicap baru ada umppphhhh…. hehehehe Azli cakap makan goreng pisang tak ada sambal kicap tak ada umpph lah… memang betul hanya Joho aje yang makan goreng pisang dengan sambal kicap… so bila kita berada luar Joho memang lah kita tak akan jumpa goreng pisang sediakan sambal kicap hehehehe so makan aej lah gitu,… nasib beli x banyak….pekene plak ngan coconut shake…


ok coconut shake ni memang sedap lain dari yg kita minum kat Menara Taming Sari…. yg ni ada rasa air kelapa kalau kat Menara Taming Sari tu rasa vanilla jer lebih…. so boleh rekomen… harga 1 cawan Cuma RM2.50… tu pun Azli belanja… alahai murah rezeki Azli ni… tq yer…


Tak boleh bla tengok pic ni hubby punya mulut macam mak kepoh hahahahaha… dia tak bagi letak soh delete tapi suka plak aku tengok reaksi dia… sebab dia ni jenis susah nak senyum ikhlas dalam gambar hehehehe almaklumlah tak suka bergambar kan…


Last sebelum balik selfie dulu kat pantai Klebang ni… tak ada ape aktiviti menarik ramai yg duduk2 santai aje…. maybe malam kot ada aktiviti…
So bye2… Melaka umur panjang ada rezeki boleh datang lagi…..

Thursday, 14 May 2015

Alelu Mummy!!! Happy Mothers Day



Balik2 keje terus g amik hero mummy kat taska...
Masuk dlm kreta xcited nk keluarkan brg dr dlm beg
Bila tanya awak cari ape..
Dia kata cr lego lah...
Mummy pun drive macam biasa tiba2
Ada orang peluk cium mummy kata 
"Alelu mummy " sambil tunjuk kad warna kuning..
Masa kat trafik light mummy baca terus nangis...
Walaupun awak 4 tahun awak dah pandai syg mummy dan hargai mummy
Mummy sayang sangat awak Thaqif Asyraf..




SHORT VACATION TO MELAKA DAY 1 (PART 2)

Selepas berehat dan solat zohor dan asar kitaorg pun keluar semula untuk teruskan aktiviti kitaorg pada petang pulak. So kali ni kitaorg terus ke Menara Taming Sari memandangkan last time masa kitaorg g Bayou Lagoon Park tak sempat nk ke Menara Taming Sari jadi kali ni mesti nak naik...
Dari bawah tgk macam tak ada ape2 sangat kira macam berani lah kan, so park jer kereta kitaorg terus menuju ker kaunter beli ticket sementara nak ke kaunter beli ticket tu kiri kanan ada lah gerai2 yang jual cenderahati macam2 lah ada.
Aku terpandang satu beg sandang ala kain, teringat plak aku pada anak sedara en. hubby yang pernah tunjuk kat aku kalau terjumpa beg macam tu belikan dulu, so aku pun tanya2 lah ngan salesgirl tu brapa harga… sorry gambar beg aku tak dapat nak tunjuk sebenarnya dah snap tapi terdelete plak. Harga beg tu RM15 jer pun so aku belikan lah 1, dengar kakak dia pun nak.... jadi aku belikan lah jugak, lepas beli tu baru aku ke kaunter beli tiket ke Menara Taming Sari,

Harga tiket Cuma RM20 maka total RM40 untuk 2 orang, anak aku baru umur 4 tahun tidak dikenakan bayaran, kalau tak silap aku tu harga My Kad kalau pelancong mungkin lain harga, byr tiket dapat goodies beg dari krew Menara Taming Sari yang senyum saje tak sombong penjaga pintu pun berpakaian tradisi melayu bekebaya dan yang lelaki memakai baju melayu siap samping dan songkok lagi.


Ni lah tiket ke Menara Taming Sari 2 orang RM40 siap goodies beg


Macam ni lah goodies beg Cuma beg kertas aje dalam ada mineral water 1 dan kuih penderam atau dodol Melaka.


Muka ceria sebab Menara belum naik atas lagi jadi bergembira lah



Sebenarnya aku terasa gayat jugak benda alah ni naik ke atas sebab agak tinggi jugak lah, sampaikan anak aku pegang cermin pun aku dah jerit soh duduk diam2, en.hubby ketawa kan aje.. hehehe… untuk hilangkan rasa gayat aku.. aku pakse En. Hubby selfie ngan aku hahahaha...



Anak dan bapak sama jer… kalau bapak tu aku faham lah tengok teropong tu tapi si kecik aku ni macam ye2 jer tengok teropong ntah betul ker tidak tengok tu.. macam faham aje… hahaha  tapi Nampak cute my son hehehehe…






Pemandangan Bandar Hilir Melaka dari atas Menara Taming Sari…. 

Lepas turun dari Menara Taming Sari En.Hubby dan hubby my BFF terasa nak urut badan just badan aje sebab kat bawah tu ada 1 kanopy yang mana pelancong boleh urut kaki atau badan dengan masa 20 minit ker ½ jam rm10 macam tu lah.. kebetulan hubby BFF aku sakit tengkuk tu yg dia nak urut sikit untuk legakan, mungkin salah bantal agaknya..
Sementara tunggu diaorg berurut aku dan BFF aku nira kene lah kawal anak2 kitaorg bermain kat kawasan lapang bawah tu, pulak kat situ ada sewa motor atau kereta battery untuk anak2 main, ape lagi bila budak2 ni dah Nampak memang nak lah naik kan.. bayaran 15 minit RM5, sementara tu anak sedara en. hubby ada belajar kat Melaka kebetulan dia mesej bagi tahu nak jumpa sebab rumah dia dekat saje ngan Menara Taming Sari, dalam 10 minit tu dia sampai borak2 kejap sampai en.hubby selesai urut … 



lepas tu kitaorg terus ke next destination kitaorg untuk cari makan malam, ekceli aku nak g makan ikan bakar kat umbai, tapi macam dah biasa jerk an lagi pun katanya dah kureng tak macam dulu Ikan Bakar Umbai ni, so pilih punya pilih Nira (BFF aku) dia kata pernah tengok rancangan Destinasi Budget g makan malam kat Perkampungan Portugis makan seafood… wahhhhhh bestnya makan seafood .. aku bayangkan kedai makan macam kedai Tom Yam tapi rupanya….
Gerai2 kat sini ada banyak dari gerai no. 1 hingga brapa aku tak pasti so setiap gerai tauke yang berbeza, lokasi yang menarik betul2 berhadapan dengan pantai sambil makan sambil ada angin laut dan bunyi air laut… wahhh manyak syok rrrrr….







Lokasi Perkampungan ni di Ujung Pasir Melaka, korang bboleh cari guna map GPS atau pun google aje, tapi kat sini aku boleh share sikit2 lah ngan korang.
Ape yang paling menarik dan tarik perhatian kitaorg kat sini yelah,  bila korang sampai parking jer kereta akan ada sekumpulan manusia hehehe dtg serbu korang, tapi korang jangan takut diaorg semua tu yelah pekerja dari gerai2 medan selera ni dating untuk tarik pelanggan dating ke gerai diaorg dengan promosi makanan di gerai diaorg dan akan pujuk korang.
Tips untuk mengelakkan rasa rimas bila di kerumun ramai2 orang .. bila diaorg dating korang cucma perlu cakap jer no. gerai mana yang korang nak pergi, so hanya pekerja gerai yang di sebut aje akan sambut korang yang lain akan beredar… hehehehe .. kat sini aku sangat respect pada diaorg even berebut2 nak dapatkan pelanggan tapi bila pelanggan dah buat keputusan dia respect dan bagi laluan kepada pemilik gerai untuk amik alih… nampak kan….


Sesi pujuk memujuk sebab pelanggan ni tak tahu mana satu nak pilih, mungkin pelanggan ni baru pertama kali sampai jadi dia x tahu memilih dan cara untuk elakkan dari di serbu.
Macam kitaorg pun baru pertama kali sampai tapi hubby nira (BFF aku) men bedal jer sebut “biasa g gerai no. 1” terus diaorg senyap hehehehe…
But not bad lah pilihan hubby Nira, malam tu kitaorg pilih makan nasi putih, kita order lagi ikan masak cara portugis pilihan ikan adalah jenahak, udang butter, kangkung belacan, telur dadar,sotong goring tepung, dan pemilik kedai suggest kitaorg amik chicken wing crispy,….
Ekceli aku dah lama teringin nak makan Tiram kebetulan kat sini ada jual tiram bakar atau fresh, kalau untuk gerai kerangan ni lain gerai dan bayar pun asing, maka aku pun ajak lah nira g tgk tiram untuk order,  Tiram kat situ harga ikut size dari RM – RM20 sekor, selain Tiram ada jugak lala.. lokan… kupang…kerang.. oleh kerana aku sangat teruja nak makan Tiram aku order 2 ekor Tiram sekor di bakar dan sekor fresh makan hanya perah lemon saje, tambahan dengan lokan bakar, mulanya nira nak amik lala tapi aku cakap lala isi kecik lagi pun dah biasa makan baik kita amik lokan, tambahan nira nak makan kupang bakar so itu aje yang di order… total semua sekali RM60 sebab tambahan pada Tiram sebab kalau kita order 5 ekor dapat free 1 so kata hubby Nira baik amik 5 ekor free 1 so kita pun pilih untuk order 5 ekor free 1 dengan total harga RM60.


Kangkung goreng belacan di sedap sayur tak terlalu masak dan rasa pun sedap…
Udang nak kata besar sangat tu tak lah nak kata kecik pun tidak tapi just nice… bila dah rasa udang butter ni dah tak fikir size udang dah… tapi boleh rasa udang dia fresh…
Sotong goring tepung pun sedap.. x macam kita makan di Kedai Tom Yam yang ni lain sikit sebab sotong lembut fresh dan tepung tak tebal rangup jer bila makan dalam sotong still fresh..
Ok untuk kangkung goring belacan, udang masak butter dan sotong goring tepung aku memang rekomen korang untuk order. tip top weiiii




Owh terlupa plak nak cakap kitaorg ada order sayur bendi celur makan gan sambal belacan, erm.. aku cerita ni pun da terliur sebab masih terasa sambal belacan tu.. memang sedap sangat sambal belacan tu, bendi pun semua muda2 dan di rebus makan ngan sambal belacan memang ummmphhhh!!!!

Chicken Wing Crispy ni cadangan dari pemilik gerai katanya kat situ chiken wing tu famous so kitaorg pun order lah.. aduyaiiii aku cerita kat korang aku yg terliur ni masih terasa lagi kat tekak ni …. chicken wing ni Rayyan (anak sulong BFF aku nira) banyak makan sedap katanya, aku x makan sebab dah biasa makan tapi en.hubby ada ccuba katanya sedap garing dan sedap…


So untuk makanan bendi celur dan sambal belacan power dan chicken wing crispy memang aku rekomen korang jugak untuk pilih, memang terbaekkkk..  


Lokan bakar

untuk lokan bakar bila kita tengok macam biasa, dia bakar tapi x macacm bakar sebab dia bakar separuh masak, so bila kita makan akan rasa juicy jer dan fresh, lebih baik korang order lokan dari lala sebbab lokan ni isi nya besar dan sedap berbabnding lala macam korang x rasa jerk an… dia ada bagi sambal cicah tapi aku tak makan pun sebab makan macam tu jer pun dah cukup sedap…. 


Tiram bakar

nilah rupa tiram bakar kene perah lemon jugak bila nak makan, diaorg ada jugak bagi sos cicah, tiram bakar ni rasa agak kering so kita akan rasa seperti makan kupang  itu pendapat aku lah kalau tekak korang aku tak tahu lah kan… 


Tiram Fresh
Kalau orang yang tak biasa mesti dia akan kata wueeeekkkkk makan mentah nak muntah tak tahu lah boleh telan ker tidak, tapi bagi aku sangat sedap makan tiram fresh berbanding tiram bakar, diaorg letak ais supaya fresh tiram tu kekal, so korang kene perah lemon jugak  untuk makan diaorg ada bagi sos pencicah tapi serius aku cakap tak payah lah makan ngan pencicah makan macam tu jer pun dah terasa nikmat kesedapan tiram tu…
So memang aku rekomen korang amik tiram fresh ni sekor RM5 jer .. amik yang kecik aje tak yah besar2. 


Kupang Bakar

Kuupang bakar aku rasa korang pun pernah makan kan…  biasa jer… tapi aku tak rekomen korang order ni sebab kupang terasa sangat kering bila kita makan so bagi aku tak sedap.. 


Ketam Stim
Aku tak berapa pasti ape nama ketam ni, mungkin orang yang suka makan ketam akan tahu ape nama ketam ni, bagi aku yang tak brapa minat ngan ketam ni si memang tak tahu.
Bukan aku jer yang x brapa suka ngan ketam suami aku pun sama, aku ingatkan diaorg tak order ketam, rupanya hubby Nira order 2 ekor ketam dia ingatkan kecik sekali sampai amekaw!!! besar gabak…
Harga ketam ni 2 ekor jer dah RM90 hahahahaha mesti terbeliak kan mata… kalau korang x rasa nak makan better jangan order lah tapi kalau korang ada budget lebih dan ingin nak makan order jer lah sebab kalau korang order pasti tak menyesal sebab ketam ni manis dan sangat segar…. aku ngan en,hubby sekor bagi 2 sama jugak ngan Nira ngan hubby dia sekor bagi 2….
Ok untuk ketam macam aku cakap tadi kalau korang nak nikmati rasa manis ketam dan segar boleh lah order kalau budget korang lebih….aku pastu korang mesti tak menyesal order….. 



Lepas makan aku memang tak ada set aktiviti memandangkan masih awal so hubby Nira ajak g jalan2 then Nira ajak jalan2 kat Jonker Walk.
Kalau tak silap aku Jonker Walk ni pun salah satu tarikan pelancong, kira lebih kurang macam pasar malam atau kalau kat Joho Bazaar Karat JB lah.. tapi kebanyakan yang berniaga kat sini adalah bangsa cina, termasuk lah gerai2 makan semua nya cina… jadi aku pikir memang tak ada ape yang nak beli melainkan cenderahati, walaupun peniaga kebanyakan bangsa cina tapi ramai jugak pelanggan dan pelancong berbangsa Melayu.

Aku macam terfikir nak beli Terompah Merah Cina tu, aku bygkan besar leh lah wat g toilet hahahaha.. kalau dulu terompah ni mcm tak ada value pun orang siap buat g toilet lagi… tapi sekrang terompah tu lah di jadikan cenderahati dan lambang Negeri Melaka yang kebanyakan nya Baba Nyonya… Aku Nampak yang ada Cuma terompah kecik2 versi magnet peti sejuk.. macam nak beli tapi si hero kecik aku dah mula buat ragam… melalak2 mungkin dia penat so terpakse lah lupakan hasrat nak beli ape2 pun kat sana.

Sementara tunggu Nira dan hubby dia shopping kat Jonker Walk (kitaorg terpisah dengan orang ramai) jadi kitaorg pun tunggu diaorg dalam kereta… sementara tunggu diaorg anak aku diam plak dalam kereta … lepas dari Jonker Sreet memang kita terus balik Hotel untuk berehat dan sambung pada esok hari pulak..








Jom balik Hotel zzzzzzz…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...