I Love JB

Wednesday 14 March 2012

SARDINE ROLL WITH SOSEJ

Alhamdulilah malam ni my Mr. Hensem ckp x yah masak yg heavy2 just simple2 je, so masak la simple je..
Sardine Roll With Sosej

Jom kita tgk resipi dr CIK MANIS ni...

BAHAN-BAHAN

1 buku roti (bungkus kecik je)
1 tin sardine (yg kecik je)
4 sb cilik kisar (yg dah siap ada bawang, bawang putih,kunyit, halia)
10 btg sosej (direbus dulu)
mentega (untuk sapu kat roti)
5 sb tepung beras
2 sb tepung gandum
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukupnya
1 cawan minyak masak


CARA-CARA INTI SARDINE

1. Tumiskan cili kisar hingga sedikit garing
2. Setelah itu masukkan sardine yang telah di lecek2kan... & masukkan garam secukup rasa
3. Masak hingga agak pekat.
4. Setelah itu sejukkan di bawah kipas.


CARA-CARA GULUNG ROTI




1. Bancuh tepung dengan dicampur serbuk kunyit & garam bancuh seperti nak goreng pisang.
2. Lenyekkan roti (supaya x serap minyak bila goreng)
3. Sapukan kesemua roti dengan sedikit mentega.
4. Sapukan sardine sedikit saje & ratakan, kemudian letakkan sosej & gulung.
5. Selepas gulung susun dalam bekas supaya tidak terbuka.
6. Setelah siap semua, mulakan dengan menggoreng dengan celup roti tadi dengan tepung yang telah di 
bancuh.



7. Setelah agak garing boleh la di angkat & dipotong2.
8. Siap untuk di hidang.




SELAMAT MENCUBA...

Tuesday 6 March 2012

IBU RAKAM GAMBAR ANAK DIROGOL

Entry kali ni aku macam nak luahkan perasaan aku yang sakit sangat.....

Semalam masa aku tgk berita kat TV3 tu terdengar plak berita tentang "anak dirogol oleh teman lelaki ibu & ibu merakamkan detik2 anak dirogol"

Ish!!!!! aku memang geram sangat ape tak nya...gile ke ape??? mak dia ni...

pagi2 g keje dah dengar brita ni lagi kat berita radio waaaa bikin hati aku panas.. yang wat aku marah mak dia ni macam x de otak!!

aku geram sangat & post la kat wall FB aku.. rata2 pun semua x suka ngan tindakan mak budak tu...

ce la korang tgk komen kawan2 aku tetang kes ni...


1st post


2nd sambungan dr 1st


komen dari kawan2 aku...


memang patut diberikan hukuman yg berat biar makd ia tu rasa!!!!!!!!!!

Saturday 3 March 2012

TOM YAM KUNG





TOM YAM KUNG


BAHAN-BAHAN UNTUK 4 ORANG

Bahan-bahan sup

2 biji bawang besar (diptong 4)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai ( diketuk)
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
4 helai daun limau (disiat2)
6 batang cili padi (diketuk)
2 sb sos tiram
2 sb sos ikan
5 sb pes tom yam
2 cawan air
1/2 cawan air perahan limau nipis
1 kuntum daun ketumbar (dihiris2)
garam & perasa secukup rasa


Bahan-bahan

5 kuntum kobis bunga ( 5 kuntum tu yg dah siap potong2 kecik2)
1 btg lobak merah ( dipotong2)
2 keping kobis panjang ( dipotong2)
2 biji tomato (dipotong 4)
5 keping cendawan tiram
5 ketul ayam
5 biji fish ball (jenama KENKO)
2 keping fish cake (dipotong 4)


CARA-CARA


1. Rebus ayam bersama 2 cawan air hingga minyak ayam keluar.
2. Masukkkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, daun limau, sos ikan, sos tiram, cili padi, & pes tom yam, biarkan sampai mendidih.
3. Kemudian masukkan pes air limau , garam & serbuk perasa , kacau hingga sebati kemudian masukkan kobis bunga, lobak merah,kobis panjang, tomato, cendawan tiram, fish ball & fish cake biarkan sampai mendidih.
4. Setelah mendidih tutup api terus taburkan daun ketumbar.
5. Siap dihidang untuk makan...


SELAMAT MENCUBA

MEE HOON SUP PERIA




Resipi kali ni.. khas tuk orang yang gemar sayur... kalau tgk & dengar nama mesti korang pelik sebab peria buat sup kan... actually peria ni sangat bagus untuk kesihatan & awet muda...

Simple je menu ni... kalau x nak pahit peria tu rendam ngan air garam dalam masa 5 limit je sure x pahit & sedap... jom kita tengok resipi ape salah nya kalau nak try kan... jom...

BAHAN- BAHAN UNTUK 2 ORANG MAKAN.

1 biji peria ( dihiris2 halus2 seperti dalam pic kemudian rendam dengan air garam selama 5 minit)
10 biji Fish Ball (kalau nak sedap jenama KENKO)
2 keping fish cake (dipotong 4)
4 keping wantan
4 cawan air
garam & perasa secukup rasa
1 sk serbuk lada sulah
1/2 packet mee hoon (yang telah di celur dengan air panas & tos)

**Bahan2 hiasan daun sop & bawang goreng

CARA-CARA

1. Rebus peria yang telah dihiris2 dengan 4 cawan air masak hingga mendidih..
2. Setelah mendidih masukkan fish cake,fish ball & wantan masak hingga mendidih serta masukkan garam & perasa secukup rasa.
3. Setelah mendidih terus masukkan dalam mangkuk yang tersedia mee hoon yang telah di tos.
4. Setelah itu taburkan sedikit serbuk lada sulah , daun sop & bawang goreng...
5. Siap dimakan...


SELAMAT MENCUBA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...