I Love JB

Friday 28 March 2014

MH370

Assalamualaikum..

Semua pun dah tahu crita MH370 kan.. Sebagai rakyat Malaysia aku jugak turut terasa tau..
Terlalu banyak spekulasi dan andaian yang di buat oleh semua pihak termasuk Pengkome - pengkomen di Pesbuk.
Terasa sakit hati pun ada tapi bagi aku lah sebenarnya kerajaan Malaysia dah cukup perihatin dengan kes ni, jadi jangan lah korang semua nak komen yang bukan2.
Aku  bukannya nk menangkan sape2 dalam situasi ni kita jangan lah terlalu pentingkan diri sendri kan, kita kene lah respect dan faham keadaan ahli keluarga yang terlibat.

Sudah 3 minggu masih x jumpa lagi bangkai pesawat, semoga usaha pencarian di permudahkan..
Dengan lautan Hindi yang sangat bergelora semoga krew pencarian dilindungi supaya dapat meneruskan pencarian.

Ape pun kita sebagai umat islam dan sebagai rakyat Malaysia perlu lah sentiasa berdoa dan jangan berhenti berdoa .



Ya ALLAH KAU permudahkan lah pencarian MH370
Ya ALLAH KAU lindungi lah krew pencarian dari segala bahaya
Doa dan Harapan kami sentiasa bersama semoga dapat ditemui amin...



Wednesday 19 March 2014

BERHIJRAH KE ARAH LEBIH BAIK ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak update N3 ni bukan senang sebab perlu amik mood, bila tak ada mood memang confirm nak tengok pun malas..

Erm.. rasanya kita dah masuk March pada tahun 2014 ni kan.. macam cepat jer kan...  Ok2 lah berbalik pd tajuk besar kita, biasanya org akan pasang azam pd awal tahun kan... tapi lain bg aku...

Biasa la company aku kan company cina so bila time cuti Tahun Baru Cina memang cuti lama la gamaknya.. jadi tahun ni x de plan nk holiday ke hape coz??? hubby kene keje jadi lupakan aje la hasrat nak bercuti dengan family feeling2 k...

Sebenarnya kalau nak cite pasal Hijab ni.. dah lama rasa hati nak berhijab, tapi hati macam x yakin jer... aceh..ceh... mcm lah aku ni sape kan.. sah2 aku lahir Islam jadi sepatutnya berhijab/menutup aurat itu adalah perkara wajib bg wanita Islam, erm... nak cakap banyak pun x boleh nak salahkan sape2 yang penting hati kita sendri.

Nak pendekkan cerita masa cuti tahun baru cina hari tu adalah 1 hari tu kitaorg g holiday balik hari... hahahaha... g Tanjung Piai kat Pontian aje.. KATANYA best... erm.. bila sampai sana boleh la.... sebelum nak g sana malam tu aku tanya ngan hubby aku
"Hubby boleh tak kalau esok kita g jalan honey pakai tudung?" dengan alasan aku malas nak uruskan rambut..
then hubby aku pun ckp lah "apsal pulak x boleh lagi bagus pakai lah"
Alhamdulilah esoknya  aku pun mengenekan tudung hehehe... terasa macam sweet bila pakai tudung
Sila angkat bakul sendri yer...


Percutian yang singkat tapi seronok lah jugak coz dah lama x jalan2 ngan hubby ngan anak sekali jalan syioooknya...

Sepanjang aku berjalan mengenekan tudung masa berjalan tu aku rasa sangat selesa walaupun pada masa tu cuaca amat panas tapi alhamdulilah aku dapat meneruskan dengan memakai tudung 1 hari... Syukurrr....

Now aku secara rasminya sudah berhijab sepenuhnya walaupun hanya ke kedai, dan aku jugak sudah menjaga solatku yang selama ni rongak2 hehehe...

Alhamdulilah syukur kepada mu Ya ALLAH kerana membuka hati ku ini semoga dengan penghijrahan ni aku akan lebih tenang dan menjadi muslimah sejati amin...

Terima Kasih kepada hubby yang selama ni banyak bagi sokong pada aku untuk meneruskan niat untuk bertudung...



Alhamdulilah... dari sebelum berhijab aku dah mula mengumpul tudung jadi now koleksi akuu makin bertambah alhamdulilah di harap aku dapat mengekalkan berhijab amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...