I Love JB

Friday 15 May 2015

SHORT VACATION TO MELAKA DAY 2

2nd day kitaorg dah jadi blur tak tahu nak kemana padahal sebelum sampai macam2 ada dalam kelapa otak ni dah set… bila tiba hari jadi blur…
Lepas jer sarapan ingtkan nak terus check out hotel dan terus g ke destinasi kita tuk hari ke 2… owh yer walaupun hotel aku stay tu hotel budget tapi package disediakan sarapan yer.. kira ok lah kan…aku book hotel pun ngan harga RM89.90 tuk 1 malam jadi boleh lah sangat…
Aku x snap pun gambar coffe house diaorg sebab HP tertinggal kat bilik malas nk naik lagi jadi it’s ok la… set sarapan macam biasa la.. ada nasi lemak.. roti canai… roti bakar… mee goreng.. nasi goreng… kueh tiaw goreng banyak jugak lah kira alas perut ok lah kan… nk perfect macam hotel 5 star memang x lah kan…

Kitaorang check out hotel kol 11 pagi selepas Nira dapat balik refund bilik dia … sebab hubby dia ter book stay untuk 2 malam actually Cuma 1 malam aje.. jadi diaorg pujuk staff hotel tu dapat lah refund tuk 1 malam… 


Jom Check out hotel….
sebelum keluar hotel Nira ada call Tanya plan ke mana? aku dah blur so Tanya dia… dia kata memandangkan Melaka sangat panas pada waktu2 kemuncak ni so ada baiknya kita jalan2 masuk mall so destinasi kita ke The Shore Oceanarium….. actually kitaorg x tahu mana The Shore ni… katanya mall baru tanya2 kawa2 yang dah g semua tak tahu nak cakap kat mana… maka terpakse lah guna GPS… nasib dapat jumpa… Melaka ni pusing2 situ jugak kan so x lah jauh sangat




 Tak boleh nak snap gambar kat gerbang Oceanarium sebab gelap aku dah lah guna hp aku so x cantik plak…jadi dapat amik kat luar saje ni pun ok lah…

Si hero kecik aku ni susah plak nk bergambar sebab angin x baik masa sampai tu…



Lepas buat bayaran dan ada tiket kita di benarkan masuk ke dalam kawasan … sebelum kita teruskan treasure kitaorg di mintak untuk snap gambar…. biasa lah nanti ujung2 gambar dah siap cetak dah… kalau kat Menara Taming Sari kitaorg boleh beli sekeping2 ngan harga RM15 tapi kali ni kene beli set RM45 fuhhhh mahalnya so aku x amik lah gambar tu walaupun pic tu sangat cantik berbanding kat Menara Taming Sari tu..

Ternampak 1 jenis ikan diaorg ada bagi nama sains pada aku tapi tak ingat lah ape nama… tapi kalau aku tengok ikan tu lebih kurang kalau kat Joho orang pangggil ikan MPJB sebab ikan ni lah yang akan bersih kan akuarium sebab dia akan sedut dan makan segala sampah yang ada di dalam akuarium…



So 1st masuk2 jer kitaorg g kat kolam yg ada tapak sulaiman dan ape lagi aku lupa… aku dapat rasa pegang tapak sulaiman…

Selalu aku bygkan tapak sulaiman ni jenis lembik dan lembut… rupanya bila pegang keras jugak dan permukaan bawak tu macam ada gigi2 tapi bukan gigi lebih kurang mcm bulu2 yang membuatkan aku terasa gelid an takut … bygkan tapak sulaiman tu macam nak gigit aku plak padahal tu hanya lah imiginasi aku jer…



Agak terpegun jugak lah dengan ciptaan Allah S.A.W ni … tengok udang dari kecik… so far aku tak pernah lagi tengok anak udang yang biasa aku tengok udang besar yang kita makan tu jer la… tapi kali ni aku rasa betul ada info yang aku dapat…


Ada King Crab… takut plak aku tegok ketam ni bergerigi plak… aku cakap kat Nira yang ketam ni kita tak booleh makan kan… tapi Nira cakap boleh sebab dia tengok kat National Geografi ketam ni boleh di makan dan di panggil King Crab (Raja Ketam)… kalau aku lah tengok ketam jer aku ah gerun inikan lagi nak makan…hahahahaha..


upss lupa nk habaq… sebenarnya lepas buat bayaran kitaorg akan di bebrikan seorang 1 kertas soalan untuk jawab…
Setiap station tu ada cop yang berkaitan dengan soalan.. contohnya soalan berkenaan ngan ular cop akan rupa ular dan jika soalan berkaitan dengan kura2 cop pun bentuk kura2…
Kalau fikir2 bbalik macam malas dan leceh… tapi kalau korang nak tahu sebenarnya bagus dia buat macam ni… jadi bila kita melawat sambil kita dapat info berguna… bagi aku kalau setakat baca pastu mesti cepat lupa kan… kalau kita membaca dan jawab soalan otak kita akan bergerak untuk berfikir apekah jawapan dia… almaklumlah dah tua2 ni kan… lagi pun dah lama tinggalkan alam persekolahan ni kan so pick up agak lambat sikit lah.


Dan bila kita dah jawab semua soalan akhir sekali kita akan dapat tebus hadiah….hadiah dia tunggu nanti aku tunjuk… terasa seronok pun ada.. seolah kita dah macam mencari harta karun padahal ccuma jawab soalan… cabarannya adalah station cop tu kalau x Nampak akan terlepas lah… sebab kalau kita dah syiok memang tak perasan pun station tu.


Ada laluan yang mana atas kepala kita ikan akan berlegar2 lalu… kita boleh Nampak ikan bergerak melalui cermin…

Dulu aku pernah g Under Water World kat Singapore masa kecik… kalau yang tu berbeza ngan n i… kalau yg di Singapore tu kita akan lalu terowong tapi yg ni kita jalan seolah mencari harta karun… seronok tauu!












Nak cerita ni sebenarnya masuk dalam ni aku yang terlebih xcited berbanding ank aku.. sebab dia macam tak ada feel pun masuk sini… bila kita tunjuk baru dia sibuk nak tengok… nama nak meninjau macam budak2 lain memang tak lah… cer kalau korang letak menan depan dia confirm dia akan suka sangat2….
Hai lah anak…


Setelah habis pusaing kitaorg pun redeem lah kertas soalan yang kitaorg jawab tadi…. dengan harapan dapat lah hadiah msiteri yang best…..
Rupanya dapat hadiah keychain… kalau x jawab habis pun boleh dapat jugak…. Cuma nak terapkan kepada pelancong supaya membaca dan sel2 otak bergerak hehehehehe….



Akhirnya bergambar di luar saje sebab dalam x nampak ape pun kalau snap…

Lepas keluar dari Occeanarium tu si kecik ni boleh pulak ternampak kedai mainan.. maka mengamuk lah dia kalau tak  dapat nk beli… bukan aku tak nak beli tapi banyak sangat mainan yang dah beli…. nasib lah sbeelah tu ada MR.DIY hehehehe terpakse lah masuk.. sana mainan sama jer tapi murah so aku belikan lah dia set mainan yang murah heheh … masa nak bayar tiba2 jer hubby Nira bayarkan sekali bila aku nk pulang duit dia kata tak payah.. malu plak aku.. anyway terima kasih lah Azli yer…


Lepas dari tu kitaorg rasa macam nak cari makan sebab dah kol 2 lebih x makan lagi kitaorg hehehee… mula nya aku nak makan kat Asam Pedas Selera Kampung yang dikatakan fames tu… tapi Nira kata dia dah pergi sana rasa asam pedas tu biasa2 aje… jom lah kita try asam pedas lain plak nak tak… aku tak kisah janji makan… so pilih2 kitaorg ternampak 1 restoran corner lot jer tepi jalan nak menuju ke  Bandar hilir… kedai warna merah… tertulis Asam Pedas JR… erm… Nampak orang ramai jom lah kira pergi tengok ape yang menarik….

Tengok lauk memang banyak terhidang semua di asingkan dengan kuah jadi kalau lah korang nak makan dan order ape2 pilihan korang diaorg akan terus campurkan dengan kuah...

Harga ikan berbeza2 yer... ada yg RM25 sekor tengok jenis ikan dan ada yang murah RM7 macam2 ada.. udang galah... ketam... ikan pelbagai jenis ikan... dan paling best yelah telur ikan fav aku.... hehehehe



So pilhan aku yelah asam pedas ikan tengiri 1 ketul dan 1 ketul besar telur ikan…. tuk makan berdua cukup lah … nak buat pilihan sayur Cuma ada ulaman saje… pada hari tu ada ulaman timun dan Tenggek Burung… memandangkan en.hubby tak pandai makan ulam tu jadi aku pun tak lah order sayur… padahal sayur lah kegemaran aku…. selain dari asam pedas dan ulaman… kat situ ada jugak jual 1 pinggan (set) ayam kampong goreng… Nampak menyelerakan tapi aku tak order pun sebab macam dah biasa makan… kita perlu pilih makanan dan rasa makanan yang kita jarang makan… bukan aku cakap aku x pernah makan ikan tenggiri tapi rasa asam pedas yang di kata kan fames tu… Asam Pedas Melaka….
Aku tak order ais sebab aku kalau makan mesti nk minum ngan air suam Cuma hubby jer lah order air sirap sejuk… untuk semua jenis air hanya RM1 saje.. tapi pilihan Cuma air sirap atau the o ais… sama ada campurkan ngan limau atau kosong saje…

Nasi pulak di hidangkan dengan 1/2 biji telur masin dan 2 keping timun saje...
erm... bagi aku orang Joho... yang jugak terkenal dengan asam pedas tu.... nak bagi 1 star jer kat asam pedas Melaka ni...
Aku macam tak rekomen ngan orang Joho makan Asam Pedas ni la... kuah dia memang pekat tapi pekat macam asam rebus... tak ada rasa pedas langsung.... dan terasa macam makan maggie kari.... serius cakap tekak aku rasa tak sedap dan bukan menepati citarasa asam pedas aku langsung... bagi aku asam pedas Joho jugak terbaekkkk... asam pedas ni ada manis sikit... erm... cakap banyak pun x guna... orang2 Joho datang lah try...


Abaikan lah muka budak yang mengada2 buat muka tu… ni kitaorg otw nak ke Pantai Klebang….


Last destination kitaorg adalah ke Klebang.. kononnya nk tengok lah ape yang menarik alang2 dah nak menghala ke highway kan… katanya ada BUSTEL memang Nampak tapi jauh dari parking kitaorg so tengok dari jauh jer….
Cuma deretan gerai banyak dari BUS itu yang menarik minat aku... so boleh pilih duduk dalam bas atau bawah kannopi aje.,.. kalau dalam bas dengan cuaca panas macam ni lebih baik lah duduk kat kanopi ada jugak angin..... dalam bas tak ada ekon ok...


Memandangkan cuaca tersangat lah panas dengan bawah pokok tak ada tempat duduk atau berehat… kitaorg tak dapat nk relax2 kat bawah pokok di tepi pantai…. rasanya pihak berwajin perlu sediakan bangku piknik di bawah pokok untuk orang yang kebetulan dating tak bawak tikar bagai untuk duduk dan berehat…


yang ada deretan gerai yang kebanyakn jual coconut shake…
Nira dan 2 orang anak dia dah berlayar dalam kreta hehehehehe… hanya aku… hubby Nira dan my hubby… anak aku battery dia masih full lagi so blom tido… kitaorg just lepak kat gerai sambil borak2 amik angin laut… walaupun ada angin laut tapi tetap terasa bahang panas tu…. hubby Nira beli goreng pisang… erm.. kalau di Joho orang makan goreng pisang dengan sambal kicap baru ada umppphhhh…. hehehehe Azli cakap makan goreng pisang tak ada sambal kicap tak ada umpph lah… memang betul hanya Joho aje yang makan goreng pisang dengan sambal kicap… so bila kita berada luar Joho memang lah kita tak akan jumpa goreng pisang sediakan sambal kicap hehehehe so makan aej lah gitu,… nasib beli x banyak….pekene plak ngan coconut shake…


ok coconut shake ni memang sedap lain dari yg kita minum kat Menara Taming Sari…. yg ni ada rasa air kelapa kalau kat Menara Taming Sari tu rasa vanilla jer lebih…. so boleh rekomen… harga 1 cawan Cuma RM2.50… tu pun Azli belanja… alahai murah rezeki Azli ni… tq yer…


Tak boleh bla tengok pic ni hubby punya mulut macam mak kepoh hahahahaha… dia tak bagi letak soh delete tapi suka plak aku tengok reaksi dia… sebab dia ni jenis susah nak senyum ikhlas dalam gambar hehehehe almaklumlah tak suka bergambar kan…


Last sebelum balik selfie dulu kat pantai Klebang ni… tak ada ape aktiviti menarik ramai yg duduk2 santai aje…. maybe malam kot ada aktiviti…
So bye2… Melaka umur panjang ada rezeki boleh datang lagi…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...