I Love JB

Monday 11 May 2015

Selamat HAri Ibu..... Ibu Mertua Ku Sayang

Kalau tadi aku terasa rindu ngan arwah mak aku bila kenang kan hari ibu semua wish pada ibu diaorg tapi aku….. hanya doa jer yang dapat aku sampaikan pada mak aku….


Walaupun mak aku telah tiada di  dunia ALLAH telah menggantikan aku dengan ibu mertua aku yang sangat baik dan penyanyang…. pengalaman aku selama hampir 11 tahun jadi menantu dia mak mertua aku seorang yang sangat penyabar dan dari cerita adik beradik ipar mak mertua aku seorang yang sangat setia dan patuh pada suami sehingga kan sampai hari ni ayah mertua aku sakit dia masih setia menjaga walaupun abah tidak boleh berjalan…

Aku memang suka tengok cara mak mertua aku sebab dari dia muda dia memang kuat bekerja… dia bukan bekerja macam aku… dia menoreh ok… hebat tak dia… kalau arwah mak aku dia bekerja sebagai seorang atenden hospital dengan dulu kene cuci toilet macam2 kerja yang dia buat berbanding atenden skrang… lain pulak mak mertua aku yang pagi2 dah g menoreh almaklumlah orang Felda… hebat kan dia… pagi dah menoreh pastu bali uruskan anak2 dan rumah ngan nak masak bagai…. tapi alhamdulilah sampai hari ni mak mertua aku sihat walaupun ada sakit sikit2…

Aku Cuma kenal mak mertua aku hampir 11 tahun saje so ape yang aku boleh kongsi dia seorang wanita yang hebat tabah dan kuat…. aku suka tengok mak mertua aku sebab dia sangat penyabar walaupun rata2 adik beradik ipar aku kata abah (ayah mertua) garang orang nya dulu…. kasih dan cinta mak memang hingga hujung nyawa in shaa Allah…
Di kesempatan ini aku nak amik peluang untuk luahkan dan ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu mertua ku tercinta …..semoga mak dilindungi Allah S.W.T serta di panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik….

Terima kasih yang tidak terhingga mak kerana menerima jaja dalam keluarga mak dan sentiasa baik dengan jaja dan menyayangi jaja seperti anak sendri. Terima kasih kerana kehadiran mak dalam hidup jaja sekurangnya dapat jugak menumpang kasih dan sayang seorang ibu yang lama jaja dahagakan sejak arwah mak jaja dah tak ada… mak jugak lah ratu hati jaja sampai bila2…. jaja sayang mak sangat2…







Walaupun mak aku telah tiada di dunia...
Namun aku telah dikurniakan dengan mak mertua ku yang
Selama hampir 11 tahun..
Dia menerimaku seadanya...
Dia menyayangi ku seadanya..
Dia melayan ku seadanya...
Dia memberi kasih & Sayang yg tidak terhingga..
Hingga ke saat ini..
Terima kasih mak atas segalanya...



Selamat Hari Ibu Buat Ibu Mertuaku
Zahrah Bt Kassim
We Love U Till Jannah amin... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...