I Love JB

Sunday 23 December 2012

BUBUR AYAM ABC




Bubur Ayam ABC

Masak bubur macam biasa dengan beras 1 pot

2 keping sisi ayam di potong2 (kalau nak guna ayam potong kecil2 pun boleh)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sb sos tiram
1 sk serbuk lada putih (kalauu nak pedas boleh letak ikut suka)
1 kuib pati ayam norr
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (diptong dadu)
3 batang putik jagung (jagung muda kecik yg dalam paket tu di hiris2 serong)
sedikit daun bawang & daun ketumbar (dihiris2 )
sedikit bawang goreng
sedikit minyak bijan ( dalam lebih kurang 4 sb)
Sedikit minyak masak

(untuk bahan yg bertanda * perlu dikisar/ tumbuk terlebih dahulu)


1. Panas kan kuali tumis bahan yg bertanda * bila dah wangi masukkan ayam+sos
tiram+kuib pati ayam & kacau hingga sebati & ayam masak.
2. Setelah itu masukkan serbuk lada sulah+garam+serbuk perasa+ 1/2 cawan air
(garam jgn terlalu banyak kerana sos tiram & kiub pati sudah cukup masin, sy
jarang guna tapi terpulang pd rasa masing)
3. Sementara tunggu mendidih masukkan yg telah dipotong2 (lobak
merah+kentang+putik jagung) kedalam bubur yg telah masak tadi.
4. Apabila kuah tadi sudah mendidih masukkan ke dalam bubuur yg sudah masak &
kacau (pastikan periuk nasi sentiasa on tanda "cook"), tunggu sehingga lobak
merah & kentang empuk boleh la dihidang.
5. Setelah lobak merah & kentang empuk masukkan daun bawang & daun ketumbar
di dalam periuk dan boleh dihidangkan dengan tabur bawang goreng & tabur 1 sb
minyak bijan atas bawang putih tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...