I Love JB

Sunday, 23 December 2012

BUBUR AYAM ABC




Bubur Ayam ABC

Masak bubur macam biasa dengan beras 1 pot

2 keping sisi ayam di potong2 (kalau nak guna ayam potong kecil2 pun boleh)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sb sos tiram
1 sk serbuk lada putih (kalauu nak pedas boleh letak ikut suka)
1 kuib pati ayam norr
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (diptong dadu)
3 batang putik jagung (jagung muda kecik yg dalam paket tu di hiris2 serong)
sedikit daun bawang & daun ketumbar (dihiris2 )
sedikit bawang goreng
sedikit minyak bijan ( dalam lebih kurang 4 sb)
Sedikit minyak masak

(untuk bahan yg bertanda * perlu dikisar/ tumbuk terlebih dahulu)


1. Panas kan kuali tumis bahan yg bertanda * bila dah wangi masukkan ayam+sos
tiram+kuib pati ayam & kacau hingga sebati & ayam masak.
2. Setelah itu masukkan serbuk lada sulah+garam+serbuk perasa+ 1/2 cawan air
(garam jgn terlalu banyak kerana sos tiram & kiub pati sudah cukup masin, sy
jarang guna tapi terpulang pd rasa masing)
3. Sementara tunggu mendidih masukkan yg telah dipotong2 (lobak
merah+kentang+putik jagung) kedalam bubur yg telah masak tadi.
4. Apabila kuah tadi sudah mendidih masukkan ke dalam bubuur yg sudah masak &
kacau (pastikan periuk nasi sentiasa on tanda "cook"), tunggu sehingga lobak
merah & kentang empuk boleh la dihidang.
5. Setelah lobak merah & kentang empuk masukkan daun bawang & daun ketumbar
di dalam periuk dan boleh dihidangkan dengan tabur bawang goreng & tabur 1 sb
minyak bijan atas bawang putih tadi.

Friday, 14 December 2012

Mak orang pun kene ngurat tau!!


Nak di kadikan cerita aku g kedai petang semalam nak cari udang untuk masak sambal udang, ala nak bawak g opis sebab kawan2 ajak makan nasi lemak so aku kene la masak sambal udang...

Tapi bukan cerita sambal udang yang aku nak cerita ni.. g kedai lepas tu singgah la restoran hujung kedai tu nak bungkus roti canai.. erm... dah lama x makan roti canai sedap gak.. memandangkan hubby ngan hero kecik kat umah so bungkus je la..

Bila dah order aku pun duduk la kat kerusi sambil tunggu roti siap.. sambil tgk TV mata pusing ke sana ke sini saje nak tgk2... rupanya kat meja depan tu ada 2 orang lelaki & 1 orang perempuan yang 1 orang mamat ni leh plak senyum2 ngan aku...

mula la babak....

Perempuan melayu kalau pakai baju kurung memang manis di pandang....

Mula2 senyum2.. lepas tu... cakap2 ngan mamak restoran...pastu duduk plak kat depan meja aku tu...

Mamat tu : "hye kak long banyak ke beli?"

Aku : sambil x tgk jawab "erm.. x la "

Mamat tu :" dok sini ke?"

Aku : "erm.. ye dok sini"

Mamat tu : "sape nama?"

Aku : "CT"

Mamat tu : "owh saya SHAH"

Aku : "owh ok"

Mamat tu : " keje mana?"

Aku : "ye kat kulai je"

Mamat tu : "cikgu ke?"

Aku : "eh x la..keje biasa2 je"

Mamat tu : "mintak no. phone boleh x?"

Aku : "x boleh "

Mamat tu : "dah kawin ke?"

Aku : " Dah"

Mamat tu : " anak brapa?"

Aku : "sorang "


Sumber Google



#hah!! poyo mamat tu ingat nek moto beso plet s'pore aku heran ke? adoiii bini orang ngan anak dara pun x dapat bezakan ke?

Jadi isteri2 dia luar sana hati2 bersikap jujur la dengan pasangan anda..

#nampak sangat aku jujur kan sampai nama pun aku tipu.. anyway saya sayang suami saya dunia akhirat....amin....

Thursday, 13 December 2012

Rindu blogggg....

Terasa rindu plak nak update blog ni.. erm... macam dah lama sangat aku x mengupdatekan blog kesayangan aku ni. erm... bz??? memey ler... sejak ada si kepoh kecik tu memang bz nak jengah blog pun asik x sempat je.. almaklumla mana ngan keje lagi.. ngan layan kemas umah lagi.. bila free je hero kecik dah bangun.. adoiiiii now!! rindu plak nak update blog...

Arrrghhhh!!! x yah cakap banyak la mari kita update blog ni...
Tapi nak update ape???
Sebenarnya banyak cerita aku nak update tapi tak kan la nak masukkan semua dalam 1 masa kan.. so slow2 la.. macam org cina kata "man..man.. " hehehehe...

Nak kata bz macam biasa la ... tapi sejak ada HP canggih yang boleh whatsapp aku lupakan diri aku ngan blog wat seketika... kacang lupakan kulit kan.. hahaha bukan lupa cuma kemaruk sangat ngann whatsapp.,... (nampak bebno aku ni jakon kan..)

Tapi baru2 ni ada la antara kawan2 yang tanya nak update blog dia x boleh.. (dia tanya aku sedangkan aku pun dah lama x update blog so la friend).. tetiba je macam terdetik aku nak update blog aku yang ntah ape2 ni.. hehehe....

So bermula la hari ni dalam sejarah bahawa aku mengupdatekan blog untuk sekian lama telah menyepikan diri.. Nak cerita best masih fresh... (fresh la sangat) so ni kita kasi panaskan badan dulu k.. esok2 kita sambung cerita hangat kita tu k...

Chow

Tuesday, 9 October 2012

MC Lah..

Assalamualaikum,

Erm.. rasanya dari N3 terakhir hari tu aku dah lama x mengupdatekan blog ni.. bukan dah boring cuma masa cemburu ngan aku je..

Ok cite banyak x guna hari ni cuma nak bgtahu yg smlm aku MC..huhuhu.. kenapa? kalau dah MC of course la sakit kan.. ni sakit betul2 bukan cobaan...

Ini kes betul2 terjadi pada aku..

1. Sore hilang..
2. Batuk.
3. Demam..
4. Migrain..
5. Bisa badan..
6. Belum tahu sakit ape lg..
Dugaan di bulan baru..

Ya ALLAH ko berikanlah kekuatan kpd hambamu ini utk melawan penyakit yakni penghapus dosa, agar dpt meneruskan hari2 yg baik & sihat utk mencari rezeki yg HALAL..
Amin....


 Berdoa dengan harapan aku boleh sembuh cepat amin...

Friday, 21 September 2012

Twinkle..Twinkle..Little Star...

Selamat Ptg semua...
(ceh dah mcm cikgu la plak kan)

Ok N3 kali ni nak kongsi tentang Bahasa Omputih (ala Bahasa English la), biasanya bahasa pasar mesti kita ckp "ckp omputih" so kali ni nak cerita psl "ckp omputih"

Bukan semua org boleh berbahasa English, dan bukan semua boleh berbahasa Melayu (bg yg bukan melayu la) dan bukan semua blaja tinggi (mcm aku la) dan bukan semua blaja x tinggi (mcm aku jugak) hehehe... Jadi berbahasa English ni kalau dah pandai ckp .. dah faham ape yang org cakap dah kira terror la kan...

Ni semua anak aku punya hal la ni... memang kakak aku ni kurang lancar dalam berbahasa english (bukan bodo ye), nak dijadikan cerita aku ni nak g shopping g la bawak dia ke TESCO KULAI... Aku balik kerja sabtu 1/2 day so lepas balik keje terus amik si kecik tu & amik la kakak aku serta anak2 dia sekali, lepas amik diaorg semua aku singgah umah kejap nak amik susu (sebelum sampai aku dah kol hubby soh dia buatkan susu anak), bila sampai kat umah yg hubby aku ni sibuk nak cium anak la.. nak amik itu la.. nak amik ini la.. (yg aku ni pemalas nak kuar kreta tunggu je dalam kreta) memandangkan aku ni nak kejar masa so aku rushing la cakap
"cepat!! cepat!!"
Dalam dok bual2 sampai la ke TESCO KULAI dah habis shopping ada la dalam masa 2 jam dalam shopping complex tu (lama jugak ek) kononnya lepas tu nak la singgah ke econsave tapi terpakse di batalkan.. sebab ape?????????

Haaaaaaa ni la dia Hero aku yg melalak dalam kreta x henti2 rupanya BABAH dia ni lupa nak wat susu anak , yang aku plak boleh sama dengan terlupa jugak... habis gasak la.,.... sepanjang jalan anak aku nangis...

Memandangkan aku ni tengah memandu, jadi terpakse la kakak aku ni pujuk anak aku sebelum sampai umah.. habis semua lagu dia nyanyi kan anak aku supaya dia diam... sampaikan 1 lagu dia nyanyi...







Tau x lagu ape??? dari kakak aku ni x reti cakap "omputih" sampai dah terror..hahahah...
sampai tekak haus nak nyanyi kan anak aku supaya diam.. (ape punya sengal la mummy ni)
Ni la dia lagu yang menjadi FAV SONG anak aku sekrang sampai joget2..

"Twinkle...Twinkle Little start how i wonder what u are"
"Up above the were so high",
"Like a Diamond in the sky"

"Twinkle.. Twinkle Little Star....."

Macam tu la kakak aku nyanyi sampai la kat rumah... hahaha
Ni la yang aku nak ckp... masa dalam kreta aku siap ckp ngan kakak aku lg...
"Cu tau x sekrang ni ucu dah pandai cakap "omputih"
Dia pun tanya
"Kenapa plak bila masa aku pandai "omputih" ni"
Aku pun jawab
"ye la sebab ucu nyanyi lagu ni.. ni kan lagu omputih"
hahaha kakak aku pun ketawa berdekah sebab dia sendri pun x tahu ntah betul ke tidak sebutan dia..
bedal je la..

Sekrang ni kalau nak tidokan atau nak nyanyi kan anak aku lagu wajib adalah lagu TWINKEL LITTLE STAR...


Jadi bagi aku kalau nak mahirkan percakapan / bahasa kita bek kita nyanyi lagu dalam bahasa english / cakap lebih kerap insyallah sape2 yang x pandai/ x tahu mesti terror dah lepas ni..

Jadi bg sesiapa yg x brapa nak pandai/ x reti tu jgn la rasa segan silu untuk blaja & cakap dalam bahasa OMPUTIH

Wednesday, 19 September 2012

Sayur Betik Masak Air

N3 Masakan kali ni nak cer psl betik... betik??? ala buah betik la...
Tapi kali ni kita cari betik yg x terlalu masak & x terlalu muda untuk di jadikan lauk kita hari ni...
Tak yah nak lengah2 lg jom kita tgk apekah bahan2 yang diperlukan...



Bahan-Bahan


  • 1 biji betik yg telah di potong & di hiris mcm dalam gambar tu ( betik jgn terlalu muda & jgn terlalu masak)
  • sengenggam ikan bilis (disiang buang hitam dalam dulu & di cuci)*
  • bawang besar 1 biji / bawang merah 5 biji*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan *
  • 1 sb lada hitam yang telah di tumbuk (kalau nak pedas letak lebih lada hitam)*
  • 5 tangkai cili kering di hiris2 besar / digunting 2 saje
  • 5 tangkai daun selasih (dipetik dulu kemudian cuci)
  • 1 mangkuk air
  • Garam & serbuk perisa secukup rasa.

P/s : Bahan yang bertanda * hendakla di tumbuk dahulu

Cara-cara

  1. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama 1 mangkuk air (ikut paras periuk la)
  2. Didihkan air didalam periuk sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan betik yang telah di hiris & dipotong bersama cili kering yang telah di hiris/potong.
  4. Setelah mendidih masukkan pula daun selasih serta garam & serbuk perasa. (secukup rasa)
  5. Setelah mendidih/masak tutup api & boleh la dihidangkan dengan nasi panas2.

Selamat Mencuba...

Raya 2012

Assalamualaikum....

Herm... rasanya dah terlalu lama tinngglakan blog tanpa sebrang nota... hehehe ape nak buat sibuk sepanjang Ramadhan & Raye....hehehe...

N3 kali nak bgtahu Alhamdulilah kita semua dah selamat menjalankan ibdah berpuasa & hingga ke hari raya...

Tahun ni adalah tahun ke 8 aku beraya dengan suami tercinta & tahun per1 kitaorg beraya dengan buah hati kami, hero kami Thaqif Asyraf Junaidi, terasa keseronokkan memang ternyata berbeza..weeeeeeeeee............ seronok sampai x tahu nak bgtahu mcmne...

Tahun ni jugak la dapat kumpul duit raya Thaqif.. Alhamdulilah murah rezeki anak mummy ni, banyak jugak duit raya yang dia dapat, cuma dok kampung je dah dapat sampai ratus2 tu belum lg bahagian belah keluarga aku... ye la rezeki anak2 kan... kami parent ni hanya tersenyum lebar..(senyum lebar bukan bermakna rezeki kitaorg tapi senyum dengan rezeki anak)

Raya tahun ni mcm biasa tiap2 tahun aku memang akan pulang ke kg suami aku di Felda Bukit Aping Barat Kota Tinggi Johor. Oleh kerana aku ni dah x de ibu & ayah ( sebab dah meninggal aku ni kan anak yatim piatu) jadi aku memang wajib untuk balik beraya di kg suami ku tercinta... acehhhh!!! hahahaha... Nak diikutkan aku ni bukan la org kg so memang la aku rasa jakun bila beraya di kg... almaklumla dok bando... sekrang ni rasa jakun aku dah kurang r.. lebih kepada seronok mana x nya dah 8 tahun kawin x kan la masih jakun kot.... of course la lebih kepada seronok kan.. erm... tahun ni cuma dapat balik 3 hari je... memandangkan cuti mummy ni dah minus terpakse la masuk keje awal... waaaaaaaaaaaaa sadisnyaaaaaaaa.....

Rasa happy je bila tgk muka abah & mak mertua aku yg gembira bila anak2 & menantu balik serta cucu bila berhari raya di kampung kan... Alhamdulilah... diaorg happy aku pun happy tgk diaorg happy kan...

Tahun ni tema warna baju raya kitaorg ye lah warna PERPEL... weeeeeee.. santek x?? santek kan... aku plak yg terlebih excited sebab kitaorg semua pakai baju kaler yang sama... hehehe... semua beli baju dah siap je tahun i... tapi ok jugak la dr x de kan...


Ni la gambar kitaorg 1 keluarga beso kan keluarga kitaorg.. ( yg ni sebelah my hubby) hanya 1 org je adik hubby x pdt balik beraya kerana terpakse berkerja... seronok!! seronok!! seronok !!






Ni semua suasana raya di kg... x banyak gambar sebab x amik guna camera sendri pun... huhuh.. ni semua hanya sebelah hubby masa id kampung...



Ni sebahagian dr family aku...

1 Sept 2012 adalah besday my hero Thaqif Asyraf Junaidi, jadi kitaorg pun buat la sekali kenduri potong jambul & doa selamat untuk hero kitaorg... nak tunggu gambar2 dr camera anak sedara berkurun baru dpt ni je yang sempat aku amik guna camera yg x brapa nak canggih tu.. ape pun alhamdulilah semua berjalan dengan lancar walaupun masa hari tu de 1 org pun kejiranan aku dtg .. cuma yg dtg hanyalah jiran2 baik aku saje... (diaorg dengki la tu bg surat yassin 3 hari sebelum majlis ada ke patut sedih..), x pe la janji majlis berjalan dengan lancar.. nasib baik la mummy ni baik ngan org masjid jd jemput la org masjid dtg untuk mengetuai majlis tu.. alhamdulilah dah 1 tahun anak mummy...

Kebetulan besday hero aku ni sama ngan besday atok mak dia.. jd kitaorg celeb sekali la hehehe.. Selamat Ulang Tahun Ibu mertua ku sayang.. semoga diberkati dunia & akhirat & panjang umur serta diberikan kesihatan yang baik setiap hari amin....


Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun kitaorg x buat open house tapi majlis tu dah mcm open house sampai ke mlm pun masih ada org dtg nasib baik la makanan masih banyak dapat la semua merasa.. majlis habis ptg tapi tetamu yg dtg sampai ke jam 12 mlm... alhamdulilah..

Terima Kasih kepada semua yg sudi dtg pd majlis anak aku hari tu.. & Terima Kasih pd jiran2 yang baik sebab sudi tolong rewang walaupun x de ape yang perlu direwangkan (semua catering ) terima kasih bebanyak hanya tuhan saje dapat membalasnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...