I Love JB

Friday, 15 March 2013

Reunion (Cuti Tahun Baru Cina Day 2)


Assalamualaikum.. rasanya dah tergantung lama sangat dah cite reunion… so sorry la sebab sibuk & x de mood so memang x update la…

Ok kali ni kita sambung plak cite reunion ni day 2 (dah nak balik la).  Kira-kira agenda tuk last day x de aktiviti pun tapi memandangkan smlmnya kita  x de wat program melainkan malam, jadi suka yang sepatutnya setat semalam di tunda pada pg day 2.

 Pada hari ke 2 tu pagi2 lg dah bangun nak sarapan, kononnya sarapan kol 7.30 pagi (aje awal giler ni) aku ni kelam kabut nak siapkkan anak aku tuk g sarapan, Thaqif x mandi pun sebab awal sangat so aku x mandikan Cuma salin pampers & baju je. Bila dah siap semua kitaorg pun gerak la nk g dewan makan tuk sarapan, Bila sampai dewan aku ingtkan ramai beno la yg dah sampai rupanya HARAMMM!!! X de pun Cuma brapa ketul je yang sampai, yang lain bangun lambat kot psl mlm tadi tido lewat..huhuu…

Lepas makan segala si SAKILA & ALONG  pun survey2 la tempat nak wat game, so diaorg choose tuk wat kat depan dewan makan je, so kat sini macam2 ragam & aksi yang korang leh tengok gara2 game bebudak ni… game bebudak???? Game bebudak la yang fun & seronok kan… mcm biasa la markah tuk game ni di kumpul & dicampur dengan game malam tadi akan di total kan markah baru la dapat tahu sape menang & sape kalah.

Tapi sebelum tu diaorg ni sempat plak berjimba kat pantai..(aku x boleh la anak aku susah di kawal bila kat pantai kang)

en.yot mcm nak erk..erk... je..

sempat lg korang ek... ijai manja2 plak

ce teka kaki sape ni


ni la bunga mangga laong masa kawin nanti

tangan sape yg terbalik tu!!



Jom kita layan gambar lagi

pondok rehat

game ni aku champion

membawa diri

acara cari gula dalam tepung

get ready sape yg kene duduk ngan aku ni

suka budak2 ni dapat hadiah

rehat jap lepas game

acara kanak2 aku pun x pasti acara ape ni

lari dalam guni bocor..(guni team aku bocor)

kerusi beracun (kila pegang hp ada lagu bukan gelek ye)

tumpas jugak akhirnya

ikat tali lari bersama

sebenarnya sesi tuk budak2, tapi 2 org beso ni lebih plak

lari dalam guni


Team ape2 aje dapat no. 1

no. 3

no. 2

no. 4 team aku la tu sian kan...

lepas game sesi photo shoot

Lepas dah penat bersukan kitaorg pun penat sangat, so kitaorg pun terus masuk bilik masing2 untuk rehatkan diri sebelum nak g dewan makan untuk lunch terakhir kitaorg kat MMR, siap2 bila jam dah kol 12.00 pm aku pun terus packing barang masuk dalam kreta & terus ke dewan makan untuk makan tgh hari…

ni la dewan makan kitaorg


Dalam perjalanan nak ke dewan tu aku terperasan plak mamat2 ni leh posing2 sebelum g makan…



Masa sangat mencemburui kita jadi terpakse makan cepat2 untuk check out dr chalet tu.. masa tgh makan sampai plak kawan kitaorg 1 lg yang x sempat join program ni tapi datang jugak la untuk jumpa kengkawan sambil kepoh2 jap… huhuhu

terselah kekepohan tu dik... (tanya khabar)

Lepas puas berbual jam pun dah kol 1 ptg jadi kitaorg perlu beredar.. sebelum beredar kene la amik gambo dulu tuk kenang-kenangan.. bila lagi kan…








Tuesday, 5 March 2013

Seluar idaman weeeeeeee........


Psssssstttttt……
Alhamdullah akhirnya dapat jugak aku ngan suar skinny jeans.. yang selama ni aku idam2 kan… bukan aku x mampu nak beli & bukan aku x boleh nak beli.. tapi disebab kan size yang tak mengizinkan aku memakai suar ni…waaaaaaaaaa…….. Nampak sangat aku dah gemok kan….

Kalau dulu semua pakaian aku size budak2 je.. suar pun sama.. almaklum la sejak dah jadi isteri orang ni badan pun macam di pam2… anyway walaupun aku ni gemok alhamdulilah sudahhampir 9 tahun usia perkawinan kitaorg tau….

Ok la balik pd cite suar skinny jeans ni… abis dah selalu sangat org asik post kat FB psal skinny jeans la… jap2 je ada je yg post jualan suar ni… aku dah la gemok so memang x berani la aku nak beli online kang kalau x muat kang x pasal2 x boleh return.. menyesal x sudah la aku…. So now aku rasa happy sebab boleh memakai suar ni.. (budget hebat sebab mungkin kurus sikit sebab boleh masuk) hahahaha…. Nampak sangat mummy ni JAKUN wawawa… wei!!!wei!!! aku dah la x menyoping tau ( x tahu la bahasa ape yang ko guna ni ja men hentam saje la)



Dengan rasa xcited aku pun soh la hubby snap pic ni…

“hubby tolong snap kan pic honey jap”

“nak wat ape?”

“amik je la”

Confirm dia x tahu yang aku nak cite ngan korang betapa excitednya aku dapat suar ni… (over kan) tengok je la siap tunjuk peace lagi… hahahaha…
Ni aku nak cite ni yang wat aku lagi excited & happy sebab aku x kuar $$ pun… semuanya my hubby yang hensem busuk2 ni yang bayo…kejadian berlaku masa aku temankan hubby g bazaar karat JB (ala kat bazaar karat hje pun bukan kat mall bagai ok), tup..tup.. aku ternampak ada 1 gerai ni jual suar kaler2 yang tergantung kat kanopi dia… so aku pun singgah je la kejap konon2 nya nak tengok2 je bila hati dah berkenan mula la dialog ni kuar..

“B suar ni lawo kan.. dah lama honey nak beli suar ni”

(aku pun letak balik supaya lakonan aku Nampak real)

“honey nak ke suar tu?”

“nak tapi belum gaji lagi so x dpt la nak beli”

“kalau honey nak amik je la B belikan”

Dengar je B cakap macam tu aku ape lagi x melepaskan ofer yang dtg kejap je ni..terus aku mintak size ngan akak yang jual tu…ada x size beso untuk aku… nasib baik la akak tu cakap ada sampai size XXL so confirm la aku ni size XXL kan…
Weeeeeeeee………… sebelum beli aku mintak la suggestion dengan orang yang tukang bayo ni kaler ape yang lawo… so my hubby yang hensem busuk2 ni choose kaler oren (oren memang kaler peberet dia), aku pun ok je la janji dia suka 
tengok aku…. Wei!wei!!! RM30 je weiii!!!

Anyway thanks a lot hubby ku sayang…..

Monday, 4 March 2013

KENTANG KICAP PEBERET KU


ASSALAMUALAIKUM,…

Ok kali ni resipi agak mudah & simple je… kalau nk dijadikan cerita resipi adalah antara masakan kesukaan aku N my best friend Ms Lulu (opismate aku), memandangkan kitaorg 2 org ni memang terlalu minat ngan kentang maka tercipta la resipi ni… hihihi sebenarnya masa kawan aku ni bunngkus makanan nasi lauk dia (lauk makanan cina), aku terpandang ngan lauk ni so aku pun tanya la dia ape benda tu.. then dia cakap ni la KENTANG KICAP… aku x rasa pun lauk tu .. aje giler aku nak rasa sah2 lauk tuu NON HALAL kan.. so Cuma pandang2 je la.. sambil mintak resipi dr kawan cina aku ni… bila dia bercerita rupanya sangat la simple N easy lauk ni rupanya… tapi aku buat ikuut tekak & citarasa aku men ubah2 je.. Jom kita jengah resipi ni k…



BAHAN-BAHAN

4 BIJI KENTANG (DIPOTONG SEPERTI DI DALAM GAMBAR& REBUS SEKETIKA SEPARUH MASAK)

3 ULAS BAWANG PUTIH (DICINCANG HALUS)

1 SB KICAP SOYA CAIR

1 SB KICAP PEKAT (YG MANIS)

3 SB SOS TIRAM

1 SB SOS TOMATO (KALAU NAK RASA SIKIT PEDAS LEH TUKO NGAN CILI SOS)

1 SK MINYAK BIJAN

4 SB MINYAK MASAK


CARA-CARA

1.    Panas kan minyak , kemudian masukkan bawang putih yang di cincang halus & tumis hingga naik bau.

2.    Setelah naik bau (jgn sampai bawang hangus plak api kene slow), masukkan kentang & kacau.

3.    Kemudian masukkan kicap cair soya, kicap pekat,sos tiram, sos tomato kacau sebati, (kalau pekat masuukkan sedikit air, sikit je).

4.    Setelah mendidih masukkan minyak bijan & kacau hingga sebati , setelah sebati tutup api & boleh di makan.

SELAMAT MENCUBA


Monday, 25 February 2013

LEMAK CILI PADI DAGING SALAI & BELIMBING BULUH


Assalamualaikum…

Rasanya aku dah lama x update resipi kat blog ni kan… ada jugak yang tanya x de resipi baru ker??? Bukan x de mood x mari la… ok semalam x de idea nak makan ape… kebetulan aku g KAMPUNG JAYA SEPAKAT SENAI tu amik tudung yg aku tempah (wat koleksi) so ngecek la sikit kat kawan aku.. sebab mertua dia ada tanam .. dapat la sikit belimbing buloh wat campur ngan lauk…. Jumpanya kejap je.. api sempat ngecek resipi … hehehe… aku masak LEMAK CILI PADI DAGING SALAI DAN BELIMBING BULUH, jom kita tengok resipi ek…




BAHAN-BAHAN
½ KG DAGING LEMBU ( AKU BELI YANG LEMBUT)
1 BATANG SERAI (DIKETUK)
1 BIJI BAWANG BESAR*
3 ULAS BAWANG PUTIH*
1 INCI KUNYIT*
20 BATANG CILI PADI HIJAU*
1 BIJI KELAPA (AMIK SANTAN JE)
5 HELAI DAUN LIMAU (DIBUANG TULANG TENGAH DAUN)
10 BIJI BELIMBING BULUH (DIBELAH JADI 2)
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
GARAM & SERBUK PERASA

P/s : Bahan yang bertanda * hendaklah di kisar bersama


CARA-CARA
1.    Daging direbus terlebih dahulu (untuk lembutkan daging) selepas direbus dahing di hiris jadi kepingan daging & daging di salai hingga separuh masak setelah siap angkat & ketepikan.
2.    Sementara itu panaskan minyak & masukkan bahan yang telah di dikisar tadi serta masukkan serai kacau & masak hingga naik bau & sedikit garing.
3.   Setelah naik bau & sedikit garing masukkan 1 cawan air & kacau kemudian masukkan santan (agak2 je kepekatan kuah) masukkan daun limau garam & perasa, biarkan sampai mendidih sambil jaga santan jgn pecah (supaya kuah cantik).
4.    Setelah mendidih & tidak pecah minyak santan tadi masukkan daging yang telah di salai & belimbing buluh tadi & masak sehingga kuah & daging sedikit serap & ada sedikit rasa masam2.
5.    Bila rasa semua dah cukup boleh la dihidangkan dengan nasi panas2.

Selamat mencuba……….


Thursday, 21 February 2013

Reunion (Cuti Tahun Baru Cina Day 1 Vol Mlm)


Assaalamualaikum….
Ok kali ni kita sambung lagi cite pasal reunion ni … kali ni aktivi malam plak… Kalau ikutkan aktivi mula kol 7.30 malam, tapi my hubby cakap kita g dewan lepas solat maghrib so lepas oslat baru la kitaorg gerak g dewan, dalam pada tu aku terpakse la panggilkan anak sedara aku yang kembar tu kang x pasal2 dia x sedar terlajak solat plak… (sebab aku dtg bilik dia tgh tido… dah la ujan sejuk2 dia g bukak ekon lagi.. aje giler budak2 ni kalau aku dah keras dah..). Memandangkan my hubby yang hensem tu dah siap so aku pun soh la dia g jengah budak2 kembar tu dulu… rupanya bila hubby aku sampai bilik diaorg panggil2 x jugak bukak pintu… (kan aku dah cakap sah2 budak2 ni x sedo ni), erm.. x pe tunggu jap… tetiba Along datang cakap soh g dewan… aku soh la along kejutkan budak2 ni.. along ni ketuk pintu punya la beriya macam nak roboh rasanya x jugak bangun.. at last ketuk lagi baru dia sedo… hubby aku sebelum tu dah send sms dah soh diaorg terus g dewan tuk BBQ malam…

Bila sampai dewan makanan semua dah terhidang… (aik??? Bila masanya diaorg ni BBQ?? Bila masanya diaorg ni bako???) rupanya makanan dah siap di bako.. so x rasa la kita nak BBQ Cuma makan makanan BBQ je la… Bila tengok… wah!!!!! Perut dah lapo ape lagi bedal terus je la….cite banyak pun x guna kan… mari kita makannnnn


Sedapnyaaa.....
Udang beso tu....


Dalam pada nak sibuk makan sempat plak si Lee ni snap pic aku ngan anak aku yang tengah nakal… Thanks Lee… (dah macam nama cina plak… sudah la wak tong)

Thaqif yang sibuk... anak sape la ni..
Mummy + Thaqif Asyraf  Credit to uncle Lee

Kitaorg dah set pada malam hari kitaorg akan pakai baju warna biru… hehehehe…. Kan.kan..kan.. ada theme kan…  jadi malam aktivi memang terhad nak wat macamne kene jugak wat aktiviti sebab siang dah tertunda disebabkan hujan so malam terpakse jugak jalankan aktiviti… Sebelum mulakan aktiviti kita mulakan dengan bacaan doa oleh En.Buyot (Zaidi) so antara aktivi kitaorg Cuma indoor game saje.. so kitaorg men game BETUL KE BOHONG???... hahahahahaha…. (belum cite dah ketawa confirm la lawak kan)… dalam game ni banyak yang pecah rahsia… hahahaha expecially Sakila….. SAKILA BERKAWAN NGAN ABANG ARAB??????? Alhamdulilah… akhirnya kantol jugak… keh..keh..keh… soklannya BETUL KE BOHONG???? Aku jawab bohong sebab macam x pernah dengar dia cerita pun.. & dari segi senyuman kila tu menandakan dia tipu… at last dia berikan jawapan itu adalah BETUL!!!! Ha?????????? Giler la..kila senyap2 bercinta weiiiii…. (x kan la semua benda dia nak hallo2 aku kan anyway tahniah kila), tapi kalau korang nak tahu lepas lebih kurang seminggu balik dr reunion ni sakila pecah rahsia yang fakta tu adalah BOHONG!!! Choyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!! Kene tipu aku siottttt!!!! X pe la kila asalkan ko bahagia…. Seronok men game mcmni walaupun ala2 koboi je… keh..keh..keh..

Jom layan gambar…

Lepas along bg ucapan En, Buyot terus bacakan doa

Kumpulan aku semua budak2 aku ngan en.hubby saje dewasa

masing2 syok dengar soklan

sukanya mokde kita ni

meja orang bujang... (budak2 suka betul ngan uncle lee)

ape la yg direbutkan budak2 ni ngan uncle Lee

aku pun x ingt dah ape nama kumpulan korang

dengar soklan dengan harapan semua betul....

bincang sebelum keluarkan statement mengarut korang

comelnya.............................................iman......

my baby boy dah kepenatan lepas berlari2

sambil makan...

macam ada 1 kejutan je....

Dalam sibuk nak wat game si along ada kabarkan 1 berita terkejut… ntah katanya SURPRISE!!!!!!

"Jemputan la datang ye saya jemput makan beso"







Rupanya si along nak edarkan KAD JEMPUTAN KAWIN …. Hahahaha… SURPRISE!!!! Nya long….( dah lama along mencari akhirnya dia Berjaya tamatkan zaman bujangnya)… tanjat boboi!!! Hahahahaha….. jgn lupa along open table bulan 3 nanti…

Sibuk edarkan kad jemputan

harapan along korang semua dtg bawak esbok sebagai hadiah



Lepas sesi edarkan kad selesai ada request lagi… rupannya ada kejutan lagi… Abg Sah (Ijal)  sponsor 5 hadiah misteri dengan syarat mesti adakan persebahan yang hebat malam tu. Jadi malam tu Cuma anak sedara aku kembar yang buat persembahan & Jojie yang menyanyi… memandangkan si kembar ni bawak guitar dia so diaorg nyanyi dengan alunan bunyi guitar…. En. Hubby soh aku nyanyi tapi aku malas la.. sore bukannya sedap bek ujan dah berhenti kang ujan makin lebat plak… diaorg perlu wat persembahan sampai la juri puas hati baru la boleh serahkan hadiah tu… hahahahaha… (nasib korang la ), dah 2/3 kali budak2 nyanyi akhirnya hadiah di sampaikan jugak oleh tukang sponsor… ABG SAH

amir...(anak sedara aku)

amm & Jojie... (eh nampak aku ngan hubby la...)

amm + Jojie + amir

Abg sah selaku sponsor sampaikan hadiah pd amm

pada amir

dan pada Jojie


Bila dapat hadiah tu anak sedara aku pun bukak la.. sape la tau kan tu ticket ke LEGOLAND… hahahaha… jeng..,jeng..jeng… rupanya VOUCHER RM50 METROJAYA wah!!!! Thanks ABG SAH.Bila tengok voucher si mokde pun nak nyanyi jugak tu… (Nama dia nina kembar nira, budak2 panggil dia mokde)
nak nyanyi lagu AKU CINTA PADAMU di tujukan khas buat si suami En. Tom ( ni perantin baru ni weiii bulan 12 diaorg kawin)… sampai lupa lirik pinjam tablet ira cari lirik… gasak la mokde.. janji happy…

nyanyi lagu aku cinta padamu... soh bangun dia duduk plak

at last bangun siap tengok lirik lg...
akhirnya berjaya dapatkan voucher....



Owh lupa nak cakap yang ABG SAH ni ada sponsor 2 biji kek dari SECRET RECIPE dasyattttt!!!  ABG SAH ni banyak menyumbang …. Thanks ABG SAH… erm… bila En.Pengacara (si along tu la) soh dia tiup lilin dia boleh plak soh aku yg tiup… dah macam beseday aku plak… anyway thanks ABG SAH kene bg aku tiup lilin… hahahaha… over kan.. (ye la masa beseday aku x de kek tau)

Reunion Sek.Men.Keb.Senai 99 Tahun 2013

Sponsor by Abg Sah (Shah Rizal@Ijal)

Nak nyanyi lagu sekolah memasing x ingt nyanyi lagu ALLAH selamatkan kami je la

kan aku dah cakap... dah macam beseday aku plak kan...


Kan semua dah dapat voucher tapi masih tinggal lg 1 voucher yang belum ada tuan punya… jadi Nira request bagi la pada bakal pengantin kita.. (along la sape lg..) tapi request dari ABG SAH dia kene nyanyi dulu… baru leh dapat hadiah… (dah la request hadiah esbok ngan kitaorg siap pesan “dtg tu nanti bawak la esbok ek.. nak cakap masing2 dah beso.. pakat2 la ek bawak esbok) hahahaha…. Nak ke tidak along kene nyanyi jugak…. Lagu keramat dia TEMAN SEJATI. Buat tatapan korang ce layan video along ni… (video ni kila dah edit kalau ori lagu la pecah perut.. kalau dengar sore kuat ketawa tu sore aku la tu)






Bersambung day 2 plak…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...