I Love JB

Monday 25 February 2013

LEMAK CILI PADI DAGING SALAI & BELIMBING BULUH


Assalamualaikum…

Rasanya aku dah lama x update resipi kat blog ni kan… ada jugak yang tanya x de resipi baru ker??? Bukan x de mood x mari la… ok semalam x de idea nak makan ape… kebetulan aku g KAMPUNG JAYA SEPAKAT SENAI tu amik tudung yg aku tempah (wat koleksi) so ngecek la sikit kat kawan aku.. sebab mertua dia ada tanam .. dapat la sikit belimbing buloh wat campur ngan lauk…. Jumpanya kejap je.. api sempat ngecek resipi … hehehe… aku masak LEMAK CILI PADI DAGING SALAI DAN BELIMBING BULUH, jom kita tengok resipi ek…




BAHAN-BAHAN
½ KG DAGING LEMBU ( AKU BELI YANG LEMBUT)
1 BATANG SERAI (DIKETUK)
1 BIJI BAWANG BESAR*
3 ULAS BAWANG PUTIH*
1 INCI KUNYIT*
20 BATANG CILI PADI HIJAU*
1 BIJI KELAPA (AMIK SANTAN JE)
5 HELAI DAUN LIMAU (DIBUANG TULANG TENGAH DAUN)
10 BIJI BELIMBING BULUH (DIBELAH JADI 2)
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
GARAM & SERBUK PERASA

P/s : Bahan yang bertanda * hendaklah di kisar bersama


CARA-CARA
1.    Daging direbus terlebih dahulu (untuk lembutkan daging) selepas direbus dahing di hiris jadi kepingan daging & daging di salai hingga separuh masak setelah siap angkat & ketepikan.
2.    Sementara itu panaskan minyak & masukkan bahan yang telah di dikisar tadi serta masukkan serai kacau & masak hingga naik bau & sedikit garing.
3.   Setelah naik bau & sedikit garing masukkan 1 cawan air & kacau kemudian masukkan santan (agak2 je kepekatan kuah) masukkan daun limau garam & perasa, biarkan sampai mendidih sambil jaga santan jgn pecah (supaya kuah cantik).
4.    Setelah mendidih & tidak pecah minyak santan tadi masukkan daging yang telah di salai & belimbing buluh tadi & masak sehingga kuah & daging sedikit serap & ada sedikit rasa masam2.
5.    Bila rasa semua dah cukup boleh la dihidangkan dengan nasi panas2.

Selamat mencuba……….


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...