I Love JB

Sunday, 24 November 2013

LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG

Orang kata kalau lauk lemak cili api ni semua berasal dari N.Sembilan... betul ker?? kalau tanya aku jawapannya HENTAH... mungkin kot sebab sejak aku tahu memang org negeri gemo masakan berlado/ lomak cili api ni. Walaupun aku buukan org N.Sembilan tapi masakan ni menjadi menu wajib dalam seminggu kat rumah aku.. (kadang2 buntu x tahu nak masak ape). moh lah kita tengok ape bahan nya.





BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kembung yang di belah 2
2 biji tomato dibelah 4
2 biji kentang di belah 4
1 batang serai diketuk
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
10 batang cili padi*
1 cawan santan ( aku guna santan kotak KARA)
2 keping asam keping (kalau tomato masam kurangkan asam keping jadi 1 keping)

P/S : bahan bertanda * perlu di blender

CARA-CARA


  1. Masukkan santan di dalam periuk dan masukkan air di dalam kotak goncang dan tuang kedalam periuk buat dalam 2 kali masukkan air.
  2. Masukkan semua bahan yang telah di blend ke dan serai ke dalam santan di dalam periuk dan didihkan, kacau jangan sampai pecah minyak. Api jangan terlalu kuat atau perlahan.
  3. Setelah mendidih masukkan kentang+tomato+asam keping serta tambahkan dengan garam/perisa.
  4. Setelah kentang empuk dan didih masukkan ikan biarkan sampai mendidih.
  5. Setelah mendidih rasakan masakan jika kurang garam/perisa. jika semua ok bolehlah tutup api dan hidangkan.
Simple menu untuk lunch /dinner kan... jom lah try.

SUP KENTANG MAK NAH

Sup kentang ni peberet aku kalau tak ada lauk masauk lauk ni lawan ngan ikan goreng dan sambal belacan memang terangkat... auwwww!!! Pada bulan puasa boleh dikatakan lauk ni adalah lauk wajib bila sahur untuk kitaorg semua, arwah mak memang suka sajikan kitaorg dengan sup kentang ni.
Menu ni simple je kalau tak ada gas kat umah pun kita boleh masak guna rice cooker ok..
Jom lah kita jengah ape bahan2 yang diperlukan dalam resipi SUP KENTANG MAK NAH ni.





BAHAN-BAHAN

2 biji kentang di potong 4 ( kalau nak kurangakn atau lebihkan kentang pun boleh)
3 keping fungus hitam - direndam dengan air terlebih dahulu supaya kembang

Sebelum di rendam ( Gambar ehsan google)

Setelah di rendam dan sudah menjadi kembang ( gambar ehsan google)

10 helai Kim Cam yang telah di rendamkan dengan air terlebih dahulu

Rupa Kim Cam (gambar ehsan google)
Sedikit tahu kering & su'un - perlu direndam terlebih dahulu
2 biji telur
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sb ikan bilis*
4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam/perasa

P/S : Bahan bertanda * perlu ditumbuk


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang tertanda * tumis hingga wangi.
  2. Setelah wangi masukkan air & kentang biarkan sampai mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan fungus hitam+kim cam+su'un+tahu kering serta garam & perisa biarkan sampai mendidih.
  4. Setelah mendidih pecahkan 2 biji telur dan biarkan hingga separuh masak, setelah itu boleh lah tutupkan api dan boleh dihidangkan.


Mudahkan jadi boleh lah cuba...
SELAMAT MENCUBA


IKAN MASAK TAUCHU DELIMA

Bila dah lama x update blog ni rasa kesian plak pada follower aku kan... ade ker follower??? huhuhu
Ok sebagai permulaan selepas dah lama tinggalkan blog ni aku mulakan dengan resipi yang simple iaitu IKAN MASAK TAUCHU. Masakan yang simple tapi boleh buat orang tambah berkali2.. ye ker??? kalau x caya jom kita jenguk resipi k.





BAHAN- BAHAN

 3 Ekor ikan selar (nak guna ikan ape pun boleh terpulang)- goreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
1 Inci halia*
1 Batang cili merah & 1 Batang Cili Hijau*
1 senduk minyak masak
1 sb tauchu (kalau nak letak sikit pun x pe)
1 sb jus delima
Sedikit air
Sedikit garam/perasa/gula

p/s : Bahan bertanda * perlu di hiris2


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris kecuali cili merah & hijau, kacau hingga sedikit layu.
  2. Setelah bawang sedikit layu masukkan tauchu dan kacau seketika kemudian masukkan jus Delima dan sedikit air kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih tambahkan dengan garam/perasa/gula kemudian masukkan cili merah & hijau kacau hingga rasa sebati dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan ikan yang telah di goreng tadi kacau seketika kemudian tutup api dan boleh dihidangkan.


Menu yang simple tapi berkhasiat dari jus Delima.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, 30 July 2013

Tak Beraya lah kiteorang...

Segala mood pun ada sekrang ni kan.. ye lah hari ni dah 31 Julai 2013 tapi gaji masih x masuk lagi.. ape cer??? hati ni macam membuak2 nak marah je disebabkan gaji yang x masuk2 lagi...

Menjadi kebiasaan company akan bagi gaji awal dari tarikh gaji biasa.. ni dah 31/7/2013 pun masih x masuk2 lagi... ni lah susah kalau dapat acct yang suka berkira dalam segala hal... aku ni dah la x beli lagi baju raya.. ape pun x beli lg.. brg rumah x yah cakap lah 1 ape pun belum nampak... Nasib baik lah baju tuk si hero kecik tu aku dah get ready semua cuma tinggal beli kasut ngan baju melayu je...ape nak buat dah nama pun makan gaji jadi terima aje lah kan..

Ni nak cite pasal hubby aku pun 1 hal.. gaji dia pun sama x masuk lagi... kalau lah salah sorang gaji dulu kan bagus boleh la give N take.. ni dua-dua pun x gaji lagi ni yang menyebabkan dia jadi bengang sampai nak makan pun x boleh.. aduyaiii dugaan ape lah yg sedang melanda kitaorg ni...

Ape nak buat nak ke tidak terpakse tunggu jugak....

Tuesday, 16 July 2013

Nasi Goreng Rice Cooker

Kenapa Rice Cooker?? sebab di digoreng menggunakan Rice Cooker.. hebat kan... sebenarnya macam2 masakan & makanan kita boleh masak dengan menggunakan rice cooker jadi kalau gas dah habis kat umah jangan bagi alasan tak boleh masak yer..

Jom perhatikan resipi k




Bahan- Bahan


  • 1 pot nasi
  • 1 labu bawang besar (dihiris-hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang-cincang)
  • 1 biji telur
  • 1 batang kacang panjang (dihiris-hiris)
  • 1 kuib pati ayam ( dipecah2kan jadi kan macam serbuk)
  • 3 batang cili padi (diketuk kalau nak lebih pun boleh)
  • 1 sb sos tiram
  • sedikit perasa & garam (kalau dah guna kuib pati ayam x perlukan garam)

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak di dalam rice cooker, perlu di tekan suis jadi kan "cook" sehingga jatuh ke "warm".
  2. Kemudian masukkan telur 1 biji dan kacau hingga hancur kemudian angkat dan ketepikan
  3. Selepas itu masukkan bawang besar & bawang putih kacau hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan nasi serta sos tiram, kuib pati ayam dan cili padi yang telah diketuk jika rasa kurang perasakan garam dan serbuk perasa dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan kacang panjang yang telah dihiris-hiris dan telur hancur tadi sementara itu suis mesti lah berada dalam keadaan "cook" jika jatuh ke "warm" tekan semula.
  6. Gaul nasi hingga sebati dengan perasa kemudian boleh lah di hidangkan.

Simple je kan.. bagi yang kat rumah tak ada barang untuk di masak cukup lah sekadar Nasi Goreng Rice Cooker orang bujang pun boleh buat da...

Selamat Mencuba

Kacang Buncis Goreng Dengan Cendawan Shitake

Kacang buncis ni adalah salah 1 sayur kegemaran my lovely hubby.. jadi tak heran la kalau dia selalu mintak aku gorengkan sayur kacang buncis, so kali ni aku goreng kacang buncis dengan cendawan shitake.. Walaupun simple tapi mesti ada yang tak tahu cara masak macam mana kan.. mungkin tak tahu bahan ape yang digunakan jadi meh lah kita kongsi-kongsikan resipi yang simple ni ye..






Bahan - Bahan


  • 10 batang kacang buncis / ikut suka la nak banyak mana (dihiris-hiris macam dalam gambar)
  • 6 ekor udang harimau / ikut suka nak guna udang ape (dicuci dengan asam garam)
  • 1 labu bawang besar ( dihiris-hiris)
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris-hiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris-hiris untuk hilangkan bau hanyir udang)
  • 1 batang cili merah (dihiris-hiris)
  • 1 kuntum cendawan shitake (direndam biar kembang dan dihiris-hiris)
  • 1 sb minyak bijan
  • 3 sb sos tiram
  • sedikit minyak untuk menumis
  • perasa & garam


Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris-hiris.
  2. Bila dah naik bau masukkan udang yang telah dicuci kacau rata sehingga separuh merah kemudian taburkan halia yang telah hiris-hiris tadi kemudian kacau sebati.
  3. Setelah sebati masukkan kacang buncis yang telah di hiris-hiris serta sos tiram dan gaul hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (agak2 je la) dan gaul.
  5. Kemudian masukkan cendawan shitake dengan cili merah yang dihiris-hiris serta tuang kan minyak bijan dan gaul sampai rata dalam masa 1 minit kemudian tutup api.
  6. Sudah boleh dihidangkan dengan lauk yang lain.

Selamat Mencuba

Astagfirullah halazim.....

Astagfirullah halazim.....

Aku x pasti perkara ni berlaku bila tapi mengikut dari maklumat yang di baca perkara ni berlaku setelah genap seminggu kita berpuasa ini bermakna masih baru lagi...


Tak sangka masih ada perkara macam ni berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ni, paling mengejutkan perkara ni berlaku di Masjid Saleng, Senai Kulaijaya, Johor. Aku dapat berita ni sebab terbaca di 1 website. Baca sini http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/tolong-sempurnakan-jenazah-tidak.html#_






"Kulaijaya: “Kami sangka objek yang dililit kain putih dalam beg bayi berwarna biru muda yang ditinggalkan berhampiran pagar masjid itu bantal, namun tiada sesiapa yang berani mendekatinya.

“Jadi, saya memberanikan diri membuka balutan kain berkenaan sebelum menemui mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat,” kata ahli jawatankuasa Masjid Jamek Ar-Raudah Saleng di sini, Hassan Mohd Dap, 63, semalam.


Menurutnya, dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, dia serta beberapa jemaah mahu pulang ke kediaman masing-masing selepas menunaikan solat Subuh.

Katanya, beberapa jemaah kemudian memaklumkan ada beg bayi ditinggalkan di depan pintu pagar masjid berkenaan.


“Saya tidak sangka genap seminggu Ramadan, kami menerima kejutan ini.


“Turut ditinggalkan bersama mayat bayi berkenaan wang tunai RM50 selain nota berbunyi, ‘Assalamualaikum tolong sempurnakan jenazah ini yang tidak berdosa. Sekian terima kasih untuk hamba yang menolong’,” katanya.





Hassan berkata, bayi malang itu dipercayai berketurunan Melayu berdasarkan paras rupanya.


Katanya, dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.

“Mungkin ada pihak terdesak meninggalkan mayat berkenaan kerana tidak mempunyai wang untuk menguruskan pengebumiannya.


“Kami berdoa semoga roh bayi berkenaan dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jemaah masjid pada jam 6.05 pagi.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi yang meninggal dunia itu dibungkus dengan kain putih dan ditinggalkan dalam beg bayi di depan pagar masjid berkenaan.


“Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kes ini mempunyai unsur jenayah. Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk dibedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan diminta tampil membantu siasatan,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...