I Love JB

Tuesday 16 July 2013

Nasi Goreng Rice Cooker

Kenapa Rice Cooker?? sebab di digoreng menggunakan Rice Cooker.. hebat kan... sebenarnya macam2 masakan & makanan kita boleh masak dengan menggunakan rice cooker jadi kalau gas dah habis kat umah jangan bagi alasan tak boleh masak yer..

Jom perhatikan resipi k




Bahan- Bahan


  • 1 pot nasi
  • 1 labu bawang besar (dihiris-hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang-cincang)
  • 1 biji telur
  • 1 batang kacang panjang (dihiris-hiris)
  • 1 kuib pati ayam ( dipecah2kan jadi kan macam serbuk)
  • 3 batang cili padi (diketuk kalau nak lebih pun boleh)
  • 1 sb sos tiram
  • sedikit perasa & garam (kalau dah guna kuib pati ayam x perlukan garam)

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak di dalam rice cooker, perlu di tekan suis jadi kan "cook" sehingga jatuh ke "warm".
  2. Kemudian masukkan telur 1 biji dan kacau hingga hancur kemudian angkat dan ketepikan
  3. Selepas itu masukkan bawang besar & bawang putih kacau hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan nasi serta sos tiram, kuib pati ayam dan cili padi yang telah diketuk jika rasa kurang perasakan garam dan serbuk perasa dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan kacang panjang yang telah dihiris-hiris dan telur hancur tadi sementara itu suis mesti lah berada dalam keadaan "cook" jika jatuh ke "warm" tekan semula.
  6. Gaul nasi hingga sebati dengan perasa kemudian boleh lah di hidangkan.

Simple je kan.. bagi yang kat rumah tak ada barang untuk di masak cukup lah sekadar Nasi Goreng Rice Cooker orang bujang pun boleh buat da...

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...