I Love JB

Thursday, 4 July 2013

Kencing Kotor

Erm.. korang pernah tak mengalami situasi macam aku sekarang ni.. Kencing Kotor..

Owh payah jugak kalau dah kene kencing kotor ni.. senang cakap lah nak kencing sakit.. nak berak pun rasa sakit.. tapi bila menangok je kat dalam toilet tapi x kuar2 pun ape yang dihajati memang agak bengang jugak lah dengan menahan sakit lagi kan... so itu lah situasi yang aku alami sekarang ni, kebetulan pulak kawan 1 opis aku pun boleh kene sakit yang sama...

Nak kata x minum air banyak rasanya kitaorg berdua ni memang kuat minum air masak, ye lah orang kata kalau dah nak kene..kene jugak kan.. elak lah macam mana pun tetap akan kene..




Dalam kesibukan nak wat keje kat opis ni dengan manahan sakit perut ni aku sempat lagi g search kat tenet info2 tentang kencing kotor ni dengan harapan aku boleh lah kurangkan rasa sakit ni kan...


Menurut Pakar Obstetrik & Ginokologi ( O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah janhkitan kuman pada pundi kencing (systitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). "Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah" demekian terang Dr. Khairiah.

Ooooo.. agak macam tu rupanya kencing kotor ni.. bahaya jugak bila dah boleh menyebabkan penyakit lain pulak kan...

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran kencing mereka lebih pendek. Manakala wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu kencing dikeluarkan melalui tiub.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah janhkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherishia coll. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil abtibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit , ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika sesorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram (IVU). Ini biasanyanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Pencegahan masalah kencing kotor


  • Masalah kencing kotor boleh dicegah memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  • Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang aie kecil lebih kerap membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda seelum jangkitan boleh mula.
  • Dalam masa yang sama. terutamanya untuk ibu-ibu yang baru bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
  • Jika anda mengelapkan air kencing, mulakan dari depan ke belakang.Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  •  Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas air penuh untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, dikawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.


*** Tapi orang tua-tua cakap rebus je air barli boleh kurangkan rasa sakit dan pulihkan kencing kotor jadi sekrang ni aku cuma minum air barli je.. kalau x ok baru aku akan g klinik.. tapi rasanya macam dah ok je sebab siap leh update blog kan... wawaawa.....

JOm lah sama2 kita kongsikan info2 yang baik ni tuk kawan2 yang masih x tahu...

Tuesday, 2 July 2013

Luaskan Kuasamu JDT

Perghhhh... skrang ni hebooh crita pasal bola je memasing kan.. almaklumlah baru lepas final Piala Fa Malaysia 29/6/2013 hari tu kan...  erm... SAYA BANGGA JADI ANAK JATI JOHOR...

Ye lah ni nak cite sikit lah.. Pencetus revolusi terkini arena bola sepak JOHOR adalah TMJ Tengku Ismail memang sangat dasyat kan.. kalau dulu kita tengok nama JOHOR x lah se gah sekarang kan, tapi alhamdulilah selepas di ambil alih oleh TMJ semuanya berubah. Perubahan yang sangat drastik di kalangan peminat & penyokong bola sepak JOHOR. Ce kita tengok je game kali ni ( Tahun ni) stadium sentiasa penuh dengan penyokong JOHOR bila team JOHOR beraksi kan.. so nampak kan perbezaan dulu dan sekrang kan... anyway aku pun terjebak sama... huhuhu.. memandangkan aku ada anak kecik yang susah untuk aku ke tempat2 yang ramai orang aku akan tetap memyokong dari rumah.

Kalau dulu ada game je my hubby akan ajak ke stadium untuk tengok live.. tapi tu dulu la.. masa nama JOHOR agak2 malap kejap, bila dah terang ni aku x berpeluang nak join sama ngan Fan yang lain. Nak cite pasal minat nak katakan aku ni 100% minat bola x jugak, tapi disebabkan my hubby ni terlalu minat kat game bola aku pun terjebak sama lah dari teman terus jadi suka sekali gus minat...wawawawa.... walaupun sokong kat rumah aku rasa rumah aku kire bergema jugak lah dari sorakan anak kecik aku ngan babah dia.. huhuhuhu...




Mungkin game kali ni x de rezeki johor untung cium piala FA tu kan.. dan mungkin rezeki berpihak pada KELANTAN... Gomo ... Kelate Gomo.... (macam tu lah agaknya bunyinya) what ever...... Johor tetap di hati kan... ape yang aku nampak pada malam tu (walaupun x berapa pandai sangat) corak permainan pemain JOHO memang kurang memuaskan tak seperti biasa.. macam tak menyengat pun... player pun (cehh tetiba tercakap omputih plak) asik kuar masuk je.. baru main je dah tukar player.. pening aku tengok player asik tukar2 je... kesian Mat Yo yang harapkan bola datang kat dia nampak gayanya mcm hampeh... peluang untuk GOL!!!! kurang bg pihak JDT.. x pe ape pun semua player terbaekkkk & JDT terbaekkkkk... macam aku cakap tadi lah mungkin tahun ni bukan rezeki kita lah JOHOR.. but don't worry next year kan ada lagi.. di harap tahun depan lagi lah di sengat2 kan... huhuhu...

Kes penyokong plak memang RARE la... bebudak ni memang aku tabik spring!!!!! Boys Of Strait B.O.S memang terbaek dan berjaya membawa semua penyokong bersatu hati dengan membentuk sorakan yang sangat teratur... wow!!!! x kire la sape pun ketua B.O.S korang memang gerekkkkk.... aku rasa lah dalam banyak2 penyokong... kali ni penyokong JDT memang sporting terbaekkkk... kire berjaya lah korang membetuk 1 pasukan sorak.. huhuhu yang penting bukan Cheering Gegel Club... hahahaha.... sape2 yang belum dengo.. yang belum tengok video pasukan sorak dari JDT bek korang g search & tengok aku rasa pasti bulu roma korang meremang je tengok... so sorry bagi Fan The Red Warrior... walaupun kita x menang game tu tapi penyokong tetap terbaek..... KO ADO???? huhuhu... anyway Kelantan memang berhak tuk menang game kali ni dan kitaorg akui yang JDT masih baru & In Shaa Allah next year kita jumpa lagi ye...

Aku nak cakap banyak pun aku bukannya ada kat stadium kan.. cuma kawan2 aku je yang g siap wat rombongan lagi.. (bukan rombongan cik kiah ye) so segala info yang aku dapat berpandukan dari berita di TV/info kawan/info di FB so kalau x caya leh semak balik ye...

Jom kita enjoy dengar sorakkan dari pasukan JDT
LUASKAN KUASAMU JDT!!!!

 <iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=544390308952805" width="400" height="300" frameborder="0"></iframe>

Monday, 1 July 2013

Jerebu

Baru-baru ni kat malaysia ni kene tempias Jerebu disebabkan negara jiran kita Indonesia di Riau melakukan pembakaran terbuka di waktu cuaca sangat panas... jadi hutan pun boleh terbakar kan.. memang lah sebab merebak...

Disebabkan itu habis JOHO di landa jerebu yang sangat teruk di beberapa kawasan termasuk lah kawasan tempat tinggal aku di KULAIJAYA. Erm.. benda dah jadi nak cakap macam mana kan.. ape yang perlu kita perlu lebih berhati2 & mesti nak jaga kesihatan supaya x sakit kan...

Hilang sudah vogue saya


Nak cite pasal kesihatan di sebabkan jerebu lah aku MC 2 hari woiii... tekanan darah turun & sesak nafas... ape boleh buat kita cuma merancang tuhan yang menentukan segalanya... kawal lah macam mana pun kalau dah nak kene pun tetap kene kan.. jadi banyak kan minum air putih dalam cuaca macam ni ye...

Stresssssss!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan nak cakap ape lah... cuma nak meluahkan perasaan je kat blog kesayangan aku ni..
Ni nak cite lah.. 29hb Jun 2013 ( Sabtu) nak cite lah adik ipar aku tunang (adik hubby) so kitaorang plan lah nak balik kampung on Friday lepas aku balik keje...
Sebenarnya kereta aku ni dah wat hal sebelum ni... nak tiap2 bulan kita ni hadap dia je.. nek tension aku.. kang kalau cakap lebih2 kang merajuk plak kereta aku, tapi ni lah yang terjadi dia sakit lagi.. Jumaat tu hubby aku datang opis nak amik kunci kereta konon2nya nak g anto repair lah kan.. dah beli semua brang spare part g lah anto kat bengkel yang terdekat ngan opis aku.
Bila hubby aku tanya dengan confident je budak tu jawab "boleh2 bang" tapi bila dah baraikan semua barang x tahu plak nak memasang & nak betulkan, ye lah kereta aku ni kereta Savvy walaupun kecik tapi hati beso woooo.. mana taknya kereta kecik sekali rosak barang sikit punya mahal... dan lagi x ramai mekanik yang pandai repair kereta jenis Savvy ni, nak tunggu kang lama la plak so hubby aku pun cakap kat budak mekanik tu oh dia pass je la keje tu kat bengkel lain. Jadi hubby aku pun bawak lah kereta tu ke bengkel lain.. sementara tu aku ni tunggu kat bawah opis bukan 1 jam tapi berjam2 dekat kol 7 baru hubby aku amik aku dengan anak kecik kat belakang... waaaaaaaaaaaaa sedihnya tengok muka anak aku.. aku dah bgtahu dia yang kita akan balik kampung hari ni... tup2 kereta leh plak mengada2 sakit...


dah masuk rumah sakit pun


Dalam perjalanan aku bawak kereta yang senggut2 tu nak sampaikan ke bengkel yang biasa kitaorg anto.. mcm menahan azap je... sambil menangis aku bawak kereta yang asik terberhenti2 je.... nasib baik lah hubby aku follow nek moto... tu pun ada yang x faham kalau orang dah pasang double signal lagi nak hon2! kan... bila dah sampai ke bengkel baru lah lega sikit hati ni.. sampai2 je bengkel dah nak tutup.. ye lah dah kol brapa kan.. nampaknya memang x jadi lah aku balik kampung malam ni...
Kannnnnnnnn......... confirm kereta kene bermalam kat bengkel 1 malam, tapi budak tu cakap dia akan tolong siapkan kereta siap dalam kol 10 pg, jadi pikir kalau pg tu kitaorg akan terus ke umah pihak pompuan kat taman pulai... tunggu punya tunggu akhirnya siap kol 3 ptg.... memang x dapat g lah majlis pertunangan idik ipar aku... so sad.... ralat nya kitaorg husband & wife... bila nak gerak balik kg... kereta leh sangkut jem lagi.. jadi aku cakap lah ngan hubby x yah lah balik kampung kang kat tgh jln kang termati plak kereta kat jln gelap kang susah plak kan.... so kitaorg patah lah balik x jadi balik kampung... call org kampung cakap x dpt balik...



Anyway SELAMAT BERTUNANG tuk adik ipar saya & pasangan dia semoga korang kekal hingga ke jinjang pelamin amin...  In Shaa Allah masa wedding korang kita akan hadir...

Tuesday, 28 May 2013

Sayur Lemak Pucuk Ubi Kacang Hijau


Ni aku nak share ni bila masa aku tau lauk ni... serius pestime aku dengar lauk ni eawwwwww... ada ke kacang hijau masal lemak... serius aku x pernah dengar so jadi macam pelik la kan bila ada lauk macamni.. Nak jadi kan cerita masa pestime aku nampak & jumpa lauk ni masa kat umah MERTUA aku masa tu mak mertua aku masakkan lauk ni.. so aku pun tanya la ni lauk ape.. then dia cakap PUCUK IBU MASAK LEMAK KACANG HIJAU.. ha???? boleh ke kacang hijau jadi lauk... (nampak sangat aku ni x tahu kan) then mak mertua aku cakap la.. boleh aje.. cuba la ni la lauk kesukaan JUN (JUN tu nama panggilan hubby aku kat kampung), bila dengar kesukaan hubby aku pun terus nak cuba .. nak la rasa betul ke sedap sampaikan hubby aku suka bebeno ni... tapi lauk ni kene la makan ngan lawan dia.. sambal tumis ikan bilis ngan ikan goreng... so bila try makan... PERGHHHHHHH.... memang terangkat la.. lagi2 masakan mertua aku memang terbaek la... memang betul sehingga menjilat jari...

Bila dah tahu ni peberet hubby aku pun ape lagi tanya la cara2 nak masak lauk ni macam ne.. so bila kat umah nanti senang la nak masak kan... jom kita tengok apekah bahan2nya...



Bahan-bahan

1 ikat pucuk ibu (kite beli je)
segenggam kacang hijau
1 kotak santan kara
1 biji bawang beso*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 batang cili merah*
sedikit ikan bilis (ala kita men cekup je agak2 jgn banyak sangat)

Cara-cara
1. Rebus kacang hijau sampai empuk (mcm nak masaka bubur tu)
2. Sebelum tu pucuk ibu petik & rendam dengan air panas terlebih dahulu supaya lembut kemudian cuci & perah hingga kering.. (mcm kita nak makan ngan air asam tu)
3. Bila dah empuk masukkan santan kara 1 kotak dan 2 kotak air (masukkan air dalam kotak santan tu)
4. Kemudian masukkan bahan2 yang bertanda* masak sampai menididih..
5. Bila dah mendidih masukkan pucuk ubi yang telah direbus (lerai2kan)
6. Tambahkan perasa & garam biarkan seketika.
7. Sudah get ready tuk makan....

Nak lagi sedap lawankan dengan ikan selayang goreng & sambal tumis ikan bilis... perghhh terangkat tu....

SELAMAT MENCUBA


Monday, 27 May 2013

Bosan Tukar Hangin Pulak~~

Erm... ape nak dikata kan.. bila dah lama x update blog terasa rindu tapi ape yang aku nak update?? wat masa sekrang ni memang x de idea aku nak coretkan kat sini.. orang lain 1 hari boleh update banyak mcm aku??? haram..... 1 pun susah nak update..

Bukan aku malas nak layan blog lagi tapi bz.. bz??? ape yang aku bz sangat sampai x boleh nak update blog macam biasa... jawapannya NTAH AKU PUN X TAHU...

So senang nak cakap dalam kepala otak aku skrang ni tengah KOSONG.. bak kata omputih BLANK..
Ok la balik pada tajuk yang tertera kat atas tu... BOSAN TUKAR HANGIN PLAK, sebenarnya aku sendri tengok blog aku ni mcm agak membosan kan.. sebab kaler tu gak... mentang-mentang la aku ni peminat tegar hijau... so semua pun nak hijau... 


Kaler Blog Lama..


Jadi kali ni meh kita tukar sikit... lari dari minat asal.. meh kita tukar dari hijau kepada PINK!!!! jangan marah ye peminat PINK sekalian terutama kawan aku yang sorang ni terlalu obses sangat ngan PINK.. (ntah betul ke idak eja obses ni.. haaa bedal je la..)


Tadaaaaaa... kaler baru....


Lawo ke tidak tu belakang cite ok.. yang penting berwajah baru... upsss bukan wajah tapi berkulit baru... wawawawaa....

So aku harap dengan kaler baru ni ada lah semangat tuk aku mengupdate blog yang dah lama ku tinggalkan... JOM kita berblogger....

Wednesday, 22 May 2013

Baru nak layan...

Assalamualaikum…
Erm… dah lama sangat aku x update blog yang jadi peneman aku selama ni..
Sorry la geng bukan x nak update tapi x de masa sebab sibuk keje bila balik keje kat rumah pulak bila dah penat x de masa nak ngadap lappy..

Anyway I come back!!! Huhuhu (macam la lama ada orang baca blog ni kan).
Ni nak cite ape pun x tahu sebab baru mula nak perah otak semula setelah sekian lama mendiamkan diri… cewahhhh!!!

Ok la meh sini aku cite sikit hal aku sejak kebekelakangan ni kenapa aku sibuk…
Owhhhhh tidakkkkk!!!! Bukan pasal pilihan raya. X kan la aku nak menyibukkan diri yang bukan hal aku kan.. aku ni sekadar pemgundi saje.. aku undi ape??? Undi adalah rahsia jadi simpan saje la hasrat nak tanya aku ye…

Tak mo… tak mo… tak mo la cite pasal politik kang x pasal2 kang blog aku ni jadi wanted sebab politik… ape yang pasti buat la pilihan ikut gerak hati anda ye..
Sebenarnya aku sibuk sebab aku ni menyandang jawatan yang x berapa nak tinggi lat kat kawasan umah aku, jadi banyak sangat benda nak di buat, almaklum la baru pestime…

Maksud aku pestime ni sebab kawasan umah aku ni baru lg so semua benda perlu di set up terlebih dahulu…


So now keje aku masih belum DONE lagi la disebabkan boring yang amat sangat so blog la tempat aku hilangkan boring kan..
So bg sape yang mengikuti coretan blog aku ni nanti kan update dari aku ye akan datang (macam la ada yang follow blog aku ni)

Ok la chowwww….
Assalamualaikum….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...