I Love JB

Thursday 4 July 2013

Kencing Kotor

Erm.. korang pernah tak mengalami situasi macam aku sekarang ni.. Kencing Kotor..

Owh payah jugak kalau dah kene kencing kotor ni.. senang cakap lah nak kencing sakit.. nak berak pun rasa sakit.. tapi bila menangok je kat dalam toilet tapi x kuar2 pun ape yang dihajati memang agak bengang jugak lah dengan menahan sakit lagi kan... so itu lah situasi yang aku alami sekarang ni, kebetulan pulak kawan 1 opis aku pun boleh kene sakit yang sama...

Nak kata x minum air banyak rasanya kitaorg berdua ni memang kuat minum air masak, ye lah orang kata kalau dah nak kene..kene jugak kan.. elak lah macam mana pun tetap akan kene..




Dalam kesibukan nak wat keje kat opis ni dengan manahan sakit perut ni aku sempat lagi g search kat tenet info2 tentang kencing kotor ni dengan harapan aku boleh lah kurangkan rasa sakit ni kan...


Menurut Pakar Obstetrik & Ginokologi ( O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah janhkitan kuman pada pundi kencing (systitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). "Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah" demekian terang Dr. Khairiah.

Ooooo.. agak macam tu rupanya kencing kotor ni.. bahaya jugak bila dah boleh menyebabkan penyakit lain pulak kan...

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran kencing mereka lebih pendek. Manakala wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu kencing dikeluarkan melalui tiub.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah janhkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherishia coll. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil abtibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit , ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika sesorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram (IVU). Ini biasanyanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Pencegahan masalah kencing kotor


  • Masalah kencing kotor boleh dicegah memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  • Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang aie kecil lebih kerap membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda seelum jangkitan boleh mula.
  • Dalam masa yang sama. terutamanya untuk ibu-ibu yang baru bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
  • Jika anda mengelapkan air kencing, mulakan dari depan ke belakang.Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  •  Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas air penuh untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, dikawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.


*** Tapi orang tua-tua cakap rebus je air barli boleh kurangkan rasa sakit dan pulihkan kencing kotor jadi sekrang ni aku cuma minum air barli je.. kalau x ok baru aku akan g klinik.. tapi rasanya macam dah ok je sebab siap leh update blog kan... wawaawa.....

JOm lah sama2 kita kongsikan info2 yang baik ni tuk kawan2 yang masih x tahu...

3 comments:

  1. hai jaja...masa sy kerja pramugari dulu selalu kena kencing kotor..minum air bali banyak2 yau..mmg elok..selau honeymoon fever selalu berlaku pad mereka kuat bersama hubby..dan kurang minum air serta kena jangkitan kuman akibat kelembapan di situ..jaga2 tau takut berulang lagi...

    ReplyDelete
  2. Hai Nikee.. tu la memang kite minum air barli smlm banyak nampak mcm dah ok je.. tapi tu la risau mcm awak cakap tadi takut berulang kan...
    owh ye ke? kalau kerap bersama hubby senang kene... nak ikutkan jaja jarang kene last kene pun 3 tahun lepas ni terkene plak... betul kene banyak minum air... anyway thanks sebab kongsi info ye...

    ReplyDelete
  3. Hi, sy seorang lelaki dan sedang mengalami kencing kotor ni.
    minum air barli ni sentiase atau ade waktu2 die ye? sbb sy minum air barli ni waktu pagi dan petang je. based on ayat puan diatas, " jadi sekrang ni aku cuma minum air barli je.. ", puan minum mcm minum air kosong ke? means kerap minum barli tu. mcm tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...