I Love JB

Tuesday 19 February 2013

Reunion Sekolah (Cuti Tahun Baru Cina Day 1)


Huh! Baru naik ada mood nak update blog… update blog ni perlukan mood tau kalau x de mood x menjadi cite aku… anyway kali ni nak tanya cuti tahun baru cina mesti korang cuti lama kan.. macam aku la tiap2 tahun cuti lama bila dah dpt cuti lama mesti plan nk g jenjalan kan…. Boss memang bg cuti seminggu tapi aku request masuk keje awal bermakna aku hanya amik cuti wajib je. (bukan aku yg raya kan), kalau cuti panjang pun tolak cuti mcm tahun2 yang lepas so better aku masuk awal untung2 leh leh jimat cuti, kang time kita raya cuti dah x de plak kan… so aku masuk keje hari Rabu 13/02/2013.

Ok la ni nak cite ni cuti tahun baru cina ni aku plan ngan kawan2 g bercuti bersama keluarga sekali dengan REUNION sek la… serach punya search dapat la kat MUTIARA MOTOR RESORT kat TANJUNG SEDELI KOTA TINGGI. Nama sangat gah kan… ye la sape yang x kenal ngan MUTIARA MOTOR lebih-lebih lagi duta dia adalah AARON AZIZ…fuyoooooo!!! Ok ni yang aku nak cite sikit tentang MUTIARA MOTOR  tempat penginapan kitaorg ni.

Kitaorang bertolak pada 10/02/2013 (Ahad pada Tahun Baru Cina), pagi gerak dari kulai kol 8.45 pagi sebab dah janji ngan diaorg semua nak sarapan sama2 kat gerai batu MPKu, kira2 family aku la yang sampai dulu sebab kitaorg la yg paling dekat, aku g ngan my hubby + my baby boy + 2 orang anak sedara kembar aku, (diaorg cuti so aku bawak la sekali) so penuh la kreta aku, 1st day kitaorg semua pakai baju merah (dah macam kita plak yang sambut tahun baru cina hahahaha… ni plan secara kebetulan je), hari tu plak la anak aku nil eh kene demam ngan berak2 ni semua gara-gara makan limau banyak sangat, my hubby la mentang2 anak dia suka makan men bagi je… kan dah kene berak-berak… ape lagi lepak je lembik je… (x syok betul kalau jenjalan anak sakit kan) nasib baik la aku bawak bekal tepung ubi tuk sapukan kat punggung anak aku yang melecet.. (da x leh pakai krim Cuma leh guna tepung ubi je).

Keluarga Zaidi + Fatah

Nisak yang ayu & Dida yang selalu senget bila amik gambar

Along yang poyo & Iesya anak Adik (Nor Rafidah)

Aku x amik pun pic sendri sebab meja kitaorg agak jauh sebab ramai org yang bersarapan kat gerai tu. Lagi pun pic ni ehsan dari album Keyla kat Facebook…

So lepas makan kitaorg pun gerak terus menuju ke Bandar kota Tinggi sebab ada lg 1 family yg akan tunggu kat sana (sebab diaorg dr Kluang), bila dah sampai ke Bandar Kota kitaorg terus masuk kat kawasan Masjid kat tepi jalan tu, sementara tunggu family lagi 1 sampai, hamper 1 jam gak la tunggu baru dia muncul, ( x pasti la kenapa lambat), bila dah sampai kitaorg x tunggu lagi terus gerak MUTIARA MOTOR RESORT, dalam perjalanan hujan lebat jadi sepanjang perjalanan kitaorg ni memang hujan saje la. Sampai kat sana pun dalam tgh hari (aku x sempat nk tengok jam). Sampai je g kat receptionist sementara tunggu dapat kunci chalet masing2.








 Pic aku x de lagi sebab family aku dalam kereta sedih jugak x banyak pic family aku.. kalau tau bawak camera sendri kan… uhuk..uhuk.. harapkan camera org mcmni la gamaknya… uhuk..uhuk..

Bila dah dapat kunci chalet kitaorg terpakse cabut undi untuk dapatkan chalet sebab Manager Chalet tu kata 5 biji chalet menghadap laut & 5 lagi kene seberang jalan(jauh gak kene keluar dr kawasan resort x suka nya aku cara urusan macam ni) Bila dah di undi aku dapat Chalet yang seberang jalan& anak sedara aku dapat chalet depan laut memandangkan diaorg berdua kene dekat ngan aku terpakse la tuko sama suka…. So aku pun tuka la ngan family Zaidi. Dah dapat kunci aku terus gerak ke chalet memandangkan keadaan hujan yang tak henti2 ngan lebatnya terpakse la semua aktiviti di berhentikan dahulu. So Program kita Cuma lunch sama-sama je (sebab kitaorg belum lunch lagi). Letak je beg kat chalet terus kitaorg keluar semula. (x tengok lagi keadaan bilik Cuma Nampak katil je ngan hall )

Ni la Restorannya  SRI BAYU MALAM SEAFOOD

Family aku (nampak x Tahqif yang nakal tu)

Family Zaidi + fatah (kiri) & Family Adik (Nor Rafidah) (kanan)

Family Nira & Nina (sorry x nampak muka mama ngan suami nina)

Family Kemek & Isteri (dari sini baru nampak muka suami nira & nina)

Ni table anak bujang terantang...tang... Along + Lee + Ijal + Ijai
Nampak x korang kitaorg semua berpakaian merah… cantik kan… memang set 1st day berpakaian merah… baru ONG!!!!!


aku rasa sotong goreng tepung banyak giler diaorg order

Makan yang simple2 takat alas perut yang lapar saje… tapi ce tengok meja 1 ni dah macam makan damai dah aku tengok…. Hahahahaha makan ke melantak ni???

Lepas makan balik chalet terus memang x de aktiviti ape pun (boring sebab hujan sepanjang hari), Sebelum balik sempat la my hubby singgah kat kedai tepi jalan tuk beli jajan tuk makan bila bosan dalam bilik nanti.

cuaca yang gelap macam nak maghrib rasanya

masih hujan lebat

we like manchester united

Balik chalet rehat2kan diri, aku Cuma sempat borak2 ngan bilik sebelah je (bilik ijai & along). Bila tengok bilik dalam hati tu kata “ok la” tapi bila aku tengok toilet dia rasa macam nak menjerit je……!!!!!!!!!!!!! Ya ALLAH macam ni je rupanya keadaan toilet kat chalet yang gah nama nya tersohor…… macam nak pengsan aku tengok tau…. Toilet kat kampong suami aku lagi lawo la…. Dah macam toilet dalam penjara aku rasa…. Waaaaaaaaaaaa………….

my baby lena tertido

en.abg ku sayang

Hall...
Mula2 nampak ok… tapi bila masuk je bab toilet memang sedih sangatttt…..








Sedihkan keadaan toilet chalet aku… memang aku x puas hati dengan pengurusan chalet ni sedangkan kita dah bayar & book tahun lepas lagi… dah la bg kitaorg punya bilik asing2… padahal masa kitaorg book dah cakap nak sama je semua, memandakang chalet semua penuh kitaorg pun diam je follow je ape yang ada, tapi yang buat lagi aku x puas hati dengan kadaan bilik yang sangat teruk toiletnya…  dah la dalam toilet x de sabun… x de alas kaki… (kalau anak aku lalu licin terjatuh macam mana?) Chalet x de sejadah tuk solat (bilik lain semua ada ), tapi kenapa toilet x de mozek????? Kan boleh bagi tahu masa serahkan kunci jadi kita boleh la pikirkan cara lain… ni men bagi jekunci tanpa piker perasaan org.. bayo sama tapi ape yang kita dapat x sama dengan orang lain.. mana boleh jadi macam ni… ape lagi aku komplen la ngan Manager dia tu cakap semua yang aku x puas hati ….
Ni lagi 1 yang aku rasa memang x patut dia bg kita bulat2 macam ni je bilik ni...




Bilik bocor woiiiiiii!!!!!!!!!!!! Adoiiiii!!!!!!!!!! Kat tangga plak tu kang buatnya aku turun je tangga tergelincir  korang nak jawab ape.. dah la tangga tu dah macam umah using dah aku tengok… ape ni???? Nama gah!!! MUTIARA MOTOR  tapi ape pasal la kadaan chalet korang macamni… sekurang-kurangnya inform la ngan pelanggan sebelum serahkan kunci. Cara pengurusan memang SANGAT TERUK!!!

Tanda peringatan bukan main lagi



Dah bising-bising at last dia boleh refund kat duit kitaorg seorang rm15 so rm30 la… at least something la dari x de ape kan…. Tu pun dah bertekak ngan my hubby… dia cakap dia ada bilik kalau nak tuko..tapi aku yang x nak… masalahny sekarang dengan keadaan hujan lebat ngan brg2 lagi.. ngan budak lagi.. aku nak berangkut2 owh sorry la memang tak r….  Cuma aku nak dia pulangkan balik duit kitaorg sikit sebab servis diaorg bg pd kita sangat teruk….

nak soh tuko chalet yang kene seberang sungai plak


nampak x air dah naik aku nak berangkut ngan lecak memang tak r...


Bila dah settle semua kitaorg hanya stay kat bilik je malas nak kuar ngan keadaan hujan walaupun ada sediakan minum ptg… malas r nak g dah la jauh…. ( set minum ptg memang termasuk dengan pakej yang kitaorg amik ni.)

Sambung aktiviti malam plak







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...