I Love JB

Thursday 24 January 2013

Yogyakarta (Day 1)



Hari ni baru ada mood nak update blog.. lepas balik holiday je aku jadi malas… bukan ape badan penat semacam je… Alhamdulilah aku dah pun sampai Malaysia dengan selamat (doa dari kawan2 semua semoga selamat pergi & balik), aku sampai jb lebih kurang kol 1.30 ptg.. flight sampai awal 30 minit dengan kastam kat tambak tu x berapa nak jam sangat melancarkan lagi perjalanan aku ke rumah…

Aku gerak ke Jb – Sin – Jogja hari jumaat pagi dari singapura, dari rumah kol 7 pg transport amik aku, flight kol 11 lebih (gerak awal sebab x nak sangkut kat tambak tu nanti ) perjalanan cantik je.. sampai la kat susur masuk Singapore van kitaorg kene tahan dengan PAK POLISI (Polis Trafik Yang Perut Buncit), tetiba je kene tahan aku cam pelik gak la… sedangkan kita x de wat salah kan…


Polis : “ aiyaaaaa sama!!saman!!!! asik mula lu saje la… skrang ape macam??? Mau saman ka???

(pemandu van ni cina),”


Pemandu Van : “aiya cik kasi tolong la saya mau cepat mau anto ni olang cik, flight pagi ni cik,”


Polis : “kalau lu mau cepat kasi duit kopi la.. duit kopi..kopi…!!”


(time ni aku dah muka tenung pakcik polis perut buncit ni)

Pemandu Van : “cik x boleh lepas ker? Saya x de salah ma…”


Polis : “lu cakap x de salah…x de salah… lu tau lu sudah potong line tau 

(ada ker? Aku tgk x pun pemandu lain sama je polis trafik ni memang nak cari pasal ni dalam hati aku cakap)

Pemandu Van : “cik saya mau cepat la cik kasi lepas la tolong la cik”


Polis : “ok2 la kalau lu mau lepas kasi duit kopi ma…”


(Pemandu van tu pun mengalah sambil ulurkan duit RM pd Polis tu, bila terima boleh lagi tu cakap)

Polis : “ini brapa ni???”


(duit di sorokkan bawah fail saman dengan berlakon konon2 dia saman pemandu ni la..)

Pemandu Van : “RM20 cik”


Polis : “ok2.. lu boleh jalan..”


Bayang kan la 1 biji kereta dia makan RM20 kalau 10 biji kereta dah brapa, kalau kereta plet Singapore lagi la 1 biji kereta RM50 perghhhhh!!!!! Patut la umah polis2 trafik ni beso2… siap bini diaorg leh ckp duit berkepuk2… mak aiiii ni rupanya ke???
(aku x maksudkan semua Polis Trafik mcm ni tapi rata2 yg aku jumpa la)
Sebagai orang melayu & islam yang ada dalam van tu aku memang sangat2 malu dengan sikap Polis Trafik tu tadi dengan PAW orang x tentu pasal… Wah!!! Kira hari tu dia makan free2 je la.. duna duit orang…

Patut la ramai Polis2 Trafik kat Malaysia ni masing2 perut buncit2, perut buncit sebab ni semua la makan duit x HALAL…. Kenapa perlu macam tu sedangkan kerajaan dah naik kan gaji, dah bg bonus ape lagi yg dia nak kan…
Dasyat betul la Polis Trafik tu yang paling memalukan aku yelah dia ni seorang melayu islam tau…. Ce bayangkan org akan fikir ape lepas kejadian tu… bagi sape2 yang bekerja sebagai Polis Trafik tu kene fikir sebelum bertindak jangan fikir  kan perut sendri je.. fikir ape yang awak buat tu betul ke? Memang ada dalam etika berkeja ke kalau wat macam tu… memang akan dapat award ke kalau buat mcm tu…. FIKIRKAN LAH!!!

Bersambung….

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour (sunrise)
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Semua entrance fees sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.


    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...