I Love JB

Wednesday 30 January 2013

Yogyakarta Day 1 (Sambungan Vol 2)


Sambungan dari Day 1 Vol 2….

Lepas je dah kenyang guru beso pun Tanya

“lepas ni nak g shopping x? jom kita g shopping..”

Bila dengar shopping je masing2 mata terbeliak x jadi nak ngantuk lepas kenyang makan (biasa la dah kenyang semua nak jadi ular).. Tapi guru beso cakap..

“Tapi kita kene check in hotel dulu jadi Jaja & Linda Boleh sembahyang”

Ye… memang itu la yang aku nak cakap tadi sebab solat zohor aku belum lagi ni… so kitaorg terus gerak ke hotel yang kitaorg nginap iaitu Hotel…

Ni la bilik kitaorg yang simple tapi bersih...


Ok bila sampai bilik aku ape lagi kemas2 ape yang patut… terus g bilik air amik wudhuk g solat dulu.. (sebab linda x bawak telekung & sejadah jadi terpakse la kongsi ye). Selesai solat aku duduk2 jap untuk hilang kan penat dok 2 jam dalam flight tadi.. belum sempat aku hilangkan penat si Ms. Pak dah datang ketuk bilik panggil kitaorg turun bawah, coz driver dah sedia menunggu (memang dia tunggu dari tadi kan x balik pun), lagi pun kitaorg memang x nak lengah2kan masa jadi leh la kuar shopping awal & g tempat banyak sikit…

Erm… tempat pertama yang kitaorg singgah yelah  Batik Rumah. Tempat ni Nampak macam exclusive … mesti mahal ni…(dalam hati aku cakap) Bila dah sampai ape lagi jom!!!! Mula2 tgk2 j ape yang boleh dibeli kan.. agak2 murah boleh la aku beli almaklumla bawak duit pun bukan banyak kan.. bila di tengok harga yang tertera kat baju2 tu semua murah2 jadi mata pun terbeliak la & terdetik la nak membeli kan… kebanyakan semuanya berasaskan batik, dari kefahaman aku Jogja ni memang terkenal dengan perusahan batik jadi x heran la kalau g mana2 je kat Jogja korang akan Nampak batik saje..

antara koleksi batik2 di Batik Rumah, baju2 semua ada bukan kain saje tau

cantikkan ukiran pada pintu masuk Rumah Batik ni..
Hanya dapat grab 1 helai baju tuk hero kecik aku, 1 helai baju anak sedara aku (Mubin mentor Thaqif), sehelai kemeja untuk my lovely hubby & 1 helai seluar batik for me… kalau tengok memang semua nak beli tapi guru beso cakap ada banyak tempat lagi kita x g ni so jgn habis kan duit dulu…

Lepas g Batik Rumah driver tu bawak lagi kitaorg g 1 lagi butik Batik Batik Beteng.
.. haaa kat sini banyak jual mcm barang2 perhiasan yang diperbuat dari batik… macam cenderahati barang perhiasan rumah.. & topi lelaki jawa… actually abang ipar aku kirim beli topi ni tapi memandangkan abang ipar aku ni memang asal jawo & cakap pun pekat jawo akak aku x bagi beli nanti memang Nampak mcm WAK JOKO plak… huhuhu murah memang murah topi tu Rp15,000.00 je.. (RM4) … aku Cuma beli tasbih & keychain beg batik je..


Ni pekerja kat kedai batik Beteng sweet kan diaorg.. semua baik2

ni la topinya aku x amik pic ni ehsan dari blog Wak Gelas
Ada 1 lagi Butik yang aku x sempat nak tgk ape nama.. x sempat nak snap psl masa tu aku dapat panggilan dr babysitter yang jaga anak aku tu yang anak aku jatuh... adoiyaiiii... hati x keruan tu yg x sempat nak snap ape2 pun...

ni la butik yg aku x sempat nk snap, ni pun dr camera linda


Lepas diaorg semua shopping ("diaorg" sebab aku x beli ape pun kat sini), kitaorg pun balik hotel sebab jam dah menunjukkan kol 6 ptg.(kat sana kol 5.15 dah ada orang mengaji tu menandakan dah masuk waktu solat), masa dalam perjalana balik aku nampak ramai ibu2 yang pakai telekung menuju ke masjid/surau untuk solat, kat sana senang sangat nak jumpa masjid/surau & senang sangat dengar azan di laungkan...(ramai islam sana), so bila sampai hotel aku rehat2 jap & solat maghrib (sana maghrib kol 6 lebih, sana kan cepat 1 jam dari waktu malaysia) dah la solat asar aku terlepas.. (ni la kalau jalan ngan orang cina sorang kawan aku tu x kisah.. guru beso pun x kisah takut yang ada lg sorang tu yg kisah so better diam je la).

Lepas solat mahgrib kitaorg pun kuar destinasi kali ni adalah Matahari Shopping mall & pasar malam.... Mula2 kitaorg g pasar malam, yang lainnya pasar malam kat sini, x de macam kat malaysia pakai kanopi bagai.. semuanya cuma depan deretan kedai je... bayangkan di depan KFC boleh jual nasi bungkus.. hihihih nampak memang ramai yang beli la.. tapi aku kalau gerai tepi2 jalan ni x berani aku nak beli... hehehe yang jual pun ibu2 yang dah tua... kesian tgk diaorg ni walaupun dah tua masih kuat cari rezeki kan.. depan deretan kedai memang penuh dengan orang yang jual2 baju yang kebanyakannya batik, barang perhiasan, kain ela, selipar, sandal, t-shirt "I Love Jogja" dan macam2 lagi la.. time ni memang aku x sempat nak snap pic sebab ramai giler manusia yang ada kat sini...

ehsan dari indonesia-tourism (Malioboro Street)

Kalau tengok dari pic yang aku cr dari google tu nampak x kat depan deretan kedai tu banyak orang jual2... tu la dia pasar malam dia..

kat sini aku ada masukkan video macam mana keadaan kat sana... jom tengok


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bXgnp9H94gM


Sana memang banyak sangat beca tu la salah 1 tarikan dia jugak.. kat pasar malam ni korang leh mintak kurang barang2 yang korang nak beli bygkan leh dapat kurang untuk sehelai baju sampai Rp15,000.00 je... x murah ke tu??? murahkan jadi jgn la teragak-agak tuk ke Jogja... lepas dari pasar malam kitaorg terus gerak g ke Matahari Mall sebelum tutup, (sana Shopping Mall tutup kol 9.30 malam), kat sini aku beli baju cuma 2 helai je.. tu pun "beli 1 gratis 1 ) mall ni lebih kurang mcm Jusco la kalau kat malaysia mana2 pun ada cawangan cuma suasana lebih pada UO la...
Kat ruang legar banyak orang jual barangan batik dan sebagainya rambang mata jadinya x tahu nak pilih/beli yang mana 1 kan..

suasana dalam shopping mall matahari... 

 Matahari shopping mall ni hanya sebelah dengan hotel yang kitaorg stay so x yah risau kalau nak jalan jauh atau lambat sebab pintu masuk dr hotel pun boleh... best kan.. lepas penat shopping pilih nak beli ape.. kitaorg pun terus balik hotel nak tido.. sampai bilik mandi2 solat terus tido jam pun dah kol 12.30 masa tu kalau kat malaysia dah kol 1.30 pg dah... jadi Selamat malam semua...esok nak bangun pagi nak ke 2nd destination kitaorg... 

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
    whatsapp +628985101301 (FREE).
    Email: ganeshabantul@yahoo.com
    FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...