I Love JB

Monday 26 December 2011

IKAN CENCARU MASAK TERUTUP MAK NAH

Dalam Keluarga aku memang suka sangat IKAN CENCARU MASAK TERUTUP, selain dr kita bakar & masak lemak..
tapi kali ni nama lain sikit hanya tambah nama belakang je. IKAN CENCARU MASAK TERUTUP MAK NAH, nape mcm tu sebab resipi ni dari arwah mak aku so nama ni sempena mak aku la, mak aku memang TERBAIK kalau bab masak2 ni... sebab kebanyakan menu yg mak aku masak semuanya berasal dr resipi ISTANA JOHOR. sebab dolu2 (masa aku kecik) keluarga aku selalu ikut org2 yg serve makanan kat istana untuk majlis2 keramaian & untuk santapan SULTAN, so mungkin dr situ la mak aku belajo semua resipi...(& kalau korang nak tahu mak aku memang cerewet bab masak2 ni kalau brg x cukup dia x nak masak tau).

dolu2 kalau aku nak belaja masak je mak mesti halau keluar soh tgk TV almaklumla anak bongsu so syg lebih sikit kot... tapi kalau korang nak tahu kita kalau nak belajo masak x yah la nak pakai buku segala bagai untuk masakan melayu ni just korang hadap je  org yg masak tu dah leh masuk pale otak da.. POKOKNYA  NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH, so mcm tu la kalau kita nak nak blajo masak kan...

selain dr masakan JOHOR  mak aku jugak pandai masak WESTERN FOOD, INDIAN FOOD , CHINESE FODD.. hebat kan ye sebab mak aku memang ramai kawan masa dolu2 sebab mak aku ni bekerja kat HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR sebagai "AMA" ...hahah "AMA" tu org dolu2 panggil tapi sekrang dah tuko jd "ATTENDANT HOSPITAL" ngeeeee..... 1 MALAYSIA kan.... kan kat HOSPITAL ramai org kan lg2 mak aku ni jenis baik & peramah so x heran la kalau ramai kawan mcm anak dia jugak...huhuhuhu

ok jom ikut resipi yg simple tapi sedap ni...


YUMMY!!!!
 



BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan cencaru (dicuci & digoreng dengan kunyit tapi jgn terlalu garing)
20 btg cili kering ( direbus & di toskan)**
1 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih**
1 inci halia **
1 inci kunyit**
1 btg serai ( di ketuk/titik saje)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
5 sudu gula
1/2 cawan air


p/s : Bahan yang bertanda ** perlu dikisar terlebih dahulu...


CARA-CARA

1. Panaskan minyak, & tumis bahan yg sudah di dikisar& masukkan serai masak hingga agak garing & pecah  
     minyak.

2. Setelah pecah minyak masukkan 1/2 cawan air, garam, serbuk perasa & gula & kacau hingga sebati..

3. Setelah sebati biarkan selama 10 minit, kemudian tutup api & boleh la sira ( boleh jugak kalau masukkan  
    ikan dalam kuali & kacau sebati dengan sambal kemudian dihidangkan) ke atas ikan cencaru yg telah di 
    goreng tadi.

4. Siap di masak & boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas..

SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...