Asalnya behoon ni adalah lah resepi behoon sup utara tapi
memandangkan aku ni kan orang Johor so tekak tu memang sah2 lah tekak orang
Joho kan…
Jadi terderhaka sikit dengan resepi asal aku ubah dengan
tambahan unsur2 makanan joho hahahaha… ala sikit jer…
Jom la tengok resepi ni…
Bahan-bahan
½ kilo daging (direbus dengan halia dan serai)
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sedikit serbuk lada putih*
3 Sb rempah sup
1 btg kayu manis + 2 kuntum bunga lawang + 2 biji cengkih + 2
buah pelage
Minyak untuk menumis
garam dan serbuk perisa secukup rasa
Bahan Hiasan
Taugeh 50sen di buang ekor
4 keping tahu (dogoreng dan dihiris seperti dlm gambar)
1 pokok daun sop (di potong halus)
limau kasturi ( di buang biji)
P/s bahan bertanda *
hendaklah di kisar
Cara-cara
1. Tumiskan bahan bertanda * hingga wangi.
2.
Setelah wangi masukkan bunga lawang+kayu
manis+cengkih+pelage dan kacau seketika.
3.
Selepas tu masukkan 3 SB rempah sup dan kacau
hingga naik minyak.
4.
Kemudian masukkan di dalam periuk yang sedang
merebus daging ( sebelum itu keluarkan daging yg telah di rebus dahulu dan
ketepikan)
5.
Biarkan mendidih dan masukkan garam+serbuk perasa
setelah semua rasa cukup tutup api.
6.
Bolehlah di hidangkan dengan mee
#########################################
P/S : behoon hendaklah
di rendam selama ½ jam dengan serbuk kunyit kemudian rendam dengan air panas /
celur air panas setelah itu toskan sambil alurkan dengan air sejuk.
P/S : daging hendaklah di hiris keping2 untuk di letakkan atas
behoon seperti di dalam gambar. cara hidangan sama seperti di dalam gambar.
Ikutkan resepi asal memang x guna taugeh... rempah.. dan sambal kicap.. resepi asal guna sambal merah dan hitam tapi bagi aku bg umpphhh aku tambahkan dengan sambal kicap versi Joho.
Ikutkan resepi asal memang x guna taugeh... rempah.. dan sambal kicap.. resepi asal guna sambal merah dan hitam tapi bagi aku bg umpphhh aku tambahkan dengan sambal kicap versi Joho.
SELAMAT MENCUBA
tambah begedill.... emm sedappp :)
ReplyDeletekan.... tapi dah jadi soto plak hehehe
ReplyDeletekan.... tapi dah jadi soto plak hehehe
ReplyDelete