I Love JB

Wednesday 14 March 2012

SARDINE ROLL WITH SOSEJ

Alhamdulilah malam ni my Mr. Hensem ckp x yah masak yg heavy2 just simple2 je, so masak la simple je..
Sardine Roll With Sosej

Jom kita tgk resipi dr CIK MANIS ni...

BAHAN-BAHAN

1 buku roti (bungkus kecik je)
1 tin sardine (yg kecik je)
4 sb cilik kisar (yg dah siap ada bawang, bawang putih,kunyit, halia)
10 btg sosej (direbus dulu)
mentega (untuk sapu kat roti)
5 sb tepung beras
2 sb tepung gandum
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukupnya
1 cawan minyak masak


CARA-CARA INTI SARDINE

1. Tumiskan cili kisar hingga sedikit garing
2. Setelah itu masukkan sardine yang telah di lecek2kan... & masukkan garam secukup rasa
3. Masak hingga agak pekat.
4. Setelah itu sejukkan di bawah kipas.


CARA-CARA GULUNG ROTI




1. Bancuh tepung dengan dicampur serbuk kunyit & garam bancuh seperti nak goreng pisang.
2. Lenyekkan roti (supaya x serap minyak bila goreng)
3. Sapukan kesemua roti dengan sedikit mentega.
4. Sapukan sardine sedikit saje & ratakan, kemudian letakkan sosej & gulung.
5. Selepas gulung susun dalam bekas supaya tidak terbuka.
6. Setelah siap semua, mulakan dengan menggoreng dengan celup roti tadi dengan tepung yang telah di 
bancuh.



7. Setelah agak garing boleh la di angkat & dipotong2.
8. Siap untuk di hidang.




SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...