I Love JB

Thursday, 14 May 2015

SHORT VACATION TO MELAKA DAY 1 (PART 2)

Selepas berehat dan solat zohor dan asar kitaorg pun keluar semula untuk teruskan aktiviti kitaorg pada petang pulak. So kali ni kitaorg terus ke Menara Taming Sari memandangkan last time masa kitaorg g Bayou Lagoon Park tak sempat nk ke Menara Taming Sari jadi kali ni mesti nak naik...
Dari bawah tgk macam tak ada ape2 sangat kira macam berani lah kan, so park jer kereta kitaorg terus menuju ker kaunter beli ticket sementara nak ke kaunter beli ticket tu kiri kanan ada lah gerai2 yang jual cenderahati macam2 lah ada.
Aku terpandang satu beg sandang ala kain, teringat plak aku pada anak sedara en. hubby yang pernah tunjuk kat aku kalau terjumpa beg macam tu belikan dulu, so aku pun tanya2 lah ngan salesgirl tu brapa harga… sorry gambar beg aku tak dapat nak tunjuk sebenarnya dah snap tapi terdelete plak. Harga beg tu RM15 jer pun so aku belikan lah 1, dengar kakak dia pun nak.... jadi aku belikan lah jugak, lepas beli tu baru aku ke kaunter beli tiket ke Menara Taming Sari,

Harga tiket Cuma RM20 maka total RM40 untuk 2 orang, anak aku baru umur 4 tahun tidak dikenakan bayaran, kalau tak silap aku tu harga My Kad kalau pelancong mungkin lain harga, byr tiket dapat goodies beg dari krew Menara Taming Sari yang senyum saje tak sombong penjaga pintu pun berpakaian tradisi melayu bekebaya dan yang lelaki memakai baju melayu siap samping dan songkok lagi.


Ni lah tiket ke Menara Taming Sari 2 orang RM40 siap goodies beg


Macam ni lah goodies beg Cuma beg kertas aje dalam ada mineral water 1 dan kuih penderam atau dodol Melaka.


Muka ceria sebab Menara belum naik atas lagi jadi bergembira lah



Sebenarnya aku terasa gayat jugak benda alah ni naik ke atas sebab agak tinggi jugak lah, sampaikan anak aku pegang cermin pun aku dah jerit soh duduk diam2, en.hubby ketawa kan aje.. hehehe… untuk hilangkan rasa gayat aku.. aku pakse En. Hubby selfie ngan aku hahahaha...



Anak dan bapak sama jer… kalau bapak tu aku faham lah tengok teropong tu tapi si kecik aku ni macam ye2 jer tengok teropong ntah betul ker tidak tengok tu.. macam faham aje… hahaha  tapi Nampak cute my son hehehehe…






Pemandangan Bandar Hilir Melaka dari atas Menara Taming Sari…. 

Lepas turun dari Menara Taming Sari En.Hubby dan hubby my BFF terasa nak urut badan just badan aje sebab kat bawah tu ada 1 kanopy yang mana pelancong boleh urut kaki atau badan dengan masa 20 minit ker ½ jam rm10 macam tu lah.. kebetulan hubby BFF aku sakit tengkuk tu yg dia nak urut sikit untuk legakan, mungkin salah bantal agaknya..
Sementara tunggu diaorg berurut aku dan BFF aku nira kene lah kawal anak2 kitaorg bermain kat kawasan lapang bawah tu, pulak kat situ ada sewa motor atau kereta battery untuk anak2 main, ape lagi bila budak2 ni dah Nampak memang nak lah naik kan.. bayaran 15 minit RM5, sementara tu anak sedara en. hubby ada belajar kat Melaka kebetulan dia mesej bagi tahu nak jumpa sebab rumah dia dekat saje ngan Menara Taming Sari, dalam 10 minit tu dia sampai borak2 kejap sampai en.hubby selesai urut … 



lepas tu kitaorg terus ke next destination kitaorg untuk cari makan malam, ekceli aku nak g makan ikan bakar kat umbai, tapi macam dah biasa jerk an lagi pun katanya dah kureng tak macam dulu Ikan Bakar Umbai ni, so pilih punya pilih Nira (BFF aku) dia kata pernah tengok rancangan Destinasi Budget g makan malam kat Perkampungan Portugis makan seafood… wahhhhhh bestnya makan seafood .. aku bayangkan kedai makan macam kedai Tom Yam tapi rupanya….
Gerai2 kat sini ada banyak dari gerai no. 1 hingga brapa aku tak pasti so setiap gerai tauke yang berbeza, lokasi yang menarik betul2 berhadapan dengan pantai sambil makan sambil ada angin laut dan bunyi air laut… wahhh manyak syok rrrrr….







Lokasi Perkampungan ni di Ujung Pasir Melaka, korang bboleh cari guna map GPS atau pun google aje, tapi kat sini aku boleh share sikit2 lah ngan korang.
Ape yang paling menarik dan tarik perhatian kitaorg kat sini yelah,  bila korang sampai parking jer kereta akan ada sekumpulan manusia hehehe dtg serbu korang, tapi korang jangan takut diaorg semua tu yelah pekerja dari gerai2 medan selera ni dating untuk tarik pelanggan dating ke gerai diaorg dengan promosi makanan di gerai diaorg dan akan pujuk korang.
Tips untuk mengelakkan rasa rimas bila di kerumun ramai2 orang .. bila diaorg dating korang cucma perlu cakap jer no. gerai mana yang korang nak pergi, so hanya pekerja gerai yang di sebut aje akan sambut korang yang lain akan beredar… hehehehe .. kat sini aku sangat respect pada diaorg even berebut2 nak dapatkan pelanggan tapi bila pelanggan dah buat keputusan dia respect dan bagi laluan kepada pemilik gerai untuk amik alih… nampak kan….


Sesi pujuk memujuk sebab pelanggan ni tak tahu mana satu nak pilih, mungkin pelanggan ni baru pertama kali sampai jadi dia x tahu memilih dan cara untuk elakkan dari di serbu.
Macam kitaorg pun baru pertama kali sampai tapi hubby nira (BFF aku) men bedal jer sebut “biasa g gerai no. 1” terus diaorg senyap hehehehe…
But not bad lah pilihan hubby Nira, malam tu kitaorg pilih makan nasi putih, kita order lagi ikan masak cara portugis pilihan ikan adalah jenahak, udang butter, kangkung belacan, telur dadar,sotong goring tepung, dan pemilik kedai suggest kitaorg amik chicken wing crispy,….
Ekceli aku dah lama teringin nak makan Tiram kebetulan kat sini ada jual tiram bakar atau fresh, kalau untuk gerai kerangan ni lain gerai dan bayar pun asing, maka aku pun ajak lah nira g tgk tiram untuk order,  Tiram kat situ harga ikut size dari RM – RM20 sekor, selain Tiram ada jugak lala.. lokan… kupang…kerang.. oleh kerana aku sangat teruja nak makan Tiram aku order 2 ekor Tiram sekor di bakar dan sekor fresh makan hanya perah lemon saje, tambahan dengan lokan bakar, mulanya nira nak amik lala tapi aku cakap lala isi kecik lagi pun dah biasa makan baik kita amik lokan, tambahan nira nak makan kupang bakar so itu aje yang di order… total semua sekali RM60 sebab tambahan pada Tiram sebab kalau kita order 5 ekor dapat free 1 so kata hubby Nira baik amik 5 ekor free 1 so kita pun pilih untuk order 5 ekor free 1 dengan total harga RM60.


Kangkung goreng belacan di sedap sayur tak terlalu masak dan rasa pun sedap…
Udang nak kata besar sangat tu tak lah nak kata kecik pun tidak tapi just nice… bila dah rasa udang butter ni dah tak fikir size udang dah… tapi boleh rasa udang dia fresh…
Sotong goring tepung pun sedap.. x macam kita makan di Kedai Tom Yam yang ni lain sikit sebab sotong lembut fresh dan tepung tak tebal rangup jer bila makan dalam sotong still fresh..
Ok untuk kangkung goring belacan, udang masak butter dan sotong goring tepung aku memang rekomen korang untuk order. tip top weiiii




Owh terlupa plak nak cakap kitaorg ada order sayur bendi celur makan gan sambal belacan, erm.. aku cerita ni pun da terliur sebab masih terasa sambal belacan tu.. memang sedap sangat sambal belacan tu, bendi pun semua muda2 dan di rebus makan ngan sambal belacan memang ummmphhhh!!!!

Chicken Wing Crispy ni cadangan dari pemilik gerai katanya kat situ chiken wing tu famous so kitaorg pun order lah.. aduyaiiii aku cerita kat korang aku yg terliur ni masih terasa lagi kat tekak ni …. chicken wing ni Rayyan (anak sulong BFF aku nira) banyak makan sedap katanya, aku x makan sebab dah biasa makan tapi en.hubby ada ccuba katanya sedap garing dan sedap…


So untuk makanan bendi celur dan sambal belacan power dan chicken wing crispy memang aku rekomen korang jugak untuk pilih, memang terbaekkkk..  


Lokan bakar

untuk lokan bakar bila kita tengok macam biasa, dia bakar tapi x macacm bakar sebab dia bakar separuh masak, so bila kita makan akan rasa juicy jer dan fresh, lebih baik korang order lokan dari lala sebbab lokan ni isi nya besar dan sedap berbabnding lala macam korang x rasa jerk an… dia ada bagi sambal cicah tapi aku tak makan pun sebab makan macam tu jer pun dah cukup sedap…. 


Tiram bakar

nilah rupa tiram bakar kene perah lemon jugak bila nak makan, diaorg ada jugak bagi sos cicah, tiram bakar ni rasa agak kering so kita akan rasa seperti makan kupang  itu pendapat aku lah kalau tekak korang aku tak tahu lah kan… 


Tiram Fresh
Kalau orang yang tak biasa mesti dia akan kata wueeeekkkkk makan mentah nak muntah tak tahu lah boleh telan ker tidak, tapi bagi aku sangat sedap makan tiram fresh berbanding tiram bakar, diaorg letak ais supaya fresh tiram tu kekal, so korang kene perah lemon jugak  untuk makan diaorg ada bagi sos pencicah tapi serius aku cakap tak payah lah makan ngan pencicah makan macam tu jer pun dah terasa nikmat kesedapan tiram tu…
So memang aku rekomen korang amik tiram fresh ni sekor RM5 jer .. amik yang kecik aje tak yah besar2. 


Kupang Bakar

Kuupang bakar aku rasa korang pun pernah makan kan…  biasa jer… tapi aku tak rekomen korang order ni sebab kupang terasa sangat kering bila kita makan so bagi aku tak sedap.. 


Ketam Stim
Aku tak berapa pasti ape nama ketam ni, mungkin orang yang suka makan ketam akan tahu ape nama ketam ni, bagi aku yang tak brapa minat ngan ketam ni si memang tak tahu.
Bukan aku jer yang x brapa suka ngan ketam suami aku pun sama, aku ingatkan diaorg tak order ketam, rupanya hubby Nira order 2 ekor ketam dia ingatkan kecik sekali sampai amekaw!!! besar gabak…
Harga ketam ni 2 ekor jer dah RM90 hahahahaha mesti terbeliak kan mata… kalau korang x rasa nak makan better jangan order lah tapi kalau korang ada budget lebih dan ingin nak makan order jer lah sebab kalau korang order pasti tak menyesal sebab ketam ni manis dan sangat segar…. aku ngan en,hubby sekor bagi 2 sama jugak ngan Nira ngan hubby dia sekor bagi 2….
Ok untuk ketam macam aku cakap tadi kalau korang nak nikmati rasa manis ketam dan segar boleh lah order kalau budget korang lebih….aku pastu korang mesti tak menyesal order….. 



Lepas makan aku memang tak ada set aktiviti memandangkan masih awal so hubby Nira ajak g jalan2 then Nira ajak jalan2 kat Jonker Walk.
Kalau tak silap aku Jonker Walk ni pun salah satu tarikan pelancong, kira lebih kurang macam pasar malam atau kalau kat Joho Bazaar Karat JB lah.. tapi kebanyakan yang berniaga kat sini adalah bangsa cina, termasuk lah gerai2 makan semua nya cina… jadi aku pikir memang tak ada ape yang nak beli melainkan cenderahati, walaupun peniaga kebanyakan bangsa cina tapi ramai jugak pelanggan dan pelancong berbangsa Melayu.

Aku macam terfikir nak beli Terompah Merah Cina tu, aku bygkan besar leh lah wat g toilet hahahaha.. kalau dulu terompah ni mcm tak ada value pun orang siap buat g toilet lagi… tapi sekrang terompah tu lah di jadikan cenderahati dan lambang Negeri Melaka yang kebanyakan nya Baba Nyonya… Aku Nampak yang ada Cuma terompah kecik2 versi magnet peti sejuk.. macam nak beli tapi si hero kecik aku dah mula buat ragam… melalak2 mungkin dia penat so terpakse lah lupakan hasrat nak beli ape2 pun kat sana.

Sementara tunggu Nira dan hubby dia shopping kat Jonker Walk (kitaorg terpisah dengan orang ramai) jadi kitaorg pun tunggu diaorg dalam kereta… sementara tunggu diaorg anak aku diam plak dalam kereta … lepas dari Jonker Sreet memang kita terus balik Hotel untuk berehat dan sambung pada esok hari pulak..








Jom balik Hotel zzzzzzz…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...