I Love JB

Tuesday 30 July 2013

Tak Beraya lah kiteorang...

Segala mood pun ada sekrang ni kan.. ye lah hari ni dah 31 Julai 2013 tapi gaji masih x masuk lagi.. ape cer??? hati ni macam membuak2 nak marah je disebabkan gaji yang x masuk2 lagi...

Menjadi kebiasaan company akan bagi gaji awal dari tarikh gaji biasa.. ni dah 31/7/2013 pun masih x masuk2 lagi... ni lah susah kalau dapat acct yang suka berkira dalam segala hal... aku ni dah la x beli lagi baju raya.. ape pun x beli lg.. brg rumah x yah cakap lah 1 ape pun belum nampak... Nasib baik lah baju tuk si hero kecik tu aku dah get ready semua cuma tinggal beli kasut ngan baju melayu je...ape nak buat dah nama pun makan gaji jadi terima aje lah kan..

Ni nak cite pasal hubby aku pun 1 hal.. gaji dia pun sama x masuk lagi... kalau lah salah sorang gaji dulu kan bagus boleh la give N take.. ni dua-dua pun x gaji lagi ni yang menyebabkan dia jadi bengang sampai nak makan pun x boleh.. aduyaiii dugaan ape lah yg sedang melanda kitaorg ni...

Ape nak buat nak ke tidak terpakse tunggu jugak....

Tuesday 16 July 2013

Nasi Goreng Rice Cooker

Kenapa Rice Cooker?? sebab di digoreng menggunakan Rice Cooker.. hebat kan... sebenarnya macam2 masakan & makanan kita boleh masak dengan menggunakan rice cooker jadi kalau gas dah habis kat umah jangan bagi alasan tak boleh masak yer..

Jom perhatikan resipi k




Bahan- Bahan


  • 1 pot nasi
  • 1 labu bawang besar (dihiris-hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang-cincang)
  • 1 biji telur
  • 1 batang kacang panjang (dihiris-hiris)
  • 1 kuib pati ayam ( dipecah2kan jadi kan macam serbuk)
  • 3 batang cili padi (diketuk kalau nak lebih pun boleh)
  • 1 sb sos tiram
  • sedikit perasa & garam (kalau dah guna kuib pati ayam x perlukan garam)

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak di dalam rice cooker, perlu di tekan suis jadi kan "cook" sehingga jatuh ke "warm".
  2. Kemudian masukkan telur 1 biji dan kacau hingga hancur kemudian angkat dan ketepikan
  3. Selepas itu masukkan bawang besar & bawang putih kacau hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan nasi serta sos tiram, kuib pati ayam dan cili padi yang telah diketuk jika rasa kurang perasakan garam dan serbuk perasa dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan kacang panjang yang telah dihiris-hiris dan telur hancur tadi sementara itu suis mesti lah berada dalam keadaan "cook" jika jatuh ke "warm" tekan semula.
  6. Gaul nasi hingga sebati dengan perasa kemudian boleh lah di hidangkan.

Simple je kan.. bagi yang kat rumah tak ada barang untuk di masak cukup lah sekadar Nasi Goreng Rice Cooker orang bujang pun boleh buat da...

Selamat Mencuba

Kacang Buncis Goreng Dengan Cendawan Shitake

Kacang buncis ni adalah salah 1 sayur kegemaran my lovely hubby.. jadi tak heran la kalau dia selalu mintak aku gorengkan sayur kacang buncis, so kali ni aku goreng kacang buncis dengan cendawan shitake.. Walaupun simple tapi mesti ada yang tak tahu cara masak macam mana kan.. mungkin tak tahu bahan ape yang digunakan jadi meh lah kita kongsi-kongsikan resipi yang simple ni ye..






Bahan - Bahan


  • 10 batang kacang buncis / ikut suka la nak banyak mana (dihiris-hiris macam dalam gambar)
  • 6 ekor udang harimau / ikut suka nak guna udang ape (dicuci dengan asam garam)
  • 1 labu bawang besar ( dihiris-hiris)
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris-hiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris-hiris untuk hilangkan bau hanyir udang)
  • 1 batang cili merah (dihiris-hiris)
  • 1 kuntum cendawan shitake (direndam biar kembang dan dihiris-hiris)
  • 1 sb minyak bijan
  • 3 sb sos tiram
  • sedikit minyak untuk menumis
  • perasa & garam


Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris-hiris.
  2. Bila dah naik bau masukkan udang yang telah dicuci kacau rata sehingga separuh merah kemudian taburkan halia yang telah hiris-hiris tadi kemudian kacau sebati.
  3. Setelah sebati masukkan kacang buncis yang telah di hiris-hiris serta sos tiram dan gaul hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (agak2 je la) dan gaul.
  5. Kemudian masukkan cendawan shitake dengan cili merah yang dihiris-hiris serta tuang kan minyak bijan dan gaul sampai rata dalam masa 1 minit kemudian tutup api.
  6. Sudah boleh dihidangkan dengan lauk yang lain.

Selamat Mencuba

Astagfirullah halazim.....

Astagfirullah halazim.....

Aku x pasti perkara ni berlaku bila tapi mengikut dari maklumat yang di baca perkara ni berlaku setelah genap seminggu kita berpuasa ini bermakna masih baru lagi...


Tak sangka masih ada perkara macam ni berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ni, paling mengejutkan perkara ni berlaku di Masjid Saleng, Senai Kulaijaya, Johor. Aku dapat berita ni sebab terbaca di 1 website. Baca sini http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/tolong-sempurnakan-jenazah-tidak.html#_






"Kulaijaya: “Kami sangka objek yang dililit kain putih dalam beg bayi berwarna biru muda yang ditinggalkan berhampiran pagar masjid itu bantal, namun tiada sesiapa yang berani mendekatinya.

“Jadi, saya memberanikan diri membuka balutan kain berkenaan sebelum menemui mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat,” kata ahli jawatankuasa Masjid Jamek Ar-Raudah Saleng di sini, Hassan Mohd Dap, 63, semalam.


Menurutnya, dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, dia serta beberapa jemaah mahu pulang ke kediaman masing-masing selepas menunaikan solat Subuh.

Katanya, beberapa jemaah kemudian memaklumkan ada beg bayi ditinggalkan di depan pintu pagar masjid berkenaan.


“Saya tidak sangka genap seminggu Ramadan, kami menerima kejutan ini.


“Turut ditinggalkan bersama mayat bayi berkenaan wang tunai RM50 selain nota berbunyi, ‘Assalamualaikum tolong sempurnakan jenazah ini yang tidak berdosa. Sekian terima kasih untuk hamba yang menolong’,” katanya.





Hassan berkata, bayi malang itu dipercayai berketurunan Melayu berdasarkan paras rupanya.


Katanya, dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.

“Mungkin ada pihak terdesak meninggalkan mayat berkenaan kerana tidak mempunyai wang untuk menguruskan pengebumiannya.


“Kami berdoa semoga roh bayi berkenaan dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jemaah masjid pada jam 6.05 pagi.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi yang meninggal dunia itu dibungkus dengan kain putih dan ditinggalkan dalam beg bayi di depan pagar masjid berkenaan.


“Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kes ini mempunyai unsur jenayah. Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk dibedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan diminta tampil membantu siasatan,” katanya.


Monday 15 July 2013

Niaga...Niaga...

Entri kali ni nak cerita pasal kesibukan orang di bulan ramadhan ni kan.. sempena bulan puasa ni ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga.. macam2 lah diaorg berniaga...selain menjual kat bazaar ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa ada jugak yang berniaga macam baju...kuih raya.. dan lain2

Wokey lah aku pun nak jugak ambil peluang perniagaan ni.. tapi bukan lah yang hebat2 je.. sekadar menolong ahli keluarga yang meniaga je. Tahun ni aku berehat dari sibukkan dr untuk berniaga di bulan puasa. Ok2 lah nak cite panjang pun nanti makin melalut kan bek aku bgtahu ape perniagaan yang aku nak promot kat korang semua...jeng...jeng..

1st aku nak promot ROTI JOHN WOW!!! kenapa WOW?? haaa tu la korang x tahu specialnya Roti John ni.. selain dari rasanya yang WOW! & bahan dalam Roti John ni yang banyak ... yang tukang membuat ni pun WOW!!! hahahah... kenapa aku cakap WOW sebab yang buat ni adalah abang aku sendri..hehehe (opkos la nak cakap family sendri bagus kan)..
Jadi bagi Penduduk Bandar Putra jom singgah ke gerai Roti John Wow! di simpang masuk jalan merbuk cuma RM3.00 saje.. terangkat seyyyyhhhh... Untuk tempahan pun boleh juga,, sila pm saya atau telefon di no. 0167058474 / 0177003020 (abg Halim) 







2nd aku nak promot untuk hidangan hari raya pulak tada.....





KERISIK HOME MADE kalau dulu nak masak rendang ker.. masak laksa joho ker... mesti nak kene tumbuk lah... semua nak kene buat sendiri kan.. kadi sekarang ni x perlu lagi risau tu semua sebab dah ada KERISIK HOME MADE dari saya.. tak mahal murah je berbanding ngan kudrat yang membuat kerisik ni mana nak tunggu kepala keperangan dengan api yang sangat2 slow.. memang tak sabar kan.. so ape tunggu lagi sekarang ni order je... jom order cuma RM10 untuk 1/2kg je...


Mari kita sokong product orang melayu hehehehe...

Wednesday 10 July 2013

Moi Ketam & Udang

Erm... dah lama x jengah dapur cik manis ni kan.. ok hari ni cik manis nak kongsi 1 resipi bubur nasi...erm... MOI KETAM & UDANG actually MOI ni adalah bubur dalam bahasa tiong hwa (hokien). Resipi ni simple tapi sangat menyelerakan... ni pun ternampak dari sorang kawan FB so ringan2 kan mulut tuk tanyakan resipi, nasib baik la dia baik hati nak share resipi jadi boleh lah cik manis kongsi ngan korang semua kan..

Thanks June Albert Fly for the recipe

Moi Ketam & Udang


Bahan-bahan





**Untuk hidangan 2 orang makan

  • 2 ekor ketam (nak lebih pun boleh bg yg suka ketam)
  • 5 / 10 ekor udang
  • 2 inci halia - diketuk
  • 1 keping sotong kering -dicuci dan di gunting halus2
  • 2 pot beras wangi masak seperti masak bubur biasa - saya gunakan beras biasa cuma tambahkan daun pandan je nak bg wangi (mesti ada bau wangi)
  • 2 sb minyak bijan
  • Bahan hiasan daun bawang hiris dan daun sop hiris
** Kalau nak ketuk bawang putih dalam 1 ulas pun boleh kalau x nak pun x per

Cara-cara





  1. Masak bubur macam biasa sampai beras kembang, setelah kembang masukkan halia+sotong kering+bawang putih (jika nak)
  2. Masak sampai mendidih dalam periuk nasi.



   3. Setelah mendidih masukkan ketam + udang gaul sampai sebati, lepas tu masukkan garam & perasa  
       biarkan sehingga mendidih lagi.
   4. Setelah mendidih masukkan minyak bijan & gaul sehingga minyak sebati dengan bubur tadi.
   5. Biarkan dalam 2 minit kemudian boleh la di hidangkan dengan taburkan daun bawang/ daun sop.
   6. Selamat mencuba

Tuesday 9 July 2013

1st Ramadhan...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah kita dah pun masuk bulan Ramadhan bulan penuh berkah ni.. Harap2 dapat lah memnunaikan ibadah puasa dengan penuh...(boleh ker) Sebelum terlambat masih boleh aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA kepada semua rakan2 bloger.


Ok ni nak cite lah agenda di hari pertama pose...(mcm baru blaja pose je kan). so macam biasa aku kene keje pada hari pertama Ramadhan (sebab company aku x amik cuti ni walaupun JOHOR cuti). Sehari sebelum puasa (smlm la) ptg anak sedara aku datang singgah umah dari baru lepas g cari umah sewa kat kawasan umah kitaorg, siap aku belikan mee hoon goreng (sebab baru balik keje x sempat nak masak sendri kan), bila dah berborak memang x hengat tgk jam... seronok tengok bebudak ni main2.. memekak.. sampai x sedar pun jam dah menunjukkan pukul 11 malam... huh!, so anak sedara aku pun mintak izin beredar sebab dah lewat..lepas dia balik aku pun kemas umah balik.. sapu sampah.. mop lantai... (sebab tadi aku biarkan je bebudak ni main2.. kang kemas2 kang penat.. so biarkan diaorg main pepuas dulu). Lepas kemas bagai semua aku pun jamah lah mee hoon yg balance tu.. dapat baring kejap terus terlelap.. bila dah tido x sangka plak aku tertido kat sofa siap ngan bergebo bagai.. (ini bermakna hubby aku lah yang selimutkan.. thanks hubby) tak ku sangka yang suami aku dah kunci jam tuk sahur.. (kol 4 pagi lagi) bila jam bunyi kring!!!!kring!!! (tipu bunyi jam hp x macam tu pun) aku terus bangun nak siapkan makanan tu sahur..
bila ke dapur aku lupa yang aku terlupa nank beli brg2 nak makan sahur.. yang ada kat dapur cuma mee segera mamee tu pun cuma 1 paket je



dan roti kaya saje..



jadi lah wat alas perut yang kosong i tuk menahan lapar sampai berbuka nanti... aku makan mee segera hubby aku plak makan roti tu... cicah ngan air nes panas.. alhamdulilah kenyang jugak lah...

Bangun pagi macam biasa nak g keje... bangun macam malasnya.. sebab badan penat sangat tapi ku gagahkan jugak untuk bekerja.. nak amik cuti dah x boleh almaklumlah cuti tinggalkan tuk raya nanti... eherm...eherm... Bila sampai opis x pernah aku boleh ngantuk tahap gaban... gaban pun tak macam ni lah... mata macam x boleh di buka....




Memandangkan hari ni ramai yang cuti jadi telefon tak banyak berbunyi jadi boleh lah aku melandingkan kepala aku kejap dengan alasan nak hilangkan ngantuk untuk elak sakit kepala... maka aku pun tertido berbantalkan lengan yang x brapa nak sedap ni... ada lah 2-3x aku tido kejap2...

Ya allah dugaan betul kan bila kite nak berpuasa ni... alahmdulilah aku x rasa lapar sangat la cuma ngantuk yg tahap dewa ni yang x boleh nak di bendung lagi.. untuk mengelakkan rasa ngantuk baik aku layan blog.. so tercipta la hasil nurkilan cerita ngantuk aku ni... sebelum aku merepek lagi panjang... bek aku tido kejap.. (tido lagi) selamat berpuasa ye kawan2.. kita jumpa lagi waktu berbuka nanti... huhuhuh...

Friday 5 July 2013

Ketomen VS Man

Jangan pulak korang ni rasa pelik bila tengok ape benda tu KETOMEN VS MAN... hahaha...

Meh sini aku nak cite... biasalah bahasa budak2 kan so mesti ada terkeluar ayat & bunyi yang agak cute dan kelako kan... nama pun bebudak kan....

Sape yang x kenal ngan ULTRAMAN kan... dari aku kecik2 dulu dah ada dah cite ni.. konon2nya menyelamatkan bumi dari ancaman pengganas mahluk asing.... ye ker???? tu la cite budak2 yang jadi ikutan sampai la sekrang... dah tu... sampai ke anak aku pun tau ape tu ULTRAMAN... don't play..play.. woooo dia baru nak masuk 2 tahun tau...

Nak cite pasal ketomen dulu la... aku ada sorang kawan baik... baik sangat2... (memang baik pun kawan susah senang) anak dia yang 1st ni dah 3 tahun hampir 2 tahun (aku rasa lah) cuma badan dia beso sebab dia montel... hihihih nama dia rayyan... aku panggil abg yern je.. sebab dah ada adik qal (adik qal tu adik dia).. mengikut cite mama dia (kawan baik aku la tu) anak dia ni suka sangat tengok cite ULTRAMAN sampai beli patung tu siap main mcm konon2 nya dia menyelamatkan bumi... kan..kan..  nampak kan pengaruh dia.... yang x boleh tahan tu.. dia panggil ULTRAMAN tu KETOMEN.. budak2 kan.. comelnya... so sweet... x kisah lah janji belakang ada bunyi sama... dulu aku selalu cakap dalam hati... mcmni dia cakap KETOMEN.. lidah budak2 kan.. anak aku esok mcmne la agaknya....


ni lah rayyan dengan aksi KETOMEN


Ni cite pasal MAN plak.. bukan man tau... dulu aku fikir anak kawan aku cakap pasal KETOMEN now tiba la masanya turn aku plak... anak aku dah pandai da... cite pasal MAN... almaklumlah umur pun belum sampai 2 tahun jadi dia cuma boleh sebut yang belakang je.. MAN... sebelum ni anak jiran aku datang umah bawak ultraman dia (kecik je patung tu ) datang anak aku leh nak men benda alah tu... mula la sesi rampas merampas... ishhh memalukan aku je... setat dari hari tu terpakse la aku mecari patung tu.. sampai lah smm aku g mall ternampak 1 patung ultraman dia leh jerit .. MANNNNN!!!!! perghhhh pandai plak anak aku ni... nak ke tidak terjebak kene beli 1.... padahal tadi baru lepas beli train.... Babahhhhh.... tolong lah anak babah dah pandai mintak menan....    

Suka bila dapat man..

Teruja la tu...

Pelik tetiba man ada lampu kuar..


Cubaan tuk bercakap dengan man...

Terdengar plak man ada kuar bunyi2

Bila dah dengar bunyi siap angguk2 kan kepala plak



Aduyaiiii... budak2 zaman sekrang ni...

Kadang-kadang bila tengok keletah anak2 dari stress sampai hilang stress.. anak2 lah penghibur kita...

Thursday 4 July 2013

Kencing Kotor

Erm.. korang pernah tak mengalami situasi macam aku sekarang ni.. Kencing Kotor..

Owh payah jugak kalau dah kene kencing kotor ni.. senang cakap lah nak kencing sakit.. nak berak pun rasa sakit.. tapi bila menangok je kat dalam toilet tapi x kuar2 pun ape yang dihajati memang agak bengang jugak lah dengan menahan sakit lagi kan... so itu lah situasi yang aku alami sekarang ni, kebetulan pulak kawan 1 opis aku pun boleh kene sakit yang sama...

Nak kata x minum air banyak rasanya kitaorg berdua ni memang kuat minum air masak, ye lah orang kata kalau dah nak kene..kene jugak kan.. elak lah macam mana pun tetap akan kene..




Dalam kesibukan nak wat keje kat opis ni dengan manahan sakit perut ni aku sempat lagi g search kat tenet info2 tentang kencing kotor ni dengan harapan aku boleh lah kurangkan rasa sakit ni kan...


Menurut Pakar Obstetrik & Ginokologi ( O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah janhkitan kuman pada pundi kencing (systitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). "Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah" demekian terang Dr. Khairiah.

Ooooo.. agak macam tu rupanya kencing kotor ni.. bahaya jugak bila dah boleh menyebabkan penyakit lain pulak kan...

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran kencing mereka lebih pendek. Manakala wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu kencing dikeluarkan melalui tiub.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah janhkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherishia coll. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil abtibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit , ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika sesorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram (IVU). Ini biasanyanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Pencegahan masalah kencing kotor


  • Masalah kencing kotor boleh dicegah memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  • Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang aie kecil lebih kerap membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda seelum jangkitan boleh mula.
  • Dalam masa yang sama. terutamanya untuk ibu-ibu yang baru bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
  • Jika anda mengelapkan air kencing, mulakan dari depan ke belakang.Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  •  Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas air penuh untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, dikawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.


*** Tapi orang tua-tua cakap rebus je air barli boleh kurangkan rasa sakit dan pulihkan kencing kotor jadi sekrang ni aku cuma minum air barli je.. kalau x ok baru aku akan g klinik.. tapi rasanya macam dah ok je sebab siap leh update blog kan... wawaawa.....

JOm lah sama2 kita kongsikan info2 yang baik ni tuk kawan2 yang masih x tahu...

Tuesday 2 July 2013

Luaskan Kuasamu JDT

Perghhhh... skrang ni hebooh crita pasal bola je memasing kan.. almaklumlah baru lepas final Piala Fa Malaysia 29/6/2013 hari tu kan...  erm... SAYA BANGGA JADI ANAK JATI JOHOR...

Ye lah ni nak cite sikit lah.. Pencetus revolusi terkini arena bola sepak JOHOR adalah TMJ Tengku Ismail memang sangat dasyat kan.. kalau dulu kita tengok nama JOHOR x lah se gah sekarang kan, tapi alhamdulilah selepas di ambil alih oleh TMJ semuanya berubah. Perubahan yang sangat drastik di kalangan peminat & penyokong bola sepak JOHOR. Ce kita tengok je game kali ni ( Tahun ni) stadium sentiasa penuh dengan penyokong JOHOR bila team JOHOR beraksi kan.. so nampak kan perbezaan dulu dan sekrang kan... anyway aku pun terjebak sama... huhuhu.. memandangkan aku ada anak kecik yang susah untuk aku ke tempat2 yang ramai orang aku akan tetap memyokong dari rumah.

Kalau dulu ada game je my hubby akan ajak ke stadium untuk tengok live.. tapi tu dulu la.. masa nama JOHOR agak2 malap kejap, bila dah terang ni aku x berpeluang nak join sama ngan Fan yang lain. Nak cite pasal minat nak katakan aku ni 100% minat bola x jugak, tapi disebabkan my hubby ni terlalu minat kat game bola aku pun terjebak sama lah dari teman terus jadi suka sekali gus minat...wawawawa.... walaupun sokong kat rumah aku rasa rumah aku kire bergema jugak lah dari sorakan anak kecik aku ngan babah dia.. huhuhuhu...




Mungkin game kali ni x de rezeki johor untung cium piala FA tu kan.. dan mungkin rezeki berpihak pada KELANTAN... Gomo ... Kelate Gomo.... (macam tu lah agaknya bunyinya) what ever...... Johor tetap di hati kan... ape yang aku nampak pada malam tu (walaupun x berapa pandai sangat) corak permainan pemain JOHO memang kurang memuaskan tak seperti biasa.. macam tak menyengat pun... player pun (cehh tetiba tercakap omputih plak) asik kuar masuk je.. baru main je dah tukar player.. pening aku tengok player asik tukar2 je... kesian Mat Yo yang harapkan bola datang kat dia nampak gayanya mcm hampeh... peluang untuk GOL!!!! kurang bg pihak JDT.. x pe ape pun semua player terbaekkkk & JDT terbaekkkkk... macam aku cakap tadi lah mungkin tahun ni bukan rezeki kita lah JOHOR.. but don't worry next year kan ada lagi.. di harap tahun depan lagi lah di sengat2 kan... huhuhu...

Kes penyokong plak memang RARE la... bebudak ni memang aku tabik spring!!!!! Boys Of Strait B.O.S memang terbaek dan berjaya membawa semua penyokong bersatu hati dengan membentuk sorakan yang sangat teratur... wow!!!! x kire la sape pun ketua B.O.S korang memang gerekkkkk.... aku rasa lah dalam banyak2 penyokong... kali ni penyokong JDT memang sporting terbaekkkk... kire berjaya lah korang membetuk 1 pasukan sorak.. huhuhu yang penting bukan Cheering Gegel Club... hahahaha.... sape2 yang belum dengo.. yang belum tengok video pasukan sorak dari JDT bek korang g search & tengok aku rasa pasti bulu roma korang meremang je tengok... so sorry bagi Fan The Red Warrior... walaupun kita x menang game tu tapi penyokong tetap terbaek..... KO ADO???? huhuhu... anyway Kelantan memang berhak tuk menang game kali ni dan kitaorg akui yang JDT masih baru & In Shaa Allah next year kita jumpa lagi ye...

Aku nak cakap banyak pun aku bukannya ada kat stadium kan.. cuma kawan2 aku je yang g siap wat rombongan lagi.. (bukan rombongan cik kiah ye) so segala info yang aku dapat berpandukan dari berita di TV/info kawan/info di FB so kalau x caya leh semak balik ye...

Jom kita enjoy dengar sorakkan dari pasukan JDT
LUASKAN KUASAMU JDT!!!!

 <iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=544390308952805" width="400" height="300" frameborder="0"></iframe>

Monday 1 July 2013

Jerebu

Baru-baru ni kat malaysia ni kene tempias Jerebu disebabkan negara jiran kita Indonesia di Riau melakukan pembakaran terbuka di waktu cuaca sangat panas... jadi hutan pun boleh terbakar kan.. memang lah sebab merebak...

Disebabkan itu habis JOHO di landa jerebu yang sangat teruk di beberapa kawasan termasuk lah kawasan tempat tinggal aku di KULAIJAYA. Erm.. benda dah jadi nak cakap macam mana kan.. ape yang perlu kita perlu lebih berhati2 & mesti nak jaga kesihatan supaya x sakit kan...

Hilang sudah vogue saya


Nak cite pasal kesihatan di sebabkan jerebu lah aku MC 2 hari woiii... tekanan darah turun & sesak nafas... ape boleh buat kita cuma merancang tuhan yang menentukan segalanya... kawal lah macam mana pun kalau dah nak kene pun tetap kene kan.. jadi banyak kan minum air putih dalam cuaca macam ni ye...

Stresssssss!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan nak cakap ape lah... cuma nak meluahkan perasaan je kat blog kesayangan aku ni..
Ni nak cite lah.. 29hb Jun 2013 ( Sabtu) nak cite lah adik ipar aku tunang (adik hubby) so kitaorang plan lah nak balik kampung on Friday lepas aku balik keje...
Sebenarnya kereta aku ni dah wat hal sebelum ni... nak tiap2 bulan kita ni hadap dia je.. nek tension aku.. kang kalau cakap lebih2 kang merajuk plak kereta aku, tapi ni lah yang terjadi dia sakit lagi.. Jumaat tu hubby aku datang opis nak amik kunci kereta konon2nya nak g anto repair lah kan.. dah beli semua brang spare part g lah anto kat bengkel yang terdekat ngan opis aku.
Bila hubby aku tanya dengan confident je budak tu jawab "boleh2 bang" tapi bila dah baraikan semua barang x tahu plak nak memasang & nak betulkan, ye lah kereta aku ni kereta Savvy walaupun kecik tapi hati beso woooo.. mana taknya kereta kecik sekali rosak barang sikit punya mahal... dan lagi x ramai mekanik yang pandai repair kereta jenis Savvy ni, nak tunggu kang lama la plak so hubby aku pun cakap kat budak mekanik tu oh dia pass je la keje tu kat bengkel lain. Jadi hubby aku pun bawak lah kereta tu ke bengkel lain.. sementara tu aku ni tunggu kat bawah opis bukan 1 jam tapi berjam2 dekat kol 7 baru hubby aku amik aku dengan anak kecik kat belakang... waaaaaaaaaaaaa sedihnya tengok muka anak aku.. aku dah bgtahu dia yang kita akan balik kampung hari ni... tup2 kereta leh plak mengada2 sakit...


dah masuk rumah sakit pun


Dalam perjalanan aku bawak kereta yang senggut2 tu nak sampaikan ke bengkel yang biasa kitaorg anto.. mcm menahan azap je... sambil menangis aku bawak kereta yang asik terberhenti2 je.... nasib baik lah hubby aku follow nek moto... tu pun ada yang x faham kalau orang dah pasang double signal lagi nak hon2! kan... bila dah sampai ke bengkel baru lah lega sikit hati ni.. sampai2 je bengkel dah nak tutup.. ye lah dah kol brapa kan.. nampaknya memang x jadi lah aku balik kampung malam ni...
Kannnnnnnnn......... confirm kereta kene bermalam kat bengkel 1 malam, tapi budak tu cakap dia akan tolong siapkan kereta siap dalam kol 10 pg, jadi pikir kalau pg tu kitaorg akan terus ke umah pihak pompuan kat taman pulai... tunggu punya tunggu akhirnya siap kol 3 ptg.... memang x dapat g lah majlis pertunangan idik ipar aku... so sad.... ralat nya kitaorg husband & wife... bila nak gerak balik kg... kereta leh sangkut jem lagi.. jadi aku cakap lah ngan hubby x yah lah balik kampung kang kat tgh jln kang termati plak kereta kat jln gelap kang susah plak kan.... so kitaorg patah lah balik x jadi balik kampung... call org kampung cakap x dpt balik...



Anyway SELAMAT BERTUNANG tuk adik ipar saya & pasangan dia semoga korang kekal hingga ke jinjang pelamin amin...  In Shaa Allah masa wedding korang kita akan hadir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...