Ha.. memandangkan ada permintaan soh aku post resipi ni kat belog aku.. soh aku update resipi kat belog aku.. ( ceh..ceh.. mcm ramai beno peminat belog aku ni ek.) inilah resipi simple POTATO SALAD... moh kita tgk bahan2 dan cara-cara memasaknya yo...
POTATO SALAD HOMEMADE |
BAHAN-BAHAN
- 6 biji kentang di potong dadu dan di rebus (nak guna kurang atau lebih pun boleh)
- 5 sb mayonis Sandwich Spread (mayonis biasa pun boleh aje)
- 1 sb serbuk lada hitam ( saya tumbuk)
NI LAH RUPANYA MAYONIS SANDWICH SPREAD (EHSAN GOOGLE) |
CARA-CARA
- Rebus kentang yang telah dipotong dadu tadi hingga empuk.
- Setelah empuk toskan dan rendamkan di dalam air sejuk seketika.
- Setelah di rendam seketika boleh lah masukkan di dalam mangkuk.
- Kemudian campur kan 5 sb mayonis Sandwich Spread dan gaul sebati.
- Setalah di gaul sebati taburkan serbuk lada hitam dan gaul.
- Setelah di gaul dan sudah sebati simpan di dalam peti sejuk dalam 5 minit sebelum di hidangkan.
- Setelah di simpan dalam peti selama 5 minit boleh lah di makan bersama Chicken Roasted atau di makan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA...