I Love JB

Monday 9 April 2012

UDANG NESTUM



Besarkan udang tu.... erm... jiran sebelah umah yg bagi..(cina).. x tahu nak masak ape? x kan nak masak sambal tumis kot... ada dalam 4 ekor je... baru terpikir nak masak udang nestum so ape lg aku g pasar cr udang lg wat tambah dalam 10 ekor.... jom kita tgk resipi k...


BAHAN-BAHAN

4 ekor udang yg besar + udang biasa dalam 10 ekor
1 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 butter cup/majerin
5 btg cili padi (yg dipotong kecik2 bulat2)
3 tangkai daun kari
1 cawan nestum (perisa asli kalau nak banyak pun sedap)
garam & perasa secukup rasa


CARA-CARA

1. gorengkan udang terlebih dahulu apabila dah kemerahan angkat udang & tos.
2. kemudian panas kan buttercup/majerin & masukkan bawang putih kacau hingga wangi.
3. kemudian masukkan cilipadi & daun karikacau sekali lg & taburkan garam & perasa secukup rasa.
4. setelah itu tutup api &  masukkan nestum serta gaul hingga sebati kemudian masukkan udang & kacau hingga nestum & udang sebati.
5. sudah siap untuk dihidang & dimakan dengan nasi yg panas.

SELAMAT MENCUBA

Sunday 8 April 2012

SIAKAP 3 RASA

kali ni rasa mcm nak makan siakap 3 rasa... erm... resipi ni sy dpt dr pekerja tukang masak Thai restoran kakak ipar aku... dia yg ajo.. so jom kita tgk resipi...





BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap (yg telah digoreng terlebih dahulu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dicincang hhalus)
1 btg serai (yg dihiris2 halus)
10 btg cili padi (yg dihiris2 bulat)
1 tangkai daun ketumbar (dihiris1 halus termasuk sedikit akar)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji nenas (dipotong dadu)
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
5 sb sos plum
garam & perasa secukup rasa
5 sb minyak masak


CARA-CARA

1. panaskan minyak masak setelah masak tumiskan bawang besar+bawang putih+halia sehingga wangi.
2. setelah itu masukkan semua sos & kacau hingga sebati (jika terlalu pekat boleh campurkan sedikit air)
3. setelah sos sebati masukkan btg daun ketumbar & akar kacau...
4. kemudian masukkan tomato+nenas+cili padi & sedikit daun ketumbar+garam+perasa secukup rasa kemudian kacau hingga sebati & biarkan dalam masa 2 minit.
5. ikan diletakkan dalam pinggan kemudian boleh la sira sos 3 rasa tadi ke atas ikan semasa panas, & taburkan daun ketumbar di atas ikan tadi.
6. sedia di makan bersama nasi panas....

SELAMAT MENCUBA

Friday 6 April 2012

SOTONG BEREMPAH CIK SALMAH




BAHAN-BAHAN

5 ekor sotong (yg dipotong petak2 & dicarik2 nampak seperti kotak2)
2 biji tomato di potong 4
1 packet rempah kari ikan
4 senduk cili kisar ( termasuk bawang besar+bawang putih+1 inci halia)
5 sb cili sos
5 sb tomato sos
1 labu bawang besar (dihiris2)
2 btg cili hidup ( campur hijau & merah dihiris2)
garam & perasa secukup rasa.
10 sb minyak masak


CARA-CARA

1. tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. setelah pecah minyak taburkan rempah kari ikan & gaul....
3. setelah sebati, masukkan cili & tomato sos kacau hingga sebati.
4. kemudian masukkan sotong serta garam & serbuk perasa & biarkan hingga masak.
5. kemudian setelah sotong masak masukkan bawang & cili hidup yg telah di hiris2
6. akhir sekali masukkan tomato yg telah dipotong 4 & kacau hingga sebati.
7. siap untuk dihidang dengan nasi panas.... yummyyyy...

SELAMAT MENCUBA

MEE SOP FIRDAUS

erm.... nape FIRDAUS??? sebab anak sedara aku suka sangat mee ni... [adahal mee ni simple je tapi dia suka sangat..... ok la jom kita tgk resipi k...




BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam dipotong kecik2
1 bungkus fishball jenama KENKO
1 bungkus fishcake jenama KENKO (dipotong 3/4)
1 btg lobak merah (dipotong sebesar 1 inci)
3 tangkai sawi ( di potong2)
1 bungkus cendawan.1/2 kg mee kuning (yg dicuci/direndam air panas)
1 tangkai daun sop & daun bawang ) dihiris2)
1 biji besar bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 sb lada sulah
1 cawan minyak masak
5 cawan air

bahan yg bertanda ** hendakla dikisar


CARA-CARA

1. tumis bahan yg dikisar hingga naik bau..
2. kemudian taburkan lada sulah & masukkan ayam serta sedikit air biarkan sampai mendidih....
3. setelah mendidih masukkan 5 cawan air hingga mendidih..
4. kemudian masukkan segala bahan yg ada termasuk garam & perasa kecuali cendawan....
5. setelah mendidih taburkan daun sop & daun bawang.
6. siap untuk dihidang dengan mee kuning yg telah dicuci & jgn lupa tabur bawang goreng..

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...