I Love JB

Sunday 21 June 2015

SELAMAT HARI BAPA BUAT HERO2 KU SEMUA

"AYAH ADALAH SEORANG GURU YANG TERBAIK DALAM MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN"

Hanya seorang pemandu lori..
Dia balik bawak Milo ber tin2..
Dia lah sanggup tido dengan air kencing saya...
Dia lah yg mengendong dan dukung sy di saat sy sakit..
Dia lah yg bersusah2 berlari2 anak sambil dukung sy ke hospital.
Dia lah yg bersabar dengan karenah sy yg sngt mengade2..
😢😢😢😢
Dia lah seorang bapa yg tidak pernah marah atau pukul sy dr kecik hingga akhir hayatnya..
Tapi itu semua hanya tinggal kenangan ...nak beri ucapan Bak x dngr... hanya doa buat Bak yg ku syg.. tiada yg boleh tandingan kehebatan Bak selama jd bapa sy...
Saya syg Bak Sy.. sy rindu Bak sy.. 

AL- FATEHAH KAMARUDDIN B. BUJANG

*******************************************************************
Hampir 11 tahun saya kenal dia.
Selama sy kenal dia...
Dia lah bapa mertua sy yg baik..
Walaupun tegas dia tak pernah marah sy..
Jika sy ada macam2 yg dia nak ada kan...
Dia lah orang yg pertama resah bila kitaorg susah..
Dialah org yg banyak membantu kitaorg..
That's my Abah walaupun dia tidak sihat kami sentiasa mendoakan Abah kuat untuk meneruskan sisa hidupnya... kami sentiasa doa supaya Abah sihat mcm dulu walaupun mustahil... kitaorg sayang Abah ketat2...
Selamat Hari Bapa 
HJ. MOKTHSIM B. SUKIRNAN

******************************************************************







******************************************************************

Dialah suami... dialah lah pakwe... dialah lah kawan...
Sakit macamne dia tetap keje demi istri dan anak..
Misi dia adalah membahagiakan anak dan istri selagi termampu..
Dialah babah yg bersabar..
Dialah babah yg sanggup cebok berak anak..
Dialah babah yang buatkan susu anak di tgh malam.
Dialah babah yg menjaga sy semasa sakit..
Dialah babah yg bg sy makan telur goreng hangus
😂😂
Awak suami dan babah yg hebat kini dan selamanya in shaa allah...
Saya syg awak selamanya...
Selamat Hari Bapa suami ku syg..
JUNAIDI B. MOKTHSIM

******************************************************************
MEMGHARGAI ANDA BERTIGA DAN MENGENALI SERTA MENYANYANGI ANDA BERTIGA ADALAH MOMENT PALING INDAH


Thursday 18 June 2015

BEHOON SUP UTARA SELATAN

Asalnya behoon ni adalah lah resepi behoon sup utara tapi memandangkan aku ni kan orang Johor so tekak tu memang sah2 lah tekak orang Joho kan…

Jadi terderhaka sikit dengan resepi asal aku ubah dengan tambahan unsur2 makanan joho hahahaha… ala sikit jer…

Jom la tengok resepi ni…

Bahan-bahan

½ kilo daging (direbus dengan halia dan serai)
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sedikit serbuk lada putih*
3 Sb rempah sup
1 btg kayu manis + 2 kuntum bunga lawang + 2 biji cengkih + 2 buah pelage
Minyak untuk menumis
garam dan serbuk perisa secukup rasa



Bahan Hiasan

Taugeh 50sen di buang ekor
4 keping tahu (dogoreng dan dihiris seperti dlm gambar)
1 pokok daun sop (di potong halus)
limau kasturi ( di buang biji)


 P/s bahan bertanda * hendaklah di kisar

Cara-cara

1.     Tumiskan bahan bertanda * hingga wangi.
2.    Setelah wangi masukkan bunga lawang+kayu manis+cengkih+pelage dan kacau seketika.
3.    Selepas tu masukkan 3 SB rempah sup dan kacau hingga naik minyak.
4.    Kemudian masukkan di dalam periuk yang sedang merebus daging ( sebelum itu keluarkan daging yg telah di rebus dahulu dan ketepikan)
5.    Biarkan mendidih dan masukkan garam+serbuk perasa setelah semua rasa cukup tutup api.
6.    Bolehlah di hidangkan dengan mee

#########################################

P/S  : behoon hendaklah di rendam selama ½ jam dengan serbuk kunyit kemudian rendam dengan air panas / celur air panas setelah itu toskan sambil alurkan dengan air sejuk.
P/S : daging hendaklah di hiris keping2 untuk di letakkan atas behoon seperti di dalam gambar. cara hidangan sama seperti di dalam gambar.

Ikutkan resepi asal memang x guna taugeh... rempah.. dan sambal kicap.. resepi asal guna sambal merah dan hitam tapi bagi aku bg umpphhh aku tambahkan dengan sambal kicap versi Joho.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday 17 June 2015

Kejutan Buat Cinta Hati Ku

Cerita surprise untuk si dia

Ceritanya my hubby memang tak pernah sambut atau meraikan hari ulang tahun dia...
kesian kan... sebab memang tak di biasakan.... cuma ucapan dan doa saje itu pun dah cukup katanya...
Tapi bagi aku yang keluarga selalu biasakan dengan sambutan hari lahir dah jadi terbiasa... macam sedih plak tengok suami mcm tak ada ape2 di hari gembira dia...
Jadi plan kali ni aku buat simple jer beli kek masak nasi lemak kesukaan dia dan panggil akak aku dan abg ipar aku datang makan sama dan bacakan doa selamat tuk suami aku...
Setiap tahun aku buat surprise cuma kali ni sangat simple sebab waktu bekerja kan.... padahal smlm nya aku dah belanja dia makan steamboat hehehe....



Walaupun simple...
Walaupun dia demam..
Dia tetap senyum...
Alhamdulilah dapat surprise kan hubby yg tengah demam celeb besday dia smlm..
Terima kasih ayah cu bacakan doa..



Happy Birthday Cinta Hati Ku

Selamat Hari Lahir Cinta Hati Ku 

Imam, Suami, Sahabat, Babah & segalanya utk ku
Terlalu banyak.utk di senaraikan tapi biarlah hanya kita saje yang tahu

Syukur pd ALLAH utk peluang & panjangkan umur

Doa Honey tak akan putus utk segala yg terbaik …
Hubby

I love u.. so much💏
Terima kasih menjadi seorang yg hebat di mata honey
💑
Semoga di panjangkan umur serta kesihatan yang baik utk mencari rezeki untuk keluarga ,dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH S.A.W amin...


JajaEddy



Eddy Junaidi 15.06.15

Wednesday 10 June 2015

KERANA PETAI MAKA JADI SAMBAL SOTONG PETAI

Kerana PETAI

Dulu tak gheti sekrang giler plak..

Petai oh Petai.. di sebalik baumu yang “Harum” rupanya terserlah kesedepan hingga menjilat jari…

Sebenarnya crita petai ni terjadi kerana aku dulu seorang yang tak suka dan tak pandai makan PETAI, kalau dengar Petai jer aku mesti cakap… eee…..  tapi rupanya Petai ni banyak khasiatnya tau…



MANFAAT DAN KHASIAT PETAI
Petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Ketiga zat ini adalah gula alami yang boleh menghasilkan tenaga namun cukup lama dan cukup besar efeknya bagi mereka yang mengkonsumsinya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada epal. Selain itu, kandungan karbohidrat, fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lainnya dalam petai juga masih lebih banyak bila dibandingkan epal. Petai juga kaya kalium dan merupakan buah dengan nilai makanan terbaik.

Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:

Kemurungan 
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

PMS (sindrom pra-haid) 
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

Anemia 

Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.  
Tekanan darah tinggi 
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.
US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok. 

Kuasa  minda 

Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini  berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.    

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.  

Sembelit 

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat.  P
etai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.

Keletihan 
Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu. 

Pedih ulu hati  

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan. 

Gigitan nyamuk  

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk.  Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit.  Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang. 

Saraf  
Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan yang berlebihan

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.  Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Ulser 
Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.

Kawalan suhu
Petai dianggap "penyejuk"  dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.


Merokok 

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok.   Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.
Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan.  Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.

Tekanan perasaan (stres) 
Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
Mengatai masalah cacing dalam badan
Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.





Merawat deman kuning.
Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

Strok 
Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Ketuat 

Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan.  Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

Mengurang kemabukan
Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.

Petua hilangkan bau petai di mulut
- Makan beras mentah dalam 10 biji.
- Kunyah terung mentah.
- Kunyah timun.
- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
- Kunyah chewing gum
- Campur masakan petai dengan terung.  

Petua hilangkan bau petai di tandas
Untuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas.  Terung akan serap bau petai.


Tapi sekrang aku nak share resepi SAMBAL SOTONG PETAI 



Bahan-bahan

Sotong 1/2 kilo (suka hati lah nak jenis ape cik manis guna sotong jarum)
[ Badan sotong di rebus atau di celur dengan air panas separuh masak, ni utk mengelakkan air yg banyak 
20 tangkai cili kering (di rendam dengan air panas)*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci halia*

Sedikit belacan (dalam 2inci jer)
1/2 cawan air asam
garam/aji/gula
1 cawan minyak masak


Cara-cara

1.     Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * masak hingga terbit minyak.
2.    Setelah terbit minyak kacau rata dan masukkan garam dan aji kacau dan masukkan air asam tadi kacau hingga sebati.
3.    Setelah sebati masukkan kepala sotong  dan gula gaul sebati.
4.    Kemudian masukkan badan sotong dan kacau..rasa jika kurang tambah perasa..
(kalau sambal sotong ada sedikit manis pedas baru sedap.)
5.    Akhir sekali masukkan petai yang telah di belah 2 gaul rata padam kana pi dan boleh di hidangkan dengan nasi panas… yummyyy..

Monday 25 May 2015

TIMUN GORENG UDANG KERING

Bila dah jadi istri ni memang hari2 kene masak… macam aku lah walaupun bekerja tetap kene masak… kalau aku ni  yg bekerja pun buntu tak tahu nak masak ape.. lagikan suri rumah yang memang rutin harian dia adalah kerja-kerja di rumah…
Bila fikir punya fikir ape yang nak di makan kan… kat dalam esbok tu ada 1 biji timun.. kalau tengok timun.. balik2 fikir masak bening atau pun ulam kan…. erm.. bosan…
Tetiba timbul plak idea timun goreng…. hahahahaha…. jom lah kita tengok bahan2 yang simple tapi bila di makan sangat sedappp..




Bahan-Bahan
1 batang timun di potong2 (dibuang isi tengah timun)
1 biji bawang besar di hiris2
1 ulas bawang putih di hiris2
1 sb udang kering ( di rendam)
1 btg cili merah di hiris2
1 sb sos tiram
4 sb minyak masak
sedikit air
garam dan serbuk perasa


Cara-Cara
1.     Panaskan minyak kemudian masukkann bawang +bwang putih+udang kering hingga wangi.
2.    Kemudian masukkan timun dan cili merah yang telah di potong tadi kacau hingga sebati.
3.    Kemudian masukkan sos tiram+garam+perasa dan sedikit air dan kacau sebati
4.    Setelah sebati dengan semua perasa boleh lah mati kana pi dan dihidangkan.


Ringkas kan… cuba lah…

Sunday 24 May 2015

Ramli dan Aku

Ni nak cerita sikit lepas tingkatan 1 aku x banyak yang nk share ngan korang sebab masa tingkatan 2 aku di campakkan ke las paling last…. aku pun x faham kenapa cikgu yg aku respect dan syg boleh buat aku mcam ni last2… masa tu aku memang sangat frust lah sampaikan budak2 dalam kelas pun aku x nak kawan… bagi aku masa tu diaorg semua low class… (mcm la aku ni high class sangat) tapi yg buat aku kecewa pekse aku x fail pun… aku x pernah x lulus semua lulus… tapi sekurangnya jangan lah masukkan aku ke kelas yang paling last sekali…. di sebabkan peristiwa tu aku langsung jadi x suka pada cikgu tu trus aku blacklist kan cikgu tu walaupun sememangnya dia black….so malas lah nak cerita….
Masa aku tingakatan 3 aku dapat kelas naik sikit lah dr kelas last tu kan… so budak2 dalam kelas tu pun boleh dikatakan aku suka… x de lah out trus macam kelas last kan…tapi dalam kelas ni pun aku x banyak sangat kenangan.. Cuma ada 1 jer…
Kalau korang nak tahu aku ni jenis dalam sek atau masa sek aku seorang yg x reti nak bercinta atau pun mengedik2 ngan budak lelaki…. bukan aku ni jenis suka pada kaun sejenis… tidakkkk!!!! tapi pada masa tu aku ni …. sedar diri sikit… orang lain sibuk dtg sekolah nk melawa bagai… sipu2 malu ngan budak lelaki.. time rehat nk berdating lah.. balik sekolah sama2 lah… cinta monyet lah katakan.. tapi tidak bagi aku… pertamanya masa sekolah tak ada sape pun syok kat aku ni yang hitam…. dan aku plak pada masa tu jenis orang yang selambba so mungkin tu bukan jenis ciri2 gadis yang seorang jejaka atau lelaki suka kot… hahahahaha…. tapi yang aku nak cerita ni… masa aku tingkatan 3 boleh plak 1 mamat ni … nama dia Ramli… hahahaha nama macam orang tua kan… budak nya x lah hitam macam aku.. dan x lah hensem mengikut citarasa aku… biasa2 jer…dia ni…dia ni.. boleh plak TERsuka pada aku… hahahahahaha
Buat pertama kali cerita ni boleh menyebabkan aku gelak besar… dalam hati ni mcmne lah dial eh suka pada aku ni ….



Nak jadikan cerita ada 1 hari aku g pasar malam ngan arwah mak aku…. dulu2 orang semua panggil aku ni anak mak… sebab??? aku selalu teman arwah mak aku g pasar malam ngan tolong dia tarik bakul.. kat tempat aku tu pasar malam setiap hari rabu… so setiap hari rabu aku akan tolong arwah mak aku ptg g pasar malam tuk belanja lauk seminggu… pada masa tu lah tgh aku jalan ngan mak aku si Ramli ni boleh terpandang aku dengan senyum2… aku??? wat bodo aje la… dia macam follow jer aku ngan arwah mak g mana… bila toleh dia senyum jer kat aku…

Esoknya sebelum waktu rehat ada sorang kawan aku sampaikan pada aku… (aku dah lupa sape nama kawan aku) dia cakap “Ja…. Ramli kirim salam dia nak jumpa ko kat depan pustakaan waktu rehat” aku diam jer x kata yer atau tidak…
Tiba waktu rehat aku pun stay lah depan kelas aku (kat koridor kelas , kelas aku tingkat 2) depan kelas aku tu lah perpustakaan… bila aku toleh si Ramli ada kat depan panggil aku dengan senyum2… aku ngan selamba jer… “ko nak ape??? ada ape2 ker? kalau ko nak cakap ape2 bgtahu lah sekrang…”(cakap macam orang pekak terjerit2 hahahahaha…. pastu si Ramli ni leh plak market…. “erm… jgn mccm tu meh lah sini” aku makin jadi pelik… “ala tak payah nk lembut2 jiwang2 sangat lag sore ko.. nak ape ccakap lah skrang kalau tak aku bla” Ramli terus berubah wajah… dia terus kata “oklah tak ape lah lain kali” hah??? kalau ko majuk ko hingat aku nak pujuk ker??? sorry lah…

Kringgg!!!!! waktu sekolah pun tamat… biasanya lepas abis sekolah aku balik jalan kaki ngan geng2 aku… almaklumlah bukan jauh mana pun rumah aku tu… turun jer kelas aku ada plak mamat ni jerit ngan aku” ja!!! ramli tunggu kat pagar nak balik saing ngan ko!!” ishhhh si Ramli ni bikin aku malu jer… kalau yer pun tak payah lah nak pakai wakil bagai nk bgtahu kan…. aku terus jer jalan ngan geng2 aku.. sampai kat luar pagar aku dah Nampak muka Ramli senyum2 tgk aku… aku cakap kat geng2 aku… “adoiii si Ramli ni.. ape hal plak dia nak jalan sama aku… rimas lah” geng2 aku semua kata pegi lah nanti kitaorg follow belakang ko… so aku pun jalan dan ramli datang kat aku terus jalan saing… dalam perjalanan tu 1 dia Tanya aku jawab 1 jer… aku ni rimas lah ngan dia.. dan dia pun bukan taste aku pun hahahahaha…. dalam bual2 dia jer banyak Tanya aku diam jer…  tup2… dia Tanya aku… “dengar kata mak awak sakit yer” aik??? mana dia tahu ni mak aku sakit…. aku terus jawab “erm”… tu jer aku jawab k…. bila dah nk dekat rumah dia pun cakap… “ja sebenarnya Ramli nak kawan ngan awak.. nak jadikan awak awek saya boleh?”
KAHKAHKAHKAHKAHAKAHKAHKAHKAHKAH!!!!!!!!!!!!!!!!! tergelak besar aku dengar…. “owh selama ni yang ko senyum kat aku… ajak aku jumpa kat pustakaan lah.. nak balik saing lah.. rupanya ko nak sampaikan ni ek” Ramli jawab “erm..”

Sorry lah Ramli aku rasa ko salah orang… aku bukan ape.. aku belum ada rasa minat nak  couple2 ni… ko carilah orang lain.. dan mungkin ko jugak tersilap pilih…pilih lah orang lain tapi bukan aku…lepas ni ko jangan kacau aku tau.. kita just kawan 1 sekolah jer ek….



Korang ghase???????? Nampak macam kerek kan aku…. tapi tu lah hakikatnya aku yang sebenar di waktu sekolah… aku dulu seorang yang merendah diri di sebabkan aku fikir ngan rupa paras aku yang hitam dan x lawa confirm mana ada orang suka ngan aku… nak couple jauh sekali… so kira kes ramli ni macam dalam mimpi lah…




Sejak dari tu ramli dah kurang kacau aku.. nak senyum pun macam nak tak nak jer… 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...