Bila
habis jer cuti sekolah aku pun di daftarkan untuk masuk tingkatan 1 di Sek Men
Senai (SMS) permulaan yang baik sebab aku dapat masuk kelas 1 E nak kata baik
sangat tu tidak la hook lah dari kelas yang hujung2 kan so now bermula lah
zaman remaja aku dan kawan2….
Kalau
korang lah kan masa zaman remaja mesti banyak pengalaman dan kenangan manis kan….
sama jugak macam aku.. giler x banyak kenangan… aku rasa time sekolah lah
seronok sangat. So untuk tingkatan 1 di Sek Men Senai aku pada sesi petang so
sekolah bermula pada jam 1 lah macam tu lebih kurang (aku pun dah lupa lah) dah
habis lebih kurang jam 6.30 ker 6.45 macam tu lah… masa zaman aku ada tingkatan
PERALIHAN kira macam kelas tambahan bagi pelajar2 cina atau india yang dari
Sek. Keb. Jenis Tamil/Cina so kira kalau lah katakan dia sama umur dengan aku
bermakna dia akan lewat 1 tahun sekolah so dia tak akan sama kelas dan tahun
belajar dengan aku kira tahun depan baru dia akan masuk ke tingkatan 1 yang
mana sama kelas atau tahun dengan aku diaorg dah masuk tingkatan PERALIHAN ni masa tahun lepas.
Macam
biasa aku sangat suka dengan mata pelajaran Bahasa Enggeris yelah sebab aku kan
bermula dari sekolah IJ Convent di mana sekolah tu telah mengajar pelajar untuk
minat kepada Bahasa Enggeris almaklumla sekolah pun sekolah omputeh so tak
heran lah kalau kebanyakan pelajar kat situ semua pandai English tapi bagi aku
tak ada lah hebat sangat biasa2 aje.
Cikgu
kelas aku nama dia memang aku tak boleh lupa dari dulu sampai lah sekarang dan
muka dia pun aku tak boleh lupa… kenapa aku tak boleh lupa???? ada cerita dan
sejarah di sebalik cikgu ni… nama cikgu aku Parameswary hahahah memang cikgu
india… pada mulanya aku sangat suka dan sayang pada cikgu ni sebab bagi aku dia
sangat baik dan sangat positive bila mengajar aku dan kawan2 yang lain. So tiap
kali subject dia iaitu English aku tak pernah missed sekali pun kecuali aku MC
lah… dan setiap soalan dia aku mesti bboleh jawab dan focus setiap kali dia
mengajar kira hebat kan…. bangga kan… memang lah sape yang tak bangga kan.
Pengalaman
aku masa tingkatan 1 ni banyak mana ngan budak2 peralihan yang nakal dan kebanyakannya
ahli kongsi gelap… erm… crita pasal ahli kongsi gelap ni budak cina lelaki yang
dok sebelah aku ni budak kongsi gelap jugak nama dia kalau x silap aku lah…
Chai Moi Kong kawan2 semua panggil dia amoy walaupun dia lelaki sebab nama kot…
tapi masa aku sekolah memang aku baik ngan budak2 cina mungkin sebab tu kot aku
memang boleh baik ngan cina seba dah biasa kan. Budak ni cara dia sempoi jer
tapi jangan lah ada orang kacau dia mahupun cikgu habis lah dia akan ngamuk dan
buat hal… tapi sepanjang aku dok sebelah dia … dia ni ok tak ada plak buat
dajal ngan aku.. ala dulu2 kan cikgu suka bg susunan meja kerusi selang2 lelak
perempuan kan so aku terkene ngan budak cina so redha aje lah. Aku teringat
masa aku tertinggal buku teks … dah nama pun dok sebelah2 kan so adat lah kalau
pinjam meminjam ni jadi agenda utama kitaorg kan so nk pendekkan cerita aku
tertinggal buku teks jadi aku pun cakap lah ngan “amoy” ni yang aku nak pinjam
buku atau share boleh tak … perghhh
boleh plak dia cakap “ eh lu ada buku sendri ma… mana boleh pinjam2.. eee… tak
boleh pinjam” [erghh kedekut nak mampos…. dah lah cakap sambil senyum sinis kat
aku…. hati geram jer kang kalau aku bangun kang ada gak aku kene belasah so
lebih baik aku diam aje… tak sampai beberapa minit lepas tu tetiba jer dia
tolak buku tu ke tengah terus cakap
“ala
gua main2 aje lah sini lah kita share lu kawan gua ma… tak da salah punya kalau
kongsi ma” sambil senyum macam kerek gitu… pakkal aje aku terpakse so nak ke
tidak aku terpakse lah share…tapi korang jangan tak tahu rupanya diaorg ni
kalau kita baik ngan dia .. dia akan baik dan jaga kita dari org lain yang cuba
kacau kita, so setat dari tu aku terus baik ngan dia Cuma kadang2 bila dia lupa
aku plak buat dia macam mana dia buat aku bagi dia rasa ape aku rasa….
haahahahaha…
Ada
satu hari aku pegi pasar malam kat depan umah aku… pasar malam ni kira terkenal
kat Kulai tau sebab pasar malam yang tersusun rapi dan pasar malam yang paling
panjang dia Kulai. Kalau dulu2 budak2 perempuan ni suka tayang muka kat pasar
malam … sebab???? sebab kat pasar malam leh cuci mata sambil cari pakwe
hahahahahaha.. lawak kan bunyi nya tapi itu lah kenyataan nya yang berlaku pada
budak2 perempuan taman aku termasuk lah aku… hahahah tapi aku tak ada lah
tayang muka ober2 sangat.. hahaha.. so jam mas atu dah kol 20 mlm ikutkan dah
lewat jugak la kan… so aku pun berjalan kaki nak balik dalam masa nak balik aku
kene kacau ngan mat2 ntah dtg dari mana ntah … dalam ketakutan aku pun jalan
laju jer ngan tak tengok kiri kanan.. dalam tengah aku jalan ada plak kereta
benti sebelah aku dan hon!! pergh… aku jadi takut langsung tak nak toleh… bila
aku denagr jer sore “hoi!! mau g mana
ha?? sudah malam tak mau balik kah?” terus aku toleh rupanya si amoy tu hahahah
(budak cina yang dok sebelah aku kat sekolah tu lah…) terus dia cakap mau balik
kah?? mari wa antar lu balik” aku terus cakap “eh tak ape lah rumah aku dekat
aje lah leh jalan kaki lagi pun dah nak sampai “ giler ker hape aku nak tumpang
dia buatnya dia terus jer jalan x hantar
aku balik mcmne?? dah lah dia tu ahli kongsi gelap… pastu dia terus cakap “ape
lu piker wa mau jual lu ka?? sudah malam ma… tabgus lah lu balik lambat2 mcmi”
terus aku terpikir aikkk?? baik plak si kongsi gelap ni.. dalam tak sedap dia
follow aku jalan hingga aku sampai rumah aku.. esoknya masa dalama kelas lagi sekali dia sound aku..”
Woii! lu pompuan ma jangan keluar malam2 ma.. nati kene rogol baru lu tahu”
hahahaha amik berat jugak dia ni…
No comments:
Post a Comment