I Love JB

Wednesday, 13 May 2015

SHORT VACATION TO MELAKA DAY 1 (part 1)

1 Mei adalah hari pekerja kan….
Mulanya plan nak g bercuti lah konon… alah tak yah jauh2 dekat2 aje g kat Melaka udah…
tapi memandangkan dah suntuk nk book date pada 1 Mei memang x dan confirm semua full book kan…
so cara lebih baik aku pun book seminggu selepas cuti Hari Buruh…
Bila aku belek2 Agoda dalam banyak2 Hotel budget  yang aku pilih adalah Euro Rich Hotel.. Hotel ni sebenarnya adalah Hotel budget tapi  tak macam hotel budget pun… so kalau lah katakana aku akan melawat Melaka lagi .. untuk memilih hotel budget aku akan book sekali lagi ke Hotel Euro Rich Hotel…

Nak kata layanan baik so far ok jer… ye lah budget jer pun kan.. dari lobby ke pift terus ke bilik aku memang puas hati sangat.. walaupun aku hanya book bilik kelamin saje… meh sini aku share sikit gambar bilik2 hotel  yang aku ceritakan ni…


Ni adalah bahagian lobby hotel… cantikkan.. ngan sofa ala2 english…




Di lobby hotel ada 1 perhiasan kuda emas.. huhuhuhu… menampakkan lagi lah kecantikan di lobby hotel tu even hotel budget aje… kalau korang masuk jer hotel ni bau dia… wangi so korang akan rasa selesa bila berada dia lobby hotel…




Upsss that’s my boss huhuhuh… baca surat khabat lepas b’fast…
picni amik masa hari ke 2 lepas kitaorg b'fast hehehe..



Keadaan bilik kitaorg biasa jer sebab amik yg kelamin saje.. tapi suasana dalam bilik ok bersih dan cantik… toilet pun memuaskan hati… x yah nak bawak berus gigi diaorg siapkan.. sikat semua tersedia… Cuma aku tak brapa suka sebab ruang untuk solat sangat terhad… so harap lah pihak hotel amik perhatian lebih…


Hehehe… my boss baring main tab sementara tunggu kawan kitaorg siap….


Welpie welpot sekejap…


Jeng..jeng… tiba lah hari yang di nanti2 kan.. cewahh macam nak berjalan jauh lama plak padahal Cuma ke Melaka aje… ok.. luar Joho ok….
Mulanya  plan nak g family aku aje… bila BFF aku dengar dia pun nak join… lagi lah seronok kalau ada geng kan… Cuma dia x dapat book hotel sama macam aku… kalau x silap aku dia book Mawardah Hotel kot…
So aku gerak pagi dalam kol 7 janji melayu…hahaha sebab cakap kol 7 tapi keluar rumah nya kol 8.30 sebab??? En. Hubby kalau siap memang lambat kalah perempuan…
So 1st destination kitaorang adalah benti makan sarapan…. critanya nak sarapan tapi bila sampai kat kedai ni rasanya terus lunch kot… sebab kitaorg singgah RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI  yang terletak di Yong Peng.. kedainya tepi jalan aje.. dari jauh dah boleh Nampak signbord besar.. lepas tol air hitam tu belok kiri terus aje… aku nak cakap pun x brapa pandai sebab aku duduk di sebbelah pemandu…
Sebelum ni aku hanya baca komen orang pasal kesedapan makanan di restoran ni Cuma aku belum cuba..try..test lagi la… so hari tu baru aku nak try…
Ape yang aku boleh katakan memang aku rekomen kat korang kalau sape2 yang rasa nak makan nasi arab yang murah lagi sedap… berbaloi..baloi…
Meh lah datang cuba bagi sape2 yang suka jalan2 cari makan…. 




Sebenarnya Restoran ni terletak di Kampung Haji Ghafar.. nil ah keadaan luar Restoran Kari Kambing 40 Hari



Ekceli 1 portion ni boleh share makan 2 orang sebab banyak… memandangkan kitaorg memang lapar dan teruja bila sampai sini maka order lah 2 pinggan nasi lauk jer berbeza… aku amik portion nasi dan ayam, En. Hubby amik nasi dan lauk kambing…
Lauk ayam yang aku amik memang terasa sangat bila masuk ke mulut aduyaiiiii sedapnyaaaaa….
Nasi arab nya berwarna kuning dan sangat lembut... macam tu juga dengan ayam yang aku makan memang tak rasa muak macam kita makan nasi bryani kan, kalau kuah kambing aku rasa bila masuk dalam mulut aduyaiii memang cukup rempah dan rasa... 1 pingan nasi arab berharga rm12 saje murah kan...kan...
Kat restoran ni bukan takat nasi arab aje yang di jual tapi ada jugak jual Mee Rebus Gear Box aku x order, tapi tengok meja sebelah order mak aiii pinggan dia beso memang puas hati 1 pinggan mee rebus aku dengar dia kata RM12 jer dia ingat kan orang tu salah kira sebab dia sangka RM15 so murah lah sebab pinggan dia besar sangat… 
Kat restoran ni jugak ada jual roti canai yang di makan dengan kari kambing atau pilihan ayam... harga roti canai cuma 1 keping rm1 jer... berbaloi dengan kuah yang kita cicah tu... auwwwww....

Restoran ni di buka setiap 40 hari
dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari... 
aku rasa Restoran ni memangg dah cukup fames di abad ni 
so ape tunggu lagi bagi peminat2 nasi arab korang pasti x rugi kalau datang sini...
meh support orang melayu kita...
yeahhhh...




Keadaan luar Muzium Istana Melaka 


Usai makan sarapan kita terus kan perjalanan ke Melaka destination ke 2 kita adalah terus ke banda hilir sebab aku nak ke A Famosa kononya sebab aku last kecik2 aje naik A Famosa, tapi masa tu ada kereta lembu... kita boleh naik ramai2 tapi sekrang aku tak perasan pun ada kereta lembu…
Bila sampai aje my BFF cakap ok… tadi sape yang kata nak naik A Famosa silakan la yer naik kitaorang tunggu kat bawah aje… Tapi aku pilih untuk ke muzium Melaka aje dulu… masuk muzium hanya bayar RM2 saje untuk dewasa…
Sebenarnya aku memang suka masuk muzium dan suka sejarah, tapi kenapa ek masa sekolah sejarah aku tak pernah pun dapat markah yang memberangsangkan hahahaha lagi lah sejerah dunia memang confirm aku out!!!
Tapi ni Cuma sejarah Melaka… kononnya aku nak tunjukkan kat anak aku yang umur 4 tahun tu sejarah Melaka… acceeehhhh tapi anak aku tu sampai2 aje muzium yang di dalam istana lama, tu dia terasa macam kita ni pegi melawat umah sedara plak happy tak terkata seolah2 itu rumah dia berlari2..
Dalam diam aku pun mengimbas kembali sejarah masa sekolah dulu yang aku pun ingat2 lupa…
kat situ aku dapat tahu kenapa dan mengapa…
dalam suasana yang berlatar belakang kan filem Hang Tuah aku terus menyusuri istana lama tu…
Katanya itu adalah tapak dan pembinaan asal istana, aku pun tak berapa pasti sebab nak tanya orang yang jaga pintu masuk tu sibuk main henpon aje..
Pada pendapat aku lah… sebenarnya Hang Jebat lagi hebat berbanding Hang Tuah tapi x tahu lah pendapat korang kan…
Sebab??? sebab Hang Jebat ni orang yang jujur dan berani .. kenapa aku cakap macam tu… dia tidak sebuta2nya nk pejamkan mata dengan ape yang di nampak tidak betul dan salah sebab tu dia suka membantah dengan araha sultan, bantahan dia pun ada sebab.. tak macam Hang Tuah hanya mengikut perintah saje walaupun di tahu itu adalah salah.... bermakna Hang Tuah ni kira pengecut lah…. Cuma sejarah mengatakan di hebat dan hero sebab sangat patuh pada setiap arahan dan perintah Sultan dia… hahahahaha… itu pendapat aku lah… korang aku tak tahu… 


Nampak tak keterujaan dia seolah ini adalah rumah hahahaha….




Me and My BFF forever


Ni pintu masuk dan keluar Muzium dan kat sini lah jugak tempat untuk beli tiket


Nampak tak 2 hero kesayangan aku tgh naik  tangga tu .. fuhhh!!! agak semput jugak lah nak naik dengan berat badan aku yang berkilo2 ni... kejap2 benti... kejap2 benti sebab lenguh... sampai atas jer terus tarik nafas panjang ...

Lepas pergi Muzium Istana Melaka kitaorg terus gerak naik A Famosa, my BFF tak nak naik A Famosa aku jer yang beriya sebab kononnya dah lama x naik... kononnya  nak tengok keadaan sekarang macam mana, ada perubahan ker tidak, tapi sama jer Cuma tempat orang buang duit tu dah jadi bertutup.
Aku tengok dalam tu duit tak banyak pun sedangkan hari2 ada pelancong datang buang duit kalau lah dari dulu sampai sekarang rasanya duit dah banyak menimbun kan…. kononya kalau kita buang duit sambil berniat in shaa alah hajat kita akan tertunai... bila dengar macam merepek kan tapi itu lah yg di lakukan oleh pelancong2 malaysia dan luar negara...but not me... hahahaha ape lah aku ni opkos lah duit tu dah kene amik ngan Jabatan Pelancongan ker atau Kejaraan Negeri Melaka kan… tu pasal kita tgk macam tak banyak dan ada mangga lock lagi pada jaring tu hahaha.


Keterujaan untuk naik sampai atas tu memang terselah pada muka aku… En. Hubby aku ni just follow jer ape yang aku nak buat so dia pun kene lah naik jugak kan…

Tapi bila sampai atas aku rasa macam erm… tak ada ape sangat yang menarik perhatian aku ,...Cuma kalau lah pelancong datang memang akan ada pemandu pelancong yang akan bercerita lah tentang sejarah bangunan tu kan… tapi macam aku ni kan jalan sendri lagi pun dalam Negara jer kot tak yah la nak pemandu pelancong bagai… mengada-ngada plak kan…


En. Hubby dan hero kecik aku.. dah sampai atas anak aku berpeluh2 almaklumlah Melaka kan panas even ada angin…


Dapat jugak lah Welpie 3 beranak , ekceli aku ada bawak SJ Cam tuk amik gambar tapi asik x boleh nk connect ngan hp jer.... plak tu aku bukannya pandai sangat guna so just guna lah monopod tangan sendri … jadi lah tanganpod… maka terhasil lah gambar kitaorg 3 branak..



Tak ada ape aktiviti menarik kat atas tu tetiba aku terasa  macam menyesal plak naik sampai atas ngan berpeluh2 bila tiba atas nothing… huh!!! sekurannya cerita atau penceritaan tentang sejarah A Famosa tu ada lah di sediakan dengan sedikit gambar ker… dapat lah jugak kita gambar kan… ni langsung tak ada
Yang ada pun batu2 macam batu nisan style orang puteh tu… tu pun aku tengok x banyak info yang diaorg letakkan… so agak frust jugak lah kan… ape yang boleh amik angin relax2 jap sebelum turun bawah.,…

aku agak risau jugak ngan anak aku yang aktif bila ada kat atas ni.... kalau dia lost control terbyg terjatuh jer… ishhhh selisih harap2 jangan lah berlaku kan…


Tapi ada lah beberapa gerai yang jual cenderahati  dan lukisan potret kat atas tu…. harga?? biasa la lebih dr biasa harap maklum…
Pemandangan dari atas kita boleh Nampak kubur2 lama portugis yang masih ada kekal hingga sekarang…



Rasa macam tak ada apa lagi yang nak di nikmati aku terus ajak En. Hubby turun.. bila turun my BFF dah tunggu kat bawah pintu gerbang A Famosa tu dalam tu ada lah 2 orang busking tgh nyanyi.. tengah2 sampai tu dia nyanyi plak lagu Hotel California my fav song jadi tunggu jap hilangkan penat sambil dengar diaorg nyanyi.


Dah penat nak berjalan ape lagi beca dah tersedia menunggu penumpangnya…
penat weii ngan cuaca panas tu so kitaorg pun pilih untuk naik beca dari A Famosa tu ke bangunan merah… pusing semula ke A Famosa dengan harga package RM25 1 beca.... nak kata jauh tu tidak lah dekat pun tidak.. memandangkan cuaca sangat lah panas terpakse lah naik beca sambil buat amal jariah dengan penarik beca tu…


Kesian kat hero kecik aku ni dah macam anak hape dah… berpeluh2 muka pun tak semengah hahaha… panas2 pun dia tetap suka sebab dah lama x bawak dia berjalan sebenarnya…
Kira ni pengalaman ke 2 kot bagi aku naik beca… dan yang pertama bagi anak aku dan en. hubby… hehehe agak seronok naik beca yang di hiasai dengan  bunga2 dan patung2 frozen dan hello kitty… hahaha maka beca kitaorg berwarna pink…. kelassss koooo

Sebenarnya aku nak cerita kat korang.. penarik beca kitaorg seorang pakcik tua... aku nak borak2 ngan pakcik ni pun x sempat dan tak boleh nak bual sangat.. bukan sebab pakcik ni sombong atau ape tapi dia pekak... sebab aku perasan dia pakai alat bantuan pendengaran kat telinga dia.... sebenarnya tak sampai hati tengok pakcik tu kayuh beca ngan beban berat aku dan en. hubby.... aku ada tanya gak ngan pakcik tu... "pakcik boleh ker ni... kalau tak boleh suami saya naik beca lain"... tapi dia kata... "boleh pakcik dah biasa dah..." 
Bila sampai kawasan berbukit jer aku dah risau boleh ker tidak pakcik ni kayuh... dengan kayuhan yg agak slow pakcik tu tetap kayuh demi pelanggan dia ... 
tapi dasyatttt beca pakcik ni ada radio hokeyyyyy En. Hubby tanya dia radio ni fungsi guna batery ape pakcik... dia jawab guna batery kereta jer.. dasyat kawwww lagu yang di putarkan adalah "Sakitnya tu disini" hahahaha layan dangdut jugak pakcik ni..






Cantik tak beca yang kitaorg naik ni…. pink pink gitu….
badan agak letih dan kita pun belum solat zohor dan isyak jadi kitaorg terus check in hotel jam 3 ptg .. rehat2 jap sementara petang kita nak keluar semula..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...