I Love JB

Sunday 8 April 2012

SIAKAP 3 RASA

kali ni rasa mcm nak makan siakap 3 rasa... erm... resipi ni sy dpt dr pekerja tukang masak Thai restoran kakak ipar aku... dia yg ajo.. so jom kita tgk resipi...





BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap (yg telah digoreng terlebih dahulu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dicincang hhalus)
1 btg serai (yg dihiris2 halus)
10 btg cili padi (yg dihiris2 bulat)
1 tangkai daun ketumbar (dihiris1 halus termasuk sedikit akar)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji nenas (dipotong dadu)
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
5 sb sos plum
garam & perasa secukup rasa
5 sb minyak masak


CARA-CARA

1. panaskan minyak masak setelah masak tumiskan bawang besar+bawang putih+halia sehingga wangi.
2. setelah itu masukkan semua sos & kacau hingga sebati (jika terlalu pekat boleh campurkan sedikit air)
3. setelah sos sebati masukkan btg daun ketumbar & akar kacau...
4. kemudian masukkan tomato+nenas+cili padi & sedikit daun ketumbar+garam+perasa secukup rasa kemudian kacau hingga sebati & biarkan dalam masa 2 minit.
5. ikan diletakkan dalam pinggan kemudian boleh la sira sos 3 rasa tadi ke atas ikan semasa panas, & taburkan daun ketumbar di atas ikan tadi.
6. sedia di makan bersama nasi panas....

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...