Assalamualaikum…
Rasanya aku dah lama
x update resipi kat blog ni kan… ada jugak yang tanya x de resipi baru ker??? Bukan
x de mood x mari la… ok semalam x de idea nak makan ape… kebetulan aku g KAMPUNG JAYA SEPAKAT SENAI tu amik
tudung yg aku tempah (wat koleksi) so ngecek la sikit kat
kawan aku.. sebab mertua dia ada tanam .. dapat la sikit belimbing buloh wat
campur ngan lauk…. Jumpanya kejap je.. api sempat ngecek resipi … hehehe… aku
masak LEMAK CILI PADI DAGING SALAI DAN
BELIMBING BULUH, jom kita tengok resipi ek…
BAHAN-BAHAN
½ KG DAGING LEMBU ( AKU
BELI YANG LEMBUT)
1 BATANG SERAI (DIKETUK)
1 BIJI BAWANG BESAR*
3 ULAS BAWANG PUTIH*
1 INCI KUNYIT*
20 BATANG CILI PADI
HIJAU*
1 BIJI KELAPA (AMIK
SANTAN JE)
5 HELAI DAUN LIMAU (DIBUANG
TULANG TENGAH DAUN)
10 BIJI BELIMBING
BULUH
(DIBELAH JADI 2)
SEDIKIT MINYAK UNTUK
MENUMIS
GARAM & SERBUK
PERASA
P/s : Bahan yang bertanda * hendaklah di
kisar bersama
CARA-CARA
1. Daging direbus terlebih dahulu (untuk
lembutkan daging) selepas direbus dahing di hiris jadi kepingan daging
& daging di salai hingga separuh masak setelah siap angkat & ketepikan.
2. Sementara itu panaskan minyak & masukkan
bahan yang telah di dikisar tadi serta masukkan serai kacau & masak hingga
naik bau & sedikit garing.
3. Setelah naik bau & sedikit garing
masukkan 1 cawan air & kacau kemudian masukkan santan (agak2 je kepekatan kuah)
masukkan daun limau garam & perasa, biarkan sampai mendidih sambil jaga
santan jgn pecah (supaya kuah cantik).
4. Setelah mendidih & tidak pecah minyak
santan tadi masukkan daging yang telah di salai & belimbing buluh tadi
& masak sehingga kuah & daging sedikit serap & ada sedikit rasa
masam2.
5. Bila rasa semua dah cukup boleh la
dihidangkan dengan nasi panas2.
Selamat mencuba……….
No comments:
Post a Comment