I Love JB

Monday, 3 February 2014

JERAGAT???? Meh Sini Baca Tips...

Hye.. Assalamualaikum,...

Saya nak sambung cerita tentang kecantikan yang saya akan share, selain jerawat, nampak muda, muka bersih dan awet muda kita juga boleh hilang jeragat yang ada di muka kita, jom baca fakta ni dan rahsia bagaimana nak hilangkan jeragat sekaligus boleh kelihatan cantik...

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.


Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.
Rawatan untuk melasma.
Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah mengamalkan pengambilan EL MARINO yang sangat semulajadi dan hasilnya boleh dilihat dalam masa 2 minggu sahaja.

Saya malas nak cakap banyak cuba dulu baru tahu pukulan EL MARINO ni bukan cakap main2 tapi kenyataan, guna sendri baru boleh buktikan...



saya tunjukkan testimoni pelanggan yang telah menggunakan...

PERUBAHAN SELEPAS 1 MINGGU MENGGUNAKAN EL MARINO




Percaya lah dengan mencuba baru kita akan puas hati dengan perubahan yg terjadi pada diri kita, nak cantik.. nak gebu... naka mulus.. jangan segan2 untuk bertanyakan pada saya kerana saya sendri pun menggunakan nya.

Friday, 24 January 2014

Nak cantik.. Nak Gebu... Meh Baca Tips...


Sejak akhir-akhirnya saya sibuk jadi memang tak ada masa nk update blog kesukaan ku... Sebenarnya nak cerita sejak akhir-akhir ni ramai yang dok tanya...




"awak dah lain lah"
"wah! ah moy u sudah santek oooo"
"dah lama x nampak skrang makin gojes nampak"
"eh u dah putih lah ape rahsia ek"
"ala kongsi lah sikit tips mcmne boleh gojes ni?"



semua ni ayat2 yang orang dok tanya saya apekah rahsianya.. selama ni saya cuma dia dan kata x menggunakan ape2... ceh..ceh.. bohong lah kalau x guna ape2 boleh gebas gebus kan... na.... sekrang saya nak kongi, nak share, (kongsi ngan share bukan sama maksud ker) ngan awak2 yang comel2 di luar sana.

Sekrang saya akan kongsi kan macamne diri saya boleh berubah (saya x kata tapi orang yang menilai). Dari macam asap bas dah bertukar dari so sweet... (saya x kata tapi orang yang menilai)..

Selain menjaga pemakanan yang seimbang dan banyakkan dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan saya juga ambil makanan tambahan untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda.. Saya dah nekad umur saya 30 saya akan mulakan hari saya dengan penuh keceriaan, kecerahan, kemerahan.. bak kata orang semua nyan "KE" lah...

Jadi tak sia-sia lah saya mengtestimonikan pada diri saya dengan product yang telah saya cuba selama 1 bulan sahaja hokey..... tak caya ker??? sebenarnya dalam masa seminggu pun dah boleh nampak kesan (bergantung pada masalah kulit yer), 

Jangan risau selain dari kita akan nampak gebas & gebus.. kita jugak akan kelihatan lebih muda dr usia yang sebenar, dah tak perlu BOTOK atau SUNTIKAN VITAMIN C lagi da....

Sebelum ni semua dok sibuk cerita pasal kolegen bagai kan.. jangan risau semuanya ada di dalam makanan sampingan ni... jeng..jeng..jeng.. apekah itu???

Antara kebaikan product yang saya guna ni adalah antaranya.. :-

3 Aksi Sasaran
- Merencatkan aktiviti enzim perosak kolagen & elastin
- Mempercepatkan penghasilan kolagen & elastin baru
- Menggantikan kehilangan kolagen & elastin baru


Kolagen & Elastin merupakan bahan utama di lapisan dermis yang memberikan kesan tegang, padat & lembap kepada kulit. Sebanyak 70% daripada tisu kulit terbentuk daripada kolagen.

Bukan sekadar melindungi, tetapi membekalkan perlindungan yang kuat menglindungi.


 Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan kelebihan hehehe saya kongsi kan setakat ni dulu nanti kita sambung lagi... ada banyak jangan risau...

Tapi..tapi..tapi.... hanya setakat kelebihan sedikit yang saya kongsikan tu

HASILNYA...

CERAH, LEBIH CERAH DAN MAKIN CERAH. 

MUDA LEBIH MUDA DAN MAKIN MUDA...

NAK TIPS???? SILA KOMEN DI BAWAH...

Wednesday, 25 December 2013

POTATO SALAD

Assalamualaikum...

Ha.. memandangkan ada permintaan soh aku post resipi ni kat belog aku.. soh aku update resipi kat belog aku.. ( ceh..ceh.. mcm ramai beno peminat belog aku ni ek.) inilah resipi simple POTATO SALAD... moh kita tgk bahan2 dan cara-cara memasaknya yo...



POTATO SALAD HOMEMADE


BAHAN-BAHAN


  • 6 biji kentang di potong dadu dan di rebus (nak guna kurang atau lebih pun boleh)
  • 5 sb mayonis Sandwich Spread (mayonis biasa pun boleh aje)
  • 1 sb serbuk lada hitam ( saya tumbuk)

NI LAH RUPANYA MAYONIS SANDWICH SPREAD (EHSAN GOOGLE)


CARA-CARA

  1. Rebus kentang yang telah dipotong dadu tadi hingga empuk.
  2. Setelah empuk toskan dan rendamkan di dalam air sejuk seketika.
  3. Setelah di rendam seketika boleh lah masukkan di dalam mangkuk.
  4. Kemudian campur kan 5 sb mayonis Sandwich Spread dan gaul sebati.
  5. Setalah di gaul sebati taburkan serbuk lada hitam dan gaul.
  6. Setelah di gaul dan sudah sebati simpan di dalam peti sejuk dalam 5 minit sebelum di hidangkan.
  7. Setelah di simpan dalam peti selama 5 minit boleh lah di makan bersama Chicken Roasted atau di makan begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, 4 December 2013

Budak-Budak Zaman IT (TABLET)

Assalamualaikum...

Ok kali ni nak N3 pasal budak-budak zaman IT skrang ni, macam kite sedia maklum lah kan dalam zaman serba moden ni macam-macam gadget yang dah dikeluarkan kan.. TAB lah.. IPAD lah.. macam2 lagi sampai aku pun x berapa nak hengat sangat lah. Ni nak cerita pasal TAB lah... zaman aku kecik-kecik dulu mana ada benda alah ni semua, dulu men batu seremban lah.. men belon aca lah.. men pondok-pondok lah.. men sembunyi-sembunyi lah... macam-macam lagi projeck aku masa kecik dulu sampai skrang aku tak boleh lupakan memori tu.

Nak cerita pasal TAB yang terjebak sekrang ni anak aku lah yang umur 2 tahun 3 bulan je, tapi dia punya advance kalah aku yang berumur 30an ni... (fuyooo dah 30an seyhhh). Mula-mula HP aku dia bedal.. men game puzzle (haa yang game ni bukan aku yg install yer tapi memang dah ada kat hp aku) kadang men game sampai leka tertido.

Disebabkan takut HP aku JAHANAM!! so aku puun plan lah nak belikan dia TAB. Helo!!Helo!!! aku nak belikan TAB bukannya yang mahal sampai harga riban-riban cuma belikan TAB yang murah je, macam MADE IN CHINA, haaa jadi lah dari HP aku JAHANAM! ape pun tak boleh kan. Ok.... niat untuk beli TAB anak aku tercapai pada bulan Oktober konon-konon sempena beseday dia lah pada September (masa tu aku kan x de  g obersea lah sangat).

Makanya bila dah beli TAB anak aku ni pelik2 sikit.. yelah kan budak baru umur 2 tahun 3 bulan je.. dah mak bapak dia belikan TAB kejadahnya kan.. tu mula2 je.. bila dah seminggu pegang TAB babah dia nak pinjam kejap pun x boleh... seee......... kan aku dah cakap budak2 ni advance dia kalah kita tau...

Nak jadikan cerita anak aku yang umur 2 tahun 3 bulan ni, lagi terror explore semua game dan dah terror macam mana nak godeh TAB tu (aku sendri pun x brapa nak pandai) now dia kalau hadap TAB dia tu memang x pandang lain dah....

Ape kata kalau kita try ajo anak2 kite ni men game macam kita duulu2.. macam men belon aca ker.. ye lah aktiviti luar kan... baru lah boleh imbau kenangan zaman kita kecik2 dulu.. huhuhuhuhu.....


Muncung sedepa...

Sunday, 24 November 2013

LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG

Orang kata kalau lauk lemak cili api ni semua berasal dari N.Sembilan... betul ker?? kalau tanya aku jawapannya HENTAH... mungkin kot sebab sejak aku tahu memang org negeri gemo masakan berlado/ lomak cili api ni. Walaupun aku buukan org N.Sembilan tapi masakan ni menjadi menu wajib dalam seminggu kat rumah aku.. (kadang2 buntu x tahu nak masak ape). moh lah kita tengok ape bahan nya.





BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kembung yang di belah 2
2 biji tomato dibelah 4
2 biji kentang di belah 4
1 batang serai diketuk
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
10 batang cili padi*
1 cawan santan ( aku guna santan kotak KARA)
2 keping asam keping (kalau tomato masam kurangkan asam keping jadi 1 keping)

P/S : bahan bertanda * perlu di blender

CARA-CARA


  1. Masukkan santan di dalam periuk dan masukkan air di dalam kotak goncang dan tuang kedalam periuk buat dalam 2 kali masukkan air.
  2. Masukkan semua bahan yang telah di blend ke dan serai ke dalam santan di dalam periuk dan didihkan, kacau jangan sampai pecah minyak. Api jangan terlalu kuat atau perlahan.
  3. Setelah mendidih masukkan kentang+tomato+asam keping serta tambahkan dengan garam/perisa.
  4. Setelah kentang empuk dan didih masukkan ikan biarkan sampai mendidih.
  5. Setelah mendidih rasakan masakan jika kurang garam/perisa. jika semua ok bolehlah tutup api dan hidangkan.
Simple menu untuk lunch /dinner kan... jom lah try.

SUP KENTANG MAK NAH

Sup kentang ni peberet aku kalau tak ada lauk masauk lauk ni lawan ngan ikan goreng dan sambal belacan memang terangkat... auwwww!!! Pada bulan puasa boleh dikatakan lauk ni adalah lauk wajib bila sahur untuk kitaorg semua, arwah mak memang suka sajikan kitaorg dengan sup kentang ni.
Menu ni simple je kalau tak ada gas kat umah pun kita boleh masak guna rice cooker ok..
Jom lah kita jengah ape bahan2 yang diperlukan dalam resipi SUP KENTANG MAK NAH ni.





BAHAN-BAHAN

2 biji kentang di potong 4 ( kalau nak kurangakn atau lebihkan kentang pun boleh)
3 keping fungus hitam - direndam dengan air terlebih dahulu supaya kembang

Sebelum di rendam ( Gambar ehsan google)

Setelah di rendam dan sudah menjadi kembang ( gambar ehsan google)

10 helai Kim Cam yang telah di rendamkan dengan air terlebih dahulu

Rupa Kim Cam (gambar ehsan google)
Sedikit tahu kering & su'un - perlu direndam terlebih dahulu
2 biji telur
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sb ikan bilis*
4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam/perasa

P/S : Bahan bertanda * perlu ditumbuk


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang tertanda * tumis hingga wangi.
  2. Setelah wangi masukkan air & kentang biarkan sampai mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan fungus hitam+kim cam+su'un+tahu kering serta garam & perisa biarkan sampai mendidih.
  4. Setelah mendidih pecahkan 2 biji telur dan biarkan hingga separuh masak, setelah itu boleh lah tutupkan api dan boleh dihidangkan.


Mudahkan jadi boleh lah cuba...
SELAMAT MENCUBA


IKAN MASAK TAUCHU DELIMA

Bila dah lama x update blog ni rasa kesian plak pada follower aku kan... ade ker follower??? huhuhu
Ok sebagai permulaan selepas dah lama tinggalkan blog ni aku mulakan dengan resipi yang simple iaitu IKAN MASAK TAUCHU. Masakan yang simple tapi boleh buat orang tambah berkali2.. ye ker??? kalau x caya jom kita jenguk resipi k.





BAHAN- BAHAN

 3 Ekor ikan selar (nak guna ikan ape pun boleh terpulang)- goreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
1 Inci halia*
1 Batang cili merah & 1 Batang Cili Hijau*
1 senduk minyak masak
1 sb tauchu (kalau nak letak sikit pun x pe)
1 sb jus delima
Sedikit air
Sedikit garam/perasa/gula

p/s : Bahan bertanda * perlu di hiris2


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris kecuali cili merah & hijau, kacau hingga sedikit layu.
  2. Setelah bawang sedikit layu masukkan tauchu dan kacau seketika kemudian masukkan jus Delima dan sedikit air kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih tambahkan dengan garam/perasa/gula kemudian masukkan cili merah & hijau kacau hingga rasa sebati dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan ikan yang telah di goreng tadi kacau seketika kemudian tutup api dan boleh dihidangkan.


Menu yang simple tapi berkhasiat dari jus Delima.

SELAMAT MENCUBA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...