I Love JB

Wednesday, 25 December 2013

POTATO SALAD

Assalamualaikum...

Ha.. memandangkan ada permintaan soh aku post resipi ni kat belog aku.. soh aku update resipi kat belog aku.. ( ceh..ceh.. mcm ramai beno peminat belog aku ni ek.) inilah resipi simple POTATO SALAD... moh kita tgk bahan2 dan cara-cara memasaknya yo...



POTATO SALAD HOMEMADE


BAHAN-BAHAN


  • 6 biji kentang di potong dadu dan di rebus (nak guna kurang atau lebih pun boleh)
  • 5 sb mayonis Sandwich Spread (mayonis biasa pun boleh aje)
  • 1 sb serbuk lada hitam ( saya tumbuk)

NI LAH RUPANYA MAYONIS SANDWICH SPREAD (EHSAN GOOGLE)


CARA-CARA

  1. Rebus kentang yang telah dipotong dadu tadi hingga empuk.
  2. Setelah empuk toskan dan rendamkan di dalam air sejuk seketika.
  3. Setelah di rendam seketika boleh lah masukkan di dalam mangkuk.
  4. Kemudian campur kan 5 sb mayonis Sandwich Spread dan gaul sebati.
  5. Setalah di gaul sebati taburkan serbuk lada hitam dan gaul.
  6. Setelah di gaul dan sudah sebati simpan di dalam peti sejuk dalam 5 minit sebelum di hidangkan.
  7. Setelah di simpan dalam peti selama 5 minit boleh lah di makan bersama Chicken Roasted atau di makan begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...