I Love JB

Tuesday, 21 April 2015

SOTONG MASAK HITAM

Sotong Masak Hitam
Kalau yang tak tahu semua mesti kata eeee…. dengan rupa yang hitam.. Actually ni lah makanan orang Joho.. sape2 yang dok Joho atau memang org Joho mesti tau punyalah…

Sekarang aku nak share resepi Sotong Masak Hitam dengan semua follower dan yang bukan asal Joho… Jom kita try masakan Joho..






Bahan-Bahan
1 kg sotong (dicuci dan jangan buang dakwat sotong tu tos betul2 hingga tidak ada air)
2 btg serai (diketuk)
1 inci Halia*
1 inci kunyit*
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sk lada hitam*
5 biji cili padi (optional aku suka potong lada merah)
sedikit air asam
5 sb Minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa
P/s bahan bertanda * hendaklah di tumbuk

Cara-cara

1.         Panaskan minyak masukkan serai yang di titik  dan bahan bertanda * tumis hingga wangi.
2.        Kemudian  masukkan sotong tadi (masukkan badan sotong dahulu) kacau sebati.
3.        Selepas tu masukkan kepala sotong dan gaul pecahkan dakwat sotong gaul sampai kaler hitam sebati.
4.       Setelah itu masukkan perahan air asam gaul dan biarkan sehingga sedikit kering.
5.       Setelah kering masukkan garam dan serbuk perasa serta hirisan lada merah gaul hingga sebati.
6.       Apabila semua rasa dah cukup boleh lah tutup api dan hidangkan.
Selamat Mencuba…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...