kuey tiaw .. owh kuey tiaw…
Assalamualaikum…
semua pun tahu kan ape tu kuey tiaw.. saje
jer bikin gempak sikit… actually aku Cuma nk cerita kuey tiaw ni adalah salah 1
makanan kesukaan aku tak kira lah masak ape pun aku suka janji kuey tiaw…
Kalau kita makan steamboat atau yong tau foo ka
nada kuey tiaw tapi tu jenis yg besar di gulung2 lebih kurang mcm chee chong
fun makanan cina yang fames tu.
So now aku nak share ngan korang cara2 masak
kuey tiaw goring simple dan sedap.. sape2 pun boleh buat kalau ikut step aku ni…
meh ler baca ni…
Bahan-Bahan:-
½ kg kuey tiaw (dilerai2kan dan di gaul
dengan kicap pekat)
5 sb minyak masak
3 ulas bawang putih (diketuk)
5 sb cili kisar
1 sb sos ikan
4 sb sos tiram
10 ekor udang harimau
1 ikat kucai
50 sen taugeh
garam dan perasa secukup rasa
Cara-cara
1. panaskan minyak setelah itu masukkan udang
masak separuh masak.
2. Setelah itu masukkan bawang putih yang di
ketuk tadi masak sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili kisar masak hingga
pecah minyak.
4. Bila cili sudah pecah minyak masukkan sos
tiram dan serbuk perasa serta garam sedikit saje.
5. Kemudian masukkan kuey tiaw yang telah di
leraikan dan di gaul dengan kicap pekat / kicap.
6. Gaul sampai sebati kemudian masukkan sos ikan
(ingatan kalau letak sos ikan akan masinkan masakan jadi kurangkan garam dalam
masakan) gaul sampai sebati.
7. Setelah itu masukkan Udang+taugeh+kucai dan
gaul rata dengan api yang besar.
8. Setelah agak kering boleh tutupkan api dan
hidangkan..
Selamat Mencuba
# nak lagi sedap taugeh tu sila lah buang ekornya yer
Wahhh..nmpk sedp..nk teraii laa
ReplyDeletehehehe try lah simple aje...
ReplyDelete