I Love JB

Tuesday, 26 June 2012

Macam - Macam Hal Lah!!!

Masa sekolah sibuk nak bekerja...
Bila dah kerja sibuk nak jadi budak sekolah semula...
So bila kenang balik waktu zaman sekolah memang indah2 belaka & seronok sangat terasa macam nak kembali pada zaman tu... tapiii.... boleh ke?? of course la x boleh!!!! tapi zaman sekolah la macam-macam hal yang berlaku.. semua benda nak mencuba kan... gedil pun ada.. tapi degil2 kitaorg ni semua jd org yang berguna tau!!!

Saya g sekolah saing ngan Ummi Aiman Arif memang punctual, minah ni kitaorg panggil PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR, sebab dia ni lembut je orgnya.. diam je.. ape kitaorg buat dia follow je... kalau kitaorg wat jahat dia follow jugak... kalau wat baik x yah ckp la.. confirm muka dia ada... dah la g mana2 pun nak pakai baju kurung.. tak PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR ke tu.... kat sekolah dia ni x pernah x buat "homework" yang cikgu bagi... memang anak murid yang baik, jadi aku ni kawan yang degil memang selalu skip nak buat "homework" bila time cikgu mintak je mengelabah la mintak si semah ni.. ape lagi nak "copycat" la... kalau x bagi mesti aku marah dia... hahahaha... lembut punya pasal follow je ckp aku... (tapi aku x kontrol dia ek..) bab meniru je aku selalu pinjam dia...sebab semah memang terror kalau subject BM  dah memang aku dok sebelah dia of course la dia kene pinjamkan pd aku... Tapi sekrang semah ni dah kawin dah ada ada 2 orang & menetap kat Terengganu..walaupun jauh kitaorg masih lg berhubung....
ni pic masa tingkatan 5 semah yg sebelah kanan
ni plak pic semah ngan anak 1st dia aiman@cemut
Nama je ada 4 orang kawan yang dok 1 taman tapi x saing yang lg 2 orang tu, sebab budak 2 org si Farra Ashikin Binti Ahmad & Rohana Salihan tu masuk kelas lambat.. (opis hour la konon), hahaha... dah sah2 si Rohana ni PENGAWAS sekolah dia pun sama naik gak dtg lambat... kiranya kalau dia pun lambat si Nira@Farra selamat la... jgn harap la.. sama jugak dua2 kene bedal ngan cikgu YAHYA, abis sekolah dah nak mula baru dia sampai kat gate sekolah.... so rasakan.... Kalau ikutkan si Rohana ni dok belakang umah aku je.. tapi x nak saing dia.. walaupun kitaorg x saing ge sekolah kitaorg tetap baik dalam kelas.... ape pun tetap bersama.... Si Rohana ni nama je PENGAWAS tapi bukan PENGAWAS tapi PENGANAS, gile2 jugak dia la tukang cover line kitaorg kalau wat salah... kalau ada "spotcheck" je dia la pemberi maklumat dulu pd kitaorg so selamat la geng2 kitaorg... ko memang penyelamat kita la ana... dulu kalau PENGAWAS je mesti pakai baju biru... so si baju biru ni la penyelamat kitaorg.... hehehehe... Tapi si Rohana ni memang terror MATH ngan PRINSIP AKAUN..fuyoooo markah mesti tinggi... kalau org lain matematik tu kene laitahan kan.. tapi dia ni membaca je formula... terror x.... akaun dapat A1 tu......gile x gile la... Now Rohana pun dah kawin paling ramai anak dia la... anak dia dah 4 org 1 kembar, ni akan dtg nak masuk 5.... chaiyokkkk la anna... ko memang subur...
tu... yang baju biru tu la Rohana@anna pic ngan Nira@Farra
ni pic terkini anna ngan anak2 dia
 
Si Nira@Farra Ashikin plak kepala kitaorg sebab dia la paling banyak kuarkan idea2 yang bernas & yang  x bernas, nape dia ngan Rohana sebab memang kat kelas dia dok sebelah2 je tu psl la ape2 berdua je... mcm2 idea dia bawak kat sekolah... pernah terjadi 1 perkara masa sekolah, masa tu aku kat dalam kelas yang si Nira & Anna ni g lepak kat luar kelas (kat tepi kelas kitaorg ada TNB SUBSTATION so lepak la kat situ), pulak tu tgh lepas raya ke atau masa bulan pose sebab musim mercun sibuk sana sini... kalau korang ingtla.. ada sejenis mercun mcm jajan di bungkus dalam pack mcm pack gula2, mercun ni cuma korang perlu tepuk kat tapak tangan, pastu ia akan mengelembung & terus akan mletop..POP!!!!!!!!!!, nak jd kan cerita ada sorang budak lelaki ni  Mohd Jaafar Ahmad nak bergurau ngan Nira so dia pun balingkan la mercun tu pd Nira, tup.tup.. mercun tu jatuh atas kain Nira (nira duduk bersila) belum sempat dia buangkan mercun tu... mercun tu dah meletop POP!!!!! habis berlubang kain sekolah Nira masa tu.... aku yang duk kat dalam kelas x tahu cita masuk2 je dalam kelas dia menangis mata merah, terpinga2 aku tanya rupannya kain sekolah dia berlubang.....Time tu si Mohd Jaafar Ahmad ni dah mengelabah, dtg pd aku tanya ..
"eh ja aku x sengaja la... eh ja Nira nangis ke? abis aku nak buat mcmne ni"
Haaaa... tau puun ko takut... at last dia bg aku duit soh aku belikan Nira kain sekolah kat PASAR MALAM tuk Nira... hahahahaha... ingtkan brutal tapi takut jugak ek.. dah hari tu diaorg x bertegur sapa.. padahal kita semua baik tau... (tapi kejap je) mesti kenangan ni Nira x leh lupakan ek...
yg sebelah kiri tu Nira@Farra pic ngan Anac@Suzana
ni pic nira sekrang yang sebalah aku tu.. (bertudung)
Tapi bila balik sekolah boleh plak saing 4 org.... (ye la dah dok 1 taman kan), kitaorg memang sehati sejiwa walaupun pagi x sejiwa... tu la namanya semangat kawan kan....
Salah 1 pengalaman yang kitaorg x boleh lupa, lepas habis sekolah ptg ada traning nettball dengan semangat waja kita kitaorg ber4 pun g la.. bila balik jalan kaki sesama.. (so sweet) sampai kat tepi bukit (nk turun ni kira sempadan 1 taman ke 1 taman yang lain) kitaorg termjumpa seorang lelaki berpakaian "INSPECTOR GADGET " (masa tu x fikir ape2 pun) tapi tetiba terdengar si rohana ni jerit mcm org kene sawan... (sebab dalam banyak2 kawan si Rohana ni la yang paling kuat jerit) rupanya kitaorg terjumpa ngan org GILE SEKS..eeee.... dulu2 kan sibuk fenomena "ORANG GILE SEKS" ape lagi masing2 cabut lari la... sebelum cabut ada 1 orag lelaki india dtg pd kitaorg tanya "kenapa??? ada ape ni???" kitaorg pun tunjuk la pd org tu terus lelaki india tu jerit panggil orang yang gila seks tu... tapi dia sempat lari....

orang tunggu bas kat bus stop sebab nak g sekolah tapi kitaorg nek bas sebab nak sokong Farra Ahmad (Nina@Farra ni adikkembar Nira x banyak sangat memory sebab dia dok asrama, tapi bila habis sekolah kita rapat tau) men HOKI yang x menang kat DATARAN BANDARAYA JB... semagat setia kawan... balik kene hujan berlari - lari bawah pokok & berhenti makan mee soto panas2 dalam hujan... sedapnya sampai si mai asik teringt je me sop tu... si Susana Aish Adam Marissa x nak ikut dia dak baik (tetiba baik la sebab nak pekse, kalau x dia la hantu) x tahan dengar nasihat dia yang mcm orang meroyan tu kitaorg ckp ko dok je la kat kelas ngan si semah... yang ikut si mai dengan sup soto yang hitam legam....si Anac ni pun hantu jugak (x yah ko nak buat baik sangat la nac) kitaorg panggil dia Anac sebab dr panggilan "ANACONDA" psl perangai dia dulu lebih kurang la sama ngan "ANACONDA"..hahahaha cuma baik sikit je dr tu... dah 1 geng ngan kitaorg so perangai pun dah nak dekat sama je la... cuma niat dia memang baik nak berubah (tapi dah nak last2 nak exam la...) kalau x dia ni geng tido x hengat ngan si Maisarah@mek....
ni masa baru habis sekolah hehehe g CS Nina yg sebelah Semah tu..
 
ni la Nina@mokde pic terkini cun kan..
 
Cita pasal Mek ni nape kita panggil dia Mek sebab Mai jadi Mek lg pun kan dulu2 dalam sastera ada cerita MEK JARAH dalam buku KELAPA NAN SEBATANG, selalu kene kacau "Mek Jarah kalau dah pakai cincin x leh nak main2 kat luar.. x leh makan eskrim berdiri" antara dialog dalam buku KELAPA NAN SEBATANG... dia ni pun sama geng tido ngan si Anac siap tutup ngan buku panjang bagai (buku yang panjang guna tuk sains).. Paling dia enti sekali ngan cikgu BM sebab cikgu ni kalau ajar kitaorg mesti mengantuk.. dengan sore slow.. ckp sorang2 ngan papan hitam sebab dia ajo syok sendri... bila cikgu ni masuk kelas je.. si Mek & Anac mesti ckp
"Alaaaaa cikgu tangkap lentok masuk la plak.." sambil mata mcm nak tido...
ni la pic kawan tido Anac & Mek
 
pic terkini Mek ngan anak dia Akim
ni pic Anac & Family...
 Masing2 dah kawin & dah ada anak.... alhamdulilah... cuma Anac & Nira je jd suri rumah tangga...
 
 


memory masa zaman sekolah yang banyak ragam.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...