jgn marah aaaa siap ada rendang ayam lg... |
LONTONG HONEY STYLE
BAHAN-BAHAN
Nasi himpit (ikut suka banyak mana )
10 ekor udang basah (dibuang kulit separuh)
1 batang terung (dipotong-potong)
3 biji kentang (dipotong-potong)
Suku kobis bulat (dipotong-potong)
5 batang kacang panjang (dipotong-potong)
1 biji sengkuang (dipotong panjang-panjang)
1 batang lobak merah (dipotong panjang-panjang)
2 keping tahu (digoreng dan dipotong dadu)
2 keping tempe (digoreng dan dipotong)
1 packet su’un & tahu kering (packet campuran direndam didalam air)
1 biji santan kelapa
BAHAN-BAHAN TUMIS
1 magkuk minyak masak (dikisar)
2 Biji bawang besar (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit basah (dikisar)
1 inci lengkuas dikisar)
1 batang serai (dikisar)
5 batang cili merah bukan cili kering (dikisar)
Udang kering kurang dari 100gm (ditumbuk)
1 batang serai dititik sahaja.
Cara-Cara
1. 1. Panaskan minyak setelah minyak panas masukkan bahan yang dikisar dan udang kering kacau hingga naik
bau…
2. 2. Setelah naik bau masukkan 1 batang serai yang dititik dan masukkan santan cair dalam 1 mangkuk dan
udang basah, biarkan sehingga mendidih…
3. 3. Setelah mendidih masukkan santan pekat dan kacau hingga pecah minyak..
4. 4. Setelah pecah minyak masukkan garam dan penambah perasa, setelah itu masukkan tahu dang tempe yang
telah digoreng, sayur-sayuran, su’un dan tahu kering biarkan sehingga mendidih.(jgn terlalu lama jgn sampai
sayur layu sangat)
5. 5. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidang, enak dimakan bersama sambal kacang+sambal
tumis+rendang ayam.
SELAMAT MENCUBA …..
No comments:
Post a Comment