I Love JB

Tuesday, 8 January 2013

HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA




Mula-mula plan nak bawak hero kecik ni g mandi2, piker punya piker jom kita g Waterfall Resort Kota Tinggi saje je nak bg hero kecik ni happy kan.. asik dok umah je bosan jugak, kita yg beso ni boleh rasa bosan x kan budak kecik x boleh kan.. Cuma beza dia x pandai nak luahkan.
Nak dijadikan cerita hubby keje malam hari tu so Sabtu malam aku dah follow ucu (akak aku) g umah anak sedara aku yg stay kat kota tinggi, kira bermalam la kat sana… so hubby kata esok pagi2 (Ahad) dia balik keje boleh terus g sana…
Dalam rasa xcited nk berpiknik ni.. pagi2 dah dapat kol dr hubby dia kata kereta rosak jam x boleh jalan…ishhh!! Kereta aku ni asik2 nak meragam je… $$$ melayang lagi, pening2 hari tu dah kuar $$$ banyak… yang paling kesian hubby aku dalam syok2 nak bawak anak mandi2 tiba2 perkara macam ni boleh berlaku… SPOILED MOOD aku je la…
Ape nak buat kan dah nak kene terpakse la hadapi jugak kan.. so hubby kata kereta akan siap dalam kol 10 pg … so aku budget2 erm… sempat r g Waterfall memandang umah anak sedara aku memang dekat bebeno ngan Waterfall so aku pun x la risau sangat…
Jam dah kol 12 masih x sampai2 lg laki aku ni… so aku pun kol balik rupanya kereta jam lg memang siap lambat…. Sedihnya… aku pun ckp la “it’s ok la siapkan aje la kereta tu sampai ok” nasib baik la anak sedara aku ngan akak & abg ipar aku ok so diaorg la bawak kita 2 beranak ni g mandi2….
Seronok memang seronok tapi sedih sebab hubby x de… x pe la lain kali kita g lagi k… harap2 la lepas ni x kan ada perkara macam ni berlaku lg… harap2 la…
Tapi aku berterima kasih dengan akak & abg ipar aku yang sanggup bawak kitaorg g waterfall & teruskan niat nak happy kan hero kecik tu… Yesss!! Memang happy dia… aku??? Happy dalam sedih sebab hubby x de…
Hubbyku sayang sampai kota lebih kurang kol 6 ptg masa tu kitaorg dah keluar dr waterfall so terserempak ngan hubby kat pintu masuk.. siannya  tgk muka dia.. dia yg beriya sangat nak bawak anak at last dia plak yang x dapat g…
Tak ape la.. aku pun naik kereta aku yg banyak problem tu.. (ok jugak la dr x de kan) terus g ke rumah anak sedara aku sebab kita semua kebulur… keh..keh..keh.. makanan yang kitaorg bawak g waterfall tu dah habis… biasa la bila kita berendam akan rasa lapo je kan…
Anyway hujung minggu bersama keluarga memang happy walaupun ada perkara yang x di jangka berlaku…
So now plan next plan plak… heheheheheh….





















Sunday, 30 December 2012

I’am ready to fly….



I’am ready to fly….
Yess!!! Nak kata happy nak fly pun x jugak tapi pujuk la jugak hati yang x happy ni untuk happy sebab x lama lagi dah nak fly ke oversea… (oversea ke?). Bulan Januari ni aku akan bertolak ke JOGJAKARTA untuk melancong ngan kawan-kawan opis yang di tanggung oleh company aku… hoyeahhhh!!! Best kan dengar… memang la dah nama dengan opis dah sah2 la company yang tanggung kan.. so aku memang beruntung sebab x perlu kuat $$ untuk bayar duit flight ticket+hotel+makan semua ditanggung HALAL oleh company aku… wawawa…..
Ye la dah nama support aku cuma bawak duit poket je la tuk beli ape2 yang patut… x yah nak kerek sangat la.. aku Cuma bawak RM500 je… ntah cukup ke tidak boleh la beli je ape yg patut x yah nak over sangat kan…
Niat di hati Cuma nak beli kan mak mertua+kakak ipar+akak aku kain telekung itu pun kalau murah la.. dengar cite batik2 je yang murah… aku x dpt bygkan batik yang macam mana yang diaorg dok cite ni… kalau kain batik bek x payah woooiiittt… boleh la ek dari x de langsung…
Alang2 dah sampai sana bershopping habis la aku tuk standby raya… mari kita carikkkk kainnnnnn…. Itu pun kalau murah… senang cite semua benda yang aku beli nak murah je… jadi kalau murah dapat la aku beli banyak sikit hehehe almaklumla Cuma bawak duit sikit je…
Weeeeeeeeeeeeee………  x sabarnya nak shoppinggggg!!! Tapi yang jadi masalah aku skrang ni adalah masalah RINDU aku pada anak bujang aku nanti… macam mana la nanti keadaan aku bila rindu pada dia… orang kata kalau kita takut kita ni terlalu rindu sangat kita bawak la baju dia yang belum dia cuci untuk pengubat rindu….waaaaaaaaaaa mummy rindu THAQIF ASYRAF….

Waaaaaaaa cite lebih kang x jadi g jugak aku kang.. asik teringat kan HERO aku je… dah..dah… meh ler kita mengisikan KAD PUTIH ni untuk masuk ke Negara orang ya….





Sunday, 23 December 2012

BUBUR AYAM ABC




Bubur Ayam ABC

Masak bubur macam biasa dengan beras 1 pot

2 keping sisi ayam di potong2 (kalau nak guna ayam potong kecil2 pun boleh)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sb sos tiram
1 sk serbuk lada putih (kalauu nak pedas boleh letak ikut suka)
1 kuib pati ayam norr
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (diptong dadu)
3 batang putik jagung (jagung muda kecik yg dalam paket tu di hiris2 serong)
sedikit daun bawang & daun ketumbar (dihiris2 )
sedikit bawang goreng
sedikit minyak bijan ( dalam lebih kurang 4 sb)
Sedikit minyak masak

(untuk bahan yg bertanda * perlu dikisar/ tumbuk terlebih dahulu)


1. Panas kan kuali tumis bahan yg bertanda * bila dah wangi masukkan ayam+sos
tiram+kuib pati ayam & kacau hingga sebati & ayam masak.
2. Setelah itu masukkan serbuk lada sulah+garam+serbuk perasa+ 1/2 cawan air
(garam jgn terlalu banyak kerana sos tiram & kiub pati sudah cukup masin, sy
jarang guna tapi terpulang pd rasa masing)
3. Sementara tunggu mendidih masukkan yg telah dipotong2 (lobak
merah+kentang+putik jagung) kedalam bubur yg telah masak tadi.
4. Apabila kuah tadi sudah mendidih masukkan ke dalam bubuur yg sudah masak &
kacau (pastikan periuk nasi sentiasa on tanda "cook"), tunggu sehingga lobak
merah & kentang empuk boleh la dihidang.
5. Setelah lobak merah & kentang empuk masukkan daun bawang & daun ketumbar
di dalam periuk dan boleh dihidangkan dengan tabur bawang goreng & tabur 1 sb
minyak bijan atas bawang putih tadi.

Friday, 14 December 2012

Mak orang pun kene ngurat tau!!


Nak di kadikan cerita aku g kedai petang semalam nak cari udang untuk masak sambal udang, ala nak bawak g opis sebab kawan2 ajak makan nasi lemak so aku kene la masak sambal udang...

Tapi bukan cerita sambal udang yang aku nak cerita ni.. g kedai lepas tu singgah la restoran hujung kedai tu nak bungkus roti canai.. erm... dah lama x makan roti canai sedap gak.. memandangkan hubby ngan hero kecik kat umah so bungkus je la..

Bila dah order aku pun duduk la kat kerusi sambil tunggu roti siap.. sambil tgk TV mata pusing ke sana ke sini saje nak tgk2... rupanya kat meja depan tu ada 2 orang lelaki & 1 orang perempuan yang 1 orang mamat ni leh plak senyum2 ngan aku...

mula la babak....

Perempuan melayu kalau pakai baju kurung memang manis di pandang....

Mula2 senyum2.. lepas tu... cakap2 ngan mamak restoran...pastu duduk plak kat depan meja aku tu...

Mamat tu : "hye kak long banyak ke beli?"

Aku : sambil x tgk jawab "erm.. x la "

Mamat tu :" dok sini ke?"

Aku : "erm.. ye dok sini"

Mamat tu : "sape nama?"

Aku : "CT"

Mamat tu : "owh saya SHAH"

Aku : "owh ok"

Mamat tu : " keje mana?"

Aku : "ye kat kulai je"

Mamat tu : "cikgu ke?"

Aku : "eh x la..keje biasa2 je"

Mamat tu : "mintak no. phone boleh x?"

Aku : "x boleh "

Mamat tu : "dah kawin ke?"

Aku : " Dah"

Mamat tu : " anak brapa?"

Aku : "sorang "


Sumber Google



#hah!! poyo mamat tu ingat nek moto beso plet s'pore aku heran ke? adoiii bini orang ngan anak dara pun x dapat bezakan ke?

Jadi isteri2 dia luar sana hati2 bersikap jujur la dengan pasangan anda..

#nampak sangat aku jujur kan sampai nama pun aku tipu.. anyway saya sayang suami saya dunia akhirat....amin....

Thursday, 13 December 2012

Rindu blogggg....

Terasa rindu plak nak update blog ni.. erm... macam dah lama sangat aku x mengupdatekan blog kesayangan aku ni. erm... bz??? memey ler... sejak ada si kepoh kecik tu memang bz nak jengah blog pun asik x sempat je.. almaklumla mana ngan keje lagi.. ngan layan kemas umah lagi.. bila free je hero kecik dah bangun.. adoiiiii now!! rindu plak nak update blog...

Arrrghhhh!!! x yah cakap banyak la mari kita update blog ni...
Tapi nak update ape???
Sebenarnya banyak cerita aku nak update tapi tak kan la nak masukkan semua dalam 1 masa kan.. so slow2 la.. macam org cina kata "man..man.. " hehehehe...

Nak kata bz macam biasa la ... tapi sejak ada HP canggih yang boleh whatsapp aku lupakan diri aku ngan blog wat seketika... kacang lupakan kulit kan.. hahaha bukan lupa cuma kemaruk sangat ngann whatsapp.,... (nampak bebno aku ni jakon kan..)

Tapi baru2 ni ada la antara kawan2 yang tanya nak update blog dia x boleh.. (dia tanya aku sedangkan aku pun dah lama x update blog so la friend).. tetiba je macam terdetik aku nak update blog aku yang ntah ape2 ni.. hehehe....

So bermula la hari ni dalam sejarah bahawa aku mengupdatekan blog untuk sekian lama telah menyepikan diri.. Nak cerita best masih fresh... (fresh la sangat) so ni kita kasi panaskan badan dulu k.. esok2 kita sambung cerita hangat kita tu k...

Chow

Tuesday, 9 October 2012

MC Lah..

Assalamualaikum,

Erm.. rasanya dari N3 terakhir hari tu aku dah lama x mengupdatekan blog ni.. bukan dah boring cuma masa cemburu ngan aku je..

Ok cite banyak x guna hari ni cuma nak bgtahu yg smlm aku MC..huhuhu.. kenapa? kalau dah MC of course la sakit kan.. ni sakit betul2 bukan cobaan...

Ini kes betul2 terjadi pada aku..

1. Sore hilang..
2. Batuk.
3. Demam..
4. Migrain..
5. Bisa badan..
6. Belum tahu sakit ape lg..
Dugaan di bulan baru..

Ya ALLAH ko berikanlah kekuatan kpd hambamu ini utk melawan penyakit yakni penghapus dosa, agar dpt meneruskan hari2 yg baik & sihat utk mencari rezeki yg HALAL..
Amin....


 Berdoa dengan harapan aku boleh sembuh cepat amin...

Friday, 21 September 2012

Twinkle..Twinkle..Little Star...

Selamat Ptg semua...
(ceh dah mcm cikgu la plak kan)

Ok N3 kali ni nak kongsi tentang Bahasa Omputih (ala Bahasa English la), biasanya bahasa pasar mesti kita ckp "ckp omputih" so kali ni nak cerita psl "ckp omputih"

Bukan semua org boleh berbahasa English, dan bukan semua boleh berbahasa Melayu (bg yg bukan melayu la) dan bukan semua blaja tinggi (mcm aku la) dan bukan semua blaja x tinggi (mcm aku jugak) hehehe... Jadi berbahasa English ni kalau dah pandai ckp .. dah faham ape yang org cakap dah kira terror la kan...

Ni semua anak aku punya hal la ni... memang kakak aku ni kurang lancar dalam berbahasa english (bukan bodo ye), nak dijadikan cerita aku ni nak g shopping g la bawak dia ke TESCO KULAI... Aku balik kerja sabtu 1/2 day so lepas balik keje terus amik si kecik tu & amik la kakak aku serta anak2 dia sekali, lepas amik diaorg semua aku singgah umah kejap nak amik susu (sebelum sampai aku dah kol hubby soh dia buatkan susu anak), bila sampai kat umah yg hubby aku ni sibuk nak cium anak la.. nak amik itu la.. nak amik ini la.. (yg aku ni pemalas nak kuar kreta tunggu je dalam kreta) memandangkan aku ni nak kejar masa so aku rushing la cakap
"cepat!! cepat!!"
Dalam dok bual2 sampai la ke TESCO KULAI dah habis shopping ada la dalam masa 2 jam dalam shopping complex tu (lama jugak ek) kononnya lepas tu nak la singgah ke econsave tapi terpakse di batalkan.. sebab ape?????????

Haaaaaaa ni la dia Hero aku yg melalak dalam kreta x henti2 rupanya BABAH dia ni lupa nak wat susu anak , yang aku plak boleh sama dengan terlupa jugak... habis gasak la.,.... sepanjang jalan anak aku nangis...

Memandangkan aku ni tengah memandu, jadi terpakse la kakak aku ni pujuk anak aku sebelum sampai umah.. habis semua lagu dia nyanyi kan anak aku supaya dia diam... sampaikan 1 lagu dia nyanyi...







Tau x lagu ape??? dari kakak aku ni x reti cakap "omputih" sampai dah terror..hahahah...
sampai tekak haus nak nyanyi kan anak aku supaya diam.. (ape punya sengal la mummy ni)
Ni la dia lagu yang menjadi FAV SONG anak aku sekrang sampai joget2..

"Twinkle...Twinkle Little start how i wonder what u are"
"Up above the were so high",
"Like a Diamond in the sky"

"Twinkle.. Twinkle Little Star....."

Macam tu la kakak aku nyanyi sampai la kat rumah... hahaha
Ni la yang aku nak ckp... masa dalam kreta aku siap ckp ngan kakak aku lg...
"Cu tau x sekrang ni ucu dah pandai cakap "omputih"
Dia pun tanya
"Kenapa plak bila masa aku pandai "omputih" ni"
Aku pun jawab
"ye la sebab ucu nyanyi lagu ni.. ni kan lagu omputih"
hahaha kakak aku pun ketawa berdekah sebab dia sendri pun x tahu ntah betul ke tidak sebutan dia..
bedal je la..

Sekrang ni kalau nak tidokan atau nak nyanyi kan anak aku lagu wajib adalah lagu TWINKEL LITTLE STAR...


Jadi bagi aku kalau nak mahirkan percakapan / bahasa kita bek kita nyanyi lagu dalam bahasa english / cakap lebih kerap insyallah sape2 yang x pandai/ x tahu mesti terror dah lepas ni..

Jadi bg sesiapa yg x brapa nak pandai/ x reti tu jgn la rasa segan silu untuk blaja & cakap dalam bahasa OMPUTIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...