I Love JB

Sunday 30 December 2012

I’am ready to fly….



I’am ready to fly….
Yess!!! Nak kata happy nak fly pun x jugak tapi pujuk la jugak hati yang x happy ni untuk happy sebab x lama lagi dah nak fly ke oversea… (oversea ke?). Bulan Januari ni aku akan bertolak ke JOGJAKARTA untuk melancong ngan kawan-kawan opis yang di tanggung oleh company aku… hoyeahhhh!!! Best kan dengar… memang la dah nama dengan opis dah sah2 la company yang tanggung kan.. so aku memang beruntung sebab x perlu kuat $$ untuk bayar duit flight ticket+hotel+makan semua ditanggung HALAL oleh company aku… wawawa…..
Ye la dah nama support aku cuma bawak duit poket je la tuk beli ape2 yang patut… x yah nak kerek sangat la.. aku Cuma bawak RM500 je… ntah cukup ke tidak boleh la beli je ape yg patut x yah nak over sangat kan…
Niat di hati Cuma nak beli kan mak mertua+kakak ipar+akak aku kain telekung itu pun kalau murah la.. dengar cite batik2 je yang murah… aku x dpt bygkan batik yang macam mana yang diaorg dok cite ni… kalau kain batik bek x payah woooiiittt… boleh la ek dari x de langsung…
Alang2 dah sampai sana bershopping habis la aku tuk standby raya… mari kita carikkkk kainnnnnn…. Itu pun kalau murah… senang cite semua benda yang aku beli nak murah je… jadi kalau murah dapat la aku beli banyak sikit hehehe almaklumla Cuma bawak duit sikit je…
Weeeeeeeeeeeeee………  x sabarnya nak shoppinggggg!!! Tapi yang jadi masalah aku skrang ni adalah masalah RINDU aku pada anak bujang aku nanti… macam mana la nanti keadaan aku bila rindu pada dia… orang kata kalau kita takut kita ni terlalu rindu sangat kita bawak la baju dia yang belum dia cuci untuk pengubat rindu….waaaaaaaaaaa mummy rindu THAQIF ASYRAF….

Waaaaaaaa cite lebih kang x jadi g jugak aku kang.. asik teringat kan HERO aku je… dah..dah… meh ler kita mengisikan KAD PUTIH ni untuk masuk ke Negara orang ya….





Sunday 23 December 2012

BUBUR AYAM ABC




Bubur Ayam ABC

Masak bubur macam biasa dengan beras 1 pot

2 keping sisi ayam di potong2 (kalau nak guna ayam potong kecil2 pun boleh)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sb sos tiram
1 sk serbuk lada putih (kalauu nak pedas boleh letak ikut suka)
1 kuib pati ayam norr
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji kentang (diptong dadu)
3 batang putik jagung (jagung muda kecik yg dalam paket tu di hiris2 serong)
sedikit daun bawang & daun ketumbar (dihiris2 )
sedikit bawang goreng
sedikit minyak bijan ( dalam lebih kurang 4 sb)
Sedikit minyak masak

(untuk bahan yg bertanda * perlu dikisar/ tumbuk terlebih dahulu)


1. Panas kan kuali tumis bahan yg bertanda * bila dah wangi masukkan ayam+sos
tiram+kuib pati ayam & kacau hingga sebati & ayam masak.
2. Setelah itu masukkan serbuk lada sulah+garam+serbuk perasa+ 1/2 cawan air
(garam jgn terlalu banyak kerana sos tiram & kiub pati sudah cukup masin, sy
jarang guna tapi terpulang pd rasa masing)
3. Sementara tunggu mendidih masukkan yg telah dipotong2 (lobak
merah+kentang+putik jagung) kedalam bubur yg telah masak tadi.
4. Apabila kuah tadi sudah mendidih masukkan ke dalam bubuur yg sudah masak &
kacau (pastikan periuk nasi sentiasa on tanda "cook"), tunggu sehingga lobak
merah & kentang empuk boleh la dihidang.
5. Setelah lobak merah & kentang empuk masukkan daun bawang & daun ketumbar
di dalam periuk dan boleh dihidangkan dengan tabur bawang goreng & tabur 1 sb
minyak bijan atas bawang putih tadi.

Friday 14 December 2012

Mak orang pun kene ngurat tau!!


Nak di kadikan cerita aku g kedai petang semalam nak cari udang untuk masak sambal udang, ala nak bawak g opis sebab kawan2 ajak makan nasi lemak so aku kene la masak sambal udang...

Tapi bukan cerita sambal udang yang aku nak cerita ni.. g kedai lepas tu singgah la restoran hujung kedai tu nak bungkus roti canai.. erm... dah lama x makan roti canai sedap gak.. memandangkan hubby ngan hero kecik kat umah so bungkus je la..

Bila dah order aku pun duduk la kat kerusi sambil tunggu roti siap.. sambil tgk TV mata pusing ke sana ke sini saje nak tgk2... rupanya kat meja depan tu ada 2 orang lelaki & 1 orang perempuan yang 1 orang mamat ni leh plak senyum2 ngan aku...

mula la babak....

Perempuan melayu kalau pakai baju kurung memang manis di pandang....

Mula2 senyum2.. lepas tu... cakap2 ngan mamak restoran...pastu duduk plak kat depan meja aku tu...

Mamat tu : "hye kak long banyak ke beli?"

Aku : sambil x tgk jawab "erm.. x la "

Mamat tu :" dok sini ke?"

Aku : "erm.. ye dok sini"

Mamat tu : "sape nama?"

Aku : "CT"

Mamat tu : "owh saya SHAH"

Aku : "owh ok"

Mamat tu : " keje mana?"

Aku : "ye kat kulai je"

Mamat tu : "cikgu ke?"

Aku : "eh x la..keje biasa2 je"

Mamat tu : "mintak no. phone boleh x?"

Aku : "x boleh "

Mamat tu : "dah kawin ke?"

Aku : " Dah"

Mamat tu : " anak brapa?"

Aku : "sorang "


Sumber Google



#hah!! poyo mamat tu ingat nek moto beso plet s'pore aku heran ke? adoiii bini orang ngan anak dara pun x dapat bezakan ke?

Jadi isteri2 dia luar sana hati2 bersikap jujur la dengan pasangan anda..

#nampak sangat aku jujur kan sampai nama pun aku tipu.. anyway saya sayang suami saya dunia akhirat....amin....

Thursday 13 December 2012

Rindu blogggg....

Terasa rindu plak nak update blog ni.. erm... macam dah lama sangat aku x mengupdatekan blog kesayangan aku ni. erm... bz??? memey ler... sejak ada si kepoh kecik tu memang bz nak jengah blog pun asik x sempat je.. almaklumla mana ngan keje lagi.. ngan layan kemas umah lagi.. bila free je hero kecik dah bangun.. adoiiiii now!! rindu plak nak update blog...

Arrrghhhh!!! x yah cakap banyak la mari kita update blog ni...
Tapi nak update ape???
Sebenarnya banyak cerita aku nak update tapi tak kan la nak masukkan semua dalam 1 masa kan.. so slow2 la.. macam org cina kata "man..man.. " hehehehe...

Nak kata bz macam biasa la ... tapi sejak ada HP canggih yang boleh whatsapp aku lupakan diri aku ngan blog wat seketika... kacang lupakan kulit kan.. hahaha bukan lupa cuma kemaruk sangat ngann whatsapp.,... (nampak bebno aku ni jakon kan..)

Tapi baru2 ni ada la antara kawan2 yang tanya nak update blog dia x boleh.. (dia tanya aku sedangkan aku pun dah lama x update blog so la friend).. tetiba je macam terdetik aku nak update blog aku yang ntah ape2 ni.. hehehe....

So bermula la hari ni dalam sejarah bahawa aku mengupdatekan blog untuk sekian lama telah menyepikan diri.. Nak cerita best masih fresh... (fresh la sangat) so ni kita kasi panaskan badan dulu k.. esok2 kita sambung cerita hangat kita tu k...

Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...