I Love JB

Wednesday 28 December 2011

INDIA MARI MEMANG X TAHU MENGUCAP...

Baru2 ni aku dapat 1 emel berita restoran di serbu sebab salah gunakan logo HALAL..
erm???? ok mcmni aku pun x brapa nak yakin la ce ni.. cuma sekdar nak kongsi je k...
sebab HALAL & HARAM wajib bg kita sebagai seorang islam k.. jgn ko main bedal je kalau dah tahu HARAM....

yg aku x leh bla ni dlm ce ni ada pasangan ORG TUA.. eh x sedap la ckp ORG TUA ckp WARGA EMAS yg leh melantak sedangkan penguatkuasa dtg serbu... pulak tu bila logo HALAL  dah ditanggalkan dia lg layan makan sedap je kat restoran tu... ape la yg ada dalam pemikiran WARGA EMAS tu kan...

lg pulak boleh plak letak logo HALAL sedangkan pekerja langsung x tahu mengucap...laaaa kalau x tahu mengucap sah2 la ko tu bukan islam kan... adeh dey!!!!
ape pun kita sekrang ni hidup di negara yg mempunyai masyarakat majmuk & x semua bangsa lain boleh faham pegertian HALAL & HARAM so untuk keselamatan dunia & akhirat korang kene la hati2 nak makan kat mana2 restoran k... aku pun kalau beli jajan nak tgk logo HALAL.. tapi logo2 HALAL ni kalau dari luar negara ada yg di luluskan oleh MALAYSIA & ada yg x diluluskan so korang kene check LOGO yg mana leh kita gunakan k...

so kita berbalik pd cer tadi jom kita tgk cerita di sebalik serbuan ni...


Islam Tapi Tak Tahu Mengucap


Restorannya besar, dan pelanggannya ramai.

ni la lokasi nya...

Lagu Tamil berkumandang di dalam restoran.

Rata-rata pelanggan adalah berugama Islam.
Di satu sudut, sepasang suami isteri yang dikategorikan makcik dan pakcik, yang sudah tentu berugama Islam, leka makan nasi dalam daun pisang. Berselera sekali makcik itu makan. alamak!! x de olak pic pakcik & makcik tu...

WELCOME SILAKAN MASUK.....

Serbuan di sertai Bahagian Hub Halal Jakim diketuai Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohd Amri Abdullah.bersama Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Putrajaya.

Ia merupakan sebuah restoran ‘mamak’ yang didapati menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran. oooo TANPA KEBENARAN k...

nampak x???

Dalam bahasa mudah, sesuka hati ko je tampal logo halal Jakim , yang sudah tentu motif utama ialah untuk menarik pelanggan Islam datang kan.
Ada 3 logo itu, ditampal di 3 lokasi strategik di dalam restoran yang boleh nampak jelas untuk pelanggan Islam masuk untuk menjamu selera.

lokasi ke 2

Pemilik restoran mengaku, mereka tidak pernah memohon sijil itu. kan... mengaku pun ko ek...

lokasi ke 3 memang strategik kan diaorg letak...

Untuk menguatkan lagi bukti, bahawa restoran ini sebenarnya bukan dikendalikan oleh orang Islam, yang sudah tentu diragui status halalnya, pekerja disoal-siasat.
Hanya seorang yang mengaku Islam manakala yang lainnya mengaku bukan berugama Islam dari berasal dari India.


Perkara paling asas diajukan kepada pekerja yang berasal dari Thiruvaralli, India ini.
Dia diminta mengucap dua kalimah syahadat.


Dia menggelengkan kepala seolah-olah tidak memahami apa yang ditanya malah mengeluarkan ayat yang lansung tidak difahami samada Bahasa Tamil, Arab, Parsi, atau Melayu. AMEKAW!!!



Walaupun pegawai Jakim meminta dia mengucap dengan mendengar dahulu kalimah syahadat yang diucapnya, namun pekerja terbabit langsung tidak dapat mengikutinya/memahaminya.
Bila disebut /minta membaca surah Al-Fatihah, juga lelaki itu tidak memahami apa yang ditanya.


Adakah Islamnya dari mazhab lain?… Pun dia tidak tahu bila ditanya apakah mazhab dia…
Pengakuannya sebagai Islam, sebenarnya amat diragukan.


Semua logo Halal di dalam restoran ini diminta ditanggalkan serta-merta. tu la sesuka hati ko je kan... guna tanpa kebenaran kan dah kene...


Tindakan dilakukan di bawah Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksima sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan.



Apa yang pasti, kerajaan seharusnya mempercepatkan pembentangan Akta Halal di parlimen dan menguatkuasakannya supaya perkara sebegini tidak menjadi mainan mereka yang hanya tau mengaut keuntungan.


Di sudut di mana makcik dan pakcik itu makan, mereka tetap berselera makan dan langsung tidak mengendahkan serbuan ini dilakukan, malah langsung tidak mempedulikan ketika logo-logo halal itu ditanggalkan dan tidak ada pula usaha untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku… erm??? sedap sangat kot tu yg ape pun x layan.



Note:
Di dalam Radio Sinar.fm pagi ini 4 mac, 2010, beritanya menyebut :
Jakim menyerbu restoran menggunakan sijil halal palsu.
Radio Sinar.fm mengambil berita dari sumber Bernama.
Untuk rekod, Bernama tidak menyertai operasi ini, dan maklumat yang disiarkan itu adalah salah.
Restoran terbabit tidak menggunakan sijil halal palsu.
Ia menggunaka logo halal Jakim tanpa kebenaran.


So pada para peniaga yg bukan islam kalau nak untung lebih kene la mintak kebenran terlebih dahulu k... jgn memandai sendri je.. sebab kene fikir dalam MALAYSIA ni masyarakat majmuk so kene la jaga sensitif agama lain ye.. (dengan nada yg baik) hahaha betul kan...


Monday 26 December 2011

IKAN CENCARU MASAK TERUTUP MAK NAH

Dalam Keluarga aku memang suka sangat IKAN CENCARU MASAK TERUTUP, selain dr kita bakar & masak lemak..
tapi kali ni nama lain sikit hanya tambah nama belakang je. IKAN CENCARU MASAK TERUTUP MAK NAH, nape mcm tu sebab resipi ni dari arwah mak aku so nama ni sempena mak aku la, mak aku memang TERBAIK kalau bab masak2 ni... sebab kebanyakan menu yg mak aku masak semuanya berasal dr resipi ISTANA JOHOR. sebab dolu2 (masa aku kecik) keluarga aku selalu ikut org2 yg serve makanan kat istana untuk majlis2 keramaian & untuk santapan SULTAN, so mungkin dr situ la mak aku belajo semua resipi...(& kalau korang nak tahu mak aku memang cerewet bab masak2 ni kalau brg x cukup dia x nak masak tau).

dolu2 kalau aku nak belaja masak je mak mesti halau keluar soh tgk TV almaklumla anak bongsu so syg lebih sikit kot... tapi kalau korang nak tahu kita kalau nak belajo masak x yah la nak pakai buku segala bagai untuk masakan melayu ni just korang hadap je  org yg masak tu dah leh masuk pale otak da.. POKOKNYA  NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH, so mcm tu la kalau kita nak nak blajo masak kan...

selain dr masakan JOHOR  mak aku jugak pandai masak WESTERN FOOD, INDIAN FOOD , CHINESE FODD.. hebat kan ye sebab mak aku memang ramai kawan masa dolu2 sebab mak aku ni bekerja kat HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR sebagai "AMA" ...hahah "AMA" tu org dolu2 panggil tapi sekrang dah tuko jd "ATTENDANT HOSPITAL" ngeeeee..... 1 MALAYSIA kan.... kan kat HOSPITAL ramai org kan lg2 mak aku ni jenis baik & peramah so x heran la kalau ramai kawan mcm anak dia jugak...huhuhuhu

ok jom ikut resipi yg simple tapi sedap ni...


YUMMY!!!!
 



BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan cencaru (dicuci & digoreng dengan kunyit tapi jgn terlalu garing)
20 btg cili kering ( direbus & di toskan)**
1 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih**
1 inci halia **
1 inci kunyit**
1 btg serai ( di ketuk/titik saje)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
5 sudu gula
1/2 cawan air


p/s : Bahan yang bertanda ** perlu dikisar terlebih dahulu...


CARA-CARA

1. Panaskan minyak, & tumis bahan yg sudah di dikisar& masukkan serai masak hingga agak garing & pecah  
     minyak.

2. Setelah pecah minyak masukkan 1/2 cawan air, garam, serbuk perasa & gula & kacau hingga sebati..

3. Setelah sebati biarkan selama 10 minit, kemudian tutup api & boleh la sira ( boleh jugak kalau masukkan  
    ikan dalam kuali & kacau sebati dengan sambal kemudian dihidangkan) ke atas ikan cencaru yg telah di 
    goreng tadi.

4. Siap di masak & boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas..

SELAMAT MENCUBA.....

Thursday 22 December 2011

BUMBLE BEE FOR RAYYAN..... BERTUKO JADI SUPERMAN MONTEL...

masa 12/12/2011 aku g celebration BIRTHDAY for RAYYAN..
RAYYAN ni anak my besty so kira anak sedara la jugak kan.. aku panggil dia yeyern je.. comel kan panggilan tu.. sesuai ngan orgnya..
nak jd kan cer sebelum majlis ni aku ngan "ama" (yeyern panggil ibu dia ama) agak sibuk la nak siapkan majlis ni termasuk la mokde yg tukang arrange game & order cake... eh aku pun sibuk jugak ke?? nak sibuk jugak x kira...aku ditugaskan untuk order kuih ... kuih yg aku order apam polkadot tapi x polkadot (erm.. mcmne tu?) yeah design tukar kepada bee oren.. (agaknya kaler kuning dah habis kot) mokde ditugaskan untuk order cake yg ala2 lembu x jd... nampak tompok2 lembu pun ok la mokde.. (sebab yeyern suka tgk lembu).. rasanya sekitar majlis tu sangat meriah sebab semua yg hadir agak sporting la.. sebab hadirkan diri mengikut theme kecuali yg x ikut la.. ( ala leh kira brapa ketul je) aku pun excited tuhan je yg tahu.... (mcm anak aku plak)..


k cer pls baju semua nak ikut theme KUNING ala2 lebah la kan... so sebelum tu cr la BESDAY BOY baju BEE... kat mall2... (dengan harapan yeyern mesti comel ngan baju BEE dia...) cr pun cr akhirnya jumpa... wah!!! sangat comel baju tu.. (tapi dalam hati muat ke?) tup..tup... ibu yeyern call bgtahu yg vaju BEE tu... yeyern x muat!!!! ALAMAK!!!! x muat???? erm.. ape nak wat sebab comel sangat..nampaknya MEY MEY la yg dpt pakai baju tu at last jumpa la baju SUPERMAN... (tu pun baju mandi...) ape pun yeyern tetap nampak comel.....ngeeeee.... tapi x pe la nampak sikit kelainan org semua pakai KUNING dia pakai biru so memang nampak lain kan.. org leh tahu sape BESDAY BOY....

ni la family yeyern
'ama" + yeyern + ayah
"nape yeyern nanak nengok camera??"
"yeyern tgh ayang cat la cik aja"

hadiah???wah!!! alhamdulilah murah rezeki yeyern banyak dpt hadiah di usia 2 TAHUN yeah!! yeah!! yeah!!! yeyern dah 2 YEARS!! aku bg ape??? of course la grand!!! grand x grand sangat la.... my hubby cik eddy beriya sangat nak belikan si yeyern ni BASIKAL walhal budak tu baru 2 tahun kayuh pun x tahu.. jgn kata kayuh nak naik pun payah erm... jawabnya "ama" la jd mangsa menolak..hahahah.. a;a kitaorg belikan BASIKAL dengan kaler peberet cik eddy OREN.... masa mula2 dpt hadiah tu yeyern mcm malu2 dr jauh je tgk2.. org pegang dia just say... 'angan!!!" bila org dah wat x tahu dia pun mula la dtg belek BASIKAL OREN dia tu...huhuh... anyway kat sini aku tunjuk sikit2 sekitar majlis yeyern yg penuh dengan LEBAH2.....

alhamdulilah banyakkan hadiah yeyern...
tu dia BASIKAL OREN
eh ecah??? hamboi!!! 

upsss!!! ni bukan yeyern ok... comel x BEE kecik ni... gile x comel lebah kecik ni  yg besar tu NJI & MEY MEY.... (mey mey tu sebab dia kuat nangis termeme)

lupa kan aje muka org yg tgh makan ni memang x hingat!! lg2 yg baju  pink tu memang x kene tema..

cuper!!!!!!


suka dapat present UPIN & IPIN..

lebah-lebah tgh standby nak nyanyi besday song tuk yeyern

hancur kek tu SUPERMAN kecik cuit2...
tangan dia comel....

NOR IZZ RAYYAN BIN NORAZLI
cayang yeyern...


HAPPY BESDAY YEYERN!!!

NASI AYAM CLAYPOT + SUP BEBOLA IKAN HONEY

NASI AYAM CLAYPOT yg x brapa nak claypot..




BAHAN-BAHAN NASI

1. 2 pot beras
2. 1 sudu minyak/ minyak bijan
3. 1 kiub pati ayam / stok ayam
4. 1 ulas bawang putih (dihiris2)
5. 2 inci halia (dihiris2)


BAHAN-BAHAN AYAM


1. 4 ketul ayam
2. 1 ulas bawang putih ( dicincang)*
3. 1/2 inci halia ( dicincang)*
4. 2 sudu kicap cair soya*
5. 2 sudu sos tiram*
6. 2 sudu kicap pekat*
7. 1 sudu teh lada sulah*
8. 1 pokok daun bawang ( dipotong sebesar 1 inci)
9. cendawan kering cina (direndam & di hiris2)

P/S bahan yg bertanda * diperap dengan ayam selama 2 jam sebelum masak


BAHAN-BAHAN SOS

1. 5 batang cili merah
2. 1 ulas bawang putih (digoreng)
3. 4 sudu gula pasir
4. 5 sudu sos cili
5. 5 sudu sos tomato
6. garam secukup rasa
7. 1/2 cawan air


CARA-CARA MASAK NASI

1. masak nasi mcm biasa masukkan 1 sudu minyak masak, halia, bawang putih & kiub ayam/stok ayam.
2. masak nasi mcm biasa sehingga tanak.
3. setelah nasi masak & baru kering masukkan ayam yg telah diperap & gaul sampai sebati.
4. masukkan daun badang yg telah dipotong & cendawan yg telah dihiris2
5. kacau hingga sebati & tutup periuk tekan "COOK" semula sehingga masak sekali lg...
6. dah boleh hidang dengan sup...

CARA-CARA MASAK SUP BEBOLA

1. renehkan air di dalam periuk sehingga didih
2. masukkan halia yg telah dicincang
3. masukkan 10 ketul bebola ikan & garam serta serbuk lada sulah sedikit, biarkan sehingga mendidih.
4. setelah mendidih taburkan daun bawang yg dipotong2 & boleh la di makan bersama nasi ayam....


CARA-CARA MASAK SOS NASI AYAM

1. 5 batang cili merah, 1 ulas bawang putih, 5 sudu sos cili , 5 sudu sos tomato, 4 sudu gula pasir, garam
    secukup rasa & air kemudian di kisar.
2. setelah dikisar panaskan sos di atas dapur sehingga mendidih, setelah mendidih boleh la angkat & makan
    bersama nasi + timun + tomato.


P/S Bahan hiasan timun & tomato dihiris2...

SELAMAT MENCUBA.....

Thursday 15 December 2011

CASH OK!!!

SEBUAH cerita menarik di Negara China , biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China . Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos yang lalu. (tahun lepas ler)






Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut. "Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg. Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee. Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah. Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu. Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut. Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut 
.
Image removed by sender.







 Mcm pepatah kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..ha... kan dah jd bukit ni....
Renunng-renungkan selamat beramal..... (eh selamat menabung la)

NANU BAHARUDDIN BELA ANJING????

NANU BAHARUDDIN..

Nama dah sah2 melayu kan... dah nama bapak BAHARUDDIN nak sembunyi ape lg kan.. & korang semua pun tahu kan yg dia ni PELAKON kan kat MALAYSIA NI..

ok la cer psl dia, dia baru2 ni.. (baru ke lama la jugak cuma aku baru je bukak cer ni) terdengar la yg dia ni memang sah2 org ISLAM bela ANJING!!!
ANJING kan bukan binatang belaan buat org ISLAM so ape kes plak minah ni bela ANJING???
memang HANJING LA KO!!! ish!!! ish!!! anak sape la ni... (kan...kan... ape pun mesti org tanya anak sape kan).

ok kalau korang x caya ce la tgk pic yg aku upload ni... pasti gempak beb!!

Gambar yang dimuat naik oleh PELAKON NANU BAHARUDDIN memegang anjing belaannya.
Sebagai artis yg sememang nya ISLAM yang memegang anak ANJING pasti membuatkan sape2 yg FANATIK agama naik HANGIN!!!

Jom kita tgk....



bangga la konon kan.....








siap leh baring2 lg... cium2 lg...




adoiiiii!!!! kenapa la.... aku bersyukur sebab aku ni di kalangan org yang maih beringat...
so pd korang semua jgn la ikut tabiat BURUK NI..

Wednesday 14 December 2011

LONTONG HONEY

jgn marah aaaa siap ada rendang ayam lg...




LONTONG HONEY STYLE


BAHAN-BAHAN
Nasi himpit (ikut suka banyak mana )
10 ekor udang basah (dibuang kulit separuh)
1 batang terung (dipotong-potong)
3 biji kentang (dipotong-potong)
Suku kobis bulat (dipotong-potong)
5 batang kacang panjang (dipotong-potong)
1 biji sengkuang (dipotong panjang-panjang)
1 batang lobak merah (dipotong panjang-panjang)
2 keping tahu (digoreng dan dipotong dadu)
2 keping tempe (digoreng dan dipotong)
1 packet su’un & tahu kering (packet campuran direndam didalam air)
1 biji santan kelapa


BAHAN-BAHAN TUMIS
1 magkuk minyak masak (dikisar)
2 Biji bawang besar (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit basah (dikisar)
1 inci lengkuas dikisar)
1 batang serai (dikisar)
5 batang cili merah bukan cili kering (dikisar)
Udang kering kurang dari 100gm (ditumbuk)
1 batang serai dititik sahaja.










Cara-Cara

1.      1. Panaskan minyak  setelah minyak panas masukkan bahan yang dikisar dan udang kering kacau hingga naik  
        bau…
2.      2. Setelah naik bau masukkan 1 batang serai yang dititik dan masukkan santan cair dalam 1 mangkuk dan 
        udang basah, biarkan sehingga mendidih…
3.      3. Setelah mendidih masukkan santan pekat dan kacau hingga pecah minyak..
4.      4. Setelah pecah minyak masukkan garam dan penambah perasa, setelah itu masukkan tahu dang tempe yang 
        telah digoreng, sayur-sayuran, su’un dan tahu kering biarkan sehingga mendidih.(jgn terlalu lama jgn sampai 
        sayur layu sangat)
5.      5. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidang, enak dimakan bersama sambal kacang+sambal 
        tumis+rendang ayam.


SELAMAT MENCUBA …..

Thursday 8 December 2011

TENTANG DHIA

Drama bersiri TENTANG DHIA yg keudara tiap isnin hingga khamis kol 7 mlm. semua tergila2kan tgk cer ni termasuk la aku... cer ni best salah 1 sebab pelakon-pelakon yg berlakon dlm drama ni..  7 sebenarnya jln cerita ni pun menarik, tapi ape yg x patut tentang cerita ni siaran nya di udara time2 org nak solat adoiiii takut aku terlepas oslat je... tu psl la tiap kali tgk hubby mesti membebel... solat dulu...solat dulu... bila iklan je aku cepat2 g solat...hahahha... aku suka karater ZIKIR kalau la hubby aku mcm tu alngkah bahagianya... tapi hubby aku pun lebih kurang mcm tu gak cuma rupa je x sama....hahaha... TERGODA tau ngan cara si ZIKIR tu.... x tahu la ape kesudahannya.. yg paling menakutkan aku DHIA MATI HIDUP SEMULA.. wah!!! ALLAHUAKHBAR!!! masa aku tgk episod tu sakit dada aku... tapi betul dalam zaman moden ni pun masih ada org yg pikir sampai mcm tu.... mcm pepatah kata IKUT HATI BINASA ni la dia org kita suka ikut hati bila nak wat sesuattu... x pikir benda ni baik ke x?sah2 la BERDOSA wat mcm tu kan... takutkan bila tgk benda2 ni berlaku depan mata, tapi episod ni betul2 memberi kesan & bg org insaf termasuk la aku... betul jugak kata USTAZ tu... ilmu2 hitam ni hanya boleh di kalahkan dengan kalimah ALLAH jd sebagai peringatan kita kene la rajin berZIKIR & bersolat.. untuk jauhkan dr perkara2 yg x diingini..

ok2 jom2 kita baca sinopsos drama TENTANG DHIA..

Nama asalnya ialah ZIKIR BUAT DHIA tapi dah tuko pd TENTANG DHIA drama ni akan habis x lama lg...








TENTANG DHIA akan bersiaran bermula pd RABU 9 NOVEMBER kol 7-8 mlm tiap isnin-khamis sebanyak 26 episod, cer ni hasil nurkilan & arahan AZLINA PA'WAN TENTANG DHIA  dijayakan barisan pelakon termasok NORA DANISH, AKO MUSTHAPA, ADYPUTRA, TASHA SHEILA, IZREEN ASMIDAR & PUTERI SARAH.











Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi DHIA yang berdiri antara 2 lelaki yg sangat dikasihinya. RAFFI & AZMI 2 lelaki berbeza daripada 2 latar belakang. Percintaan 3 segi ni turut menjadi mimpi ngeri bila ia cemburui MELLY yg berasakan dirinya lebih sesuai.
AZMI sebagai kerani biasa adalah cucu seorang imam di kampong & disukai ramai kerana sifat rendah diri & pandai mengambil hati. DHIA sudah lama terpaut pd AZMI. Walaupun RAFFI jejaka daripada keluarga berada mempunyai keulusan UNIVERSITI dr LUAR NEGARA juga adalah teman rapat DHIA sejak kecil lagi.
DHIA memilih AZMI sebagai tunangannya, mankala RAFFI yang ikhlas menyintai DHIA redha dengan keputusan tersebut. MELLY mengamvbil kesempatan untuk mendekati RAFFI dengan memrangkapnya ketika sedang mabuk. Akhirnya MELLY mendapati dirinya mengandung,tetapi RAFFI tidak mengendahkannya , tertekan & terdesak MELLY mengenekan AZMI pulak.
AZMI & MELLY ditangkap basah penduduk kampong, namun DHIA memaafkan AZMI & majlis pernikahan tetap berlangsung seperti dirancang, ketika majlis berlangsung MELLY meminta AZMI bertanggungjawab sehingga MELLY mengandung. AZMI & MELLY disatukan tanpa kerelaan DHIA.
Hidup DHIA didatangi ZIKIR seorang arkitek daripada sebuah firma di KUALA LUMPUR,ZIKIR sangat meminati ROSE pekerja di firma tersebut, ZIKIR & kawan baiknya FENDI mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan FENDI meninggal dunia, ketika majlis pengebumian FENDI, ZIKIR terlihat DHIA & terpesona dengan keayuan DHIA.
Kemanakah hala tuju kehidupan DHIA?

Korang jgn lupa tgk cer ni tau… aku x pernah miss pun..
Anyway NORA DANISH u look so cute & beautiful ……..

SUP IKAN KERAPU YG SIMPLE

SUP IKAN KERAPU...


BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan kerapu (setelah dicuci dengan air asam garam & di belah 3)
1 sup bunjut
1 btg kayu manis
1 biji buah keras
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih ( dititik saje)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
2 inci halia (diketuk)
1 sudu kecik lada sulah
1 biji tomato (dibelah 4)
1 btg saleri (dipotong2)
1 btg serai (dititik)
2 cawan air
2 sudu minyak masak
garam & perasa secukup rasa

CARA-CARA

1. panaskan 2 sudu minyak masak,kemudian masukkan kayu manis,bunga lawang & buah keras serta
    bawang putih,besar, serai & halia kacau hingga wangi.
2. setelah wangi masukkan 2 sudu lada sulah & kacau kemudian masukkan 2 cawan air & sup bunjut,
    biarkan mendidih.
3. setelah mendidih masukkan ikan &batang saleri serta garam & perasa.
4. setelah mendidih masukan tomato yg telah di potong 4 kacau perlahan2 jgn sampai ikan hancur setlah
    mendidih tutup api.
5. akhir sekali masukkan bawang goreng & daun ketumbar.
6. tadaaaaa sudah siap utnuk di makan waktu tgh panas2...



SELAMAT MENCUBA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...